SEMANGAT ANDA JANGAN DIBIARKAN TERBANG

>> Tuesday, March 4, 2014





SEMANGAT ANDA JANGAN DIBIARKAN TERBANG


                                                SEMANGAT-LAGU MOTIVASI



Renangani hidup ini 
dengan penuh semangat 
dan hala tuju yang jelas




Pernahkan pada sewaktu-sewaktu  merasa berat hendak pergi kerja, entah kenapa. Hendak katakan anda tidak sihat, tapi anda tidak pernah merasa  sakit. Normal sahaja. Tapi rasa lemah bergayut di perasaan dan hati. Rasa lemah kaki tangan. Kalau ikut hati, anda ingin merebah diri anda  di atas katil. Baring-baring. Berleka-leka. Bermalas-malas.


Kadang-kadang kita lupa bahawa hidup kita ini bukan sahaja terdiri dari badan-badan lahir yang dapat diraba dengan tangan, disentuh dengan mata. Itu anggota lahir. Sedangkan di sebaliknya adalah elemen-elemen yang tidak kelihatan oleh mata, tidak dapat disentuh dengan  tangan. Ia unsur halus. Ghaib.


Semangat adalah satu elemen yang tidak dapat dipandang atau disentuh. Semangat di sini bukan dimaksudkan dengan jiwa atau roh, tapi perasaan hati seseorang yang wujud dan hidup bersama dengannya. Adalah dipercayai jika semangat ini kuat, maka kuatlah atau bersemangatlah seseorang, tapi kalau semangat ini lemah, maka lemah atau tidak bersemangatlah seseorang. Inilah menyebabkan antara lain timbulnya rasa, juak. malas dan tidak berkeinginan.


Orang-orang tua kita zaman dulu sangat menjaga semangat mereka. Mereka tidak bersedia membiarkan roh mereka tebang, semangat mereka melayang. Salah satu cara yang lumrah mereka lakukan ialah dengan amalan menpuk-nepuk bantal tidur mereka untuk memanggil semangat. Bila ada semangat, mereka menjadi kuat dan mempunyai keinginan hidup yang meluap-luap.


Justeru itu sentiasalah menjaga semangat anda supaya sentiasa sihat dan kuat. Mempunyai semangat waja untuk berjuang dalam hidup yang sentiasa penuh dengan cabaran ini. Jika semangat anda lembek, anda tidak mungkin berjaya dalam perjuangan hidup ini. Anda akan selalu terjatuh dan terbelakang dalam gelanggang hidup.


Bangkitlah dan binalah semangat anda dengan utuh dan waja supaya sentiasa menyala dan menggerakkan anda untuk bertindak untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.


Di sini ada beberapa petua pakar-pakar psikologi yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk mengukuhkan semangat mereka. Membina semangat juang. Semmangat yang hidup dalam diri mereka, malah bergerak bersama dengannya, berjuang bersama mereka setiap masa dan setiap detik.


Sebelum itu, pastikan tujuan anda dengan jelas. Sentiasa gambarkan ia dalam fiikiran anda. Hidupkan ia dalam minda anda apa-apa yang menjadi tujuan anda. Matalamat anda. Matalamat yang nyata dan jelas, bukan samar-samar atau kabur yang tidak berpijak di bumi nyata. Ini penting.


Kemudian:


-Tanamlah sikap yang positif dalam minda anda. Fikirkan tentang kejayaan yang akan anda capai. Bukan sebaliknya. Gambarkan kejayaan yang anda miliki. Bergeraklah seperti anda telah berjaya. Anda telah berada di puncak kejayaan. Bukannya seperti orang gagal, atau tewas sebelum masuk ke gelanggang. Suasana-suasana positif ini, akan mempegaruhi anda, akan mendorong anda untuk bertindak positif dan meraih kejayaan yang anda impi-impikan. Jangan dibiarkan kabus-kabus fikirfan negatif menjadi hijab kepada anda untuk melihat jauh ke hadapan.


Ini akan menguatkan semangat anda.


-Anda hendaklah  percayakan diri anda sendiri. Ini penting sebagai anak kunci kejayaan. Anda yakin anda akan berjaya. Yakin berjaya merupakan sebahagian dari kejayaan. Anda adalah seorang penjaya. Anda terus berusaha dengan gigih untuk meraih kejayaan itu, dan sentiasa membayangkan diri anda telah berjaya dalam apa keadaan sekalipun. 


Tindakan ini boleh mengukuhkan semangat anda.


-Anda hendaklah menerima setiap hari sebagai hari yang menarik hati kepada anda. Kepada anda setiap hari merupakan hari adubahaya atau advencer baru yang menyeronokkan yang akan anda hadapi dengan penuh semangat dan kegigihan untuk mendaki puncak kejayaan. Setiap hari anda membaharui usaha anda. Anda sentiasa bergembira menyambuti hari anda. Hari-hari yang penuh dengan pengaharapan. Hari-hari yang bersama-samanya membawa kejayaan . 


Ini dapat membantu menyegarkan semangat anda.


-Anda hendaklah bertindak seperti orang yang telah berjaya. Bergerak seperti orang berjaya. Bila orang melihat wajah anda, mereka akan nampak wajah anda seorang yang berjaya. Demikian juga jika mereka mendengar suara anda, suara anda adalah suara orang yang berjaya, tegas dan nyata, bukan lemah dan lembek, yang menggambarkan seseorang yang gagal atau tewas dalam perjuangan. 


Ini dapat menyemarakkan semangat anda.


-Anda hendaklah bertindak dengan yakin dan menaruh harapan untuk berjaya. Anda hendaklah memiliki kunci-kunci usaha untuk mendapat kerjayaan. Dan anda bertindak mengikut keyakinan anda, dengan penuh semangat dan sebaik-baiknya pula, mengikut jalan yang jujur dan lurus, jalan yang diredai Allah. Jalan yang tidak menyelweng, tidak menysur di lorong gelap. 


Ini dapat menghidupkan semagat anda.


Berdoalah, umpamanya seperti:


“Ya Allah,jadikanlah cahaya dalam hatiku dan jadikan cahaya pada lisanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada pengelihatanku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku, cahaya di depanku, cahaya di belakangku dan semoga Engkau berkenan melimpahkan cahaya dalam jiwaku serta  mengagungkan cahaya bagiku”. HR Muslim.


Ini dapat mententeramkan semangat dan jiwa anda...


Wallahua’lam.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP