HARI INI ADALAH MILIK ANDA, BESOK?
>> Tuesday, March 25, 2014
HARI INI ADALAH MILIK ANDA,
Pyrrhus, seorang pahlwan agong purba [Greek 319 SM-272 SM] membuat
rancangan untuk menyerang Italy. Dia berbincang dengan seorang sahabat baiknya,
Cineas rancangannya itu. Lantas sahabat baiknya itu bertanya ingin tahu apakah
rancangannya setelah dia berjaya menawan Rum nanti?
Pyrrhus menjawab, selepas berjaya menawan Rum, mereka akan menawan Sicily pula. Begitulah rancangannya.
Cineas, bertanya lagi adakah mereka akan berhenti menyerang sehingga di
situ?
Sebagai pahlawan yang agong Pyrrhus menjawab, “Oh! Tidak. Ia akan membawa kita ke penaklukan yang lebih
besar. Selepas itu kita akan menakluk Macedonia pula”.
Cineas masih tidak puas hati, lalu bertanya lagi, “Selepas itu apa lagi?”.
Kepada pertanyaan itu dijawab oleh Pyrrhus. “Selepas itu, kita akan duduk
dengan selesa, makan-makan dan minum dan gembirakan hati kita dengan
berbual-bual”.
Tapi apa kata Cineas, sahabatnya itu, “Tapi apakah halangan yang ada SEKARANG
yang menghalang kita daripada menikmati segala keistimewaan yang telah kita
miliki ini? Ia sudah berada dalam gengaman kita, tanpa pertumpahan darah tanpa
menyusahkan diri sendiri atau berjuang dan membahayakan orang lain?”.
Kisah di atas diungkapkan oleh seorang Ahli Ilmu Jiwa yang terkenal Phyllis
W. Yong.
Seterusnya Phyllis W. Yong menegaskan, sesungguhhnya demikianlah amalan sebahagian
besar dari kita. Mereka mencari, dan merindu kebahagian masa hadapan, dan
berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk meraihnya.
Tapi malangnya, kata beliau, kita terlepas pandang tentang kebahagian dan peluang-peluang yang
sudah ada dan sedang menunggu kita SEKARANG.
Kita semua nampaknya beranggapan bahawa dengan berjuang sesuatu untuk masa
hadapan, mengimpikan kemungkinan tahun-tahun akan datang, dan membimbangi
kemungkinan problam masa akan datang, kita akan menggondol kemenangan.
Sedangkan menurut beliau dengan berbuat demikian, kita kehilangan setiap
waktu. Dengan memberi tumpuan terlalu banyak kepada hari besok, kita gagal
untuk menyedari dan mempergunakan peluang-peluang yang ada pada hari ini.
Katanya, kita tidak mencela untuk meninjau ke masa hadapan. Tapi tinjauan
itu mestilah diletakkan di tempatnya yang wajar dan bernilai. Tujuan membuat
tinjauan ke masa hadapan ialah untuk memberi kita arah dan matlamat yang wajar
kita ambil. Ia untuk membolehkan kita berfikir ke hadapan-tapi bukannya untuk HIDUP
di masa hadapan yang masih belum wujud.
Tegas beliau, orang yang dapat meninjau ke masa hadapan, akan menjalani
hidupnya hari ini lebih penuh berisi daripada manusia ebrej. Dia menggunakan kuasa meninjau masa
hadapannya itu untuk memberi kepadanya hala dan arah tuju untuk berfikir dan
membuat persediaan dan bertindak, namun begitu dia menumpukan setiap tenaga dan
usahanya kepada problam dan aktiviti
hari ini dan membiarkan masalah hari besok sehingga ia tiba nanti.
Beliau seterus menceritakan kisah Sir William Osler, bapak perintis sains perubatan yang pernah menceritakan
tentang kapten sebuah kapal besar boleh menekan sebuah butang menutup
pintu-pintu keluli untuk memisahkan dinding yang kedap antara sebuah bilik
dengan sebuah bilik. Justeru jika lambung kapal itu tembus dalam kemalangan,
kapal itu tetap akan terapung juga.
Seterusnya beliau memberi wejengan, dalam pelayaran hidup ini, kita metilah
menutup pintu hari-hari kelmarin dengan segala kelemahan dan kegagalannya. Juga
belajarlah untuk menutup pintu hari besok yang masih belum menetas, supaya
kita boleh hidup untuk hari ini sahaja.
Menurut beliau, dengan berbuat demikian, walau bagaimana pun besarnya
problam hidup yang anda hadapi, anda akan dapat mengatasinya dengan jaya dan dapat mencegah anda dari
tenggelam. Tapi jika anda menambah beban kelmarin dan beban besok kepada
problam-problam anda hari ini, nescaya anda akan tenggelam di bawah semuanya
itu.
Fikirkanlah hari ini dengan aneka peluang istimewa yang anda miliki yang
tidak akan muncul lagi, dan bertindaklah dengan sebaik-baiknya sambil
memberikan kebahagian kepada orang lain dan juga kepada diri anda sendiri
sepanjang hari.
Jika anda fikirkan tentang seseorang yang disukai oleh orang lain, nescaya anda
akan dapati sebahagian besar dari daya penarik yang mereka miliki, ialah terletak
pada hakikat dia memberikan sepenuh perhatiannya kepada saat ini. Dia tidak
membiarkan separuh atau sepertiga daripada mindanya bertabur kepada masa
hadapan, ataupun hidup separuh dalam dunia penyesalan dan ketakutan masa lepas.
Tumpuannya kepada waktu ini, menyebabkan dia dapat memberikan sebaik-baiknya
kepada mereka di sekitarnya.
Seterusnya beliau percaya, problam-problam yang kelihatan tidak mungkin
kita atasi bila dipandang jauh di kaki
langit, tapi dapat kita hadapinya dengan gampang bila kita berhadapan dengannya
bila saatnya telah tiba. Justeru, tidaklah bijaksana untuk cuba hidup dalam
masa akan datang sebelum taat kematangannya tiba.
Setelah kebimbangan berlalu, masa lepas sudah pasti, anda akan sedar
sebaik-baik sahaja anda melatih diri anda untuk hidup pada hari ini sejak masa
lepas itu berlalu, maka adalah sia-sia
untuk menaruh kebimbangan terhadapnya. Anda akan melihat dengan jelas bahawa cara yang wajar untuk
hidup ialah melupakan yang lepas dengan
menumpukan seluruh usaha anda kepada waktu ini.
Jika anda mencapai kejayaan pada waktu ini, maka anda tidak lagi perlu
menaruh kebimbangan tentang beberapa kesalahan atau kegagalan yang anda alami
kelmarin.
Anda hendaklah menutup pintu kesedihan dan kegagalan yang lalu. Dan tutup
juga tentang kebimbangan terhadap masa hadapan.
Beliau seterusnya mengingatkan, hari ini kepunyaan anda. Tapi hanya hari
ini milik anda. Pergunakanlah hari ini sepenuhnya.!
Memang benar apa yang dikatakan oleh Phyllis W. Young itu. Kebanyakan kita hidup dalam
masa akan datang, dan juga dalam masa hari lepas, dengan melupakan saat ini dan
hari ini yang amat berharga itu. Hiduplah dalam saat ini, masa ini dan hari ini
dengan sepenuhnya. Semoga kita berjaya meraih kejayaan.
0 comments:
Post a Comment