BAWANG PUTIH BUAT AZIMAT

>> Wednesday, November 4, 2015




BAWANG PUTIH BUAT AZIMAT


Bawang putih sejenis tumbuhan sudah ribuan tahun dipergunakan manusia di seluruh dunia untuk perisa masakan dan juga untuk perubatan herba,




Ia memancarkan bau yang kuat, baik daun atau bawangnya. Kalau dimakan ia meninggalkan kesan yang lama dalam mulut dengan baunya yang tidak menyenangkan itu.


Dari segi perubatan bawang putih mempunyai banyak kegunaannya. Ia adalah sebahagian daripada bahan untuk membuat jamu dan tonik.


Ia digunakan untuk merawat luka dengan jalan ditempelkan di tempat luka dengan bawang putih yang telah dipecahkan.


Ia boleh digunakan untuk menyembuhkan daripada bisa sengatan lipan dan kala jengking dengan cara yang sama.

Lebih jauh lagi bawang puith boleh mencegah penyakit kencing manis.


Orang-orang tua kita menggunakan lada benar [lada hitam] sebagai azimat untuk menjauhkan bayi dari serangan makhluk halus. Caranya biji-biji lada hitam itu dicantumkan pada perca kain lampin yang digunakan oleh bayi.


Tapi dalam masyarakat tradisonal Barat dan Amerika mererka menggunakan bawang putih sebagai azimat untuk menentang serangan-serangan makhluk halus. Mereka menganggapnya sebagai bahan yang ampuh untuk menentang gangguan tersebut.


Bawang putih diguna tujuan menentang:


~Ilmu sihir


~Pelesit dan pontianak, iaitu hantu-hantu yang dipercyai menghisap darah manusia.

~dan hantu syaitan.


Biasanya untuk tujuan tersebut mereka menggantung bawang di pintu rumah mereka.





Bagi para pelaut pula mereka menganggap bawang puith dapat melindungi kapal mereka daripada karam di laut,


Mereka juga menggunakan bawang putih untuk  merawat penyakit lelah dan selsema.


Untuk tujuan tersebut mereka menggantung di sekeliling leher mereka bawang putih dan juga dijadikan bahan minuman.


Kita tidak menyarankan anda menjadikan bawang putih sebagai azimat, tapi saya ungkapkan perkara ini untuk menunjukkan keragaman manusia dalam amalan, budaya dan kepercayaan yang berbeza-beza di kalangan umat manusiab di seluruh dunia.




Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput, 
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.








Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP