PINTU-PINTU APA ADA DI SEBALIK PINTU?

>> Thursday, February 19, 2015




PINTU-PINTU APA ADA DI SEBALIKNYA?



Yang dikatakan pintu ialah ruang yang terdapat pada bangunan, seperti rumah, kandang, kenderaan, seperti kereta dan sebagainya yang bertujuan untuk masuk dan keluar.





Yang keluar masuk itu kalau rumah ialah manusia, kau kandang ialah haiwan, kalau garej ialah kenderaan.

Lazimnya sebuah rumah mempunyai dua buah pintu, iaitu pintu hadapan dan pintu belakang atau dikenali dengan panggilan pintu dapur. Biasanya pintu dapur ini digunakan di waktu-waktu yang perlu, seperti bila ramai tetamu berada di ruang hadapan rumah hingga tersumbat sampai ke pimtu besar.

Selain itu ada lagi sejenis pintu kecil yang bertujuan untuk pertukaran udara keluar dan masuk dengan tujuan untuk kesegaran. Pintu udara ini biasanya ditebuk di dinding dan terletak tinggi dari lantai.






Sesuatu bangunan yang tidak berpintu, ianya bukan rumah, tapi wakaf yang didirikan di tempat awam dan sentiasa tersedia kepada sesiapa sahaja untuk menggaunakannya.

Atau ia mungkin sebuah kotak kayu untuk mengisi barang-barang, seperti peti TV atau peti ais untuk tujuan penghantaran. Bila barang-barang di dalamnya hendak dikeluarkan, keping-keping kayu kotak itu ditanggalkan dengan mencabut paku-paku yang menguatkanyanya atau dipatah-patahkan sahaja keping-keping papanya.

Atau ianya sebuah bangsal, seperti bangsal-bangsal di majlis kenduri atau keraiaan di mana ianya terbuka dari segala arah tanpa pintu untuk kesenangan para pendatang.

Atau sebuah gerai tempat menjual goreng pisang atau makanan-mmakanan yang dibina di pinggir-pinggir jalan atau di tepi-tepi padang, di mana sekelilingnya tidak diperbuat pintu.

Atau pintu besar yang biasanya dibina merentangi jalan  tanpa daun pintu yang dipanggil pintu gerbang. Biasanya pintu gerbang dibina untuk keluar masuk ke sesuatu kawasan dalam kota, markas, taman dan sebagainya.

Ataupun juga ia sebuah keranda yang sememangnya tidak berpintu untuk disikan dengan mayat untuk dibawa dan disemadikan di tanah perkuburan.

DAUN-DAUN PINTU

Setiap pintu mesti ada daun-daun pintu yang digunakan untuk membuka atau menutup pintu-pintu itu yang berupa sebuah frame atau kerangka di mana daun pintu itu dilekatkan denga cara menggunakan ensel yang boleh dibuka dan ditutup.





Pintu-pintu rumah yang tidak berdaun pintu, tentu tidak bererti. Kerana pintu-pintu hanya perlu dibuka di waktu-waktu tertentu dan pasti ditutup pula di waktu tertentu untuk keselesaan dan keselamatan.

Ketika hendak meninggalkan rumah, pintu-pintu terpaksa ditutup dan dikunci elok-elok untuk mengelaknya daripada diceroboh oleh para penjahat. Demikian juga di waktu hendak tidur, khsusnya di waktu malam untuk mencegah daripada dimasuki maling.

Pintu-pintu juga ditutup untuk mencegah daripada dimasuki oleh debu-debu dan habuk, daripada dicerobohi oleh serangga-serangga yang berterbangan atau haiwan-haiwan yang tidak disingin seperti anjing dan kucing.









Pintu-pintu rumah dibuka di waktu siang atau malam bila difikirkan keadaan selamat untuk berbuat demikian untuk tujuan keselesaan, seperti kemasukan udara dan sebagai.

Pintu-pintu juga dibuka khusus untuk menyambut para jemputan atau para tetamu yang dipersila datang ke rumah untuk tujuan tertentu.

DAUN PINTU

Besar kecil daun pintu  adalah tergantung kepada besar kecil ruang pintu. Biasanya daun pintu itu dibuat dua keping, yang dilekatkan kepada kerangka pintu dengan ensel untuk membolehkannya dibuka dan ditutup. Kemudian dipasang pula dengan alat-alat penyangkut mangga ketika hendak dikunci, atau digunakan tumbol kunci dan sebagainya. Pintu itu ditutup dan dikunci bila penghuninya hendak meninggalkan rumah atau bilik dengan tujuan untuk tujuan keselamatan. Sementara di sebelah dalamnya pula selain daripada pengunci, biasanya dibuat penyelak pintu dari besi.

Pada masa yang lalu, daun-daun pintu itu diperbuat daripada kayu-kayu yang kukuh, dan dihiasi dengan ukiran-ukiran yang cantik. Biasanya sampai sekarang pun rumah-rumah, termasuk rumah-rumah  batu daun-duna pintunya diperbuat dari kayu. Dan untuk lebih keselamtan di sebelah dalam atau luarnya dibuat pintu-pintu yang diperbuat dari jeriji-jeriji besi yang boleh dibuka tutup.

Di hotel-hotel atau di rumah-rumah penginapan, walaupun pintu-pintu biliknya diperbuat daripada kayu, tapi pintu besar hadapan bangunannya diperbuat dari bahan cermin yang tembus lihat yang biasanya secara luncur otomatik, di mana bila ada orang beridri di hadapannya ia akan terbuka sendiri, dan kemudian tertutup dengan sendiri pula.

Selain dari kayu dan besi pintu-pintu hari ini juga menggunakan bahan-bahan daripada aluminium, plastik PVC .
.
Pada masa dahulu, orang-orang tua kita amatlah mementingkan kedudukan pintu, sebagaimana pentingnya kedudukan-kedudukan sesebuah rumah. Pintu hadapan dibina arah mata hari naik, sementara pintu belakang arah ke mata hari jatuh. Ini amat penting kerana dipercayai dapat memberi kesan kesihatan kepada penghuninya.

Pada masa dahulu daun-daun pintu besar itu dibuka arah keluar, tapi demi keselesaan dan keindahan, daun-daun pintu di buka arah ke dalam, atau di sesetengah tempat dibuat sliding atau gelonsor untuk menolak pintu itu ke kiri atau ke kanan ketika membuka dan menutupnya.

FALASAH PINTU

Bercakap tentang pintu ini saya teringat tiga puluh empat tahun yang lalu, saya telah mengalihbahasa sebuah rencana dan disiarkan oleh sebuah meddia massa pada tahun 1981. Rencana itu saya guna jodol Falsafah Pintu dan mengguna nama samaran Noorbaiti Zaini.




 
Saya rasa ada baiknya saya pungut kembali rencana itu, semoga memberi manfaat jua kepada pembaca-pembaca yang dikasihi. Begini bunyinya:

“Pintu-pintu adalah simbol keperibadian, pengasingan, pelarian fikiran ke dalam ketenangan yang bening ataupun pertarungan sulit yang mengharukan.

Sebuah kamar tanpa pintu bukanlah sebuah kamar, tapi sebuah balai.

Walaupun di mana seseorang itu berada, tapi dia akan merasa cukup selesa di sebalik pintu yang tertutup.

Fikiran berfungsi dengan baik di belakang pintu-pintu yang tertutup. Manusia bukannya kuda untuk dikumpulkan bersama-sama.

Anjing-anjing mengetahu erti dan kesedihan pintu-pintu. Pernahkah anda melihat seekor anak anjing kepingin pintu yang tertutup?

Pintu adalah simbol kehidupan manusia.

Pembukaan pintu adalah satu tindakan mistik: di dalamnya terdapat beberapa citarasa yang tidak diketahui, beberapa adirasa yang bergerak ke dalam satu detik yang baru, satu bentuk baru daripada kekarutan yang baru. Ia termasuk bayangan-bayangan yang tertinggi daripada kegembiraan yang fana: persatuan dan pertemuan kembali dan kegembiraan dua orang kekasih yang telah lama berpisah.



Malah dalam kesedihan sekalipun, pembukaan pintu boleh meringankan: ia menukar dan melabur kembali tenaga manusia. Tapi penutupan pintu jauh lebih dasyat lagi. Ia satu pengakuan yang menyatakan pengakhiran. Setiap pintu yang tertutup membawa sesuatu ke hujungnya.

Dan ada beberapa tingakt kesedihan di dalam menutup pintu-pintu. Sebuah pintu yang dihempas adalah satu pengakuan menyatakan kelemahan. Sebuah pintu yang ditutup dengan pelan-pelan adalah suatu isyrat yang paling trajis di dalam hidup.

Setiap orang mengethaui cengkaman kesedihan yang menjelma sebaik-baik sahaja pintu ditutup, bila orang yang dikasihi masih berada dekat, tanpa bunyi atau suara, tapi telah jauh perginya.

Pembukaan dan penutupan pintu adalah sebahagian daripada kelancaran hidup yang tegas. Hidup tidak akan diam, dan membiarkan kita bersendirian. Kita sentiasa membuk pintu-pintu pengharapan, dan menutupnya dengan keciwa”.

Demikianan artikel itu berbicara tiga puluh tahun lebih yang lalu tentang pintu.

Pada akhirnya saya mengingatkan bahawa selain daripada pintu nyata itu ada lagi sejenis pintu yang bukan dibina daripada benda-benda, seperti pintu-pintu rumah itu, tapi merupakan pintu ghaib yang tidak kelihatan dengan mata kasar, pintu hakikat pintu mistik ataupun pintu kerohanian. Pintu-pintu ini amat penting kepada umat manusia, dan amat perlu dijaga penutupan dan pembukaannya. Sebenarnya ia memerlukan satu pembicaran yang khusus mengenai pintu-pintu hakikat ini.


Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kel.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP