UMMU KALTHUM adalah salah seorang
dripada empat orang puteri Rasulullah SAW bersama dengan isteri pertamanya Ummul
Mukmini Khadijah binti Khuwailid. Ummu Kalthum adalah puteri ketiga dalam
keluarga Rasulullah SAW, di mana puteri petamanya Zainab, kedua Ruqayah, ketiga
Ummu Kalthum dan keempat dan yang bongsu ialah Fatimah al-Zahra.
Ummu Kalthum telah melangsungkan
perkahwinan dengan anak Abu Lahab, bapak saudara Nabi SAW, musuh sengit Islam,
iaitu Utaybah bin Abu Lahab, sementara kakaknya Ruqayah berkhawin dengan abang
Utaybah iaitu Utbah bin Abu Lahab. Perkahwinan itu berlaku sebelum Islam.
Tapi Ummu Kalthum dan kakaknya
Ruqayah telah bercerai sebelum daripada mereka sempat bersatu. Adalah menjadi
adab kebiasaan masyarakat Arab waktu itu selepas berkahwin tidak terus hidup
sebumbung, tapi pehak perempuan terus tinggal bersama dengan keluarga mereka
selama beberapa tahun sehingga suami mereka datang menjemput dan membawa mereka pergi. Dalam
masyarakat Kelantan dipanggil nikah gantung.
Perceraian itu berlaku kerana
paksaan Abu Lahab ke atas kedua-dua anaknya itu supaya menceraikan isteri
mereka masing-masing. Tujuan Abu Lahab adalah semata-mata untuk menyusahkan
Rasulullah SAW yang dimusuhinya kerana mengembangkan agama Islam.
Pada masa itu Baginda SAW telah
diperintah oleh Allah supaya berdakwah secara terbuka menyeru manusia kepada
agama yang mentauhidkan Allah. Justeru itu Abu Lahab, isterinya Ummu Jamil dan
musyirkin Quraisy memperhebatkan
tentangan dan tekanan terhadap Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya.
Allah mewahyikan kepada
Rasulullah SAW Surah Al-Masad mencela Abu Lahab dan isterinya yang akan menjadi penghuni neraka yang apinya
panas “marak menjulang”.
“Binasalah
kedua-dua tangan Abu Lahab,dan binasalah ia
bersama”.Al-Masad [111]:1.
Selepas mencceraikan Ummu Kalthum,
bekas suaminya itu, Utaybah bin Abu Lahab segera pergi menemui bekas mertuanya,
Rasulullah SAW dan bersikap biadab kepada Baginda SAW..
Utaybah lalu berkata kepada
Rasulullah SAW.
“Saya menolak
agama tuan dan sudah menceraikan anak perempuan tuan. Tuan tidak suka kepada
saya,dan saya juga tidak suka kepada tuan”.
Selepas berkata demikian, Utaybah
dengan sombongnya mengoyak bajunya di hadapan Rasulullah SAW.
Melihat telatah tersebut, Nabi
SAW pun berdoa:
“Saya berdoa
kepada Allah supaya menghantar anjing-anjingnya kepada Utaybah”.
Seperti biasa Utaybah keluar
berniaga ke Syam bersama-sama dengan para pedadang Quraisy yang lain. Utaybah
telah dimakan singa ketika mereka bermalam di suatu tempat bernama al-Zarqa’
yang memang terkenal dengan binatang-binatang buasnya.
Selepas berpisah dengan Utbah
kakaknya Ruqayyah berkahwin dengan Usman bin Affan,dan kemudian berhijrah dengan
suaminya itu ke Habsyah [sekarang Ethiopia].
Sejak pemergian kakaknya Ruqayah
itu, Ummu Kalthum bersama-sama dengan adiknya, Fatimah al-Zahra mengambil
peranan membantu menjalankan urusan keluarga mereka, lebih-lebih lagi ketika
ibunya Ummul Mukmini Khadijah sakit dan meninggal dunia pada 10 Ramadhan 3
Hijriah [Disember 619 Masehi]. Di
samping itu, Fatimah pun pada waktu itu masih lagi kecil.
Walaupun Ummu Kalthum tidak ikut
berhijrah ke Habsyah, tapi penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh beliau,
keluarga dan bersama-sama umat Islam Madinah yang lain tidaklah kurang
haibatnya. Pada suatu masa orang-orang musyirkin Qurisy telah bersepakat
membuat perjanjian memboikot umat Islam di Madinah dan juga kepada Bani Hshim dan Bani Abdul Muthalib, kecuali
si penderhaka Abu Lahab. Mereka telah disingkirkan ke perkampungan Lembah Abu
Thalib yang terletak di pinggir Kota Mekah.
Selama tiga tahun lamanya mereka
tinggal dan hidup menderita di situ dengan kelaparan. Tidak ada makanan. Tidak
ada sesiapa pun dibenar menghubungi mereka, apalagi menjual dan membeli apa-apa
barangan dari mereka. Keadaan ini menimpakan kesan buruk terhadap kaum wanita
dan kanak-kanak. Namun begitu iman mereka tetap utuh dan tidak berganjak oleh
ancaman-ancacman tersebut. Walau bagaimanapun dengan izin Allah pemboikotaan
itu telah dibatal oleh sebahagian kaum Quraisy sendiri.
Selepas kakaknya Ruqayah
meninggal dunia pada hari Perang Badar pada 17 Ramadhan 2 Hijriah di mana umat
Islam telah mencapai kemenangan, Ummu Kalthum telah dikahwinkan oleh
ayahandananya Rasulullah SAW dengan Usman bin Affan, bekas suami kakaknya
yang meninggal itu. Perkahwinan itu berlangsung pada bulan Rabiul Awal 3 Hijriah.
Beberapa tahun selepas
perkahwinan itu, Ummu Kalthum kembali ke rahmatulullah pada bulan Sha’ban 9
Hijriah. Jenazahnya dikebumikan di sisi makam kakaknya Ruqayah di Perkuburan
Baqi dekat dengan Masjid Nabi SAW.
Di saat kematiannya itu,
ayahandanya Rasulullah SAW dan suaminya Usman bin Affan tidak ada di samping,
kerana mereka bersama-sama dengan umat Islam sedang menghadapi Perang Tabuk. Inilah perang terakhir yang
disertai oleh Rasulullah SAW.
Demikianlah catatan ringkas
mengenai Ummu Kalthum salah seorang puteri Rasulullah SAW untuk renungan
bersama. Semoga memberi manfaat jua.
IBRAHIM ADHAM TINGGALKAN
TAKHTA UNTUK JADI SEORANG SUFI
IBRAHIM ADHAM adalah
seorang suif yang ulung. Nama sebenarnya Abu Ishak Ibrahim bin Adhambin
Manshur. Beliau berasal dari Balkh, Afghanistan dan berketurunan bangsawan
Arab.
Sebelum menjadi seoraang Sufi beliau adalah Raja Balkh
yang berkuasa. Hari ini Balkh adalah sebuah Jajahan di Afghnaistan, di mana ibu
kotanya juga bernama Balkh.
Sewaktu menjadi Raja Balkh, pada suatu hari ketika beliau
sedang bercermin, tiba-tiba beliau nampak dalam cermin itu beliau masuk ke
dalam kubur dan tinggal di sana kesepian
seorang diri,
Kecut perutnya melihat pandangan tersebut. Hatinya
bergoncang dek ketakutan, andainya beliau benar-benar meninggal dunia pada
waktu tersebut, sedangkan amalannya tidak ada kerana beliau tidak ada masa
untuk melakukan amal ibdat akibat terlalu sibuk dengan urusan pemerintahan negara
sebagai seorang raja.
Di samping itu mengikut riwayatnya ada beberapa peristiwa
lagi yang mendorong Ibrahim Adhan untuk
meninggalkan takhtanya dan nenjadi manusia biasa sebagai seorang sufi.
Salah satu peritiwa itu ialah kemunculan seorang lelaki
yang wajahnya menakutkan menceroboh masuk ke majlis penghadapan Ibrahim Adham
dengan menteri-menterinya di isatana beliau. Lelaki itu mengatakan bahawa dia
seorang musafir yang baru tiba dan sampai ke rumah istiharat tersebut. Ibrahim
Adhan menyangkal bahawa istana itu rumah
rihat tapi istana kepunyaan beliau.
Maka berlakulah dialog berupa soaljawab antara lelaki
tersebut dengan Ibrahim Adham mengenai
pemilik istana itu. Ibrahim menjelaskan bahawa istana itu milik beliau secara
turun temurun, dari ayah, datok, neneknya dan seterusnya. Tapi mereka semua
telah meninggal dunia jelas Ibrahim Adham.
Akhirnya lelaki itupun berkata bahawa kalau begitu,
bukankah istana ini rumah persinggahan,
tempat orang datang dan pergi?
Selepas berkata demiiian, orang yang aneh itu terus
menghilangkan diri. Kata orang beliau adalah Nabi Khaidir alaihissalam.
Selepa perisiwa itu, Ibrahim Adham langsung meninggalkan takhta
kerajaannyaa dan menjadi seorang sufi yang berkerlana ke berbagai-bagai tempat.
Akhirnya beliau sampai ke Kota Suci Mekah.Ibrahim
Adham mengambil masa selama empat belas
tahun untuk sampai ke Mekah. Beliau tinggal di Mekah selama beberapa tahun dan
bersahabat dengan cendakiawan Islam yang terkenal, Sufyan Ats-Tsauri.
Beliau menjalankan berbagai-bagai pekerjaan kasar untuk menanggung nafkah hidupnya secara
halal, seperti mengambil upah menjaga kebun buah-buahan, mencari dan menjual
kayu api dan lain-lain pekerjaan kasar lagi.
Dalam pengalanaannya itu beliau memenph berbagai-bagai
pengalaman pahit getir kepada orang-orang biasa, seperti dibelasah dan dipukul
kerana salah sangka dan salah fahaman kerana orang yang tidak mengenali beliau
sebagai Ibrahim Adham, tapi kepada beliau kejadian-kejadian itu disambutnya
sebagai senyum dan redha..
Beliau juga meninggalkan banyak kata-kata hikmat yang
sering digunakan oleh orang untuk melengkapkan ucapan atau tulisan-tulisan
mereka sampai ke hari ini, iaitu mana-mana yang sesuai dengan topik pembicaran
mereka.
Kita petik secebis di sini maksud kata-kata Ibrahim Adham
tentang seseorang yang ingin mencapai
darjah orang saleh hendaklah memiliki sifat-sifat berikut dan tanpanya mereka tidak akan sampai ke darjah
tersebut.
-Seseoraang itu mestilah menjauhi perkara-perkara yang
menyeronok dan melalaikan hati, tapi sebaliknya hendaklah sentiasa bersedia
untuk menerima kesukaran dan penderitaan.
-Seseoang itu hendaklah menjauhi kesombongan dan
kemegahan diri, tapi sebaliknya hendaklah bersedia untuk menerima kekejian dan
kehinaan.
-Seseorang itu hendaklah menjauhi kegemaran untuk bersenang-senang
dan bermalas-malas, tapi sebaliknya henddak;lah berkorban apa sahaja kerana
Allah.
-Seseorang itu hendaklah menjauhi kesukaan tidur malam,
tapi sebaliknya hendak;lah suka berjaga malam.
-Seseorang itu janganlah berangan-angan untuk menjadi
kaya raya, tapi sebaliknya hendaklah bersedia untuk menerima kefakiran.
-Seseoang itu hendaklah mejauhi kesukaan berangan-angan,
tapi sebaliknya hendaklah rajin beramal dan bersiap sedia untuk kemabli kepada
Allah.
Demikian Ibrahim Adham.
Ada dua tarikh yang berbeza-beza mengenai tanggal
kematiannya. Satu sumber mengatakan beliau meninggal pada tahun 165 Hijriah
bersamaan dengan 782 M.
Sementara satu sumber lagi mengatakan beliau meninggal
pada tahun 161 Hijriah bersamaan dengan tahun 728 M. dan beliau dikebumikan di
Syria.
DI LUAR langit
agak mendung. Kaki langit sebelah Timur muram. Bola mata hari masih belum
muncul. Masih beradu tidur di kaki langit diulit mimpi menunggu saat untuk mengambil tempat puteri dewi malam yang telah
menghilangkan diri dengan terkuaknya tirai siang.
Hujan mungkin akan membasah bumi
bila-bila masa bila awan tebal bergayut di langit bertukar menjadi titisan air
dan luruh ke bumi. Antara makhluk-makhluk Allah yang paling gembira ria
menyambut ketibaan sang hujan ialah kanak-kanak, lebih-lebih lagi di kala musim
tidak bersekolah.
Ini suasana di kampung dan desa waktu
diri kecil-kecilan dulu, bukan lagi zaman sekarang yang bertaburan dengan hiburan
sampai ke ceruk-ceruk pondok dan sudut-sudut rumah.
Zaman itu bila hujan mulai turun
dan kami kanak-kanakmasih berada di
rumah, hati kami melonjak gembira bagi itik mendapat air menunggu butir-butir
hujanbertambah besar dan melebat membasuh bumi.
Daun pisang Benggala Buat Payung Dalam Hujan
Kemudian bila hujan sudah cukup
lebat, kami, kanak-kanak lelaki pun menyalin pakaian, sekadar berseluar pendek,
tanpa baju akan terjun ke laman rumah untuk berpesta hujaIbu bapa dan orang-orang dewasa
tidak menghalang kami untuk bermesra-mesra dengan hujan yang hanya berkunjung berkala. Tidak ada larangan takut sakit kepala
atau demam kerana berpesta air hujan.
Kami bermain sepuas-puasnya
mungkin bersama dengan adik beradik yang ikut berpesta air. Hanya bila badan
telah mengiggil kesejukan dan bibir berkertup kesejukan baru kami berhenti dan
naik ke ruma
Andainya seorang diri, kami hanya
bermesra-mesra dengan mandi-manda air hujan yang turun dari langit, memandang
ke langit, melompat-lompat kecil atau menadah kepala dari air yang gugur di
cucuran atap atau menahan badan di air yang terjun dari celurang [saluran]
atap.
Andainya berdua atau lebih kami
main kejar-kejaran secara spontan, atau main lempar bola yang besar segempal
tangan jika ada.
Bila badan telah mengiggil
kesejukan, bibir atas menggelatup dengan bibir bawah, barulah kami naik ke
rumah, menyalin pakaian yang kering. Tapi beberapa jam kemudian, jika hari
masih siang dan hujan masih mencurah, kami berpesta air hujan lagi.
Tapi andai hujan lebat itu
ditemani oleh ribut petir, kilat memancar dan bunyi pelakar bertali arus,
sabung menyabung membelah bumi, barulah kami tidak akan memijak tanah bermain
air hujan walau selebat mana sekalipun. Dalam keadaan alam yang bengis seperti
itu orang-orang tua kami pun tidak akan mengizinkan kami bermain. Duduk-duduk
sahaja menunggu alam kembali tenang tanpa bersanding dengan hujan yang turun.
Bila sudah menyalin pakaian, justeru
kesejukan membuat perutterasa
kelaparan, lalu kami memijak kaki ke dapat, membuka periuk atau menyelak saji mengintip
apa yang tersimpan.
Jika ada ubi kayu atau ubi setela rebus lalu kami
pun santap dengan kelapa muda yang
diparut atau dikukur setelah dicampur
dengan garam dan gula secukup rasa. Ataupun pulut dimakan dengan kelapa
bergula. Minumannya kopi o, teh o atau air sejuk kosong.
Demikianlah kiranya bermain hujan
sekitar rumah. Tapi bermain di padang
[tanah kosong yang luas], kalau bilangan kami ramai kami bermain bola sepak,
bola katak atau main cuh yang amat menyeronok bila bermain dalam hujan.
Kalau hendak berpergian dalam
hujan ke mana-mana, kalau tidak ada payung kami pinjam saji di dapur atau
menggunakan daun pisang sepelepah. Pilih daun yang besar, tidak carik atau
koyak, biasanya daun pisang benggala buat penutup badan. Tapi kalau kebetulan angin
bertiup menampar air hujan basah juga pakaian kami.
Bermain hujan di kampung, dalam
keadan lantai bumi berhias selut, bukan tidak ada risiko, ada risikonya, Pada
waktu malam, celah-celah jari kaki akan terasa amat gatal, lembab dan kulit
mungkin terkoyak, terutama bila digaru kerana tersangat gatal. Kita panggil
“kaki makan di air”.
Untuk mengatasinya, sebelum tidur
waktu malam, sapukan celah-celah jari kaki yang bermasalah itu dengan adunan
kapur barus [makan] dengan gambir dan sedikit air. Tapi rasanya pedih tidak
terkata.
Unutk mempercepat proses
penggeringannyakaki itu disalai ke api
dengan peleta catak yang bersumbukan kain dan minyak gas atau minyak tanah
sebagai bahan bakar. Bila sudah kering, barulah dapat tidur dengan selesa tanpa
sebarang masalah. Dan keesokan hari bermain hujan lagi.
Itulah suasana di kampungku,
kampung tercinta, Kampung Salor, yang sawah dan bendangnya luas terbentangsesayup mata memandang. Semoga engkau
kampungku dan seluruh penghuninya sentiasa menerima cucuranrahmat Allah yang melimpah bilahujan turun membasah bumimu buat
selama-lamanya.
Namun rumah pusaka kami, rumah
kenangan Pok Cu Leh Tok Bomoh dan Mak Su Munah telah berkecai ditelan bumi dan di atas
poin-pin kehancurannya tinggal kenangan yang merobek hati
Sesungguhnya air hujan yang
tumpah dari langit itu bersih dan membersihkan, atau suci dan menyucikan,
walaupun dalam perjalanannya untuk sampai ke permukaan bumi terpaksa menempuh
berbagai-bagai debu dan pencemaran yang terkumpul diangkasa dan udara.
Dan titis-titis hujan yang turun
itu merupakan tulisan-sulisan yang melukiskan tanda-tanda kebesaran dan
keagungan Allah Yang Maha Kaya dan Maha Pencipta.
Hujan itupun berasaldari laut atau tasik dan dari sungai di bumi yang airnya bertukar menjadi wap
dan terangkat ke langit, lalu menjadi kumpulan-kumpulan awan tebal, kemudiannya melalui proses-proses tertentu
awan-awan tebal itu terburai pecah dan bertukar menjadi air hujan dan mencurah
turun ke bumi.
Demikianlah proses naik dan turun
air hujan itu akan berlangsung sepanjang masa dan sepanjang waktu tanpa henti
siang dan malam selagi dunia ini
berkembang.
Allah berfirman:
“Dan Kami
hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih, maka dengan itu Kami
menurunkan air [hujan] dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan
bukanlah kamu yang [berkuasa menurunkannya atau] menyimpannya”.-Al-Hijr [15]:22.
Dan Firman Nya lagi:
“Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu
menggerakkan awan dan Allah menyebarkannya di langit menurut yang Dia kehendaki
dan menjadikannya berkelompok-kelompok, lalu engkau lihathujan keluar dari celah-celahnya, maka
apabila Dia menurunkannya kepada hamba=hamba Nya yang Dia kehendaki tiba-tiba
mereka bergembira”.ar-Rum [30]: 48.
Adalah nama yang diberikan oleh ayahanda tersayang kepada rumah yang dibina.Ibunda yang dikasihi lagi dirindui menjadi inspirasi dalam pembinaan ini.Aku adalah tempat luahan qalbu, berharapan agar ia tersebar dikongsi bersama. Pondok yang dibina bermatlamat mampu merahmati penghuni yang bernaung di bawahnya.