MENGEJAR BAYANG

>> Tuesday, May 28, 2013




MENGEJAR BAYANG



Tahukah anda apakah yang dikatakan bayang itu? 


Kenapa mengejar bayang?


Definisi yang sebenarnya, bayang ialah bahagian atau tempat yang tidak terkena sinar atau cahaya kerana terpampang atau terlindung oleh sesuatu benda.

Atau dalam bahasa yang lebih berbelit sedikit dikatakan bayang ialah sesuatu lembaga yang wujud  pada sesuatu benda atau latar belakang kerana cahaya yang menimpanya tersekat atau tertahan oleh benda itu.


Umpamanya cahaya matahari yang menimpa sesebuah bukit atau gunung,  sudah tentu cahaya mata hari itu tidak dapat menembusi bukit atau gunung itu untuk sampai ke bumi, maka timbullah bayangnya.


Demikian juga yang berlaku jika mata hari menimpa bangunan-bangunan, pokok-pokok, malah benda-benda yang kecil  sekalipun, seperti serangga-serangga, dan sebagainya akan terjadi bayang.


Keadaan seperti itu juga berlaku, bila bulan terang, bila sinar dari lampu, pelita atau unggun api yang menyala menimpa ke atas sesuatu, maka akan timbul bayang-bayangnya.


Dengan itu bererti bayang itu akan sentiasa ada selagi dunia ini ada bersama dengan adanya matahari atau cahaya.


Saya mempunyai sebuah pengalaman yang sukar untuk dilupakan mengenai bayang ini. Peristiwa ini berlaku pada suatu malam bulan terang. Ketika saya melangkah naik tangga pada malam itu, saya ternampak ada sebuah lembaga di bawah tangga yang menakutkan. Saya menjerit dan belari naik ke rumah. Keesokan harinya saya jatuh demam panas yang hampir meragut nyawa saya. Ia mengambil masa lebih dari sebulan untuk sembuh. Disepanjang masa demam itu kaang-kadang saya pengsan dan tidak sedarkan diri buat beberapa waktu. Tapi dengan izin Allah saya kembali sembuh dan dikurniakan usia panjang hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Selepas itu saya berfikir apa yang saya lihat malam itu mungkin bukannya lembaga ghaib, tapi bayang-bayang saya semdiri yang timbul bila bulan menimpa badan saya ketika saya melangkah menaiki anak-anak tangga yang mengejutkan saya. Peristiwa ini berlaku ketika saya masih kanak-kanak.


Dan di tangga itu jugalah, salah seorang dari kakak saya, ketika bermain berhimpit-himpit, iaitu tolak menolak badan ketika duduk di atas anak tangga, telah terjatuh, dan mengakibatkan sebelah tangannya telah patah. 


Semua peristiwa ini telah lama berlaku. Pada masa itu rumah kami diperbuat daripada kayu, agak tinggi dari tanah, yang letaknya tidak jauh daripada Sungai Kelantan, dalam Kampung Kedai Salor. Hari ini rumah usang pusaka itu telah tersembam bumi, kerana terbiar tidak terjaga. Setiap kali saya melihatnya hati saya menjadi tercalar kecewa.


Bayang Dalam Al-Quran


Allah berfirman tentang bayang dalam kitab suci al-Quran:


Dalam Surah 13 Allah berfirman: “Hanya kepada Allah jualah  sujud [patuh] segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa. [Dan demikian juga] bayang-bayang mereka [sujud] pada waktu pagi dan petang”. Ar-Rad:15.


Dalam Surah 16 Allah berfirman: “Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang diciptakan Allah yang bayang-bayangnya  berbolak-balik ke kanan dan ke kiri, dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah hati”.Al-Nahl: 46.

Dan dalam Surah 25 Allah berfirman: “Tidakkah engkau memerhatikan [penciptaan] Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan [dan memendekkan]  bayang-bayang; dan sekiranya Dia menghendaki nescaya Dia jadikan [bayang-bayang itu]  tetap, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk”. Al-Furqan: 45,


Bayang Dalam Peribahasa


Bangsa kita mempunyai beberapa peribahasa mengenai bayang atau bayang-bayang, antaranya:


- Jika kita mengharapkan sesuatu yang belum pasti atau sesuatu yang tidak diketahui hujung pangkalnya akan diperolehi, maka dikatakan: Bayang disangka tubuh.


-Jika kita hendak melakukan sesuatu, terutama yang berisiko yang tinggi kita biasanya  dinasihat supaya melakukan sesuatu itu sesuai atu sepadan dengan kebolehan atau kemampuan kita dengan kata-kata, supaya kita berjaga-jaga : “bayang biarlah sepanjang badan”.


-Sebaliknya jika kita telah melakukan sesuatu di luar daya kemampuan atau kekuatan kita, maka dikatakan: “Bayang tidak sepanjang badan”.


Atau dikatakan “Seperti mengejar bayang-bayang”, kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin teracapai sebagaimana kita mengejar untuk menangkap bayang-bayang sudah tentu tidak akan berjaya ditangkap, kerana kalau kita kejar dia berlari, dan kalau kita berhenti, maka dia pun berhenti, namun untuk menangkapnya tetap tidak dapat. Kerana bayang tidak dapat dipegang atau diambil, kerana ia tidak wujud seperti wujudnya benda-benda atau material.


-Jika kita telah melakukan sesuatu keburukan atau kejahatan atau sesuatu perbuatan berdosa maka kita mungkin akan diburu oleh rasa ketakutan, maka kita akan dikatakan: “Takutkan bayangnya sendiri”.
 

-Jika kita berada dalam keadaan tidak suka atau marahkan seseorang, menyebabkan kita tidak boleh bersua muka langsung dengannya, kerana kalau kita bertemu sudah tentu akan mencetuskan perbalahan, maka dalam keadaan seperti itu dikatakan, “Tidak boleh betemu bayang” atau "tidak boleh bertikam bayang". Maksudnya usahkan orangnya, malah bayang pun tak boleh bertemu.


.-Jika kita terlampau cinta dan rindu dendamkan seseorang, tapi tidak mendapat balasan, maka kita akan digelar "gila bayang". Cinta yang tidak disahut dan diketepikan,meneyebabkan seseorang mabuk kepayang


Disamping itu ada juga penggunaan kata “bayang” bukan bererti bayang dalam maksud yang sebenarnya, tapi sebagai kiasaan kepada keadaan atau sesuatu sitiwasi. Seperti perkataan “terbayang” atau “terbayang-bayang”, “membayangi”, ”membayangkan”, dan sebagainya.


Dalam Kepercayaan


Orang-orang tua  kita juga tidak terlepas daripada menyimpan tahyul mengenai bayang.


Pantang nelalui di bawah bayang-bayang sesuatu yang dianggap berpuaka, seperti pokok-pokok besar, kerana ditakuti ditimpa musibah.


Ada sesetengah orang pula percaya, jika seseorang ingin berdamping atau berkawan dengan hantu, jin atau iblis, pukullah bayangnya sendiri di bawah sinaran cahaya matahari sampai bayang itu hilang. Bila bayang itu hilang, maka dipercayai, orang itu telah berjaya mendampingi makhluk perosak itu.


Kita juga dilarang duduk atau berada di antara bayang sesuatu dengan bahagian yang tidak ada bayang, seperti bayang sepohon pokok dengan bahagian yang tidak berbayang, kerana dipercayai tempat seperti itu disukai oleh hantu dan jin atau makhluk-makhluk perosak yang lain.


Di sepanjang jalan antara Kota Bharu ke Gua Musang, ada sebuah bukit yang melindungi sebahagian daripada jalan itu dengan bayang-bayangnya, yang menyebabkan sepanjang kawasan itu kelihatan redup dan sejuk, walaupun di siang hari yang panas, hinggakan bukit itupun dinamakan Bukit Sejuk. Mengikut apa yang dimaklumkan kepada saya, kemalangan jalan raya sering berlaku di sepanjang kawasan yang dibayangi oleh bukit itu.


Ada sejenis permainan dalam budaya kita yang bermain-main dengan  bayang, iaitu wayang kulit. Tok dalang yang bermain dengan patung-patung wayang kulit itu sebenarnya bermain dengan bayang-bayang patung itu pada kelir setelah disuluh dengan cahaya lampu untuk ditonton ramai. Panggilan “Shadow Play” untuk wayang kulit oleh orang Barat lebih menepati daripada panggilan “wayang kulit” dalam bahasa kita, kerana yang dipermainkan itu adalah bayang-bayang patung tersebut yang diperbuat daripada kulit atau belulang –belulang binatang.


Dalam istilah ilmu jiwa, ada suatu istilah yang berpunca dari bayang. Mengikut sebuah dongeng Greek, ada seorang lelaki bernama Narcissus melihat wajahnya dalam  dalam air di sebuah kolam. Dia merasa amat kagum dan memuja-muja dirinya sendiri, malah jatuh cinta dengan dirinya selepas melihat bayang-bayangnya dalam kolam itu. Mangambil sempena dengan peristiwa itu ahli-ahi psikologi menamakan orang-orang yang merasa kagum dengan dirinya sendiri, bangga dan sombong sebagai Narcissism yang digolongkan sebagai sejenis penyakit jiwa.


Walau bagaimanapun, janganlah kita menjadi manusia pengejar bayang, iaitu mengejar sesuatu yang memang nyata tidak akan berjaya kita memperolehi, kerana itu kita mesti berpijak di alam nyata, mengejar sesuatu yang jelas dan nyata bukannya mengejar bayang, yang tidak akan membuahkan sebarang hasil selain daripada penat dan lelah.


Dan bayang-bayang yang paling besar yang menggoda dan menimpakan kerosakan dan kemusnahan yang total kepada umat manusia ialah dunia yang keadaannya tak ubah seperti bayang-bayang yang kelak akan hilang lesap bersama dengan padamnya cahaya matahari. Jangan terpedaya dengan bayang-bayangan dunia ini, sampai bila pun kita tidak akan berjaya menangkapnya, sehingga kita meninggalkan  dunia bayang-bayangan yang penuh fantasi, pesona dan khayal ini untuk menuju kehidupan di alam dunia yang sebenarnya, dunia yang realiti yang nyata dan kekal abadi, itulah dunia yang bukan bayang-bayang lagi, dunia sebenarnya, iaitu dunia hakiki yang diperolehi setelah kita melintasi gerbang maut yang wajib ditempoh oleh setiap makhluk yang hidup.


Jangan jadi pengejar bayang-bayang, bayang-bayang apa sekalipun, tapi kejarlah realiti, sesuatu yang benar dan hakiki untuk membolehkan kita meraihkan kejayaan yang sebenarnya di dunia dan akhirat.






Read more...

AWASI ENAM PERKARA

>> Saturday, May 25, 2013






AWASI ENAM PERKARA


Ada enam perkara besar yang sering dilakukan oleh umat manusia di dunia ini,  tanpa mengira bangsa dan agama dari sejak dahulu hingga sekarang. Sebahagian daripada perkara itu merupakan perkara asas dalam kehidupan umat manusia sejagat.

Pertama
MAKAN: Benda yang sedap dimakan, ialah manisan madu, sedangkan madu adalah muntah lebah.

Kedua,
MINUM: Benda yang paling sedang diminum ialah air, sedangkan air diminum oleh semua orang yang baik atau jahat, ertinya sama sahaja.

Ketiga,
PAKAIAN: Pakaian yang paling indah dipakai ialah kain sutera, sedangkan sutera ialah tahi ulat.

Keempat,
MENUNGGANG: Binatang yang paling sedap ditunggangi ialah kuda, sedangkan di atas belakang kuda itulah terbunuhnya para pahlawan.

Kelima,
KAHWIN, sedangkan yang paling sedap dikahwini ialah perempuan, perempuan itu dihiasi, dibedaki seindah-indahnya, tetapi tujuannya satu sahaja, iaitu yang “buruk”.

Keenam,
CIUM: Benda yang paling sedap dicium ialah kasturi, sedangkan kasturi adalah berasal dari darah kijang.

Demikianlah pesanan yang pernah disampaikan oleh seorang ulama yang terkenal di Inddonesia, Kiai Anwar Massadad kepada saya untuk disampaikan kepada orang ramai. Beliau membuat pesanan itu di Lapanagan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, dalam perjalanan pulang ke Singapura.

Menurut catatan saya, pada waktu itu, beliau telah berada selama tiga hari di Kelantan dalam rangka lawatan kerjanya ke negeri ini pada tahun 1968. Beliau adalah seorang tokoh ulama dan pendakwah yang terkenal di Indonesia sejak zaman Presiden Spekarno lagi.

Beliau dilahirkan pada 3 April 1909 dan meninggal dunia pada tahun 2000 [ 19 Raibutsani 1422] dalam usia 91 tahun.

Semasa berada di Kelantan saya pernah beberapa kali membuat pertemuan dengan beliau dan juga membuat wawancarea dengannya. Malah beliau pernah berkunjung ke pejabat kami di Kota Bahru. Saya rasa itulah pertemuan saya yang akhir dengan beliau.

Dalam pertemuan singkat itu beliau juga mengingatkan umat Islam dengan katanya, “Dunia ini ialah seperti jambatan untuk menuju akhirat. Jambatan itu mesti kuat dan kukuh, jangan dibina rumah di atasnya.

“Bagi orang-orang yang bijak memegang dunia ini, sebaik-baiknya untuk menuju akhirat”.



Read more...

Hantu Pokok Rambutan

>> Wednesday, May 22, 2013




HANTU POKOK RAMBUTAN


Katakan sahabat saya ini namanya Muhammad. Sahabat kenalannya memanggilnya “Mamat” sahaja. Biasalah tu. Dia adalah salah seorang kaki tangan kerajaan.

Pada suatu masa keretanya rosak dan terpaksa dibawa ke bengkel untuk menerima rawatan. Dia diberitahu dua tiga hari juga diperlukan untuk membaikpulih kerosakan keretanya itu.


Sebuah dusun buah-buahan yang bercampur, bermacam-macam pokok, durian, rambutan dan sebagai

Untuk memudahkan dia pergi kerja, Mamat  membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Jarak antara rumahnya dengan pejabat tempat dia bekerja tak sampai setengah kilo meter. Kalau ikut jalan pintas, jalan kampung ia akan menjadi lebih dekat lagi. Jadi tak ada masalah kalau sekadar untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja selama dua tiga hari itu.

Justeru pada petang itu Mamat balik dari pejabatnya melalui jalan belakang menerusi kampung yang banyak mempunyai pokok-pokok buah-buahan di sekeliling rumah-rumah di situ. Musim itu musim buah.

Ketika melalui di bawah sepohon pokok rambutan di tepi sebuah rumah, Mamat mendongakkan kepalanya untuk melihat buah-buah rambutan yang masak merah dan bergayutan di ranting-ranting di atas  jalan tanpa menyentuhnya. Tiba-tiba Mamat melihat seorang gadis kecil berdiri terkangkang di antara dua dahan pokok rambutan sedang memakan buah rambutan. Mamat ternampak gadis kecil itu rupa-rupanya tidak memakai seluar dalam.

Mamat memanggil kanak-kanak perempuan itu turun, sambil menghulurkan wang kertas lima ringgit dengan berkata, “Nah ambil duit lima ringgit ni, ajak emak pergi kedai, beli seluar dalam. Jangan naik pokok begini”.

Petang esoknya Mamat melalui lagi jalan belakang itu, dan bila sampai di bawah pokok rambutan itu Mamat merasa kepalanya ditimpa oleh sebiji buah rambutan jatuh, maka Mamat pun lalu mendongakkan kepalanya, dan melihat kakak gadis kelmarin pula berdiri terkangkang di antara dua dahan rambutan itu dan sedang memakan buahnya. Dia juga tidak memakai seluar dalam, menyebabkan Mamat tersenyum, dan mengeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata, “Oi orang atas pokok tu, mari turun”.

Gadis itu pun turun mendapatkan Mamat dengan terrsengeh-sengeh. Mamat pun lalu menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan wang kertas lima ringgit dan menghulurkan kepada gadis itu sambil berkata, “Nah ambil duit lima ringgit, ajak emak kamu pergi kedai, beli seluar dalam. Jangan naik pokok seperti itu”.

Petang besok, sekali lagi Mamat melalui jalan yang sama untuk balik ke rumahnya. Bila sampai di bawah pokok rambutan itu, Mamat merasa pokok itu bergegar-gegar, dia pun lalu mendongakkan kepalanya, dan amat terkejut bila melihat ibu kepada gadis kelmarin berdiri terkangkang di antara dua dahan yang sama tanpa memakai seluar dalam juga.

“Allahu Akbar”, Jerit Mamat. “Begini rupanya mak cik weh. Turun! Mari ke sini”. Perempuan itu lalu turun mendapatkan Mamat dan tersengeh-sengeh sambil menghulurkan tangannya kepada Mamat seolah-olah meminta wang.

Mamat pun menyeluk saku seluarnya, dan mengeluarkan sekeping duit siling lima puluh sen, lalu menghulurkan kepada perempuan itu sambil berkata dengan tersenyum sumbing, “Nah, mak cik, ambil duit lima puluh sen ni, pergi beli pisau cukur”.

Selepas menyerahkan duit itu Mamat pun tergesa-gesa meninggalkan tempat itu, tanpa berpaling-paling lagi. Dalam hatinya berkata. dia tidak akan melalui jalan itu lagi besok.

 

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP