BERJUANG KE HUJUNG HAYAT

>> Monday, February 16, 2015


BERJUANG KE HUJUNG HAYAT


Hidup adalah perjuangan. Hidup tidak sunyi dari berjuang. Tiada hidup tanpa perjuangan.





Berjuang adalah berusaha dengan sepenuh kudrat untuk mencapai sesuatu yang diinginkan atau sesuatu yang menjadi cita-cita. Tanpa usaha, sukar untuk mendapat sesuatu ikut takdir. Ia jarang berlaku. Normalnya kita berusaha untuk mendapat sesuatu, dan selepas itu baru menunggu takdir. Ketentuan dari Allah.


Usaha yang dilakukan itu mesti sungguh-sungguh. Berjuang dengan sepenuh tanaga dan usaha. Tenaga fizikal dan mental untuk mencapai sesuatu yang menjadi impian kita.

Jangan hangat-hangat tahi. Sekejap sahaja, bukan semata menjadi sejuk dan dingin, malah mengeluarkan bau busuk yang menjijikkan.

Secara umumnya ada dua hala tuju kita dalam berjuang. Putih atau hitam. Kita terpaksa menentukannya. Buat satu pilihan sahaja. Waemo hitam atau putih. Putih adalah lambang terang benderang. Sementara hitam adalah lambang kelam pekat. Putih adalah lambang kebaikan, sementara hitam adalah lambang keburukan.


Orang-orang yang waras berjuang untuk kebenaran. Membina kebaikan. Membina kebajikan. Menegakkan keadilan. Kebenaran. Kesejahteraan. Kemuliaan. Kesamarataan. Kententeraman. Keharmonian. Perjuangan yang digandingi oleh iman dan takwa demi mencari keredaan Allah.


Berjuang meuju sebuah langit terbuka yang cerah-ceraca, yang memayungi bumi yang melimpah-ruah dengan rahmat Allah untuk dinikmati bersama..


Sebaliknya orang-orang yang tidak waras, yang kacau-bilau emosinya, yang kelam jiwanya, berjuang untuk kegelapan. Menghidupkan kekacauan. Kesusahan. Kemusnahan. Kehinaan. Ketakutan. Kekejian. Namun begitu mereka tetap mennyingsing lengan dan berani terjun  dalam kancah lautan perjuangan untuk menegakkan kebatilan mereka, walau dengan mengorbankan orang lain yang tidak berdosa.


Semua keburukan  bercampur-baur dalam satu mangkuk minuman syaitan dalam usaha untuk menegakkan kezaliman yang bergerak bersama nafsu jahat manusia yang telah diperkudakan oleh syaitan laknatullah.


Dalam dua hala inilah manusia berjuang. Masing-masing dengan impian dan hasrat masing-masing. Sama-sama berjuang dengan penuh kegigihan untuk menikmati pulangannya nanti. Sama-sama berharap untuk meraih kejayaan.

Kedua-duanya berjuang dengan gigih. Ada yang menang, dan ada yang kalah. Begitulah adat perjuangan. Begitulah yang dihadapi oleh para pejuang di jalan Allah. Walaupun ada di antara mereka yang kecundang, tapi yang lain akan bangkit menyambung tali perjuangan yang tidak akan putus-putus demi kerana Allah.


Mereka berjuang dengan semangat dan tekad tidak akan berundur walau apapun rintangan yang melanda. Yang ada dalam jiwa mereka hanya dua ketentuan, iaitu berjaya atau mati. Tidak ada erti gagal atau putus asa dalam hati para pejuang yang diletak di atas landasan yang benar kerana Allah.


Di sepanjang zaman sejarah manusia, dunia mempunyai dua puak atau golongan yang bertentangan. Satu pihak berjuang untuk menegakkan keadilan, dan di satu pihak berjuang untuk menegakkan kepurakperandaan. Satu pihak mereka berjuang bersama malaikat, dan di satu pihak lagi mereka berjuang bersama syaitan untuk menimpakan kerosakan di bumi Allah ini.


TEKAD RASULULLAH SAW


Tokoh agung, Rasulullah SAW menunjukan suri yang mulia tentang kekentalan hati Baginda untuk meneruskan perjuangan yang telah dimulakanya sebagai menyahut perintah  Allah SWT. Kaum kafir Quraisy di bumi Mekah, tempat Baginda tinggal bersama mereka itu akhirnya merasa bimbang terhadap usaha-usaha murni Baginda mengembang Islam. Mereka sehabis daya berusaha untuk menghalang, temasuk menyeksa dengan kejam pengikut-pengikutnya, tapi tidak mampu mengekang Baginda daripada terus berjuang.


Kaum kafir Quraisy itu berulang-ulang kali menghantar rombongan berunding dengan bapa saudaranya Abu Thalib supaya anak saudaranya berhenti daripada menyebar agama Islam,berhenti mencela agama mereka yang diwarisi itu serta tidak mencela nenek moyang yang mewariskan kepercayaan itu kepada mereka. Tapi Abu Thalib menolak segala tuntutan mereka itu secara baik.

Setelah usaha mereka itu tidak berhasil, maka pada suatu hari mereka datang lagi menemui Abu Thalib dan menyatakan mereka tidak lagi dapat membiarkan Rasulullah SAW terus mengembang agama Islam. Malah mereka memberi acaman kepada Abu Thalib supaya memberhentikan anak saudaranya itu daripada meneruskan usaha dakwahnya itu. Mereka seterusnya memberi amaran, kalau tidak, mereka sendiri akan bertindak untuk menghentikannya.


Justeru bapa saudara yang selama ini menjadi pelindunganya merasa bimbang akan tercetus perpecahan dan permusuhan di kalangan kaumnya. Namun begitu tidak sampai hati juga dia hendak melarang anak saudaranya itu meneruskan usaha dakwahnya.


Walau bagaimana pun pada suatu hari dipanggilnya Nabi Muhammad SAW menemuinya dan berkata kepada Baginda.”Wahai anak saudaraku! Pemimpin kaummu telah menjumpai aku. Mereka memberitahu kepadaku supaya mencegahmu daripada menyebar agama Islam serta tidak mencela agama dan nenek moyang mereka, oleh itu jagalah diriku dan dirimu, jangankah aku dibebani  dengan sesuatu perkara di luar kesanggupanku”.


Mendengar kata-kata bapa saudarnya seperti itu, maka Nabi SAW menyangka Abu Thalib tidak lagi bersedia melindunginya.


Maka Bginda SAW pun berkata dengan tegas, “Demi Allah wahai bapa saudaraku Sekiranya mereka meletakkan mata hari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku tinggal seruan ini, niscaya tidak akan aku tinggalkan, melainkan sesudah seruan ini mendapat kemenangan  atau aku sendiri binasa”.


Setelah berkata demikian, dengan air mata mengalir beliau beredar meinggalkan bapak saudaranya itu. Tapi ketika beliau berpaling hendak pergi,  Abu Thalib segera memanggilnya semula dan berkata,”Berplinglah kepadaku”. Setelah Nabi SAW berdepan dengannya, maka berkatalah Abu Thalib,”Pergilah dan katakanlah apa yang kamu kehendaki, demi Allah aku tidak akan menyerahkan kamu kepada mereka, kerana sesuatu alasan pun buat selama-lamanya”.


Demikian tegasnya Abu Thalib setelah melihat bagaimana cekal dan teguhnya hati Rasulullah SAW dan berani menghadapi segala ancaman dan cabaran musuh-musuhnya dalam perjuangannya untuk mengembangkan agama Islam


Dan Baginda terus berusaha mengotakan apa yang telah dikatakanya itu. Hinggalah Islam terus berkembang hingga ke hari ini di seluruh dunia..


Demikianlah setiap para pejuang memulakan langkah perjuangan demi kebenaran dengan azam dan tekad untuk berjaya. Kejayaan itulah yang menjadi doa dan harapan mereka. Mereka rela menempoh segala halangan dan rintangan. Cita-cita mereka berjaya atau tumpas di tangan musuh-musuh yang sentiasa berkeliaran untuk bertindak mengahalang kebenaran daripada ditegakkan. Kepada wira-wira ini lebih baik mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai.

SENTIASA BERJUANG

Kita sentiasa berjuang

Tapi berjuang untuk apa?

Dan ke mana?

Kita erjuang untuk tegakkan kebenaran?

Atau kita berjuang untuk semarakkan kebatilan

Kita berjuang untuk tegakkan keadilan?

Atau kita berjuang untuk semarakkan kemungkaran?

Kita berjuang untuk tegakkan keharmonian?

Atau kita berjuang untuk semarakkan ketegangan?

Kita berjuang untuk tegakkan keamanan?

Atau kita berjuang untuk semarakkan kehancuran?

Kita berjuang mencari keredaan Allah?

Atau berjuang untuk semarakkan nafsu?

Kita berjuang bersama Malaikat?

Atau kita berjuang bersama syaitan?

Kita berjuang untuk mencari syurga?

Atau kita berjuang untuk masuk neraka?

Tentu dan teguhkan perjuangan kita.

Sentiasa ingat bahawa:

Jika pilih syurga, maka Syurga itu, “Katakanlah , “Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?”. Bagi orang-orang yang bertakwa [tersedia] di sisi Tuhan mereka syurga-syurga  yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta reda Allah. Dan Allah Maha melihat hamba-hamba-Nya”.Ali-Imran [3]: 15.


Dan jika pilih neraka, maka neraka itu: “......maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir”. Al-Baqarah [2]:24.


Dan buatlah keputusan yang wajar dalam perjuangan hidup yang amat singkat ini. Tentulah hala hujung perjuangan. Semoga kita selama dunia akhirat.


Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kel.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP