UFTI BUNGA EMAS SIAPA NAKHODA?

>> Friday, November 6, 2015







UFTI BUNGA EMAS SIAPA NAKHODANYA?


Negeri Kelantan pernah menghantar ufti bunga emas kepada Kerjaan Siam sebagai satu cara diplomatik untuk memohon perlindungan daripada Kerajaan Siam. Sudah tentu kerajaan yang dipohon perlindungan itu sebuah kerajaan yang termasyur kuat dan perkasa dan digeruni.


Perkara ini bermula bila Long Muhammad putera sulung Long Yunus dilantik menjadi Sultan Kelantan dengan gelaran DYMM Sultan Muhammad Pertama pada tahun 1800. Baginda merasa bimbang Negeri Kelantan akan diserang oleh musuh-musuhnya, terutama negeri jiran tetangganya Terengganu. Untuk mencegah perkara itu daripada berlaku, maka Baginda pun menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Siam.

Untuk tujuan tersebut pada TM 1816 Baginda telah menghantar satu rombongan untuk menghadap Raja Siam di Bangkok. Anggota rombongan itu terdiri dari orang-orang besar negEri dan para penglima yang dipimpin oleh Pak Wan Mahmood. Rombongan diplomatik itu disambut baik oleh  Raja Besar Siam. Dan Raja Siam memberi jaminan akan membantu Kerajaan Kelantan jika ditimpa kesulitan.


Sebelum itu Baginda terlebih dulu bersidang dengan saudara-saudaranya dan pembesar-pembesar negeri yang bersetuju dengan cadangan menghantar rombongan tersebut dan bersetuju menghantar ufti bunga emas dan perak kepada Raja Siam.


Justeru itu Kerajaan Kelantan telah menghantar ufti bunga emas dan perak kepada Raja Siam Rama 111. Penghantaran bunga emas bukan sahaja lambang persahabatan atau kerjasama tapi juga menunjukkan Kelantan bernaung di bawah Kerajaan Siam.


Bunga emas itu dalam bentuk pohon atau pokok. Ia digunakan sebagai lambang rasmi Bank Simpanan Nasional  Malaysia, sementara bunga emas yang sebenarnya tersimpan di Muzium Bangkok.


Kemudian selepas kemangkataan Long Muhammad, Tuan Long Senik Mulut telah dilantik menadi Sultan Kelantan. Baginda juga menghantar ufti bunga emas kepada Raja Siam, di mana Raja Siam bersetuju dengan perlantikan Tuan Senik Mulut Merah sebagai Raja Kelantan.



Kita mungkin tertanya-tanya bagaimanakah bunga emas itu dihantar kepada Raja Siam di Bangkok? Sudah tentu menerusi jalan laut, dengan menggunakan perahu, kapal atau jung.
                                       
Untuk menggerakkan perahu atau jung itu ia memerlukan pekerja-pekerja yang dikenali dengan panggilan anak-anak perahu atau anak-anak kapal yang bertugas membawa perahu itu ke tempat yang dituju. Dan di antara anak-anak perahu atau kapal itu sudah pasti ada seorang ketua yang dipanggil nakhoda, juragam atau kapten kapal.


Nakhoda terkenal yang membawa perahu bunga emas itu ke Bangkok untuk dipersembahkan  kepada Raja Siam ialah Nik Muhammad bin Nik Wan Isa. Beliau terkenal dengan nama jolokan Nik Mat Nakhoda. Beliau telah meninggal dunia pada hari Khamis 2.30 pagi 20 Ogos 1936. Beliau meninggal kerana sakit tua dalam usia 101 tahun

Kematian beliau itu telah dilaporkan dalam Majalah Al-Hikmat, bilangan 103, tahun 3 1936. Beliau meninggalkan seorang isteri, seorang anak perempuan tunggal dan empat orang cucu, tiga orang perempuan dan seorang lelaki, dua puluh orang cicit dan seorang piut.


Cucu lelaki beliau pada masa itu ialah Nik Idris, anak kepada Allahyarham Nik Jaafar, yang berpangkat Dato’ Istiadat.


Kita percaya sehingga ke hari ini masih ramai keluarga beliau yang mewarisi darah keturunan beliau yang ada di merata-rata tempat di negeri ini.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan.




1 comments:

Anonymous,  October 26, 2026 at 6:53 PM  

Saya, Nik Zainin bin Nik Abdul Rahman; berusia 82 tahun; lahir di Kubang Pasu, 15 Ogos 1944. Saya cucu pertama Nik Idris, anak kepada Dato Nik Jaafar Istiadat. Rumah, neneknda saya, Nik Idris and isteri Nik Sharifah Wan Musa, sebuah rumah kayu dua-tingkat yang kebanyakan dibuat dari kayu-cengal, di Kubang Pasu, Kota Bharu. Ia nya termasuk satu 'tiang-seri' ditengah-tengah rumah yg diceritakan, mengambil masa lebih seminggu ditarik oleh gajah dari Langgar. Kini saya sedang 'research' untuk memenuhi pertanyaan seorang cucu yang meminta saya ceritakan 'exploits' nenek-moyangnya, yang dia dengar sebagai Nik Nakhoda yang pernah mengetuai 'flotilla' menghantar bunga mas kepada Raja Siam. Saya pesara tentera, yg telah bersara awal pada usia 47 tahun, berpangkat Kolonel, dan menubuh consultancy untuk kursus-kursus kepada ahli-korporat dan selainnya dalam bidang pembangunan insan: kepimpinan, pengurusan, jati-diri, pembangunan-organisasi, sejak tahun 1992 hingga sekarang. Saya sekarang sedang dalam cuba menjawab pertanyaan cucu say itu dengan cuba menyipakan buku kisah-hidup-saya agar keturunan saya kelak tidak akan lagi perlu bertanya mengenai 'exploits' nenek-moyangnya, seperti saya. Saya mula jadi askar pada pagi 20 Ogos 1964 dan beberapa jam kemudian telah melalui satu operasi di kawasan Sungai Kesang, Johor, dengan ditembak oleh musuh semasa Konfrontasi. 16 hari kemudian, pada 2 September, saya telah mengetuai satu tim kecil dengan 3 orang lagi yang menumpas komando-payung-terjun musuh (paratrooper commando) yang pertama dari 104 orang, yang telah terjun ke Labis pada awal pagi 2 September 1964 tersebut dengan dihantar oleh 2 pesawat Hercules C-130.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP