Teddybear Berasal Dari Nama Presiden USA
>> Tuesday, August 24, 2010
Beruang yang sebenarnya
Presiden Amerika T.Roosevelt
Teddybear cucu saya sedang berihat
Teddy Bear Berasal Nama Presiden Amerika Yang Ke-26
BEERUANG ialah sejenis binatang yang besar dan berat dan mempunyai bulu yang tebal. Dalam bahasa Inggerisnya disebut “bear”.
Secara umumnya beruang mempunyai tidak kurang daripada tujuh jenis, dan ia banyak bertebaran di seluruh Eropah, Asia dan Amerika.
Beruang mempunyai mata, telinga yang dan ekor yang amat pendek jika dibandingkan dengan tubuhnya yang besar itu.
Beruang berjalan di atas kedua tapak kakinya. Walaupun ia dari jenis binatang yang maging [makan daging] tapi mempunyai gigi-gigi yang kecil yang hanya sesuai untuk kegunaan makan sayur-sayuran sahaja.
Sementara “teddybear” pula ialah sejenis patung mainan kanak-kanak berwajah seperti “bear” atau beruang.
Cucu saya, Nik Nur Syafiqah Zaini pada suatu hari, ketika pulang dari sekolah membawa balik sebuah anak patung berwajah beruang yang terkenal dengan panggilan “teddybear”.
Nik Nur Syaiqah Zaini sedang belajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Krai, panggilan manjanya “kakak”. Katanya “teddybear” itu adalah hadiah daripada Guru Besar sekolahnya. Dan dia adalah salah seorang daripada sepuluh pelajar yang mendapat hadiah tersebut.
Bertolak dari situ saya tergerak membuat sedikit kajian mengenai teddybear. Kenapa ia dipanggl “teddybear”? Lalu saya pun mencari maklumatnya dengan bahan-bahan yang terdapat di rumah.
Biasanya teddybear mempuyani bulu yang licin dan lembut dan di dalamnya disumbat pula dengan kapas yang lembut untuk memberi bentuknya sebagai seekur teddybear.
Allayarham isteri saya, Asiah Yaacob [semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya] juga suka membeli teddybear untuk mainan anak perempuannya dan kemudian untuk cucu-cucunya.
Beliau pernah membeli seekor teddybear yang besar ketika kami melancung ke Singapura. Teddybear itu mempunyai suara, bila puting susunya ditanggalkan dari mulutnya, ia akan mengeluarkan suara ketawa dan bila puting susu itu disumbat balik ke mulutnya ia akan berhenti ketawa.
Patung teddybear mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia berasal dari Amerika Syarikat, dinamakan “teddybear” sempena nama Presidennya yang ke-26, Theodore Roosevelt. Thedore [Teddy] Roosevelt.
Pada suatu ketika Presiden Amerika Syarikat itu berada dalam satu rombongan untuk menyelesaikan pertelingkahan sempadan yang timbul antara negeri Missippi dan Loisiana.
Dalam masa rihat Presiden T. Roosevelt dan orang-orangnya pergi berburu. Dan presiden itu telah melihat seekor anak beruang yang sakit kerana tercedera.
Mengikut ceritanya beliau dikatakan enggan membunuh beruang yang sakit itu, dan memerintah supaya beruang itu ditamatkan riwayatnya atas nama kasihan belas untuk mengakiri penderitaan yang ditanggungnya.
Peristiwa itu berlaku pada 14 November 1902.
Seorang pelukis kartun yang terkenal di Amerka Syarikat pada masa itu, Clifford K. Bergman telah mendapat inspirasi untuk mengabadikan peristiwa beruang dengan presiden Amerika Syarikat itu dalam karya kartunya.
Dari kartun itu timbul pula idea untuk membuat sejenis patung beruang mainan kanak-kanak yang dipanggil “teddybear”, sempena dengan nama Presiden Theodore [Teddy] Roosevelt.
Theodore Roosevelt presiden Amerika Syarikat yang ke-26, dilahirkan pada 27 Oktover 1858 dan meninggal pada 6 Januari 1919.
Walau bagaimanapun jangan jadikan diri kita seperti teddybear-beruang mainan-yang menjadi mangsa mainan orang sesuka hati mereka, kadang-kadang diletak tempat yang baik, dijadikan hiasan, dijadikan teman, namun begitu tidak jarang menjadi mangsa sepakan dan tendangan, dibuang ke sana ke mari tidak menentu hala, direndam dalam air, dijemur tengah panas, malah akhirnya dibuang ke dalam tong sampah- habislah riwayat teddybear.... Tapi sebaliknya jadilah bear-beruang yang tulen yang sebenarnya, hewan yang gagah dan perkasa yang boleh memperjuangkan nasibnya sendiri, menentu arah tujunya dan juga mempengaruhi persekitarannya dengan kehebatan auranya...Jadilah seorang hamba Allah yang kuat dan berani, serta tabah yang dihiasai dengan kemahabahan, kekasian dan keharmonian yang menjadi penghias diri sepanjang zaman.
Sekian
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment