Banyak Katak Di Tanjung Kodok, Jawa

>> Tuesday, November 30, 2010







BANYAK Katak Di Tanjung Kodok
[Wisata Ke Lamongan]

Dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada hari Rabu, 25 November 2010, kami sampai ke Lapangan Terbang Juanda Surabaya, pukul 11.00 siang, waktu Indonesia dan dari siitu kami terus dibawa dengan bas ke Tuban, dan selepas solat Maghrib dan Isa dan makan malam, dan Majlis, kami dibawa ke Lamongan, dan sampai di penginapan Tanjung Kodok Beach Resort kira-kira jam 12.00 malam jam Indonesia.

Tanjung Kodok Beach Resort ini sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di pesisir pantai Tanjung Kodok, Lamongan. Ianya sebuah kawasan indah permai, terletak di pesisir pantai yang laut seluas mata memandang.

Sepanjang kami berada di situ, pantai Tanjung Kodok ini amat tenang, tidak ada ombak yang menghempas pantai, ia hanya menggulung dan mendesir semacam gesekan biola alam yang harmoni, dengan laut biru terbentang memayunginya dan dibelai-belai oleh bisikian bayu yang mengelus-ngelus di cuping telinga dengan rasa sejuk nyaman di dada malam yang sepi tenang.




Di waktu sore, dari satu sudut di resort itu, ketika mata hari berrada digerbang peraduannya di pinggir lautan, di kaki langit sebelah timur, ia menebarkan warna-warni yang endah di persada langit di sekitarnya dan memantulkan cahaya yang gemerlapan di dada lautan yang membiru dengan percik-percikan ombak yang tenang, Ia semacam pandangan suasana desa kelahiran saya, Salor yang terletak di pinggir Sg. Kelantan di waktu senja berlabuh.

Itulah Allah Yang Maha Besar dan Maha Bijaksana dalam melahirkan keAgunganNya untuk dirasai dan diresapi oleh seluruh hamba-hambaNya. Justeru perasaan sayu, sendu, sedih, kagum dan hiba akan berbaur menggayuti seketul hati yang kecil ini jika dibandingkan dengan semesta alam raya ini. Ia mencetuskan kenanaran dalam jiwa yang akan beralun dan berombak tanpa tepian dan sempadan.

Ya Allah! Inilah hamba-hambaMu yang maha kerdil dan maha tidak berdaya. Biarlah alam terus berdendang membawa iramanya yang tersendiri, mengetok-ngetok setiap pintu hati hamba-hambaMu, semoga terperciklah sinar kemurnianMu yang Maha Sempurna dan Maha Agung..

Sesuai dengan namanya Tanjung Kodok, resort ini penuh dengan kodok. Ke mana kaki melangkah, ke mana mata memandang, kita akan melihat dan ketemu kodok. Di tepi jalan, di kamar tidur, di dewan makan, di lorong-lorong dalam hotel, di tempat berihat, di tempat permainan semuanya terdapat kodok. Kodok-kodok itu ada beraneka jenis, beraneka saiz dan dalam berbagai-bagai ragam geraknya. Malah ada sebuah bangunan dilihat di taman permainan yang di sebelah hotel yang berbentuk seekor kodok.

Jangan silap faham. Ia bukan kodok yang sebenarnya, tapi merupakan patung-patung dan gembar-gambar kodok yang diletak di segenap tempat yang difikir sesuai. Hanya dalam tandas atau kamr kecil sahaja yang tidak ada kodok. Namun begitu saya tidak pernah menemui seekor pun katak yang hidup yang duduk diam atau sedang melompat di kawasan tersebut.

Dalam kawasan taman permainan bersebelahan hotel itu lebih banyak terdapat kodok dalam berbagai bentuk dan ragam tingkahnya, bercokoh dan terpacak di sana sini menyambut kedatangan para pengunjung yang tidak pernah berkeputusan, terutama muda-mudinya yang datang untuk berpesta-pestaan.





Tanjung Kodok itu diberi nama demikian mengambil sempena sebuah batu besar yang bebentuk seekor kodok yang terletak di pesisir pantai tak jauh dari hotel itu dalam kedaan menjulur ke laut lepas. Jika dilihat dari sisinya ia kelihatan seperti seekor kodok. Mengikut kawan-kawan yang pernah melihatnya dari arah laut pula ketika mereka menaiki bot, bentuk batu itu amat jelas kelihatan seperti seekor kodok yang sedang menghadap ke laut..

Saya berharap untuk mendapat cerita yang lebih lanjut mengenai batu kodok atau “katak puru “ mengikut panggilan orang Kelantan itu, dan berharap tidaklah batu itu menjadi batu pujaan atau sembahan sebagai penjaga pesisir Tanjung Kodok, terutama kepada penganut-penganut agama Islam.

Saya teringatkan tabiat kodok yang tidak disukai oleh kebanyakan manusia [kecuali segelintir darinya], iatu kesukaannya untuk melompat, Kegemaran seseorang menukar pendirian atau sikap, menukar pendapat, menukar haluan perjuangan dianggap sikap yang buruk yang dianggap mencalarkan peribadi seseorang sebagai manusia oporcuis. Mereka yang suka melompat seperti ini, terutama politisan-politisan digelar, “lompat si katak lompat”.

Tapi kepada segelintir orang yang suka melompat pula, beranggapan tindakan mereka merupakan suatu tabiat yang bijaksana, kerana pandai memilih dan merebut peluang penting yang terbuka untuk mereka. Justeru itu mereka tidak kisah untuk melompat dan melompat beberapa kali dalam perjuangan hidup mereka, asalkan mereka terus dapat survival dalam hidup dan mencapai kepentingan dalam perjuangan mereka.

Saya juga teringat pada sebuah cerita yang saya dengan di zaman kanak-kanak dahulu mengenai kodok. Dalam cerita itu seorang isteri sewaktu suaminya pergi bekerja setiap hari memberi makan masakan kodok kepada seorang anak tirinya yang masih kecil. Di waktu petang sepulang lelaki itu dari kerja bila dia menanya anaknya sudah makam atau belum, dan apa lauknya, anak kecil itu akan menjawab sudah makan dan memberitahu 'lauknya, kata emak, burung terbang duduk”. Lelaki itu tertanya-tanya apakah yang dikatakan “burung terbang duduk” oleh anaknya itu setiap kali dia menanya lauk yang diberi makan oleh ibu barunya itu. Bertolak dari situ, dia pun berusaha mencari jawapannya, dan akhirnya menemuinya bila pada suatu hari dia melihat isterinya itu sedang menangkap kodok di belakang rumah mereka juga dijadikan lauk anaknya itu.

Apa ada pada seekor katak? Jika anda menganalisa seekor katak insya-Allah akan menemui berbagai-bagai rahsia alam dan rahsia Ilahi yang tidak dilihat dengan mata kasar,kecuali dengan mata hati.


Walau bagaimanapun ada suatu perkara yang terbuku di hati sampai pulang ke rumah, pada hari Isnin 29 November 2010, kerana hasrat saya untuk menghadiahkan sesuatu kepada seseorang yang tidak saya ketahui dan tidak saya kenali tidak kesampaian...Saya rasa saya telah mendapat imbasan orangnya, tapi kerana keterbatasan masa akibat kecuaian sendiri, saya terlepas peluang untuk menyerahkan gratis itu kepadanya. Wahai Tuhanku ampunilah daku!

Sekian dahulu, secebis gratis senang dari wisata ilmu kami yang bernilai ke Lamungan, Jawa Indonesia.
xxxxxxxx
Renungilah:

Rasulullah saw. bersabda, -“Orang-orang yang penyayang itu Allah Yang Maha Penyayang akan menyayangi mereka. Maka sayangilah makhluk yang ada di bumi, maka pasti makhluk yang ada di langit [para Malaikat] menyayangi kamu”.

-“Tawadhuklah kamu semua, duduk-duduklah kamu bersama orang-orang miskin, pasti kamu akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan bebas dari kesombongan”. HR:Abu Nu’aim.
xxxxxxxxx

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

Read more...

Rogol Mangsa Derita Sepanjang Hayat

>> Wednesday, November 24, 2010


ROGOL: Mangsa Derita Sepanjang Hayat

[Bahagian Ke-2]

Rogol adalah suatu perbuatan zalim dan terkutuk, yang menimpakan kesan yang buruk terhadap wanita yang menjadi mangsanya. Kesan-kesan buruk itu merangkumi lahir dan batin, rohani dan jasmani seseorang wanita yang malang itu.


Fizikal


Dari segi fizikal, mangsa mungkin mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian anggota badannya akibat kegelojohan para perogol yang telah bertukar menjadi sandingan haiwan dan syaitan; antara anggota yang mungkin mengalami kecederaan ialah mulut, pipi, tengkuk, dan tetek.


Mangsa juga mungkin mengalami kecederaan pada anggota sulitnya, seperti terkoyak kerana keganasan para perogol untuk melepaskan nafsu syaitannya.


Dan yang lebih malang lagi, mangsa mungkin juga ditimpa oleh berbagai-bagai penyakit berjangkit, seperti siflis, kencing nanah atau lebih teruk lagi dijangkiti oleh panyakit AIDS dan sebagainya yang dihidapi oleh perogol yang kejam itu.


Kuman-kuman penyakit yang dibawa oleh perogol itu yang telah menjangikiti mangsa rogol kalau tidak dirawat dengan sewajarnya mungkin menjangkiti anggota-anggota seksual mangsa rogol, seperti pada anggota rahim dan juga anggota-anggota lain.


Namun begitu, bukan semua mangsa rogol dijangkiti oleh penyakit-penyakit fizikal seperti itu.


Kesan Psikologi


Mangsa rogol akan mendapat kesan psikologi yang amat teruk, menanggung penderitaan jiwa yang tidak dapat digambarkan, yang sukar untuk hilang dalam masa yang singkat, malah mungkin akan berkekalan buat selama-lamanya di sepanjang hayat. Walaupun luka telah sembuh, tapi parut mungkin akan berkekalan di sepanjang hayat.


Mangsa rogol akan diselubungi oleh rasa malu dan hina diri dan aib yang tidak dapat digambarkan.


Mangsa rogol sentiasa hidup dalam kesedihan dan kemurungan yang berpanjangan.


Mangsa rogol merasa amat kecewa dan mungkin merasa putus asa untuk meneruskan hidup ini yang dengan sekelip mata telah bertukar menjadi mimpi ngeri yang menakutkan.


Mangsa rogol mungkin bertukar menjadi seorang yang sensitif, perungus dan lekas marah dengan perkara-perkara yang kecil sekalipun. Menyebabkan dirinya dan orang-orang sekitarnya tidak dapat hidup dengan tenteram.


Mangsa rogol mungkin menyimpan perasaan dendam kepada semua lelaki, kerana pada anggapanya semua lelaki adalah makhluk yang jahat dan ganas. Justeru itu kalau dia masih belum berkawhin, kemungkinan dia akan terus membujang seumur hidupnya.


Mangsa rogol mungkin sepanjang masa merasa tidak selamat dan berada dalam ketakutan, yang menyebabkan kehidupannya menjadi tidak tenteram.


Mangsa mungkin merasa tidak selesa atau merasa takut untuk melakukan hubungan seks walaupun dengan suami sendiri kerana dihantui oleh peristiwa cemar itu. Hanya dengan kebijaksanaaan suaminya sahaja perkara itu mungkin dapat diatasi.


Mangsa rogol mungkin menjadi lebih agresif, liar dan mungkin terlibat dalam kegiatan pelacuran atau jenayah-jenayah yang lain sebagai saluran untuk melepaskan dendam yang bertongkol di hatinya.


Mangsa rogol juga mungkin terfikir untuk membunuh diri dengan harapan untuk menamatkan penderitaan yang ditanggungnya itu. Langkah yang amat buruk untuk diambil oleh mana-mana mangsa rogol.


Seorang wanita yang dirogol dengan “izinnya” menanggung penderitaan yang amat pedih sepanjang hayatnya. Perkara itu berlaku di bawah pengaruh sihir seorang lelaki yang jahat. Di bawah pengaruh sihir itu dia menyerahkan apa sahaja yang diminta oleh lelaki durjana itu, termasuklah kerhormatannya sendiri, kerana merasa kasihan dan sayang yang amat luar biasa terhadap penggoda terkutuk itu. Waktu itu dia tidak nampak apa-apa lagi larangan-larangan dan keaiban untuk berbuat perkara-perkara yang mungkar. Tapi bila sihir yang membelitnya itu dirungkaikan, dia kembali sedar, segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Namun begitu, dan walaupun kemukaran yang dilakukannya itu tanpa kerelaannya, tapi dia sentiasa diharu oleh rasa kesal, sedih, kecewa, bersalah dan malu kerana akibat kecuaiannya perkara yang buruk itu telah menimpa ke atasnya menyebabkan beliau merana sepanjang hayatnya. Walaupun dia telah bertaubat, tapi taubatnya tidak dapat menghapuskan ketakutan hatinya terhadap Allah, menyebabkan dia selalu meratap, beristigfhar dan bertaubat kepada Allah memohon keampunanNya.


Wanita itu telah berubah menjadi seorang yang kuat pegangan agamanya, menjadi manusia yang sabar, beriman dan bertakwa yang selalu mengingati Allah dalam mencari keredaanNya. Segala apa yang telah berlaku itu sudah tidak dapat diubah lagi, ia telah menjadi masa yang keras beku yang tidak dapat dicairkan lagi, hanya tergantung kepada kebijaksanaan kita sebagai makhluk untuk menghadapinya dengan saksama dan wajar sejajar dengan kehendak syariat Allah.


Justeru jika anda berkebetulan mengenal mangsa rogol, janganlah anda memandangnya dengan kehinaan dan keaiban terhadap mereka yang bernasib amat malang itu. Jangan sama sekali mencurahkan cuka ke hati mereka yang telah parah lukanya itu. Pandang dan layan mereka dengan penuh simpati dan kasih sayang yang akan merupakan sokongan moral kepada mereka yang amat bernilai. Ingatlah, mereka sama sekali tidak memintanya, tidak mengharapnya, tapi nasib telah membawa mereka ke hujung jalan yang gelap, kerana sebab yang mungkin mereka ketahui dan mungkin juga mereka tidak mengetahuinya.


Insya-Allah.


xxxxxxxxx

Renunglah:


-“Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah suatu kebaikan [keuntungan], maka ia diberikan penderitaan”.HR:Bukhari.


-“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya, nescaya Dia mempercepatkan seksa [penderitaan] kepadanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki kebinasaan kepada hambaNya, nescaya Dia akan menahan pembalasan dosa daripadanya hingga akan dilakukan kelak pada hari kiamat”. Hadis besumber dari Anas Radhiallahu’anhu.


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.


Read more...

Siapakah Mangsa Rogol?

>> Tuesday, November 23, 2010


ROGOL Siapa Dan Bila Berlaku?
[Siri Pertama]

APAKAH perasaan anda, khususnya jika anda seorang wanita bila membaca atau mendengar perkataan ROGOL?

Apakah yang terbayang dalam kepala anda dengan perkataanROGOL ITU?

Kepada seorang wanita perkataan ROGOL itu mungkin meremangkan bulu roma mereka bila mendengarnya. Dalam kepala otak mereka terbayang seorang wanita yang malang dipakasa dan diancam dengan kekerasaan untuk melakukan hubungan seks dengan seseorang lelaki yang ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Rogol ialah sejenis jenayah yang kejam yang dilakukan ke atas kaum wanita, malah kadang-kadang keadaan menjadi bertambah kejam bila wanita yang menjadi mangsa rogol itu dibunuh kerana si perogol tidak mahu perbuatan ganas itu terbongkar nanti, kerana mangsa rogol mengenalinya, atau kerana sebab-sebab lain mangsa rogol menjadi mangsa pembunuhan. Tegasnya si perogol membinatangkan lagi perbuatannya yang telah pun bersifat kehaiwanan.

Bagi kita orang awam ini, rogol ialah perbuatan melakukan hubungan seks dengan seseorang secara paksa atau kekerasaan, ataupun tanpa kerelaan mangsanya.

Dari segi perundangan pula perbuatan rogol itu diberikan definisi yang lebih detail lagi. Mengikut Kanun Keseksaan 375 seseorang itu dikatakan merogol jika sesuatu persetubuhan itu berlaku antara lain bertentangan dengan kemahuan, tidak mendapat kerelaan, dengan kerelaaan tapi mendatangkan kecederaan atau ketakutan serta sama ada dengan kerelaan atau tidak di kalangan mereka yang berusia di bawah 16 tahun.

Jenayah rogol mendapat pehatian yang serius dan meluas dari segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja di kalangan kaum wanita yang dijadikan mangsa rogol itu, tapi juga daripada kalangan kaum lelaki yang berperikemanusiaan dan prihatin dengan nasib malang yang menimpa kaum wanita di seluruh dunia itu.

Biasanya kejadian rogol juga mendapat liputan yang meluas daripada media-massa, malah kadang-kala begitu meluaskan dan digeger-riuhkan, dan tidak jarang pula disansikan, seolah-olah wanita itu rogol dan rogol itu wanita, dengan harapan razeki mereka meningkat. Kadang-kadang kisah rogol ini menjadi begitu hebatnya hingga menengelamkan isu-isu lain yang tidak kurang pentingnya berkaitan dengan wanita. Sedangkan hakikat sebenarnya, wanita bukan lagi seks dan seks bukan lagi wanita, tegasnya wanita bukan lagi semata-mata menjadi lambang seks seperti di masa-masa yang lalu.

Selain daripada batang tubuh wanita yang mendukung kehormatannya sering menjadi mangsa rebutan lelaki durjana, maka harta benda wanita, kemewahannya juga sering dijadikan mangsa oleh lelaki seperti itu. Mereka mungkin digertak dengan berbagai-bagai bentuk ancaman jika mereka enggan menyerahkan harta benda mereka kepada lelaki yang berhati kebinatangan itu, seperti diancam untuk dicederakan, dibunuh atau dirampas benda-benda lain yang menjadi kesayangan mereka.

Sejak tahun 2005 yang lalu kes rogol yang berlaku di negara kita kian meningkat, dan ini menakutkan. Selain dari rogol kes-kes jenayah seks yang lain juga turut meningkat, seperti kes sumbang mahram, liwat dan sebagainya.

Bila Wanita Dirogol?

Mengikut kajian ada beberapa keadaan di mana kaum wanita menjadi mangsa rogol oleh lelaki yang tidak berperikemanusian itu, antara faktor-fktor tersebut yang patut mendapat perhatian kaum wanita untuk lebih berhati-hati ialah:

Perogolan berlaku ketika mangsa berada seseorang diri di sesuatu tempat, seperti di tepi-tepi pantai, di perhentian bas dan seumpamanya. Ataupun sewaktu mangsa seorang diri melalui di laluan-lalaun yang sunyi, terutama di waktu malam ketika pulang dari kerja.

Perogolan berlaku ketika mangsa tinggal keseorangan di rumah yang tidak begitu selamat keadaannya, seperti binaannya tidak begitu baik atau kukuh dari segi keselamatannya, dan terletak pula dalam suasana keliling yang tidak aman di mana berbagai-bagai jenayah mudah berlaku, seperti di kawasan-kawasan sarang dadah dan di lubuk-lubuk penjenayah.

Perogolan berlaku akibat mangsa tidak mengambil sikap berhati-hati dan waspada, seperti dengan tidak usul periksa atau dengan senang dan rela hati menumpang kenderaan lelaki yang tidak dikenali atau tidak begitu dikenali ataupun baru sahaja dikenali yang menayang-nayangkan diri sebagai seorang yang budiman, bertimbang rasa dan suka menolong. Setelah berada di atas kenderaan wanita itu dibawa ke mana-mana tempat oleh lelaki itu yang telah menunjukkan taring kedurjanaannya yang sebelum itu disembunyikan, kemudian merogolnya di bawah ancaman kekerasaan atau keganasan.

Perogolan berlaku ketika mangsa keluar atau bersiar-siar dengan mana-mana lelaki atau beberapa orang lelaki yang telah lama dikenali ataupun baru dikenali yang disangka baik, tapi kemudiannya bertukar menjadi perogol, atau menjadi perogol beramai-ramai secara bergilir lepas seorang, seorang pula. Binatang pun tidak berbuat demikian. Saya tidak fikir ada kucing-kucing atau ayam-ayam jantan yang bergilir-gilir mengawan seekor ayam atau kucing betina dalam masa yang singkat, lepas seekor, seekor. Hanya manusia yang sanggup berbuat kerja terkutuk seperti itu.

Perogolan sering berlaku ke atas wanita-wanita yang melarikan diri dari rumah kerana bertelagah dengan keluarga, ibu bapa, adik beradik atau saudara-mara, kadang-kadang mengenai isu-isu yang kecil yang tidak langsung perlu diambil kira. Anak-anak gadis yang lari dari rumah ini, akan bergelendangan ke sana ke mari, dan akhirnya bertemu dengan lelaki yang menunjukkan sikap baik, mesra dan ingin menolong. Kemudian berlakulah episod yang memalu-perogolan, dan lebih malang lagi kalau wanita itu jatuh penjahat yang akan melelongnya di pasaran pelacuran.

Perogolan berlaku bila mangsa berada dalam keadaan khayal, atau ghairah kerana tertpedaya memakan atau meminum makanan-makanan yang telah diacmpur dadah, ubat-ubat atau bahan-bahan lain yang yang menyebabkan mereka tidak sedarkan diri. Dalam keadaan seperti itu mangsa dengan gampang menjadi mangsa rogol dalam kerelaan tanpa izin. Lelaki yang memberi makanan itu mungkin terdiri dari orang yang lama dikenali dan mungkin juga baru dikenali secara kebetgulan yang memang telah bersiap sedia mencari mangsa yang lalai dan cuai.

Perogolan berlaku bila para penjenayah yang pada asalnya bertujuan untuk menyamun dan merompak, tapi dalam masa yang sama mengambil kesempatan merogol mangsa yang malang itu. Lebih keji lagi kiranya perogolan itu dilakukan di hadapan keluarga mangsa, suami, anak-anak dan cucu-cucunya.

Perogolan dilakukan oleh bomoh-bomoh yang didatangi oleh seseorang wanita untuk membuat rawatan, terutama penyakit-penyakit pelik, atau pun untuk awet muda dan kelihatan cantik sepanjang masa. Sesi perawatan itu dilakukan seorang sama seorang dalam bilik yang tertutup

Ataupun bomoh itu mendakwa dapat menarik harta karun secara ghaib. Mana-mana mereka yang inginkan harta karun itu hendaklah menyerahkan anak gadis mereka untuk dinikahi secara batin oleh sang bomoh itu dalam sebuah bilik yang ditutup, sementara ahli keluarga si gadis disuruh berzikir di luar bilik sebagai syarat untuk mendapat harta karun.

Perkara ini berlaku kerana tamak dan haloba untuk memiliki harta yang banyak secara mudah tanpa kerja, sehingga anakgadis sendiri menjadi korban.

Perogolan juga berlaku terhadap wanita-wanita yang menjadi mangsa ilmu hitam atau sihir pengasih oleh lelaki durjana, sehingga dia menjadi lupakan diri, tidak lagi dapat membezakan mana yang buruk dan mana yang baik, sehingga sanggup menyerahkan kehormatannya kepada lelaki syaitan itu. Mangsa hanya menjadi pulih dan sedar kembali dengan apa yang berlaku ke atasnya setelah kesan-kesan sihir itu dibuang dari dirinya.

Perkara ini berlaku sejak dahulu dan juga sekarang dan juga di masa-masa akan datang selagi manusia hidup di kalangnan syaitan yang tidak pernah mati hingga hari kiamat.

Justeru itu, kaum wanita, baik anak gadis atau isteri-isteri orang hendaklah berhati-hati dengan ancaman yang tidak kelihatan dan sukar untuk dikesan ini, supaya tidak mudah menjadi mangsa lelaki pemanagsa yang sentiasa berkeliaran untuk mencari kesempatan dengan pertolongan jin dan syaitan yang terkutuk.

Siapa Perogol?

Mengikut kajian kebanyakan mangsa rogol memang mengenali perogol-perogol mereka.

Orang-orang yang dikenali itu mungkin terdiri daripada keluarga sendiri, termasuk ayah sendiri, ayah tiri, abang kandung, abang tiri, bapa saudara, sepupu dan sebagainya daripada anggota-anggota keluarga yang terdekat.

Mengikut perangkaan Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1997 hingga bulan Oktober 1999 terdapat sebanyak 4,081 kes rogol yang dilapurkan, dan daripada itu sebanyak 1,021 kes, perogolnya terdiri daripada teman-teman lelaki mangsa sendiri yang sebelum itu dianggap jujur dan ikhlas oleh mangsa.

Kebanyakan perogol terdiri daripada mereka yang tidak stabil emosinya, atau terdiri daripada mereka yang mendapat gangguan emosi yang kuar.

Perogol mungkin mempunyai sifat yang ganas, sadis atau suka menyeksa, baik dalam bentuk lisan dengan menghamburkan kata-kata yang kasar dan tidak bertimbang rasa dan juga menerusi perbuatan-perbuatan yang boleh menyakiti.

Perogol mungkin seorang penghidap penyakit jiwa, khususnya penyakit jiwa psikosofernia, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang tidak mampu menguasai dirinya sendiri.

Perogol mungkin tidak mempunyai sejarah kehidupan kekeluargaan yang baik, malah mungkin mempunyai sejarah kekelurgaan yang rosak dan porak peranda, menjadi mangsa persengketaan keluarga yang tidak bahagia.

Perogol mungkin menaruh keinginan songsang yang kuat untuk membuktikan kepada mangsa yang tidak berdaya itu bahawa dia adalah seorang lelaki yang daya kelelakiannya, walaupun pada hakikatnya tidak.

Di samping itu perogol juga mungkin menyimpan keinginan songsang yang kuat untuk membuktikan bahawa dia seorang lelaki yang hebat tidak sebagaimana disangka oleh masyarakat atau orang ramai selama ini, lalu dia tergamak melakukan perbuatan keji dan hina yang dikutuk oleh manusia dan Allah.

Perogol melakukan perbuatan terkutuk itu untuk merialisasikan keinginan songsangnya yang terlalu kuat untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.

Perogol adalah seorang yang tidak beriman, kerana itu mudah dipengaruhi oleh berbagai-bagai rangsangan jahat, lucah dan cabul sehingga sanggup kerja merogol yang terkutuk itu.

Demikianlah di antara sifat-sifat para perogol yang perlu dibenteraskan supaya tidak terus berleluasa mengancam masyarakat, bangsa dan negara, terutama dengan mencetuskan kepanikan di kalangan orang ramai, khususnya para ibu bapa dan kaum wanita yang bimbangkan nasib mereka menjadi mangsa rogol.

Dan perogolan itu pula boleh berlaku di mana-mana sahaja, seperti di bangunan-bangunan, di rumah-rumah kediaman, di pondok-pondok, di hotel, di rumah rehat, di padang-padang, di taman-taman, di atas kenderaan, ditempat-tempat awam, di tempat-tempat tersembunyi, malah boleh berlaku di mana sahaja di muka bumi ini, baik di darat mahupun di laut, tidak ada lagi tempat yang selamat, khususnya untuk wanita.
xxxxxx

Renunglah:

-“Barangsiapa yang dapat menjaga [menjamin] untukku mulut dan kemaluannya, aku akan memberi jaminan kepadanya syurga”.HR:Bukhari.

-“Sekiranya kulit aku ditempeli bara api yang panas, lebih aku sukai daripada aku harus menyentuh perempuan yang bukan mahram”. Ualama Salaf.

-“Tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu [perkataan] yang tidak berguna”. HR:A-Tirmidzi.
xxxxxxxx

Bisiki Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

[Penulis kini,
di Tasik Puteri,
dalam rangka kembara,
ke Tuban, Indonesia,
doakan untuk penulis,
bereskan segala urusan
selamat dalam perjalanan,
dikurniakan Allah rahmat
Ma'rifah .

Amin].

23November2010

Read more...

Apakah yang Anda lakukan pada hari raya?

>> Saturday, November 20, 2010



APAKAH yang kita lakukan pada Hari Raya? Periksalah diri sendiri.

HARI raya telah beberapa hari berlalu. Namun nur hari raya terus bersinar, dan semangat hari raya terus bersemarak. Kita saling kunjung mengunjung antara satu sama lain, memilin kasih sayang, bermaaf-maafan, mengeratkan silaturahim, saling doa mendoakan, dengan membawa semangat hari raya bersama-sama kita.

Seperti lumrah, kita sambut ketibaan Aidiladha dengan hati terbuka, lapang seluas langit lazuardi dengan bermandikan kegembiraan yang memenuhi setiap rongga jiwa kita. Allah mengurniakan hari yang agung ini kepada kita untuk diraikan dengan cara yang sebaik-baiknya, selaras dengan ketentuan syariat untuk membendung tangan dan kaki kita daripda terdorong ke lubuk kemaksiatan yang akan mengundang petaka.

Kita gembira menyambut Aidladha, tapi kegembiraan itu berlangsung dalam wadah-wadah yang murni tanpa terpengaruh dengan rangsangan nafsu yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita umat manusia supaya tergelincir dari landasan keimanan kepada Allah.

Cuba cermin diri, periksa diri sendiri, kaji diri sendiri, apakah yang telah kita lakukan ketika menyambut pembukaan tirai Aidiladha? Adakah kita menyambutnya dengan penuh adat kesopanan? Atau sebaliknya kita sambutnya dengan acara yang penuh kemungkaran, beraksi mengikut rentak nafsu yang telah dirasuk setan?

Adakah pada malam dan hari Adha yang mulia itu kita habiskan dengan berpoya-poya di kelab-kelab malam, di disko-disko atau di pub-pub untuk beria gembira. Kita menghabiskan masa kita di situ dengan meneguk air berbusa, menagih dadah dan sebagainya?




Atau kita habiskan malam-malam mulia yang panjang itu dengan berpeluk-pelukan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim? Atau menghabiskan masa dengan bercumbu rayu dengan kekasih, dengan teman wanita atau berkepit-kepit dengan teman sosial? Atau mengheret kaki di lantai mengikut rentak lagu dan muzik, seirama dan sejiwa?

Kemudian kita akhiri hari yang mulia itu dengan tidur di ranjang bersama dengan lelaki atau wanita yang bukan suami atau bukan isteri kita yang sah, tegasnya dengan melakukan perzinaan yang dikutuk oleh Allah S.W.T




Jika anda berbuat demikian bererti anda menyambut Aidiladha dengan cara yang tidak beradab tertib, tidak bersopan, malah amat buruk, kerana melakukan dosa-dosa yang terkutuk di malam yang mulia

Jika anda melakukan segala perkara yang terkutuk itu, tunggulah laknat Allah akan menimpa anda. Tunggulah saat anda menangis tak berlagu, meratapi nasib buruk yang anda sendiri menempah dan melakarinya.

Di hari yang mulia ini kita sepatutnya memperbanyakkan lagi ucapan Salawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W.. Salawat itu amat banyak kelebihannya dan mempunyai berbagai-bagai rahisa yang tersembunyi, baik kepentingan dunia dan juga kebajikan akhirat dunia yang kekal dan abadi di mana setiap manusia yang hidup di dunia ini akan menemuinya.

Ibnul Mulqan, daripada Nabi S.A.W. berkata, “Barangsiapa memberi Salawat kepadaku, sesungguhnya Malaikat memberi Salawat kepadanya. Barangsiapa yang telah diberi Salawat oleh Malaikat, maka Allah memberi Salawat kepdanya. Sekiranya Tuhan telah memberi Salwat kepadanya, maka tidak ada apa lagi yang tidak diterimanya daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan lautan. Segala pohon, tumbuh-tumbuhan, burung-burung, binatang-binatang buas dan jinak, melainkan semuanya memberikan Salawat kepadanya”.





Di hari yang mulia ini kita juga sepatutnya memperbanyakkan bacaan tahmid, tasbih, memperbanyakkan zikir kepada Allah, serta juga membaca al-Quran.

Abu Umamah al-Bahili berkata, “Aku mendengar Rasulllah S.A.W. bersabda, maksudnya, “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya”.HR:Muslim.

Dan, “Sesungguhnya orang yang di dalam hatinya tidak mengandungi al-Quran umpama sebuah rumah yang roboh”. HR:Tirmizi.

Di samping itu kita juga sepatutnya memperbanyakkan beristighfar, memohon keampunan kepada Alllah di atas segala kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang masa-masa yang lalu. Banyak kerterlanjuraan yang telah kita lakukan setiap hari yang kita lalui, menerusi mata kita, lidah kita, telinga kita, tangan kita, kaki kita, malah segala anggota kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Semuanya tidak terlepas dari dosa, samada disedari atau tidak disedari. Segala dosa-dosa itu kita pohon diberikan keampunan oleh Allah, dibersihkan jiwa dan raga kita dari segala dosa.

Jangan-jangan bersalawat pun kita tidak, bertasbih pun kita tidak, berzikir pun tidak, beristighfar pun tidak, baca al-Quran pun tidak, tapi sebaliknya kita menghabiskan masa kita bermain mercun dengan anak-anak, menonton tv dari pagi sampai ke malam, memasang cd untuk mendengar berbagai-bagai lagu yang kononnya untuk memeriahkan hari yang mulia itu.

Allah berfirman, “Maka bersabarlah kamu kerana sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah keampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi”. Al-Mukmin: 55.

Pihak TV pula mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini dengan menysuun dan menonjolkan program-program yang hebat-hebat, yang hampir seluruhnya mendedahkan aurat para pesertanya, khususnya pelakon-pelakon drama dan para penyanyi dengan gerak-geri yang “indah” untuk menggoda penuntun supaya tidak meninggalkan kaca TV. Buka di sana, koyak di sini, londeh di situ, menonjol di sini, kempis di situ, lurah di di sini. Ke mana para penonton akan dibawa pada hari yang mulia ini?

Dalam hal ini kita ada kebebasan, kita boleh memilih antara dua jalan, kita nak ikut nafsu sarakah kitakah atau kita nak kita seruan Malaikat yang akan membawa kita menuju ke jalan Allah? Tidak ada sesiapapun memaksa kita, kecuali nafsu kita dan diri kita sendiri. Justeru kita tidak boleh mempersalahkan sesiapa andainya kita memilih jalan yang salah.

Adakah kita tahu, di sekitar kita, di kampung kita ini ada orang susah, orang-orang miskin, ada anak-anak yatim dan piatu yang memerlukan pembelaan? Kalau kita sedar, adakah kita telah menghulurkan bantuan kepada mereka, membantu mereka, meringan beban hidup mereka, terutama pada hari baik ini?

Sedangkan berbuat baik kepada anak yatim itu amat besar ganjarannya, dan ianya merupakan ajaran Rasulullah yang harus dicontohinya. Baginda S.A.W. pernah bersabda tentang ganjaran berbuat baik kepada anak yatimnya dengan katanya, “Aku dan orang yang menanggung [memelihara] anak yatim [dengan baik] ada di Syurga bagaikan ini......[sambil memberi isyarat
dengan merentangkan kedua-dua jari telunjuk dan jari tengahnya”HR;Bukhari.


Mengenai orang susah dan miskin, kita bukan sahaja tidak membantu mereka, menolong mereka, malah sebelah mata pun kita tak pandang mereka, kerana kita membutakan mata kita daripada melihat mereka. Kalau kita pandang pun, kita pandang dengan mata yang serong, dengan hati yang penuh kebencian, kehinaan, kekcurigaan penghukuman buruk, dan penuh prasangka, kerana mereka susah dan tidak berharta, hidup melarat seperti sampah masyarakat

Kita tidak cuba mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini untuk mengubah sikap buruk kita terhadap fakir dan miskin, malah pandangan kita terhadap mereka bertambah keji dan hina, untuk menghulurkan bantuan jauh sekali.

Ketika kita mengadakan jamuan, kita undang ramai orang dari jauh dan dekat, tapi kita segan untuk mengundng jiran sekampung kita yang susah dan miskin, takut merosakkan majlis kita. Kita perhinakan orang miskin sebegitu rupa.

Kita lupa kepada sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Mencintai orang-orang fakir itu termasuk pekerti para nabi dan bencikan orang-orang fakir itu termasuk pekerti para Fir’aun”.

Dan sabda baginda lagi, maksdunya, “Seburuk-buruk makanan adaah makanan jamuan di mana golongan kaya sahaja yang diundang kepadanya dan ditinggalkan golongan fakir”.HR:Bukhari & Muslim.

Adakah kita telah memaafkan orang-orang yang berbuat salah kepada kita, terutama mengambil sempena hari baik ini? Ataupun kita berusaha mendamaikan orang-orang bersengeketa atau berseteru terutama di kalangan keluarga sendiri?

Tapi malang kiranya, kita bukan sahaja enggan memaafkan orang yang bersalah terhadap kita, malah bertindak mengapi-ngapikan orang yang sedang bersengketa, mengipas-ngipas mereka supaya keadaan menjadi tambah panas, dengan melakukan berbagai-bagai fitnah dan umpat mengumpat yang keji dan hina. Walau kita tidak mempunyai apa-apa kepentingan, tapi kita tidak suka melihat orang berdamai, dan hidup dalam kerukunan, kerana hati kita telah dikuasai oleh syaitan. Kta telah kehilangan semangat mahabbah dan kasih sayang.

Di hari baik ini dan mulai ini, kita sepatutnya menzirahi kaum kerabat, saudara mara, dan megnhubungi silaturahim, serta mengukuhkan perpaduan di kalangan umat Islam. Kalau kita ada rumah sendiripun, ibu bapa jangan dipinggirkan, sanak saudara jangan diketepikan. Kalau mereka telah meninggal, kunjungilah pusara mereka, dan berdoalah untuk mereka, dan itulah yang diharap-harapkan oleh orang yang telah meninggal dunia.

Sebenarnya cinta sejati, kasih sejati, sayang sejati antara anak dan ibu bapa, antara suami dan isteri dan antara saudara dan mara, hanya baru dapat dibuktikan dengan sebenar-benarnya bila salah seorang daripadanya meninggal dunia, kerana pada waktu itu kebaikan yang dilakukan oleh seseorang yang hidup untuk seseorang yang telah meninggal dunia itu, adalah semata-mata untuk kebaikan si mati, justeru si mati tidak lagi dapat memberi apa-apa kebajikan kepada orang yang hidup, sebagaimana ketika hidupnya dahulu, baik ia seorang ibu, anak, isteri, suami, saudara mara, seorang kekasih dan sebagainya. Itulah sebabnya barangkali, pusara tidak begitu dikunjungi, walaupun pada hari yang mulia ini, kerana orang mati telah hilang dari pandangan dan tidak ada apa lagi yang dapat diberikan oleh mereka kepada orang yang hdiup.

Seterusnya pada malam-malam Adha yang mulia itu adakah kita pernah menletakkan dahi kita ke lantai untuk solat tahajud dan solat tasbih, ataupun kita lebih suka berkumpul di hadapan peti TV dengan rancangan-rancangan hiburan hingga tertidur sampai ke pagi ?

Tanyalah diri sendiri, tanyalah diri sendiri, apa yang telah kita lakukan di sepanjang hari Adha itu? Kaji dan kajilah, hisab dan hisablah, sebelum kita dikaji, sebelum kita dihisab di hari pengadilan nanti?

Dan sekiranya kita melakukan amal soleh, mengingatikan Allah siang dan malam, maka teruslah berbuat demikian walaupun Aidiladha telah berlalu. Semoga kita mendapat keberkatan, berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat. Dan sekiranya kita melakukan perkara-perkara munkar, segeralah bertaubat, kembali ke pangkal jalan, minta ampun kepada Allah, dan jangan ulangi lagi.

Amin

Renungilah:

-“Hai sekalian manusia, sesungguhnya telah hancur orang-orang sebelum kamu kerana apabila ada orang bangsawan di antara mereka mencuri, mereka membebaskannya. Tetapi apabila ada orang yang lemah [rakyat biasa] di antara mereka mencuri, mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya”.HR:Bukhari & Muslim.

-“Sungguh akan terjadi sepeninggalanku nanti monopoli kekuasaan dan hal-hal yang kamu mengingkarinya”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, lalu bagaimanakah engkau memerintahkan kepada kami?”. Baginda bersabda, “Kamu tunaikan hak yang menjadi kewajipanmu dan mintalah kepada Allah apa yang menjadi hakmu”.HR:Bukhari & Muslim.

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

Read more...

Di Ambang Aidiladha

>> Tuesday, November 16, 2010


“Di Ambang Aidiladha

Besok 10 Zulhijah.

Hari ini, hari Selasa, 9 Zulhijjah 16 November], kita rakyat Malaysia berada di ambang Raya Adha yang berkunjung setiap tahun sejak ribuan tahun yang lampau

Seperi biasa, besok adalah hari raya Adha akan membuka tirainya ke serata alam ini, merinjiskan aroma wangi yang tersebar ke seluruh pelosok maya ini.

Kebetulan besok hari Rabu, antara hari-hari yang amat besar ertinya dalam kehidupan kami sekeluarga, hari yang tidak dapat kami lupakan selagi hayat dikandung badan.

Hari Rabulah, kira-kira setahun lebih yang lalu, isteriku dan ibu kepada anak-anakku, Asiah sekuntum mawar di taman hati kami, telah luruh ke pangkuan Ilahi.

Beliau telah layu menyusuli pemergian bondaku beberapa tahun yang lalu, dan pemergian ibunya kira-kira setahun yang lalu. Ya Allah cucurilah rahmatMu ke atas mereka semuanya.

Titimangsanya: 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009.
.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang, ampunilah, redalah dan limpahilah rahmatMu ke atasnya.

Inilah untuk kedua kalinya, kami menyambut kunjungan Adha yang indah ini tanpa orang yang kami kasihi di sisi, yang biasanya menghidupkan hari yang mulia itu dengan pengisian murni, penuh dengan mahabah dan kasih sayang yang terlukis di hati sepanjang zaman.

Aku merasa aku seolah-olah menunggu sesuatu, sesuatu sejak lebih dari setahun yang lalu....Sesuatu yang dapat kurasa kehadirannya, tapi tidak dapat dilihat dan disentuh ke-adaannya. Justeru itu hatiku sentiasa berada dalam pelukan penungguan yang tidak berhujung.

Dalam penungguan yang tidak bertepi inilah menyebabkan kita menjadi ralik dan tenteram menerima keputusan Ilahi yang Maha Adil dan Maha Bijaksana. Itulah takdir Ilahi yang tidak ada siapa dapat mengubahnya

Apa yang Allah putuskan, ia akan menjadi penentuan yang mutlak, samada ia selari dengan kehendak kita ataupun sebaliknya. Kita hambaNya, hamba yang mutlak dalam erti kata sebenarnya.

Dalam penungguan itulah, yang ditunggu-tunggu itu dikatakan, terasa ada, tapi tiada; terasa tiada, tapi ada pada hakikatnya. Ianya bukan ilusi, tapi kenyataan.

Cucu saya, Sofia Zaini dari masa ke masa, menanyakan tentang isteriku, iaitu neneknya yang panggilan mesranya di kalangan mereka ialah “Wan”.

Dia biasanya memulakan dialog, “Ya [panggilan nama mesranya] sayang Wan”, dan berhenti sejenak.”Ya sayang Wan”. Berhenti lagi.

Kemudian berkata lagi, “Tapi Wan sudah matikan!”. Selepas berhenti senejenak dia akan bertanya, “Bila Wan nak balik?”. Sebuah pertanyaan yang menyuntik hati dengan keharuan dan kerinduan yang mengetarkan perasaan.

Biasanya saya buat-buat tak dengar sahaja pertanyaannya itu. Membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa jawapan. “Lambat lagikan Wan pulang ‘atok”. Jawabnya sendiri.

Saya hanya menjawab “Ya” dengan suara dalam kerongkong sambil menganggkuk kepala.

Kadang-kadang saya juga terlajak bertanya balik, “Ya sayang Wankah?”. Dia dengan pasti menjawab, “Ya, sayang! Tapi Wan sudah matikan?”.

Cucu saya ini walaupun usianya baru masuk tiga tahun, tapi petah bercakap, tak akan kalah.

Suatu senja hari Khamis, saya dan cucu saya itu berada di hadapan rumah. Tanpa di suruh dia menyusun beberapa pasang kasut dan selipar abang dan kakaknya yang berselerak di kaki tangga.

Tapi sepasang selipar Jepun berwarna merah diletaknya berasingan mengahadap ke luar rumah. Saya lalu secara main-main bertanya, “Ni selipar siapa ni?”.

Dia dengan spontan menjawab, “Selipar Wan. Kan Wan nak balik”, katanya. Jawapan yang membuat saya kekagetan. Kecut hati dibuatnya.

Malam hari raya dan malam Jumaat adalah antara malam-malam mulia yang kami merasa akan kehadirannya bersama kami untuk menjenguk kami yang masih diberikan usia oleh Allah ini.

Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu ketika Salman Al-Faarisi bertemu dengan Abdullah bin Salam [yang banyak mengetahui berita menerusi kitab-kitab Samaawi sebelum Islam], lalu salah seorang daripada mereka berkata kepada yang seorang lagi, “Andainya engkau pergi menjumpai Tuhan engkau [mati] sebelumku, maka beritakanlah kepadaku apa yang engkau temui?”. Salah seorang daripadanya menjawab,”Akan dapat bertemukah orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati?”.

Maka jawab lawanya, “Ya, oang-orang Mukmin itu, sesungguhnya ruh-ruh mereka terletak dalam syurga, mereka berjalan ke mana yang mereka kehendaki”. HR:Ibnu Abi Ad-Dunya & Al-Baihaqi.

Salmaan Al-Faarisi juga pernah memberitakan, “Sekalian ruh orang Mukmin itu berada di dalam Barzakh di bumi, mereka berjalan ke mana yang mereka kehendaki. Manakala ruh orang-orang kafir adalah berada dalam Sijjin”. HR:Ibnu Al-Mubaarak.

Malik bin Anas memberitakan, katanya, “Saya mendapat berita bahawa sekalian ruh orang Mukmin itu dikirim [dibiarkan] bersiar-siar ke mana selera yang dikehendakinya”. HR:Ibnu Abi Ad-Dun-ya.

Dan seterusnya:

Ibnu Abbas ra pula berkata, “Jika datang hari raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan malam Jumaat, ruh semua mayat keluar dari kubur dan mereka berdiri di pintu rumahnya sambil berkata:

“Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkat ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kamu bakhil dengan sedekah dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, hendaklah kamu mengingatkan kami dengan bacaan surah al-Fatihah di malam yang penuh keberkatan ini.

“Adakah seorang belas kasihan kepada kami. Apakah salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami, wahai orang yang menempati rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita [isteri kami], wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membahagikan harta benda kami.

“Jika mayat memperolehi sedekah dan doa daripada mereka, maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh, maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan berputus asa”.

Ada sebuah Hadis tentang sedekah untuk si mati itu bermaksud, “Bahawa engkau bersedekah untuk orang mati kami dengan satu sedekah, maka seorang malaikat akan membawa sedekah itu kepadanya dalam satu bekas yang bercahaya, lalu berdiri di atas kuburnya seraya menyeru, “Hai empunya kubur, sesungguhnya kelurga kamu membrikan hadiah kepada kamu. Inilah hadiahnya”. Lalu masuklah malaikat itu ke dalam kuburnya serta dibukannya hadiah itu dan diterangkan kubur itu.

“Berkatalah hamba itu, “Semoga Allah membalas kebaikan untuk keluargaku”.

“Kemudian berkatalah jiran-jirannya di dalam kubur, “Kami tidak meninggalkan kaum keluarga yang ingat kepada kami”, lalu berdukacitallah jiran-jirannya dan bersukacitalah dia”.

Insya-Allah pagi besok, selepas solat Adha, sperti biasa kami sekeluarga akan berangkat ke pusaraya, Kubur Pohon Rambai, Salor di mana jasad orang-orang kami kasihi di semadikan untuk selama-lamanya. Di situ jugalah bondaku, abangku dan keluarga-keluarga yang lain disemadikan untuk menunggu hari Pengadilan di hadapan Allah yang Maha Berkuasa.

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapakku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. Ibrahim:41.

Mengikut riwayatnya orang-orang yang kita kasihi walaupun berada di alam ghaib, tapi menyedari dan mengenali kita yang mengunjungi mereka, dan insya-Allah memperolehi faedah daripada doa-doa yang disampaikan dengan ikhlas untuk mereka, terutama dari anak-anak mereka sendiri. Insya-Allah.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Selepas menziarahi pusara, insya-Allah seperti biasa kami akan mulakan kembara raya ke rumah-rumah saudara mara, dan sanak saudara, bermaaf-maafan lahir dan batin dan diiringi dengan doa dan restu semoga berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat. Semoga Aidiladha membawa seribu rahmat ke atas kita semua. Amin!
Amin!

Xxxxxxxxx
Renungilah

-“Sabar itu ada empat jenis, iaitu sabar menjalankan kewajipan-kewajipan, sabar menanggung kemsikinan, musibah dan penganiayaan. Sabar menjalankan kewajipan bererti mendapat taufik [dari Allah], sabar menanggung musibah bererti mendapat pahala [dari Allah]. Sabar menahan penganiayaan orang bererti dicintai [Allah]. Dan sabar menanggung kemiskinan bererti mendapat keredhaan Allah”. Maksud Hadis.
Xxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

Read more...

Harapan Lembu Korban Kepada Anda?

>> Saturday, November 13, 2010



HARAPAN Lembu Korban Terhadap Anda?


“ Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Bismillah, Allahumma haazihi minka wa ilaika fataqabbal minni,
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Walillahil hamd”.

Itulah lafaz-lafaz yng disunatkan dibaca ketika binatang korban hendak disembelihkan yang bermaksud, “Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, ya Tuhanku kurniakanlah salawat dan rahmat ke atas Sayyidina Muhammad. Ya Allah, ya Tuhanku! Ini korban daripada Engkau dan kembali kepada Engkau, maka terimalah korban daripadaku! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Dan kepada Allahlah kembali segala pujian”.

Hari Raya Adha telah berada diambang. Matahari 10 Zulhijjah bersamaan 17 NovemberInsa-Allah pasti menjelang tiba. Seperti biasa sebahagian dari kita yang mampu sudah tentu akan berkorban pada hari mulia ini, biasanya di negara kita lembu adalah binatang pilihan untuk dikorbankan.

Bagi orang yang hendak berkorban, binatang-binatang itu telah lama mereka pilih dan tempah daripada penjual-penjual lembu berupa seekor lembu atau sebahagian daripada seekor lembu yang dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Lembu-lembu yang menjadi pilihan itu pasti bersyukur kerana terpilih menjadi calon untuk dikorbankan pada hari raya Adha yang mulia ini yang mempunyai sejarah yang tersendiri.

Kalau lembu itu mempunyai ingatan sudah tentu ia akan menghimbau kembali kisah Nabi Ibrahim as. ketika hendak mengorbakan puteranya, Nabi Ismail as. kerana patuh kepada perintah Allah yang Maha Berkuasa. Cinta Nabi Ibrahim as. kepada Allah lebih agung daripada cintanya kepada segala benda di alam maya ini.

Ketika Nabi Ibrahim as. menyembelih puteranya Ismail itu, tapi pisau yang tajam itu tidak mampu memotong leher Ismail yang bulat-bulat menyerahkan dirinya kepada Allah. Kemudian Allah SWT menggantikan Nabi Ismail yang sedang disembelih itu dengan haiwan lain; mengikut jumhur ulama, haiwan itu ialah seekor kibas yang berbulu putih, bermata hitam dan bertanduk besar, pada masa itu tertambat di sebatang pokok tidak jauh daripada tempat Nabi Ibrahim as. berada.


Tapi hari ini, cinta yang kudus kepada Allah S.W.T. seperti Nabi Ibrahim al-Khalil mencintai Allah itu adalah sukar untuk diperolehi’, kerana manusia telah dilalaikan dengan beraneka nafsu keduniaan yang begitu rendah tapi amat besar kesannya ke atas jiwa mereka.

Walau bagaimanapun lembu itu sudah pasti mengharap supaya upacara pengerbornan itu tidak merupakan penyeksaan terhadap mereka, kerana manusia, khususnya umat Islam, memang tidak diharap menyeksa haiwan ketika menyembelih mereka.

Justeru itu manusia, terutama para penyembelih yang bijaksana, diharap oleh sang lembu menggunakan pisau, golok dan sebagainya yang tajam ketika melakukan penyembelihan. Dan inilah sunatnya.

Sang lembu juga mengharap para penyembelih menyebelih mereka dengan cara yang bersugguh-sungguh sambil menghadap kiblat, dan dengan lembu sembelihan juga dihalakan ke kiblat.

Tapi malangnya, kata sang lembu ada manusia yang tidak mengambil kira tentang peraturan-peraturan yang tidak bertulis ini; berapa ramai nenek moyang, saudara mara sang lembu sejak dahulu kala lagi telah disembelih dengan cara yang kejam, menggunakan alat-alat penyembelihan yang tumpul, ataupun dibunuh dengan cara yang tidak berperkemanusiaan.

Apa tidaknya, ada di antara penyembelih-penyembelih dari kalangan manusia itu menggunakan alat-alat yang tumpul, seperti tulang-tulang dan gigi-gigi untuk menyembelih, yang menimpakan rasa terseksa di kalangan umat lembu, walaupun mereka merelakan dikorbankan demi kepentingan manusia.

Justeru itu, para lembu jika mereka dapat berkata-kata akan memberitahu manusia supaya terlebih dahulu belajar cara menyembelih yang betul dan benar yang lebih berupa kasihan belas terhadap semua jenis binatang yang hendak dan sedang disembelih.

Justeru itu para lembu, sudah tentu akan tertanya-tanya adakah semua para penyembelih itu tahu bahwa ketika sedang menyemblih, mata pisau itu tidak boleh diangkat dari leher mereka sebelum penyembelihan itu sudah sempurna dilakukan?

Tujuannya ialah untuk mengelak lembu yang dikorbankan itu daripada merasa sakit yang berulang-ulang kali bila mata pisau itu diangkat dan diletak di leher lembu untuk menyudahkan penyembelihan?

Supaya dengan itu dapat mempermudahkan urusan kematian lembu-lembu yang disembelih itu.
Di samping itu sang lembu tahu mana-mana lembu yang hendak disembelih itu disunatkan dibaringkan dengan cara yang lemah lembut di atas tanah di atas rusuk kirinya, dan kakinya diikat, kecuali sebelah kaki kanannya untuk membolehkan lembu itu berihat dengan menggerak-gerakkan kaki kananya yang bebas itu.

Sebelum disembelih lembu itu berharap mereka diberikan minum air terlebih dahulu, kerana itulah sunatnya.

Para lembu juga mengahrap supaya para penyembelih tidak mengasah mata pisau di hadapan mereka yang hendak disembelih, dan demikian juga dilarang menyembelih lembu di hadapan lembu-lembu lain yang sedang menunggu giliran untuk disembelihkan. Supaya tidak akan menimbulkan rasa gementar dan ketakutan di hati mereka.

Lembu itu berharap selepas disembelih, mereka dibiar mati dengan sendirinya, sebagaimana disunatkan.

Dengan itu, lembu-lembu itu dapat merasa demikian indahnya Islam itu yang mempunyai kaedah-kaedah yang tertentu dalam semua perkara, termasuklah dalam hubungannya dengan semua makhluk-amkhluk yang lain, baik manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan yang perlu dilayan dengan wajar.

Lembu-lembu sedar tidak ada sesiapapun yang berhak menyeksa sesiapapun, walaupun binatang, kecuali Allah Subhanahul wa Ta’ala.

Lembu-lembu tentu memang berharap manusia berlaku lebih kemanusiaan terhadap mereka khususnya, ketika melakukan penyembelihan korban pada hari yang mulia ini.

Tapi kerana bebal atau senghaja mengengkari peraturan-peraturan inilah sering kali didapati manusia melakukan penyembelihan terhadap ayam-ayam secara menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya, menyebabkan ayam-ayam itu tidak halal dimakan oleh ornag-orang Islam.

Dan hari ini lembu-lembu itu mereka dapat melihat berbagai-bagai tindakan dilakukan oleh manusia ketika lembu-lembu itu dikorbankan, yang mungkin tidak menepati dengan apa yang diperintah oleh agama Islam untuk memberi lebih keselesaan kepada lembu atau lain-lain haiwan yang dikorbankan itu.

Lembu-lembu itu sudah tentu akan mendapat manfaat jika manusia yang menjadi penyembelih itu, memahami dan mengamal pesanan Rasulullah saw. yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah menetapkan cara yang baik pada tiap-tiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, hendaklah kamu perbaiki cara pembunuhannya. Dan jika kamu menyembelih, maka hendaklah kamu perbaiki cara penyembelihannya. Dan seseorang dari kamu menajamkan pisaunya, dan hendaklah ia mudahkan [kematian] haiwan sembelihannya”. HR:Muslim.

Sekian untuk renungan bersama untuk berlaku adil kepada lembu-lembu korban menjelang hari baik bulan baik ini.

Keterangan gambar
Ragam Penyembelihan

-Gambar atas: dari album penulis

-Gambar atas bawah kiri:Dipetik HARAKAH

-Gambar atas bawah kanan:Dipetik dari PERDANA

-Gambar di hujung rencana: Dipetik dari ILUVISLAM

xxxxxxxx

Renungilah:

-“Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang yang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga dan dekat dengan neraka. Sedang orang jahil yang pemurah lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil”. HR:Baiihaqi.

-“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah ia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah ia menyambung silaturahim. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan diam”.HR:Bukhari & Muslim.

Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



Read more...

KENAPA Gunung Berapi Meletus?

>> Tuesday, November 9, 2010






KENAPA Gunung Merapi Meletup?

Bila alam, khususnya bumi yang kita diami berada dalam keresahan dan kegelisahan yang tidak mampu ditanggungnya lagi, nescaya ia akan memuntahkan segala keresahannya itu dengan berbagai-bagai cara yang dapat dilihat dengan jelas dan dirasa oleh semua makhluk yang ada di dunia ini. Salah satu daripada caranya yang telah berlaku sejak ribuan tahun yang lampau sampai ke hari ini ialah kejadian gempa bumi dan meletusnya gunung berapi di mana-mana bahagian dunia ini.


Ada berbagai-bagai faktor yang menjadi punca kepada keresahan alam, antaranya kerana makhluk manusia yang tinggal di dalam alam ini melakukan berbagai-bagai keonaran dan kedurjanaan yang dilarang keras oleh dengan ancaman penyeksaan. Tapi mereka tidak memperdulikannya.Mereka berlaku syirik, menjadi kafir, menipu, menzalami, menipu, menzina, minum arak, mencuri, merompak membunuh dan berbagai-bagai kejahatan lagi yang menjadi punca kepada keresahan alam ini, di samping mereka merosakkan fizikal alam buana ini dengan tindakan-tindakan mereka yang rakus dan haloba.


Semuanya berlaku dengan kehendak Allah, Maha Pencipta. Allah berfirman, “Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedasyat-dahsyatnya. Serta bumi ini mengeluarkan segala isinya. Dan berkatalah manusia [dengan perasaan gerun]” Apa sudah terjadi kepada bumi?’. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya [berlaku demikina]”. Az-Zalzalah: 1-5


Ya semunya berlaku kerana patuh kepada perintah Allah, tapi diengkari oleh sebahagian manusia penghuni dunia ini. Demikian juga dengan gunung berapi, ia meletup mengikut ketentuan-ketentuan Allah dengan rahsia-rahsianya yang tersendiri, hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Manusia mengetahui setiap kali gunung berapi meletup dengan kuat bererti ia telah mengeluarkan kekuatan tenaga yang amat kuat yang menyamai dengan letupan ribuan bomb hidrogen ciptaan manusia. Justeru itu setiap kali gunung berapi meletup dengan kuat, sudah tentu ia akan menimpakan kemusnahan yang besar kepada manusia dan alam seluruhnya. Sudah tentu ia amat menakutkan semua makhluk Allah, khususnya manusia yang terlibat di dalam sesuatu letusan gunung berapi yang kuat letupannya itu.


Sudah tentu alam sekitar akan binasa dalam letupan gunung berapi itu. Pokok-pokok dan tanam-tanaman musnah. Bangunan-bangunan, rumah-rumah kediaman terbongkah dan ranap. Kenderaan-kenderan rosak dan binasa, harta-benda akan hancur dan hilang, dan nyawa manusia akan tercabut, meninggalkan mayat yang bergelempangan, sesetengahnya reput dan busuk kerana lambat ditemui.


Namun begitu, lumrahnya setiap ciptaan Allah itu ada mempunyai berbagai-bagai rahsia yang nyata dan tidak nyata, dan tidak ada sesuatupun yang Allah lakukan dengan sia-sia, melainkan ada dengan tujuan dan hikmatnya yang tertentu. Demikianlah mengkut kajian sains, letusan gunung berapi yang berlaku sejak jutaan tahun yang lampau itu di samping menimpakan kerosakan yang teruk, ia juga telah berjaya menghasilkan berbagai-bagai kejadian yang amat besar gunanya kepada makhluk-makhluk Allah di dunia ini.


Letusan-letusan gunung yang berlaku sejak jutaan tahun yang lampau itu berhasil membentuk kulit atau kerak bumi tempat di mana kita manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup dan berkembang sampai ke hari ini.

Letusan-letusan gunug berapi juga telah memancutkan air yang banyak yang telah memasuki laut dan lautan.

Ia juga mengeluarkan gas-gas yang kita manusia gunakan untuk bernafas dari sejak dahulu hingga sekarang selagi kita hidup di muka bumi ini.

Di samping itu letupan gunung berapi juga melahirkan telaga air panas atau pancutan air panas, tasik yang beruap, dan kolam lumpur yang mengeleggak. Leburan Batu Panas


Daripada 1,300 buah gunung gunung berapi yang aktif di seluruh dunia hari ini, terdapat kira-kira 500 buah daripadanya mempunyai magma, iaitu leburan batu panas yang terletak dalam kantungnya yang tersendiri. Mengikut kajian, bila magma itu kepanasan, maka ia akan naik ke atas menerusi lubang yang telah sedia ada atau menerusi rekahan-rekahan batu yang baru berlaku dan keluar menerus kawah yang terletak di puncaknya.


Andainya magma itu mengandungi banyak gas, maka gunung berapi itu akan meledak dengan kuatnya, dan abu-abu atau debu-debu panas, bara api dan ketulan-ketulan batu panas akan berterbangan ke dalam udara sejauh berbatu-batu, malah berbelas-belas batu.


Tapi jika magma itu mengandungi sedikit gas, ia tidak akan meledak, tapi hanya akan menumpah keluar menerusi kawahnya lahar-lahar panas yang mengalir turun ke permukaan bumi di sekitarnya. Bila lahar ini sejuk dan menjadi keras, ia akan membentuk batu-batu yang dikenali dengan batu andesite, basalt dan rhyolite.


Mengikut sejarahnya ada beberpa buah gunung berapi yang telah meletup dengan kuatnya dan menimpakan kerosakan yang besar, termasuk menelan korban nyawa manusia.


Gunung Merapi


Letaknya kira-kira 30 kilometr dari bandar Yogyakarta, Jawa Indonesia yang mempunyai penduduk seramai kira-kira 400,000 orang. Tinggi Merapi ialah 2,914 meter dari aras laut. Kejadian terbaru ia mulai meletus pada 26 Oktober 2010 yang lalu. Merapi telah memuntahkan lahar-lahar panas dan awan-awan panas beberapa kilometer ke udara.

Lahar-lahar yang panas itu membakar hangus kampung-kampung dan dusun-dusun yang berada di laluannya ketika menuruni lerengnya Beratus-ratus orang telah terkorban, angka yang diperoleh setakat rencana ini disusun ialah seramai 138 orang telah menjadi korban. Beribu-ribu orang lagi telah dipindahkan ke tempat-tempat yang selamat. Setakat rencana ini ditulis Merapi masih lagi menjadi ancaman.


Kemudiannya pada 11 November, pasukan penyelamat telah menemui banyak lagi mayat di sekitar gunung itu, nwningkatkan bilangan angka korban kepada 191 orang setakat yang diketahui.


Kebanyakan mereka mati kerana melecur dan lemas bila Merapi memuntahkan debu-debu dan asap panas mulai pukul 6.00 petang pada hari mula-mula kejadian letupan itu.


Gunung Merapi ini mulai mengganas dalam masa tak sampai 24 jam selepas berlakunya tsunami di Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera yang letaknya kira-kira sejauh 1,300 kilometer darpada situ.


Sebelum itu, pada tahun 1930 Merapi telah meletup yang menelan korban seramai 1,300 orang. Dalam letupan tahun 1994 seramai 60 nyawa telah terkorban. Dan dalam letupan tahun 2006 hanya 2 orang terkorban.


Gunung Berapi Vesuvius

Gunung Berapi Vesuvius yang tereletak di selatan Italy telah meletup pada tahun 79 M. Letupan itu telah berjaya memusnahkan kira-kira separuh daripada gunung Vesuvius itu. Vesuvius mempunyai pusingan letupan 20 tahun sekali, dan letupan terakhir berlaku pada tahun 1944. Mengikut sejarah ia telah meletup tak kurang dari 50 kali.


Orang-orang Rome purba pernah berpedapat gunung berapi Vesuvius itu ialah sebuah gunung berapi yang mati dan tidak akan meletup lagi. Justeru itu mereka telah bertani di lereng-lereng gunung itu.


Sedangkan 14 tahun sebelum gunung berapi itu meletup, gempa bumi yang kuat telah berlaku mengeggarkan batu-batu di sekitar Vesuvius, dan gempa bumi juga berlaku beberapa tahun yang berikutnya. Tapi orang-orang Rom tidak menganggapnya sebagai amaran bencana besar akan berlaku sehinggalah gunung berapi itu meletup pada abad 79 M.


Gumpalan awam yang besar yang mengandungi abu-abu panas terpancut keluar dari lubang atau kawah yang terletak di kemuncak gunung berapi itu dan bertebaran ke aras selatan, dan gugur seperti hujan ke bumi menenggelamkan seluruh kota Pompeii yang termasyur itu.

Tambora Sumatera


Gunung berapi Tambora, terletak Laut Sunda, di Sumbawa, Sumatera telah meledak pada 27 Ogos 1815, menelan korban seramai 92,000 nyawa. Dalam letupan itu ia telah menyembur keluar sebanyak 100 km isipadu abu yang berterbangan dalam udara.


Krakatoa


Gunung berapi Krakatoa, tereletak di Pulau Krakatoa, Indonesia telah meletup pada tahun 1883. Letupan yang paling kuat pernah berlaku, melempar batu-batu berterbangan ke udara setinggi 55km.


Hampir seluruh pulau Krakatoa itu telah musnah dalalam letupan itu. Di samping itu telah berlaku tsunami di mana lautan telah bergelombang setinggi 40 meter menghempas pantai Jawa dan Sumatera, mengakibatkan seramai 36,000 orang telah terkorban.


Bunyi letupan gunung berapi Krakatoa itu boleh didengar sampai ke Australia.


Gunung St.Helens


Gunung St.Helens terletak di Washington, Amerika Syarikat. Ia telah meletup dengan kuat pada bulan Mei, 1980, dan bunyinya dapat didengar sejauh 350 km. Debu-debu dan gas-gas panas telah melimpah dan mengalir ke bumi, membunuh seramai 62 orang.

Gunung Berapi Di-planet lain


Menurut ahli sain, selain dari bumi kita, planet-planet lain juga masing-masing ada mempunyai gunung berapi mereka sendiri.


Marikh ada mempunyai gunung berapinya yang dikenali dengan nama Olympus Mons tapi telah padam. Olympus Mons dikatakan gunung yang paling tinggi yang terdapat dalam Solar Sistem.


Bulan juga mempunyai gunung berapi, tapi telah padam.


Venus ada gunung-gunung berapi dan mungkin masih aktif.


Io, salah sebuah daripada 16 buah bulan Jupiter mempunyai gunung-gunung berapi yang aktif yang menendang keluar gumpalan gas setinggi 160 km.

Gunung-gunung Berapi Yang

Telah Meletus


Llullaillaco, Chile, setinggi 6,723 meter, akhir sekali meletus pada tahun 1877.


Pico de Teide, Canary Island, setinggi 3,713 meter, akhir sekali meletup pada tahun 1909.


Popocatepetl, Mexcico, setinggi 5,465 meter, akhir sekali meletup pada tahun 1943.


Kerinci, Indonesia, setinggi 3,805 meter, kali akhir meletup pada tahun 1970.


Gunung St.Helena, Amerika Syarikat, setinggi 2549 meter, kali akhir meletup pada tahun 1980.


Gunung Cameron, Cameron, setinggi 4,070 meter, kali akhir meletup ialah pada tahun 1982.

Nyamuragira, Zaire, setinggi 3,053 meter, kali kali meletup pada tahun 1989.


Mauna Loa, Hawai setinggi 4,170 meter, kali akhir meletup ialah pada tahun 1984.


Sangay, Ecuador setinggi 5,230 meter , akhir sekali meletup pada tahun 1989.


Ruapehu, New Zealand, setinggi 2,796 meter, kali akhir meletup pada tahun 1989.


Erebus, Ross Island, Antarctica, setinggi 3794 meter, kali akhir meletup pada tahun 1989.


Stomboli, Itali, setinggi 926 meter, kali akhir meletup ialah pada tahun 1990.


Kliuchevskoi, Siberia, setinggi 4,850 meter, kali akhir meletup pada tahun 1990.


Etna, Sicily, Italy, setinggi 3,350 meter, kali akhir meletup pada tahun 1992.


Pernahkah anda terfikir, bagaimana kiranya seluruh gunung berapi yang ada di dunia yang berjumlah ribuan buah itu meletup serentk dalam satu masa? Apa akan jadi kepada alam dan bumi kita ini? Apa akan jadi kepada manusia dan makhluk-mkhluk Allah di seluruh dunia ini? Bolehkah dunia jadi kiamat kerananya? Adakah dengan cara ini kiamat boleh berlaku? Dan berbagai-bagai pertanyaan lagi?

xxxxxxx


Renungilah:


-“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran [jasmani dan rohaninya]”.Al-Balad:4.


-“Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan”.Quraisy:4


-“Tidak ada kesusahan [atau bala bencana] yang menimpa [seseorang] melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya [untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar, dan [ingatlah] Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.At-Taghabun:11.

xxxxxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP