ABRAHAM LINCOLN, ANAK-ANAK DAN MASALAH DUNIA

>> Tuesday, November 24, 2015








ABRAHAM LINCOLN, ANAK-ANAK DAN MASAALAH DUNIA



Pada suatu hari Presiden Amerika, Abraham Lincoln berada di rumah bersama-sama dengan dua orang anak lelakinya. Tiba-tiba kedua-dua anak Abraham itu menangis, dan tangisannya itu didengar oleh seorang jirannya.




Bila mendengar suara anak-anak itu menangis, wanita jirannya itu lalu pergi ke rumah Abraham Lincoln. Dia melihat Abraham Lincoln sedang berjalan membimbing kedua-dua anak lelakinya itu dengan kedua belah tangannya.


“Kenapa Encik Lincoln”, tanya jiran wanita itu, “Kenapa budak-budak ini menangis?”.


Abraham Lincoln kedengaran menjawab, “Sebabnya serupa sahaja dengan masaalah yang dihadapi oleh seluruh dunia hari ini. Saya hanya mempunyai tiga biji kacang walnut, tapi setiap orang anak saya inginkan dua biji seorang”.


Benarlah manusia ini memang haloba. Tidak memadai dengan apa yang ada. Akibatnya mereka saling berebut-rebut untuk mendapat yang terbanyak. Sedang perkara yang menjadi perebutan itu tidak mencukupi untuk semua orang. Maka terjadilah perebutan, perseteruan, perbalahan malah peperangan yang berakhir dengan kemusnahan.


Hampir semua orang tahu Abraham Lincoln [1809-1865] ialah Presiden Amerika yang ke-16 . Beliau dilahirkan di Illinois dan belajar undang-undang.


Beliau adalah seorang negarawan dan ahli politik Amerika Utara yang ulung.


Beliau bertanding menentang Stephen Doughlas untuk menduduki kerusi Senate, tapi gagal, namun begitu beliau meraih kemasyuran.


Dalam pilihanraya 1860  Abraham Lincoln telah terpilih sebagai Presiden Amerika yang ke-16.


Bila Amerika Selatan keluar dari Persyarikatan [Union], menyebabkan tercetusnya perang saudara.


Abraham Lincoln yang anti perhambaan berada di sebelah Amerika Utara, dan peperangan itu berakhir dengan  kemenangan di pihak Utara. Negara Bersekutu Selatan telah menyerah kalah.


Seramai 200, 000 orang kulit hitam sebagai anggota tentera mengambil bahagian dalam perang saudara itu.


Salah satu sebab utama peperangan suadara itu segera tercetus ialah kerana sikap Abraham Lincoln yang anti perhambaan.


Seramai lebih daripada dua kali ganda yang terlibat peperangan itu mati kerana penyakitan, dan bukannya kerana peperangan secara langsung.


Tapi tidak lama selepas kemenangan Amerika Utara itu, iaitu lima hari selepas Amerika Selatan Syarikat menyerah kalah, Abraham Lincoln  telah ditembak mati di sebuah panggung di Washington oleh  John Wilkes Booth, dari Selatan.


Beliau adalah Presdien Amerika dari tahun 1860 [1861?]  hingga tahun 1865.


Beliau juga seorang pemidato terkenal, dan salah satu daripada ucapan beliau yang termashyur ialah ketika berpidato di Getysburg. Antara lain dalam ucapan itu tekandung kata-kata yang termasyhur.


“We highly resolve that these dead shall not have died in vain, that this nation, under God, shall have goverment of the people, by the people, for the people, shall not perish from the earth”.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP