PENGKALAN CHEPA - KE SUBANG- CATATAN PERGI B ALIK
>> Friday, March 14, 2014
PENGKALAN CHEPA - KE SUBANG CATATAN PERGI BALIK
Di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, keadaan seperti biasa juga. Masih ramai dengan penumpang, walaupun kehilangan kapal terbang MAH 370 masih lagi segar menjadi bahan pembicaran sampai ke waktu ini.
Waktu itu kira-kira pukul 10.00 pagi [9. Mac 2014]. Saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kerana ada sedikit urusan. Keadaan tenang. Ketika berada di atas pesawat, saya terlintas kepada kapal terbang yang hilang tanpa kesan itu. Tapi tidak memanjang-manjangkan khayalan yang boleh mengecutkan hati.
Cuaca pun cukup baik di angkasa. Dari tingkap kecil pesawat kelihatan langit
cerah. Awan-awan putih kelihatan bertompok-tompok di dada langit biru dalam
berbagai-bagai rupa dan bentuk. Hanya ada gangguan kecil sekejap sahaja kerana
cuaca yang tidak begitu menggalakkan.
Tapi selepas itu semuanya berjalan lancar hingga kapal terbang mendarat di
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Masjid di KLIA
DI Subang saya ditunggu oleh anak saya, dan tiga orang sahabat kami, dua daripadanya saudara kami dari Indonesia. Di Subang pun macam biasa juga. Kehilangan MH370 tidak menghalang orang ramai untuk menggunakan kapal terbang dalam negeri. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Dari situ, kami tidak terus balik ke Sungai Buloh, tapi pergi ke Bangsar.
Dua orang sahabat kami dari Indonesia itu berhasrat untuk membeli sejenis kendi
atau ceret untuk memasak air yang menyimpan wapnya. Setakat yang diketahui, ia
hanya terdapat di sebuah pasar raya di Bangsar sahaja. Ceret untuk memasak kopi
dengan menggunakan wapnya itu, tanpa menggunakan air panasnya secara langsung
sebagaimana biasa. Ceret itu direka khas untuk menampung wap air yang naik
ketika dimasak dan masukkan ke dalam bekas yang khas yang disikan dengan serbok
kopi yang khusus untuk memperolehi aroma dan rasanya yang lebih sedap.
Dua sahabat dari Tuban
Seperti biasalah di pasar raya itu ada sebuah surau. Tapi yang berbeza sedikit dengan surau-surau pasar raya yang lain di bahagian luar surau itu disediakan sebuah ruang yang diletakkan bangku-bangku tempat orang berihat-rihat. Bukan sahaja bangku, tapi juga bantal-bantal disediakan untuk kegunaan mereka yang ingin berihat. Di siang hari memang panas di situ, tapi di waktu malam mungkin selesa.
Seperti biasalah di pasar raya itu ada sebuah surau. Tapi yang berbeza sedikit dengan surau-surau pasar raya yang lain di bahagian luar surau itu disediakan sebuah ruang yang diletakkan bangku-bangku tempat orang berihat-rihat. Bukan sahaja bangku, tapi juga bantal-bantal disediakan untuk kegunaan mereka yang ingin berihat. Di siang hari memang panas di situ, tapi di waktu malam mungkin selesa.
Selepas makan kami pun terus balik. Rancangan untuk pergi ke tempat lain telah terbatalkan dengan sendirinya kerana perubahan program. Kami sampai ke rumah di Saujana, Sg.Buloh di larut petang.
Selepas Maghrib kami keluar lagi kerana ada jamuan makan malam di Shah
Alam. Di sebuah resturan yang terkenal di situ. Hidangan nasi Arab, berlauk
ayam goreng dan kambing bakar.
Di KLIA
Dalam perjalanan pulang sahabat kami, singgah di tempat orang menjual kasut yang dilonggok di suatu ruang kosong yang terletak di tepi jalan di kawasan perniagaan di Saujana. Harganya tidak mahal. Hanya ada beberapa orang peniaga sahaja, tapi kasutnya ada banyak pilihan.
Pada pukul 4.00 malam itu salah seorang sahabat kami terpaksa mengambil teksi
untuk pergi LCCT, kerana beliau akan menaiki pesawat kira-kira pukul 7.00 pagi
untuk balik ke Jakarta. Kerana waktunya masih belum pukul 6.00 pagi tambang teksi
seperti biasa dinaikkan dari RM80 kepada RM120. Begitulah di Malaysia. Tapi
menurut sahabat saya itu, hal ini berbeza dengan Indonesia, di mana makin
tengah malam, tambang teksinya makin murah, kerana mereka kekeringan penumpang.
Dewan Berlepas di KLIA
Keesokannya, pagi-pagi lagi kami terpaksa keluar untuk menghadiri suatu majlis penting. Setelah selesai, kira-kira pukul 1.00 kami terus bertolak ke LCCT pula untuk menghantar sahabat-sahabat kami dari Indonesia berlepas balik ke Indonesia petang itu.
Keesokannya, pagi-pagi lagi kami terpaksa keluar untuk menghadiri suatu majlis penting. Setelah selesai, kira-kira pukul 1.00 kami terus bertolak ke LCCT pula untuk menghantar sahabat-sahabat kami dari Indonesia berlepas balik ke Indonesia petang itu.
Selepas mereka menaiki kapal terbang kami terus bertolak ke KLIA pula untuk
menghantar sahabat-sahabat kami yang datang dari lain-lain negara untuk balik
ke negara-negara masing-masing. Ada yang berlepas kira-kira pukul lapan malam,
dan ada pula yang berlepas kira-kira pukul satu tengah malam.
Malam besoknya,[11.Mac 2014] kira-kira pukul sembilan malam saya pula balik ke Kota
Bharu dengan menaiki pesawat di Subang, dan sampai ke rumah kira-kira pukul
sebelas malam dengan selamat. Saya dijemput oleh keluarga saya yang membawa
cucu-cucu saya sekali.
Semasa dalam penerbangan tadi saya terlintas kepada MH370 yang sudah beberapa hari hilang masih belum ditemui. Saya juga teringat, ada beberapa orang cerdik pandai di ibu negara yang saya temui secara kebetulan, bila saya berbicara dengan mereka tentang MH370 yang hilang itu mereka bukan sahaja tidak berminat, malah menunjukkan sikap mereka yang tidak ambil peduli dengan peristiwa malang itu. Seolah-olah bagi mereka tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya rasa inilah sikap tidak prihatin yang merugi dan mengecewakan.
Saya juga teringat, sekurang-kurangnya saya dua kali pernah mengalami
keadaan yang agak gawat ketika berada dalam penerbangan. Satu dalam penerbangan
keluar negara, dan satu lagi dalam penerbangan dalam negara.
Malam kejadian itu, pada tahun lepas, saya dalam perjalanan balik ke Kota Bharu. Kapal terbang yang saya tumpangi itu terpkasa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mendarat. Terpaksa berlegar-legas di udara kerana hujan lebat dan cuaca tidak mengizinkan. Akhirnya pada suatu ketika Kapten kapal membuat pengumuman kepada para penumpang bahawa kapal terbang tidak dapat mendarat kerana hujan lebat, dan meminta para penumpang berdoa kepada Allah supaya mereka berada dalam selamat dan kapal terbang dapat segera mendarat. Katanya kalau tidak mereka terpaksa mengubah halun untuk pergi ke Pulau Pinang, mengisi minyak di sana. Alhamdulillah, tidak lama kemudian kapal terbang yang hampir kehabisan minyhak itu dapat mendarat dengan selamat di landasan. Kami terpaksa memijak takungan air di beberapa tempat dalam perjalanan ke tempat penumpang mendarat.
Bola mata hari sedang menunruk di kaki langit petang
Alhamdulillah semua kami selamat. Cuma yang masih berlegar dalam kepala saya hampir setiap kali hendak menaiki kapal terbang, kenapakah Kapten kapal atau anak-anak kapal yang lain dalam pengumuman mereka sebelum kapal terbang berlepas memohon juga para penumpang supaya berdoa kepada Tuhan untuk keselamatan mereka dan kapal terbang mendarat dengan selamat di tempat yang dituju? Adakah untuk berbuat emikian menyalahi etika penerbangan?
Alhamdulillah semua kami selamat. Cuma yang masih berlegar dalam kepala saya hampir setiap kali hendak menaiki kapal terbang, kenapakah Kapten kapal atau anak-anak kapal yang lain dalam pengumuman mereka sebelum kapal terbang berlepas memohon juga para penumpang supaya berdoa kepada Tuhan untuk keselamatan mereka dan kapal terbang mendarat dengan selamat di tempat yang dituju? Adakah untuk berbuat emikian menyalahi etika penerbangan?
Hingga ke saat rencana ini diposkan, MH370 masih belum dapat dijejaki.
Tiga sahabat ambi peluang berfoto
Ya Allah permudahkanlah urusan mencari MH370 yang hilang itu. Kasihaniah kami ya Allah. Kami hanya merancang, dan segala ketentuannya di tangan Engkau ya Allah. Kurniakanlah kepada kami yang terbaik di sisi-Mu ya Allah. Amin!
Tambahan:
Sudah beberapa hari tulisan ini tidak dapat disempurnakan kerana Bekalan Internet meroyan.[Bekalan internet yang sentiasa meroyan].Harap hari ini keadaan berjalan dengan lebih lancar.
0 comments:
Post a Comment