AHMAD ISMAIL PENJANA SASTERA YANG ULUNG

>> Monday, November 30, 2015







AHMAD ISMAIL PENJANA SASTERA YANG ULUNG





Dato' Ahmad Ismail





Ahmad Ismail adalah salah seorang tokoh penjana sastera yang ulung, yang jasanya tidak boleh dipandang ringan.


Beliau adalah pemilik  percetakaan Matbaaah Al-Hikmah  dan penerbit dan pengarang Majalah Al-Hikmah yang merupakan wadah kepada penulis-penulis tanah air, khususnya penulis-penulis Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua berpancak silat dan mengasah bakat mereka.


Beliau yang berjiwa besar ini mengambil inisiatip menerbitkan Majalah Al-Hikmah pada Tahun Masehi 1 April 1934. Al-Hikmah ertinya “Pengetahuan”, majalah triwulan atau tiga kali sebulan. Penerbitan Al-Hikmah berakhir pada tahun Masehi 1941.




                                                      Kulit Al-Hikmah 6 Febuari 1936


Sebelum itu beliau juga telah menerbitkan Majalah Al-Hedayah pada tahun 1923 sehingga tahun1926. Beliau adalah Ketua Pengarangnya.


Beliau adalah seorang penterjemah dan pemadan karya-karya berbahahasa Arab ke Bahasa Melayu, terutama novel-novel, di samping karya-karya lain.


Salah seorang penulis yang banyak memberi sumbangan kepada Al-Hikmah ialah seorang tokoh penulis terkenal, Abdul Kadir Adabi.


Antara  cerita-cerita Abdul Kadir Adabi yang popular yang disiarkan oleh Al-Hikmah ialah “Achuman Mahkota" dan "Melati Kota Bharu".

Di samping itu Abdul Kadir Adabi juga menulis rencana-rencana, antaranya rencana psikologi.


Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Yacob, pengarang tersohor itu pernah menulis untuk Majalah Al-Hikmah dan mendapat dorongan Ketua Pengarangnya, Ahmad Ismail sendiri.


Menurut Abdul Rahman Al-Ahmadi, Al-Hikmah adalah “sebuah majalah yang sangat baik dan tinggi mutunya, dan teknik gambarnya baik sekali”. Ianya sebuah majalah yang terkenal di seluruh Tanjung Tanah Melayu pada waktu


Pada permulaan penerbitanya, Al-Hikmah dicetak di Matbaah Al-Asasiah sehingga 28 Disember 1939. Selepas itu, pada 28 Disember 1939 Al-Hikmah dicetak oleh Matbaah Al-Hikmah sendiri.


Ahmad Ismail sendiri juga menyumbang berbagai-bagai karya untuk majalahnya itu, termasuk cerita-cerita bersiri.


Pada tahun 1937 Ahmad Ismail telah mencetuskan perdebatan hangat menerusi Al-Hikmah mengenai masalah penubuhan Universiti Malaya. Ini mendapt tentangan hebat daripada Utusan Melayu.


Al-Hikmah diberhentikan penerbitannya  serentak dengan Majalah Pengasuh, terbitan Majlis Agama Islam Kelantan  susulan Negeri Kelantan diduduki oleh Jepun  pada 9 Disember 1941.


Beliau bukan sahaja penerbit, tapi juga ketua pengarang Majalah Al-Hikmah.


Memandangkan jasa-jasanya yang besar itu beliau dikurniakan gelaran Dato’ Lela Negara oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan.


Dato' Ahmad Ismail adalah salah seorang daripada dua belas anggota penubuhan "Undang-undang Tubuh Kerjaan Kelantan Bahagian Yang Pertama", di mana seorang lagi ialah Dato' Yusoff Zaky Yacob.



Beliau banyak menerima nasihat daripada Tok Kenali seorang ulama yang terkenal, bukan sahaja di Kelantan tapi juga di seluruh Nunsantara.




Sebuah Iklan Dalam Al-Hikma lagh Mengenai Buku 'TIKAMAN BAHASA"
 
 
Beliau meninggal dunia pada Tahun Masihi 12 Ogos 1969 setelah meninggalkan jasa-jasl-anya yang begitu besar, khususnya dalam persuratan Melayu

Saya percaya titih-barisnya yang masih ada pada hari ini dapat memberi sumbangan besar kepada pengenalan tokoh yang berjasa ini dengan lebih jauh lagi.




Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

HINA, JANGAN MENGHINA

>> Friday, November 27, 2015





HINA, JANGAN MENGHINA



Hina itu menggambarkan sesuatu keadaan yang rendah tarafnya, seperti kedudukan, pangkat, dan darjah.






Dalam pengertian ini, jika kita memandang hina kepada seseorang, maka bererti kita memandang rendah kepada kedudukan, darjah, pemikiran dan sebaginya yang dimiliki oleh seseorang itu.


Perbuatan ini merupakan perbuatan terlarang dan tercela. Sebab kita tidak boleh menghina orang lain, dalam apa jurusan sekali pun walau pun setinggi mana kedudukan kita sebagai hamba Allah.


Kita tidak boleh menghina orang lain walaupun ilmu kita tinggi melangit, kerana setiap orang hamba Allah masing-masing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang tidak ada pada orang lain, walaupun ilmu pengetahuan mereka tidak selaju kita.


JANGAN MENGHINA ORANG


Pendakwah, terkenal Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim mempunyai pengalaman yang amat berharga untuk tidak memandang rendah atau hina pada orang lain, sebagaimana diceritakan oleh beliau sendiri.


Katanya pada suatu masa rumah kediamannya di Segamat di tenggelami banjir besar. Waktu kerjadian berlaku, beliau sekeluarga tidak ada di rumah. Beliau terpaksa meminta seorang jiranya menyelamatkan dokumen-dokumennya yang penting daripada ditenggelami banjir.


Bila air surut dan beliau balik ke rumah, beliau amat terkejut melihat huru-hara akibat banjir di dalam rumahnya. Banyak barang-barang berharga berselerak-tak dan punah-ranah, termasuk buku-buku dan kitab-kitabnya yang amat disayangi. Kerusi meja dan almari terbalik kuang.


Beliau tidak ada pengalaman dilanda banjir, justeru katanya beliau tidak mempunyai pengalaman untuk segera menyelesaikannya. Beliau tertanya-tanya apakah yang harus beliau lakukan untuk menghadapi keadaan kelam kabut akibat banjir itu?


Katanya dalam keadaan terpinga-pinga seperti itu, datang beberapa orang wanita kampung tersebut dan memberi petunjuk kepada beliau bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu. Mula-mula segala barang dalam rumah itu hendaklah dibawa turun ke halaman rumah untuk dipilih mana yang masih baik dan mana yang telah rosak, kemudian yang baik itu hendaklah dibersihkan.


Sebelum itu persekitaran dalam rumah hendaklah dibersih terlebih dahulu, sebelum air dan selut kering, kerana bila kering ia akan menjadi  keras dan sukar untuk dibersihkan.


Petunjuk orang kampung itu memberi kesedaran kepadanya, bahawa walaupun dia seorang profesor, seoramg doktor, tidak semua perkara dia mengetahuinya, malah masih banyak lagi yang belum diketahuinya.


Justeru itu beliau memberi nasihat kepada sesiapa sahaja supaya tidak menghina orang lain walaupun mereka berpangkat dan berdarjah. Jangan hina orang kampung yang nampak selekeh, jangan hina orang yang tidak tinggi ilmu pelajarannya, jangan hina orang yang tidak berpangkat dan rendah darjahnya, jangan pandang hina orang-orang yang tidak berjawatan. Mereka semua mempunyai kelebihan masing-masing.


Demikian pesan yang pernah disampaikan oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dalam satu ceramahnya di  Masjid al-Qasimi Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan.


MENGHINA DIRI


Salah satu penghinaan lagi yang tidak wajar sama sekali dilakukan, ialah menghina diri sendiri. Ada sebahagian dari kita suka menghina diri. Mereka berbuat demikian, sedangkan perbuatan itu perlu dijauhi. Ianya bukan sahaja sia-sia, tapi juga merugikan diri sendiri.





Kita tidak perlu menghina diri sendiri. Kita tunduk kepala kepada orang bukan untuk dipijak, tapi sebagai tanda hurmat kita kepadanya.


Kita membongkok badan  kepada orang bukan untuk ditunggangi, tapi sebagai tanda takzim kita kepadanya.


Kita tunduk mencium tangan orang kerana kita sayang dan menghormatinya, tapi bukan sama untuk dipulas telinga dan diketuk kepala kita.


Dalam melayari kehidupan ini, kita sering bertemu dengan orang-orang besar dan orang-orang kenamaan, yang menyebabkan ada sebilangan dari kita merasa takut, dan hina diri. Ini membuat lidah mereka menjadi kelu dan bisu untuk berkata-kata. Lebih tidak baik lagi kiranya mereka cuba mengelak dan melarikan diri daripada bertemu dengan mereka.


Mari kita ikuti nasihat Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Yacob mengenai perkara yang merugikan itu. Ujar beliau:


“Memang pangkat dan kebesaran itu ada pengaruh dan pengerunnya, tetapi tidaklah pula bijak kita membiarkan diri kita hancur dan ranap di hadapannya selaku hancurnya air batu ketika berdepan dengan sinar matahari.


“Di dalam suasana yang seperti itu, malah dalam hidup seseorang amatlah penting dia mengingatkan harga dirinya, mengingatkan kelebihan-kelebihan istimewa yang pada dirinya.


“Kelebihan itu tidak pasti berupa pangkat, darjat dan ilmu pengetahuan yang tinggi, bahkan meliputi seluruh kepandaian hidup yang dipunyai setiap manusia.


-Peladang dengan kepandaian bercucuk tanamnya.


-Nelayan dengan kepandaian jala pukatnya.


-Tukang dengan seni kerajinan tangannya.


_Buruh dengan tenaga kerjanya.


-Dan demikianlah seterusnya.


“Seluruh kepandaian ini harus dipanggil oleh setiap tuannya, sebagai kepandaian-kepandaian yang setiap hari berjasa kepada masyarakat manusia.


“Setiap orang adalah raja, pemerintah, tuan besar, ketua dan orang penting di ruang kerja masing-masing, di bidang hidup masing-masing atau di rumah masing-masing.


“Setiap orang adalah unik dengan kebolehan, kepandaian dan pengalaman masing-masing.


“Bukanlah pada tempatnya kita melahirkan rasa takut dan gentar kepada orang-orang besar ternama, kerana mereka bukanlah pertanda-pertanda dan orang-orang ganas, mereka adalah orang-orang baik, orang-orang yang mendapat penghormatan masyarakat dengan jasa-jasa keistimewaan mereka yang sebenar.


“Kita harus merasa bangga kerana dapat berhadapan dan bercakap-cakap dengan mereka, bukannya merasa hina, rendah dan gentar dan seharusnya kita berhadapan dengan mereka seperti anak berhadapan dengan bapa atau seperti adik bertemu dengan abang tua”.


Beliau juga pernah berkata, "Seluruh rupa permohonan bantuan terhadap sesama makhluk yang kita sering lakukan di dunia ini tidak lebih dari permohonan menurut saluran-saluran yang lahir sahaja, kerana saluran permohonan yang hakiki ialah Allah, berdasarkan hakikat  seluruh hati makhluk berada di dalam kekuasaanNya dan seluruh bantuan yang diberikan oleh makhluk itu hanya merupakan penyaluran semula terhadap nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada mereka.


"Kerana itu kalau kita memohon sesuatu pada manusia maka permohonan itu tidak lebih dari memohon sebahagian nikmat Tuhan yang ada pada mereka. Dan di atas konsep ini setiap Muslim tidak harus menghinakan dirinya mencium tapak kaki makhluk kerana menagihkan sesuatu bantuan dan pertolongannya"


Memang benar apa dikatakan oleh beliau itu. Kita adalah manusia yang unik, yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, dan tidak ada sesiapa pun memiliki semua kepandaian yang terdapat dalam dunia ini.


Perhatikan:


Jika anda seorang penoreh getah, adakah para menteri pandai menoreh getah?


Jika anda cekap memanjat pokok kelapa, adakah mana-mana presiden atau perdana menteri di dunia ini yang pandai memanjat pokok kelapa?


Jika anda pandai membajak sawah, adakah sang professor pandai membajak sawah?


Jika anda pandai membelah kelapa, adakah doktor bedah pandai membelah kelapa?


Dan demikian, dan demikian dan demikian seterusnya.


Renungkanlah, dan reunungkanlah dan berhentilah menghina orang lain dan menghina diri sendiri.




Lorong Masjid al-Qsimi,
Kampung Kubang Siput,,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.


Read more...

ABRAHAM LINCOLN, ANAK-ANAK DAN MASALAH DUNIA

>> Tuesday, November 24, 2015








ABRAHAM LINCOLN, ANAK-ANAK DAN MASAALAH DUNIA



Pada suatu hari Presiden Amerika, Abraham Lincoln berada di rumah bersama-sama dengan dua orang anak lelakinya. Tiba-tiba kedua-dua anak Abraham itu menangis, dan tangisannya itu didengar oleh seorang jirannya.




Bila mendengar suara anak-anak itu menangis, wanita jirannya itu lalu pergi ke rumah Abraham Lincoln. Dia melihat Abraham Lincoln sedang berjalan membimbing kedua-dua anak lelakinya itu dengan kedua belah tangannya.


“Kenapa Encik Lincoln”, tanya jiran wanita itu, “Kenapa budak-budak ini menangis?”.


Abraham Lincoln kedengaran menjawab, “Sebabnya serupa sahaja dengan masaalah yang dihadapi oleh seluruh dunia hari ini. Saya hanya mempunyai tiga biji kacang walnut, tapi setiap orang anak saya inginkan dua biji seorang”.


Benarlah manusia ini memang haloba. Tidak memadai dengan apa yang ada. Akibatnya mereka saling berebut-rebut untuk mendapat yang terbanyak. Sedang perkara yang menjadi perebutan itu tidak mencukupi untuk semua orang. Maka terjadilah perebutan, perseteruan, perbalahan malah peperangan yang berakhir dengan kemusnahan.


Hampir semua orang tahu Abraham Lincoln [1809-1865] ialah Presiden Amerika yang ke-16 . Beliau dilahirkan di Illinois dan belajar undang-undang.


Beliau adalah seorang negarawan dan ahli politik Amerika Utara yang ulung.


Beliau bertanding menentang Stephen Doughlas untuk menduduki kerusi Senate, tapi gagal, namun begitu beliau meraih kemasyuran.


Dalam pilihanraya 1860  Abraham Lincoln telah terpilih sebagai Presiden Amerika yang ke-16.


Bila Amerika Selatan keluar dari Persyarikatan [Union], menyebabkan tercetusnya perang saudara.


Abraham Lincoln yang anti perhambaan berada di sebelah Amerika Utara, dan peperangan itu berakhir dengan  kemenangan di pihak Utara. Negara Bersekutu Selatan telah menyerah kalah.


Seramai 200, 000 orang kulit hitam sebagai anggota tentera mengambil bahagian dalam perang saudara itu.


Salah satu sebab utama peperangan suadara itu segera tercetus ialah kerana sikap Abraham Lincoln yang anti perhambaan.


Seramai lebih daripada dua kali ganda yang terlibat peperangan itu mati kerana penyakitan, dan bukannya kerana peperangan secara langsung.


Tapi tidak lama selepas kemenangan Amerika Utara itu, iaitu lima hari selepas Amerika Selatan Syarikat menyerah kalah, Abraham Lincoln  telah ditembak mati di sebuah panggung di Washington oleh  John Wilkes Booth, dari Selatan.


Beliau adalah Presdien Amerika dari tahun 1860 [1861?]  hingga tahun 1865.


Beliau juga seorang pemidato terkenal, dan salah satu daripada ucapan beliau yang termashyur ialah ketika berpidato di Getysburg. Antara lain dalam ucapan itu tekandung kata-kata yang termasyhur.


“We highly resolve that these dead shall not have died in vain, that this nation, under God, shall have goverment of the people, by the people, for the people, shall not perish from the earth”.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP