Ramadhan:Jaga Kesucian Mata

>> Tuesday, August 10, 2010


RAMADHAN:Jaga Kesucian Mata


BILA bulan Syaaban berlalu, maka masuklah bulan Ramadhan di mana kita diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Sebelah malamnya kita sembahayang sunat tarawih di masjid, kemudian diikuti dengan bersahur di hujung malam sebelum azan Subuh berkemundang.

Dan siang harinya kita berpuasa, setelah berniat untuk puasa di sebelah malam. Dan sepanjang hari tersebut kita diwajibkan menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita.

Di samping itu kita juga dituntut menjaga beberapa adab dalam berpuasa sepanjang bulan Ramadhan supaya kita memperolehi rahmat yang semaksimun mungkin di sisi Allah Taala.

Antara adab-adab itu ialah menjaga pancaindera dan anggota-anggota badan kita daripada terlibat dalam perkara-perkara yang boleh mengecil atau menguruskan puasa kita.

Antaranya menjaga kesucian mata kita daripada melihat perkara-perkara yang boleh mencacatkan puasa.

Tapi hari ini memang sukar untuk menjaga mata. Keluar sahaja rumah, terutama di bandar-bandar, ada sahaja kaum wanita-wanita mempamerkan batang tubuh mereka yang patut ditutup, mereka “bertelanjang” di jalan-jalan.

Pergi sahaja ke mana-mana pejabat, niscaya kita dapat melihat awet-awet yang bertelanjang dalam bulan Ramadhan.

Kalau kita pergi ke pasar raya, lagi ramai kita dapat melihat wanita yang bertelanjang.

Demikian juga kalau kita pergi ke pasar Ramadhan atau ke pasar malam dalam bulan Ramdhan, tambah ramai wanita yang bertelanjang, terutama para pembeli atau pengunjungnya, malah juga para penjualnya.

Maka di situ juga terdapat ramai kaum lelaki, para pemudanya yang menghurung pasar malam atau pasar Ramdhan, untuk mejamu mata dan menjamu selera nafsu secara percuma.

Wanita bertelanjang di mana-mana. Itulah fesyen hari ini. Namun begitu masih ramai juga yang menutup aurat.

Tapi sesetengah wanita yang menutup aurat itu pun, nampaknya mengikut fesyen sahaja, bertudung kepala. Kadang-kadang dudung kepala pun tak penuh, dada terdedah, pusat terdedah, buntut menungging, pakai seluar ketat sampai ke atas betis.

Dan yang bertelanjang itu bukan sahaja orang-orang bukan Islam, malah wanita Islam pun apa kurangnya.

Malah duduk di rumah pun apa kurangnya. Buka TV kita dapat wanita-wanita bertelanjangan.

Buka internet, blog, facebook, buka sahaja kalau mahu boleh lihat wanita-wanita telanjang, malah yang benar-benar telanjang pun ada.

Buku, akhbar-akhbar dan majalah-majalah juga berlumba-lumba untuk memaparkan gambar-gambar wanita yang telanjang.

Hanya di masjid sahaja yang bersih dari wanita telanjang. Itu pun kadang-kadang ada juga sesetengah-setengah wanita yang telanjang masuk ke dalam masjid untuk solat, atau untuk melepas, terutama masjid-masjid yang terletak di tepi jalan besar yang menjadi tempat persinggahan orang-orang yang dalam perjalanan. Wanita-wanita yang telanjang ini sebaik-baik sahaja turun dari kenderaan dan tanpa kekuk-kekuk terus masuk masjid dengan keluar sendat, baju tak berlengan, mendedah dada ............

Ingatan kepada ayah atau suami, nasihatllah anak-anak buahnya supaya berpakaian bukan sahaja sopan, dan bukan sahaja tidak telanjang, tapi juga yang menutup aurat sebagaimana dikehendaki oleh Islam. Jangan buat-buat tak tahu sahaja perkara berlaku di hadapan mata. Jangan dibiarkan isteri dan anak-anak perempuan bertelanjang di luar rumah. Berdosa!

Kepada akhbar-akhbar dan majalah-majalah, kita harap tidaklah mementingkan cerita-cerita sensasi dengan membesar-besarkan peristiwa-peristia seks, rogol, asmara, khalwat, kelab malam, pub dan sebagainya, dan sengaja pula ditulis dalam bentuk yang menghairahkan, serta dihiasai dengan gambar-gambar juga menghairahkan, sekurang-kurangnya sepanjang bulan Ramadhan.

Perkara yang lebih sukar untuk mengelak daripada melihat wanita telanjang ialah ketika menonton TV. Hampir seluruh progrem TV menanyangkan wanita yang tidak menutup aurat, kecuali rancangan-rancangan agama yang khusus. Justeru itu kalau kita hendak menuntun TV, pandai-pandailah pilih mana-mana progrem yang sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kerana mana ada drama atau wayang gambar yang semua watak wanitanya menutup aurat? Berapa ramai artis-artis yang menutup aurat ketika muncul mengambil bahagian di pentas TV? Berapa banyak progrem yang semua wanitanya tidak bertelanjang?

Kita tidak hairan andainya ada saudara-saudara kita yang langsung mengharamkankan pembukaan TV di rumah mereka sepanjang bulan Ramadhan. Bagaimana nak kawal kanak-kanak, malah anak-anak muda juga, untuk memilih hanya rancangan-rancangan yang sesuai dengan bulan Ramdan yang mulia sahaja?

Justeru itu kita perlu bersikap berhati-hati sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, supaya puasa kita tidak menjadi terjejas atau kurus kerana perbuatan kita yang melanggar peraturan-peraturan dan adab-adab yang perlu dipatuhi oleh mereka yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.

Jangan kita termasuk dalam segolongan manusia yang menahan diri dengan berlapar dan berdahaga, tapi membiarkan diri mereka melakukan dosa dan noda yang dapat merosak binasakan puasa mereka sepanjang bulan Ramadhan.

Akibatnya segala keletihan, kelaparan dan kedahagaan yang ditanggungnya sepanjang hari tidak sejajar dengan manfaat yang diperolehinya dari puasanya sepanjang hari dan di sepenajang bulan Ramadhan.

Ingatlah jangan menjerumuskan diri dalam golongan yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah saw. yang bermaksud, “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga”. HR:Nasa’i.

Ingatlah sepanjang bulan Ramadhan ini kita dituntut menjaga adab berpuasa, di antaranya menjaga semua pancaindera, dan anggota tubuh badan daripda mendekati atau melakukan maksiat dan perkara-perkara sia-sia yang merugikan.

Baginda Rasulullah saw. bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum”. HR:Bukhari.

Sekian.
xxxxxxx

Renungi:
“Tiada seseorang pun dari umatku yang diserahi untuk memegang pimpinan urusan kaum Muslimin, kemudian ia tidak melindungi hak-hak mereka sebagaimana kalau ia melindungi haknya sendiri, melainkan nanti ia tidak akan dapat merasakan kenikmatan bau Syurga”. HR:Ibnu Abbas.

“Sukakah kamu saya tunjuki sesuatu sedekah yang dicintai oleh Allah dan RasulNya? Iaitu mendamaikan antara seluruh manusia, apabila mereka itu sedang dalam keadaan benci-membenci dan masing-masing saling ingin rosak-merosakkan”. Maksud Hadis.

Bisik Pondok Rahmat:
Pautlah Iman. Hulurkan Sejambak Mahabbah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP