Masjid Al-Qasimi, Pasir Tumboh, Kempen Tutup Aurat

>> Monday, March 3, 2014




 

                                                              CINTA MASJID 


MASJID AL-QASIMI, PARIT LAMA, BERKEMPEN TUTUP AURAT



Kempen Menutup Aurat 
Diharap Akan Berjaya




Masjid Al-Qasimi, Mukim Parit Lama, Pasir Tumboh, Kota Bharu telah melancar kempen menurutp aurat dan kempen solat berjemaah di masjid. Kedua-duanya dianjurkan serentak.


Kempen menggalakkan hamba-hamba Allah, khususnya wanita supaya menutup aurat, dan kempen menggalakan hamba-hamba Allah, khususnya lelaki, solat di masjid.


Kempen berlangsung selama beberapa minggu, bermula dari hari Jumaat, 28 Febuari 2014,[28 Raibul Akhir 1435] yang lalu dan akan berakhir pada hari Jumaat, 25 April 2014 [Jamadil Akhir 1435].


 Kempen ini mengingatkan kita kepada perintah-perintah Allah kepada hamba-hamba-Nya supaya menutup aurat dan mengimarahkan masjid.


                                         

Jadual Acara
Kemudahan Orang Ramai





 Dalam ayat 26, Surah Al-Araf, Allah berfirman:


“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat”. Al-A’raf: 26.

Dato' Dr Mohamed Fadzil
 

Dalam ayat 18, Surah Taubah, Allah berfirman:

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta [tetap] melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut [kepada apa pun] kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk”. At-Taubah: 18.


Pelancaran kempen telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mohamed Fadzil Dato’ Hj. Hasan, EXCO, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dn Pengajian Tinggi pada hari Jumaat , 28 Febuari 2014 baru-baru ini bertempat di Masjid Al-Qasimi.


 Pada hari itu juga dilakukan penyerahan bunting kempen kepada wakil-wakil penduduk kampung dan taman perumahan yang terlibat dalam kempen itu. Bunting-bunting itu dapat dilihat telah tergantung di tempat-tempat tertentu dalam kawasan yang terlibat.


                            Jom Solat Jamaah Di Masjid. Jangan Biarkan Masjid Lengang


Sebanyak empat belas buah kampung dan taman perumahan terlibat dalam kempen itu, iaitu Kampung Kubang Siput, Kampung Parit, Kampung Seribong, Kampung Likong, Kampung Tok Borak, Kampung Belimbing Dalam, Taman Desa Wangi, Taman Indah, Taman Permai, Taman Sri Permai, Taman Paduka, Taman Puteri, Taman Putera dan Taman Parit Baru.


Sepanjang waktu tersebut, di waktu-waktu tertentu diadakan majlis-majlis khusus berhubung dengan  kempen tersebut, di mana difahamkan tokoh-tokoh agama yang terkemuka akan mengambil bahagian dalam acara-acara tersebut.


Mengikut program yang diatur urutan majlis-majlis yang diadakan ialah seperti berikut:


-28 Febuari, 2014 selepas solat Jumaat, pelancaran Kempen Menutup Aurat Dan Jom Solat Berjemaah di Masjid.


-6 Mac, 2014, hari Khamis, malam Jumaat, selepas solat Maghrib, kuliah khas.


-15 Mac, 2014, Sabtu, 9.00 pagi hingga 11.00 pagi kuliah khas untuk Muslimah.


-29 Mac, 2014, Sabtu, 9.00 pagi hingga 11.00 pagi Kuliah khas untuk Muslimah.


-17 April, 2014, hari Khamis, malam Jumaat, selepas solat Isyak, Forum Perdana.


-25 April, 2014, hari Jumaat, malam Sabtu, selepas solat Isyak Majlis Penutup Kempen Menutup Aurat dan Jom Solat Berjemaah di Masjid.


Orang ramai, khususnya penduduk-penduduk Mukim Parit Lama diharap akan mengikuti program-program itu dengan penuh minat dan semangat Islamiah.


                                  Masjid Al-Qasimi Sedang Dalam Pengubahan Bangunan


Jawatankuasa kempen  terdiri daripada Penasihat: Ustaz Hj Abdul Rahman Yunus [ADUN Pasir Tumboh], Pengerusi Alfadhil Tuan Iman Ismail Muhammad [Tok Imam Pa], Timbalan Pengerusi 1, Alfadhil Ustaz Haji Ameri Awang, Timbalan Pengerusi 11, Ybhg. Dato’ Zainal Abidin Haji Zakaria, Setiausaha, Tuan Mohd Nor Tuan Yahya, Bendahari Haji Wan Mustapha Siddik Wan Mohamad, dan empat belas orang Ahli Jawatankuasa.


Semoga selepas ini, suasana-suasana di Mukim Parit Lama ini akan berubah dan lebih bersemarak dengan aura-aura keislaman, di mana semua kaum wanitanya kelihatan menutup aurat, serta masjid dan madrasah- madrasah-madrasah atau balaisah,akan melimpah dengan para jamaah. Amin! 

  Berkaitan:
 


  
Berkaitan:


TOK GURU RASMI BATU ASAS
MASJID AL-QASIM          




                                                                     

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP