AHMAD ISMAIL PENJANA SASTERA YANG ULUNG
>> Monday, November 30, 2015
Dato' Ahmad Ismail
Ahmad Ismail adalah salah seorang tokoh penjana sastera yang ulung, yang jasanya tidak boleh dipandang ringan.
Beliau adalah pemilik percetakaan Matbaaah
Al-Hikmah dan penerbit dan pengarang
Majalah Al-Hikmah yang merupakan wadah kepada penulis-penulis tanah air,
khususnya penulis-penulis Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua berpancak silat dan
mengasah bakat mereka.
Beliau yang berjiwa besar ini mengambil inisiatip menerbitkan Majalah Al-Hikmah
pada Tahun Masehi 1 April 1934. Al-Hikmah ertinya “Pengetahuan”, majalah
triwulan atau tiga kali sebulan. Penerbitan Al-Hikmah berakhir pada tahun
Masehi 1941.
Kulit Al-Hikmah 6 Febuari 1936
Sebelum itu beliau juga telah menerbitkan Majalah Al-Hedayah pada tahun 1923 sehingga tahun1926. Beliau adalah Ketua Pengarangnya.
Beliau adalah seorang penterjemah dan pemadan karya-karya berbahahasa Arab
ke Bahasa Melayu, terutama novel-novel, di samping karya-karya lain.
Salah seorang penulis yang banyak memberi sumbangan kepada Al-Hikmah ialah
seorang tokoh penulis terkenal, Abdul Kadir Adabi.
Antara cerita-cerita Abdul Kadir
Adabi yang popular yang disiarkan oleh Al-Hikmah ialah “Achuman Mahkota" dan "Melati Kota Bharu".
Di samping itu Abdul Kadir Adabi juga menulis rencana-rencana, antaranya
rencana psikologi.
Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Yacob, pengarang tersohor itu pernah menulis untuk Majalah Al-Hikmah dan mendapat dorongan Ketua Pengarangnya, Ahmad Ismail sendiri.
Menurut Abdul Rahman Al-Ahmadi, Al-Hikmah adalah “sebuah majalah yang
sangat baik dan tinggi mutunya, dan teknik gambarnya baik sekali”. Ianya sebuah
majalah yang terkenal di seluruh Tanjung Tanah Melayu pada waktu
Pada permulaan penerbitanya, Al-Hikmah dicetak di Matbaah Al-Asasiah
sehingga 28 Disember 1939. Selepas itu, pada 28 Disember 1939 Al-Hikmah dicetak
oleh Matbaah Al-Hikmah sendiri.
Ahmad Ismail sendiri juga menyumbang berbagai-bagai karya untuk majalahnya
itu, termasuk cerita-cerita bersiri.
Pada tahun 1937 Ahmad Ismail telah mencetuskan perdebatan hangat menerusi
Al-Hikmah mengenai masalah penubuhan Universiti Malaya. Ini mendapt tentangan
hebat daripada Utusan Melayu.
Al-Hikmah diberhentikan penerbitannya
serentak dengan Majalah Pengasuh, terbitan Majlis Agama Islam
Kelantan susulan Negeri Kelantan diduduki
oleh Jepun pada 9 Disember 1941.
Beliau bukan sahaja penerbit, tapi juga ketua pengarang Majalah Al-Hikmah.
Memandangkan jasa-jasanya yang besar itu beliau dikurniakan gelaran Dato’
Lela Negara oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan.
Dato' Ahmad Ismail adalah salah seorang daripada dua belas anggota penubuhan "Undang-undang Tubuh Kerjaan Kelantan Bahagian Yang Pertama", di mana seorang lagi ialah Dato' Yusoff Zaky Yacob.
Dato' Ahmad Ismail adalah salah seorang daripada dua belas anggota penubuhan "Undang-undang Tubuh Kerjaan Kelantan Bahagian Yang Pertama", di mana seorang lagi ialah Dato' Yusoff Zaky Yacob.
Beliau banyak menerima nasihat daripada Tok Kenali seorang ulama yang terkenal, bukan sahaja di Kelantan tapi juga di seluruh Nunsantara.
Beliau meninggal dunia pada Tahun Masihi 12 Ogos 1969 setelah meninggalkan jasa-jasl-anya
yang begitu besar, khususnya dalam persuratan Melayu
Saya percaya titih-barisnya yang masih ada pada hari ini dapat memberi
sumbangan besar kepada pengenalan tokoh yang berjasa ini dengan lebih jauh lagi.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment