BETIK Yang Enak Dan Berubat

>> Sunday, November 7, 2010





BETIK Enak Dan Berubat

Jarang ada orang kita yang tidak suka makan betik, kecuali mereka yang berpantang, akibat alahan dengan penyakit-penyakit tertentu, kerana betik adalah salah sejenis buah-buahan yng enak rasanya. Di samping banyak mempunyai khasiat, ia juga banyak kegunaannya dari segi perubatan.

Kebiasannya pokok betik ditanam dipersekirtaran rumah. Pokok betik adalah sejenis tumbuhan kawasan tropika, dan dipercayai berasal daripada kawasan tropika Amerika.

Biasanya pokok betik boleh tumbuh setinggi antara 2 hingga 10 meter. Batangnya berongga dan berparut-parut bekas tangkal daunnya yang gugur dari masa ke masa bila pokok itu membesar setiap hari.

Daun Betik

Pokok betik mempunyai daun yang besar dan hanya terdapat di bahagian puncak pokoknya sahaja. Di batangnya tidak mempunyai daun, kerana semua daun gugur satu demi satu sehingga sampai ke bahagian atasnya.

Dari perubatan saun betik berguna untuk merawat beberapa jenis penyakit, seperti ulser, bengkak-bengkak, bisul, sakit sendi dan luka bernanah. Carannya ialah degnan jalan menumbuk bunga-bunga betik itu hingga lumat, kemudian menampalnya di tempat yang bermasalah itu.

Daun betik juga berguna untuk merawat penyakit lelah, malaria, darah tinggi dan membunuh cacing dalam usus. Caranya ialah dengan jalan merebus sehelai daun betik dan meminum airnya.

Daunnya yang telah dijemur kering dan dibakar, kemudian dihidu oleh orang yang lelah, niscaya dapat melegakan penyakit lelah.

Seperti juga dengan kebanyakan hidup-hidupan yang lain, betik ada dua jenis, iaitu betik jantan dan betik betina. Mana satu betik jantan dan mana satu betik betina dapat dikenali bila melihat keadaan bunganya.

Bunga Betik

Bunga betik jantan bergugus dan bertangkai jambak yang panjang [2,5cm], berjuntai dan berwarna kuning muda sebagaimana dapat dilihat dalam gambar. Kebanyakan orang percaya betik jantan, seperti haiwan-haiwan jantan tidak menghasilkan buah. Kata mereka hanya betik betina yang berbuah.

Tapi pengalaman kami menunjukkan sebaliknya. Betik jantan juga menghasilkan buah, tapi bukan semua betik jantan berbuah. Buah betik jantan tidak besar seperti buah betik betina, dan orang-orang tua dahulu mengguna buah betik jantan untuk mengubat uluran batu., dengan cara buah betik itu dibakar dalam api kayu dan digunakan dalam keadaan suam-suam untuk menuam batu yang membengkak uluran itu.

Keadaan bunga betik betina pula tunggal ataupun terdiri daripada beberapa kuntum dalam sejambak, sepanjang 3.5.5 cm dengan kelopak berwarna kuning.

Bunga betik dapat digunakan untuk merawat sakit dada dan merangsangkan pengeluaran darah haid. Dengan jalan merebus dan meminum air rebusannya.

Buah Betik

Kalau kita pernah melihat buah betik, tentu kita sedar bahawa buah betik itu ada mempunyai berbagai-bagai rupa bentuk dan saiz, iaitu ada yang bentuknya panjang, bujur dan juga yang bulat, dan dengan berat yang berbeza-beza, biasanya tidak melebihi dari 300 gm.

Isi buah betik yang masak keadaannya lembut dan mengandungi banyak air, dan warna isi buah betik juga tidak serupa antara sejenis betik dengan sejenis betik, ada yang berwarna jingga, dan juga berwarna kuning.

Isi buah betik kaya dengan Vitamin A, dan kalsium. Rasanya manis. Isi betik masak selain daripada dimakan begitu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk dibuat jemput-jemput atau cucur kodok mengganti pisang.

Buah betik muda atau putik boleh dimasak sayur, ataupun dicelur untuk dicicah dengan sambal belacan atau budu ketika makan nasi. Tapi kami lebih suka betik tua yang hampir matang untuk dicelur kerana rasanya manis daripada betik muda.

Buah betik tua yang belum masak sedap dimakan colek yang diperbuat daripada campuran, cuka, gula, garam halus, lada dan belacan, digaul kemudian dicicah dengan buah betik yang telah dipotong-potong nipis.

Dahulu buah betik ini dijual dan dibeli secara sebijij-sebiji, tapi hari ini dijual secara timbangan, harga sekelo-sekelo. Zaman timbang-menimbang ini tidak ada lagi barang yang dijual tanpa ditimbang, kecuali petai, masih dijual secara berkeping-keping.

Dalam sepohon betik ada mengandungi berbagai-bagai bahan yang penting, iaitu kalium, kalsium, vitamin A dan C dan karpain.yang mempunyai berbagai-bagai kegunaan.

Mengikut kajian sains karpain berguna untuk melambatkan denyutan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil.

Papain pula berguna untuk mencernakan makanan, melarutkan protein dan mampu mempercepatkan proses pembekuan darah.

Getah Betik

Betik ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak getah yang terdapat dalam semua bahagian pokoknya. Yang istimewanya dalam getah betik itu terdapat sejenis bahan yang dikenali dengan nama papain.

Papain ini berguna untuk memecah lemak. Justeru ia berguna untuk memecah ketulan darah yang terajadi ke atas pesakit yang menjalani pembedahan dan juga mampu menghalang pembekuan darah.

Di samping itu papain juga digunakan untuk melembutkan makanan. Justeru itulah datok nenek kita dahulu menggunakan buah betik untuk melembutan daging yang keras.

Getah betik dapat diguna untuk merawat penyakit kulit, kurap dengan jalan mengosok getah itu pada kurap. Cara yang mudah ialah dengan jalan memotong sedikit sebiji betik hijau dan digunakan untuk menggosok kurap di badan.

Getah betik dapat digunakan untuk merawat kulit terbakar, menghilangkan parut, merawat jerawat, kutil, ketuat, dan juga merawat bisa patukan ular.

Caranya ialah menyapu getah betik pada tempat-tempat bermasalah tersebut.

Getah betik dapat digunakan untuk membantu pencernaan makanan, membunuh cacing dalam usus, merawat bronkitis, merawat bengkak perut dan limpa. Caranya dengan jalan getah betik dikeringkan dan ditelan.

Mengikut kajian bahan papain ini terdapat dalam semua pokok betik dengan kuantiti yang berbeza antara satu bahagian dengan satu bahagian yang lain, di mana papain yang tinggi terdapat pada buah betik muda, daun dan batangnya.

Akar Betik

Akar pokok betik dapat merawat beberapa jenis, penyakit antaranya untuk mengeluarkan batu karang dri ginjal, menghentikan perdarahan rahim, membunuh cacing dalam rahim, menolong membantu pencernaan makanan, dan merawat penyakit buasir. Ia juga dapat melawas pembuangan air kecil.

Caranya ialah merebus akar betik dan meminum air rebusannya.

Biji

Biji betik boleh merawat beberapa jenis penyakit, iaitu membunuh cacing dalam usus, merangsagkan pengeluran haid wanita dan merawat demam malaria. Tapi ia tidak sesuai kepada wanita yang mengandung.

Caranya dengan jalan menumbuk biji betik hingga lumat dan menelannya. Untuk merawat bisa sengatan binatang, biji betik yang telah ditumbuk itu ditampal pada tampat yang terkena sengat itu.

Tapi ianya tidak sesuai untuk dimakan oleh wanita yang mengandung.

Biji betik yang digoring tanpa minyak, lalu ditumbuk dan diperapkan ke dlam minyak dapat digunakau akan untuk menghitamkan rambut.

Buah

Buah betik masak yang kita makan itu berguna untuk memulihkan fugsi tubuh badan kita.

Buah betik muda, jika direbus dan air diminumnya dapat merawat penyakit darah tinggi.

Isi buah betik masak yang dikeringkan kemudiasn direbus dan airnya diminum dapat merawat kaki sakit dan kaki bengkak.

Terrorwan Dengan Daun Btik

Pada suatu masa ada seorang lelaki yang tinggal di sebuah bandar kecil. Dia seorang yang berani, lokek dan ganas. Suka bertengkar, bergaduh dan menempeleng orang bila dia naik marah. Jarang orang yang berani menyanggah cakapnya, kecuali orang yang bergrad terror juga. Kata orang dia pandai bersilat, dan mungkin juga kebal, tak lut dimakan senjata.

Walau bagaimanapun seseorang itu kekal dengan keterrorannya selagi “tidak bertemu buku dengan ruas”. Sudah tentu manusia seperti ini mempunyai banyak musuhnya, terutama dari kalangan mereka yang merasai diri mereka teraninya. Mereka seperti ini suka benar melihat hari-hari kejatuhannya bila bertemu “buku dengan ruas”.

Pada suatu hari si terrorwan ini menikmati nasi belauk sendirian di sebuah kedai kopi di bandar tersebut. Selepas makan dan meneguk secawan kopi, dia keluar dari kedai tersebut. Sebaik-baik melangkah keluar pintu kedai, tiba-tiba seorang lelaki yang menutup sebahagian daripada mukanya dengan kain menerpa ke arahnya, dan secepat kilat memukul kepala si terroarwan dengan sebatang tongkat yang dipegang dengan tangan kanannya. Si teerorwan menjadi panik, dan orang-orang yang berada berhampiran menjadi terpenga-penga. Lelaki itupun segera melarikan diri dan menghilang entah ke mana.

Si terrorwan merasa kepala basah, darah membanjiri bajunya. Dia menjadi bertambah panik melihat darah begitu banyak. Dia menjamah kepalanya, dan melihat tanganya penuh dengan darah merah.”Saya tercedera”, katanya. “Tolong saya.Aduh sakitnya”. Katanya lalu jatuh pengsan. Dia diusung dan diletak di sebuah bangku yang berkebetulan berada di kaki lima kedai itu. Darah masih melilih dan menitis ke atas kaki lima.

Sebelum diangkut ke hospital ada seorang lelaki memeriksa luka di kepala sang terrorwan itu. Setelah ditelitinya dia tersenyum sendirian, sambil berkata, “Tak luka pun. Ini bukan darah. Hanya sumba[pewarna] merah sahaja”. Dia terus mengambil tongkat yang dicampak oleh lelaki itu tadi, dan setelah diperikasa, ia hanya sebatang tangaki daun betik yang dimasukkan pewarna merah ke dalam rongganya, dan bila dipukul ke kepala si terrorwan itu lalu pecah dan memercikkan darah. Dia tersenyum lagi, dan terus ketawa.

“Kata terror sangat”, kata lelaki itu sendirian.”Tinggalkan dia di situ, Tak ada apa-apa. Sekejap lagi bangunlah dia tu”, dan terus berlalu dari situ. Orang ramaipun beredar dari situ dengan seyum dan ketawa puas meninggalkan si terrorwan sendirian sehingga dia tersedar dan merasa amat malau bila menyedari apa yang telah berlaku ke atas.

Patang Orang=orang Tua

Jangan panjat pokok betik nanti buru anu. Ini ada sebab yang tersembunyi, kerana batang betik tidak kuat seperti pokok biasa, malah mudah patah, seain itu umbinya biasanya muda pula terbongkah, terutama ditenggelami air.

Jangan makan buah betik dengan tapai, terutama tapai ubai kayu, kerana merbahaya, boleh memabukkan atau menjadi kercunan. Ini tidak dapat dipastikan, kerana kami belum pernah mencubanya, demikian juga sejauh ini kami belum pernah mendengar ada orang makan buah betik dengan tapir ubu kayu.
xxxxx

Renungilah:

-“Lihatlah kepada orang yang kurang daripada kamu dan jangan kamu melihat kepada orang yang di atas kamu! Kerana yang demikian adalah lebih layak untuk kamu tidak menghinakan nikmat Allah kepadamu”.HR:Bukhari & Abu Hurairah.

-“Siapa yang dapat menahan marahnya pada hal ia kuasa untuk melepaskan kemarahannya itu, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman dan ketenangnnya”. HR:Abu Daud.

Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

7 comments:

Anonymous,  August 28, 2013 at 12:55 PM  

Salam, mana boleh saya dapatkan pokok betik jantan atau bunga betik jantan?

Boleh hubungi saya di milkywaylifestyl@yahoo.co.uk

Terima kasih.

Cikgu Bidan September 14, 2014 at 11:38 AM  

Biji betik memang terbukti keberkesanannya. Saya bagi kepada pesakit saya yang ada masalah pencernaan.

Unknown September 3, 2016 at 10:36 PM  

Biji betik blh ubati penyakit buasir. Cedok 3-4 sudu mkn besar biji betik dan telan sama air putih. Klw dah buasir ulang 3 kali sehari selama 3-4 hari. Sbb biji nye sejuk blh meredakan( kecutkan) buasir.

Ina Omar September 7, 2017 at 1:38 PM  

Salam.. Mana nak dapat buah betik rambai ni? Kalau ada, email sy mizz_gl@yahoo.com.. Tq

Unknown February 14, 2022 at 7:06 PM  

Mana boleh saya dapat kan betik ini sila bantu saya....terima kasih

Unknown February 14, 2022 at 7:07 PM  

Minta jasa baik kalau tahu dimana boleh saya dapat kan betik ini terima kasih

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP