GURAN, NORHISHAM MUSTAFFA BAWA MESEJ YANG AGUNG
>> Tuesday, November 17, 2015
GURAN, NORHISHAM
MUSTAFFA BAWA MESEJ YANG AGUNG
GURAN adalah sebuah novel terbaru karya novelis terkenal Norhisham Mustaffa yang membawa mesej kemanusiaan yang agung dan dijalin dengan unsur-unsur suspen yang mendesak.
GURAN adalah sebuah novel terbaru karya novelis terkenal Norhisham Mustaffa yang membawa mesej kemanusiaan yang agung dan dijalin dengan unsur-unsur suspen yang mendesak.
Jujur saya katakan, pada permulaan membaca novel Guram saya terasa sedikit malas untuk menghabikannya, kerana tidak ada pandangan yang boleh mempesonakan saya untuk terus menatapnya. Tapi bila saya terus membaca, perasaan saya ingin membaca berkobar-kobar, saya terus ingin membacanya sampai habis, kerana saya dapat melihat pandangan-pandangan yang menarik, pendengaran pendengaran yang menarik dalam suasana suspent. Saya dapat menyelesai membaca Guran jauh lebih cepat daripada masa yang telah saya tetapkan ketika hendak mula membacanya. Alhamdulillah.
Sebagaimana sering saya tegaskan, saya bukan pengkritik sastera atau
pengkritik novel, tapi saya hanya pembaca biasa yang ingin berkongsi pengalaman
membaca novel Guran dengan anda semua.
Saya perolehi Guran daripada Norhisham sendiri pada suatu hari ketika saya
berkunjung ziarah ke rumah beliau di Lati Pasir Mas. Ketika saya berpamit untuk
pulang, beliau masuk ke dalam rumah sekejap kemudian keluar dengan membawa
Guran dan menyerahkannya kepada saya sebagai hadiah ikhlas. Sebelum
menyerahkannya kepada saya beliau menadatangani dan menulis sesuatu.
Bila saya membuka Guran pada muka pertamanya saya melihat tandatangan
beliau di bawah jodol Guran, dan di atasnya tertulis perkataan “Selamat Mamabca”.
Saya rasa beliau menulis perkataan
tersebut sebagai peringatan kepada saya untuk membaca karyanya itu sampai
selesai. Ianya setebal 480 muka surat. Saya terimanya sebagai satu cabaran.
Guran adalah salah sebuah karya dari tujuh buah karya yang mendapat hadiah
sagu hati Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH2. Kulitnya nipis dan diterbitkan
sendiri oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia [ITBM] pada 31 Mei 2015.
Melalui Guran Norhisham membawa mesej yang penting yang ditegasnya di awalan
novel itu berbunyi, “Kepada segenap
umat manusia, peperangan bukanlah cara melestarikan kehidupan!”.
Benar sangkaan saya ketika melihat buku tersebut, Guran, adalah watak utama
dalam novel tersebut, nama yang diberikan oleh orang tuanya ketika dia masih
kecil.
Di samping Guran seorang lagi watak utamanya ialah Lola, seorang wanita
yang cantik molek yang peranananya menjaga secara rahsia keselamatan Guran dari
sejak dia bersekolah lagi, ketika menetap di Tnjung Selatan.
Di mana latar belakang peristiwa berlaku? Mungkin di mana-mana sahaja di
dunia, terutama di tempat-tempat yang berlaku konflik, kemanusian dan
pembunuhan. Di sampinng diberikan nama-nama watak yang aneh, nama tempat juga
asing bagi telinga kita mendengarnya, seperti Desa Pyajun, Tanjung Utara, Tanjung
Selatan, Negara Gurun Subur, Negara Mata Langit, Kotaraya Merah, Watabe, dan Suxian
dan untuk nama-nama orang pula Tuan Ziun, Puan Lorna, Foolian, Hilung, dan Mong.
Dan banyak lagi nama-nama orang dan tempat yang aneh-aneh dalam Guran.
Ada ciri-ciri watak Guran yang cukup istimewa dalam hubungannya dengan
wanita yang begitu cantik dan menggoda seperti Lola. Buat beberapa waktu mereka
hidup bersama dalam kembara dan terlibat dalam persengketaan-persengketaan sengit
yang mengerikan. Walaupun mereka tidur sebilik, malah sekatil juga, dan
kedua-duanya masih muda, tapi Guran tidak mengambil kesempatan yang terbuka
luas untuk menikmati badan Lola. Dia sekadar menikmati bersenda-gurau dan
berpadu kasih.
Tidak pula digambarkan apakah agama kedua-dua watak penting ini, dan juga
watak-watak lainnya. Kalau Guran ini seorang pemuda Islam, imannya masih bertahan
walaupun telah bedah dengan perlakuannya terhadap Lola yang tidur sekatil
dengannya.
Guran novel yang suspen, membacanya membuat kita tertanya-tanya apakah akan
berlaku seterusnya ke atas kedua watak utama ini? Berbagai-bagai pertanyaan
meramai dalam benak kita. Justeru menyebabkan kita ingin terus membaca. Ini adalah
salah satu keistimewaan pada Guran.
Di akhir cerita berlaku tembak menembak yang seru antara Guran dan Lola
dengan puak-puak Presiden Mong, pemimpin negara Tanjung Utara yang diktator dan
kejam. Presdien Mong juga turut bersama
dalam pertempuran itu yang berlaku di desa di mana Guran pernah tinggal bersama
ibunya yang juga telah dibunuh oleh Presiden Mong. Mereka ingin merampas
berlian yang mahal pusaka ayah Guran yang telah dibunuh oleh Presiden Mong dengan
kejam menjadikannya santapan buaya-buaya di dalam kolam.
Dalam pertempuran sengit, antara dua orang, seorang hero dan seorang heroin
itu, Lola telah tercedera pehanya
terkena tembak. Dia tidak dapat berjalan lagi, Bila kesempatan terbuka,
Guran mendukung Lola dan melarikan diri dengan terjun ke dalam lubuk
berhampiran yang pernah dia terjun lama dulu untuk melarikan diri ke Solon.
Dan Norhisham mengkahiri kisah Guran dengan ini kata-katanya, “Aku pun
melompat ke lubuk sungai bertubir dalam. Sepuluh tahun dulu dari tubir ini juga
aku melompat dan berenang ke selatan. Dan sekarang dengan Lola dalam kepuanku,
aku sekali lagi melompat.
Hidup dan mati bukan di tanganku.
Jika umur kami panjang, kami akan selamat kembali ke Solon.
Jika sudah ditakdirkan aku juga akan mati seperti ayah dan ibuku, biarlah aku mati bersama-sama Lola”.
Tidak ada siapa tahu nasib yang akan menimpa Lola?
Tidak ada siapa tahu nasib yang menimpa Presiden Mong?
Yang pastinya kalau saya ini Guran saya juga akan terpesona dengan Lola, wanita cantik dan lincah ini?
Yang pastinya kalau saya jadi Guran, saya akan marahkan Presiden Mong yang kejam dan ganas itu?.
Yang belum pastinya, jika saya jadi Norhisham saya mungkin akan terus menghukum mereka yang jahat dan membahagiakan mereka yang baik dalam Guran?
Sesungguhnya kata, saya tidaklah rugi kepada anda untuk membeli dan membaca Guran, buah tangan Norhisham Mustaffa ini.
Salam hormat dari saya kepada Norhisham kerana begitu kreatif dalam mencipta.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampuung Parit, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment