Bukan Muzium Negeri Kelantan

>> Friday, November 5, 2010





BUKAN Gambar Muzium Negeri Kelantan?

Mengikut buku “Kamus Bergambar Generasi Baru KBSR”, Edisi Lima yang dikeluarkan oleh Oxford Fajar Sdn. Bhd., Edisi Kelima 2009, muka surat 78 di bawah jodol “Tempat Pelancongan” gambar atas ialah gambar “Muzium Negeri Kelantan” atau “Kelantan State Museum”.

Tapi semakan penulis, gambar terebut bukanlah gambar bangunan Muzium Negeri Kelantan, tapi gambar salah sebuah daripada beberapa buah muzium yang terdapat di negeri Kelantan, iaitu “Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan”. Bangunan tersebut terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Bangunan Muzium Negeri Kelantan sebenarnya terletak di Jalan Hospital, dekat Pejabat Tanah Kota Bharu dan berhampiran dengan Bangunan Mara.

Gambar Muzium Negeri Kelantan [bawah] yang dirakam oleh penulis.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP