BULU KETIAK APAKAH FUNGSINYA?
>> Tuesday, February 3, 2015
BULU KETIAK APAKAH FUNGSINYA?
Apakah yang
dikatakan ketiak itu?
Ketiak adalah
salah satu anggota badan yang terletak di antara bahu dan lengan. Ia terletak di bahagtian bawah sendi
yang menyambungkan antara kedua-dua anggota badan itu.
Ada beberapa bahagian
badan manusia yang ditumbuh bulu-bulu, salah satu daripadanya ialah ketiak.
Kerana itu ia dipanggil bulu ketiak.
Ketiak anggota
badan yang kurang popular. Tidak seperti mata, hidung, pipi dan bibir.
Kadang-kadang
ketiak menimbulkan problam dengan mengeluarkan bau hapak yang menyengat hidung,
dan mengeluarkan banyak peluh hingga membasahkan bahagian baju bawah ketiak,
menyebabkan tuan empunya tidak selesa.
Biasanya setiap
ketiak mempunyai bulu. Baik lelaki atau perempuan. Cuma yang bezanya bulu itu
panjang atau pendek, lebat atau jarang, dan juga warna bulu ketiak itu mungkin
juga berbeza.
Fungsi Bulu Ketiak
Bulu ketiak itu
mulai tumbuh pada seseorang bila dia
baligh atau cukup umur, dan berhenti tumbuh ketika berusia belasan
tahun, iaitu antara tiga belas hingga sembilan tahun.
Sampai sekarang
ahli-ahli sains belum dapat menyatakan dengan tepat apakah fungsi sebenarnya
Allah jadikan bulu-bulu ketiak itu? Justeru fungsi bulu ketiak itu masih
menjadi tajuk perbahasan di kalangan mereka.
Tapi tidak
mengetahu fungsi sesuatu benda itu bukanlah bererti perkara itu tidak
berfaedah. Semangnya ada perkara-prkara yang memerlukan masa yang lama untuk kita
memahami sesuatu ciptaan Allah itu.
Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia Mesti ada rahsia di sebaliknya yang masih belum mampu dijangkau oleh akal manusia yang memang terbatas ini.
Walau bagaimana
pun kalau kita perhatikan buat masa ini ada tiga fungsi bulu ketiak yang
penting.
Pertama sebagai
alat semula jadi untuk meresap peluh-peluh yang biasanya keluar ketika cuaca
panas atau ketika bekerja banyak menggunakan tenaga tulang empat kerat.
Kedua sebagai
alat semula jadi untuk meresap kelembapan daripada melekat di kulit ketiak
Ketiga bulu
ketiak menolong melakukan ventilasi atau pertukaran udara pada anggota ketiak
itu.
Cukur Bulu Ketiak
Setahu kita ada
tiga tindakan manusia terhadap bulu-bulu ketiak mereka, baik lelaki atau
perempuan.
Pertama mereka
yang mencukur bulu-bulu ketiak mereka hingga gondol..
Kedua mereka yang membiarkan bulu-bulu ketiak mereka tumbuh meliar.
Ketiga mereka
yang membiar bulu-bulu itu tumbuh tapi merawatnya, memotongnya pendek dan juga mencucinya.
Sebab Mencukur Bulu Ketiak
Ada beberapa sebab kenapa seseorang mencukur bulu ketiak. Antaranya kerana adat resam, kerana kebersihan, dan kerana agama.
Ada beberapa sebab kenapa seseorang mencukur bulu ketiak. Antaranya kerana adat resam, kerana kebersihan, dan kerana agama.
Tentunya
merupakan pandangan yang kurang manis, jika seseorang, baik lelaki atau
perempuan, memaki baju atau singlet yang tidak berlengan, menayangkan bulu-bulu
ketiaknya keluar dari celah-celah ketiak mereka.
Dan lebih tidak
sopan lagi kalau mereka yang menayang bulu ketiak itu merupakan tukang masak, atau pelayan-pelayan di majlis keramaian.
Bagi orang
Islam pula mereka mencukur bulu-bulu ketiak kerana agama mereka. Sunnah kepadasetiap Muslimin
dan Muslimah mencukur bulu ketiak mereka.
Alat-alat Mencukur Bulu Ketiak
Ada dua cara
untuk membuang bulu-bulu ketiak. Pertama dengan cara mencukurnya, dan kedua
dengan cara mencabutnya.
Untuk
menanggalkan bulu ketiak itu ada mereka yang mencukurnya dengan menggunakan
pisau cukur atau menyapu dengan bahan-bahan khusus yang menyebabkan bulu-bulu
itu gugur dengan sendiri, tanpa perlu dicukur atau dicabut.
Pisau cukur
pula selain daripada pisau cukur manual ada pula pisau cukur yang menggunakan
elektrik dan ada menggunakan bateri. Pengguna hanya perlu memilih mana-mana
yang sesuai dengan selera mereka.
Sejak
kebelakangan ini alat-alat menanggalkan bulu-bulu merupakan salah satu dari
bahan kesihatan yang dirika khas kerananya untuk digunakan oleh para pengguna dengan
lebih mudah dan selamat.
Siapa Yang Mencukur Bulu Ketiak
Di Amerika dan
England kegemaran mencukur bulu ketiak di kalangan lelaki dan perempuan dikatakan
bermula pada tahun 1915, bila majalah-majalah di sana menyiarkan iklan gambar
seorang wanita bergaya dengan ketiak yang licin kerana digondolkan.
Ahli-ahli
sukan, khsususnya ahli-ahli sukan renang, lelaki atau perempuan menggondolkan
ketiak mereka dengan mencukurnya. Ini dapat membuat badan mereka berada dalam
keadaan “streamline” ketika berenang dan
ini membolehkan mereka berenang dengan lebih laju.
Demikiian juga
ahli-ahli bina badan biasanya memilih untuk menggondolkan ketiak mereka untuk
tujuan kecnantikan.
Lebih Cepat Tumbuh
Dalam soal mencukur bulu-bulu badan ini, termasuk bulu-bulu ketiak ada pendapat yang mengatakan bulu-bulu yang dicukur itu akan lebih cepat tumbuh kembali dan dengan keadaan yang lebih tebal dan kasar dari biasa.
Tapi menurut doktor, pendapat itu tidak benar, ianya merupakan kepercyaan tahyul yang tidak berasas sama sekali.
Apa yang
sebenarnya berlaku, bila bulu-bulu ketiak itu dicukur licin-licau, maka ketika
ia tumbuh kembali akan terasa keras dan tajam menyebabkan rasa tidak selesa
pada kulit. Tapi bila ia telah panjang semula, ia akan kembali seperti biasa,
tidak lagi menganggu ketiak lagi.
Pada permulaan
tahun 2015 ini telah terserlah satu kegilaan baru di kalangan kaum wanita,
khususnya wanita barat. Mereka bukan sahaja tidak mencukur bulu-bulu ketiak
mereka, atau membiarkan bulu-bulu itu tumbuh subur, tapi juga mewarnakan
bulu-bulu ketiak itu dengan warna yang
terang.
Islam Dan Bulu Ketiak
Mengenai perkara ini Mohd Azwar penyusun buku “Petunjuk Wanita Solehan, Adab Kebersihan dan Persolekan Wanita” berkata bahawa telah sepakat para ulama bahawa mencabut bulu ketiak adalah sunnat, dan itu lebih utama. Bagi lelaki boleh dilakukan dengan mencukurnya.
Beliau menyebut sebuah kisah yang diceritakan oleh Yunus bin Abdil A’la, Katanya, “Pernah saya menemui Asy-Syafie. Ketika itu ada seorang tukang cukur yang tengah mencukur ketiak beliau. Maka berkatalah Asy-Syafie, “Saya tahu, bahawa sunnahnya memang harus dicabut, tapi saya tidak kuat sakitnya”.
Sebelum itu
beliau juga telah mengungkap sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah ra. katanya: Sabda Rasulullah SAW: Ada lima perkara yang
termasuk fitrah [kesucian], iaitu istihadhah, khitam, mencukur kumis, mencambut
rambut ketiak dan memotong kuku”. HR:Jamaah.
Kg Parit, Pasir Tumboh,
KB.Kelantan
0 comments:
Post a Comment