BERNAFASKAN API
>> Thursday, May 16, 2013
Banyak perkara-perkara ganjil
yang telah dan mungkin akan berlaku dalam dunia ini, iaitu perkara-perkara yang
mencarik adat kebiasaan yang sukar untuk dipercyai, walaupun benar.
Antara kejadian ganjil itu ialah
kebolehan manusia mempunyai nafas yang panas seperti api, malah boleh membakar
sesuatu yang mengenainya,
Antaranya pernah berlaku di
Amerika Syarikat dan disaksikan oleh mereka yang berwewenang yang sukar untuk
menafikannya.
Peristiwa ini berlaku pada tahun
1927 dan telah menjadi tajuk berita yang menarik. Naib Presiden Amerika Syarikat
pada waktu itu, ialah Charles G. Dawes telah melakukan penyiasatan ke atas
seorang lelaki yang dilaporkan mempunyai kebolehan yang luar biasa, iaitu
menyalakan benda-benda sampai terbakar dengan menghembuskan nafasnya kepada benda-benda
itu.
Hasil penyiasatan itu menunjukkan bahawa beliau dan rakan-rakannya berpuas hati bahwa perkara itu memang benar, dan tidak ada unsur-unsur penipuan di dalamnya.
Hasil penyiasatan itu menunjukkan bahawa beliau dan rakan-rakannya berpuas hati bahwa perkara itu memang benar, dan tidak ada unsur-unsur penipuan di dalamnya.
Namun oleh sebab tidak ada penerangan-penerangan yang logik yang boleh
dibuat mengenainya, maka perkara itu ditinggalkan begitu sahaja.
Tapi sebelum itu sudah ada
laporan tentang seorang pemuda yang mempunyai nafas yang boleh membakar seperti
api. Waktu itu Doktor Woodman dari Paw Paw Michigan selalu mendengar berita
tentang seorang pemuda Negro yang terpaksa berhati-hati ketika bernafas untuk mengelak
daripada berlakunya kebakaran yang tidak diingini.
Pada mula-mulanya Dr Woodman tidak
berminat dengan berita-berita angin itu dan menganggapnya sebagai berita yang dibesar-besarkan sahaja, sehingga pada suatu
hari A. W. Androod yang berusia 24 tahun masuk ke pejabatnya untuk mencari
pertolongan.
Dr. Woodman yang terkenal itu
melaporlam dalam Berita Perubatan Micihigan [Michingan Medical News]
bahwa di hadapannya sendiri dan di hadapan rakan sejawatnya, Androod
berulang-ulang kali menunjukkan kebolehannya yang luar biasa itu.
Naib Presiden USA, Charles G. Dawes
Bunyi tulisan Dr. Woodman itu seperti berikut:
“Androod akan mengambil sapu
tangan kain kapas sesiapa sahaja dan melekatkanya kemas-kemas ke mulutnya
sambil menghembuskan nafasnya menerusi sapu tangan itu, selepas beberapa detik
ia pun menyala. Api itu terus menyala sehingga sapu tangan itu habis terbakar.
Dia menanggalkan seluruh pakaiannya, membasuh bersih mulutnya, kemudian
membiarkannya diperiksa dengan teliti untuk mencari sebarang kemungkinan unsur-unsur
penipuan. Namun begitu nafasnya yang dihembuskan kepada semua kertas atau
pakaian akan membakarnya. Androod memungut daun yang kering dan dan memabakarnya
dengan menghembuskan nafasnya kepada daun-daun itu”.
Para doktor membasuhkan mulut
pemuda itu dengan berbagai-bagai jenis bahan campuran, dan memintanya memakai
sarung tangan getah yang digunakan oleh doktor bedah, tapi gejala-gejala itu tetap
juga berlaku.
Menurut perhatian Dr. Woodman
Androod terpaksa menekan benda-benda itu ke mulutnya dengan cara-cara yang
tertentu supaya dia dapat menghembuskan nafasnya menerusi benda-benda itu dan lekas terbakar. Tidak kira apa benda
sekali pun.
Ini adalah satu kejadian ganjil.
Walaupun Androod membenarkan dirinya dijadikan bahan penyiasatan selama berbulan-bulan
lamanya, dan walaupun telah disiarkan dalam Michingan Medical News dan
penerbitan-penerbiatan lain, tapi tidak ada siapa yang pernah tampil ke depan
untuk mengemukakan sebarang penjelasan mengenainya.
Wallahu’klam.
0 comments:
Post a Comment