Kg. Salor Dalam Lipatan Sejarah

>> Friday, August 13, 2010


KG.SALOR Dalam Lipatan Sejarah Negeri Kelantan
[Dari:Mohd Zain Saleh]


ADAKAH anda pernah mendengar nama Kampung Salor?

Adakah anda mengetahui di sini pernah berlaku pembunuhan beramai-ramai ke atas sebuah keluarga penduduknya?

Dan adakah anda mengetahui beberapa faktor menarik mengenai kampong kelahiran saya ini?

Kampung Salor ialah sebuah kampung yang tereletak dalam Daerah Salor, kira-kira 12 kilometer daripada bandar Kota Bharu. Dari Kota Bharu anda hendaklah mengikuti jalan lama menghala ke Pasir Mas melalui Kg. Kota dan Kg. Pendek.

Yang Cantik-cantik

Kampung Salor pernah terkenal dengan kecantikan wanita-wanitanya yang sukar ditandingi oleh wanita-wanita di tempat-tempat lain di negeri Kelantan ini. Justeru anak-anak gadis Kampung Salor ini sentiasa menjadi buruan pemuda-pemuda dari jauh dan dekat.

Kampung Salor adalah sebuah kampong yang dihiasai Allah dengan panaroma alam yang cantik dan menarik. Ia terletak di pinggir Sungai Kelantan dan mempunyai kawasan sawah padi yang luas terbentang memanjang dari hujung Utara ke hujung sebelah Selatan. Di antara perkampungan dan lautan sawah itu dipisahkan oleh sebatang jalan utama dari Kota Bharu ke Pasir Mas.

Di waktu petang panaroma di pinggir Sungai di Kg. Salor ini mempunyai panaroma tersendiri yang begitu indah yang dapat dilihat sejauh mata memandang kerana keadaan sungainya yang lurus memanjang dari Pasir Mas ke Kota Bharu dan terus mengalir ke Laut Cina Selatan.

Di waktu senja jika kita berada di atas tebing sungainya, sewaktu matahari terbenam di ufuk Barat memancarkan cahaya berwarna warni ke serata buana panaroamnya tidak mampu untuk digambarkan, dalam suasana alam keliling yang sunyi yang penuh dengan ketenangan di bawah arakan mega petang yang harmonis.

Sementara di waktu malam, semasa bulan terang-benderang, seluruh permukaan sungai dan alam sekitarnya itu bermandikan cahaya bulan, disertai dengan tiupan bayu sejuk yang menyegarkan menyentuh badan disertai oleh nyanyaian unggas-unggas malam yang turut bersama berdendang menambahkan misteri keajaiban alam ciptaan Tuhan.

Panaroma yang cantik juga akan terserlah pada waktu lemon-lemon pagi sekitar waktu subuh, sebelum dan sesudah subuh berlabuh, lebih-lebih lagi ketika lautan pokok padi menghijau terhampar meliputi tanah sawah seperti hamparan sebuah permaidani besar, dan waktu itu matahari masih belum tersembol di kaki langit Timur dan melimpahkan cahanya yang menghangatkan suasana keliling. Embun-embun yang menitik masih segar meneyelimuti bumi pusaka yang indah ini.

Alangkah indahnya alam! Alangkah indahnya pula bila tiba waktu malam, bulan terang, memancarkan sinarnya yang gemerlapan, menyelimuti alam yang sunyi dan tenang dengan hembusan bayu malam yang sejuk membelai gemulai dengan kenyamannya.

Andainya anda diselubungi oleh panroma alam yang begitu indah, permai dan mempesonakan, dan anda melihatnya dengan mata hati seorang ahli Sufi atau Tarekat, anda akan ternamapak-nampak Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dengan penuh kemesraan, keramahan, mahabbah dan kasih sayang meresapi setiap sudut hati dan jiwa anda dengan alunan-alunan yang menakjubkan……..

Saya pernah mengukir sebuah puisi menggambarkan keindahan alam kampung saya yang cantik, indah dan damai ini, dan disiarkan oleh sebuah media di penghujung tahun 1960an ketika saya masih berada di bangku sekolah, tapi malang hingga kini saya masih belum dapat mengesan keratan akhbarnya. Puisi itu merupakan puisi pertama saya yang mendapat tempat di media massa pada waktu itu.

Pusat Perniagaan

Sebelum tahun 1970, Kg. Salor adalah sebuah pusat perniagaan jajahan yang terkenal. Pasarnya terletak di tepi jalanr utama dari Kota Bharu ke Pasir Mas di mana setiap hari ramai dikunjungi oleh orang, terutama para peniaga yang datang dari tempat-tempat yang jauh, seperti dari Tendung yang terletak berhampiran dengan bandar Pasir Mas.

Para peniaga itu kebanyakan para petani yang membawa hasil-hasil pertanian mereka biasanya melalui jalan sungai. Biasanya mereka menggunakan perahu yang mereka kayuh sendiri, ataupun bot tambang yang berulang alik dari Pasir Mas ke Kota Bharu menyusuri Sungai Kelantan.

Pekan Salor ini yang dikenali dengan panggilan Kedai Salor mempunyai tiga buah bangunan, satu bangunan ibu yang besar, dan di sebelah kiri kanannya pula terdapat dua buah bangunan lagi yang kecil sedikit, sebuah dijadikan pasar ikan dan sebuah lagi pasar daging. Kedua-dua bangunan kecil itu sudah tidak ada lagi sekarang, telah runtuh ditelan masa, dan di tempat pasar daging pula telah dibina bangunan baru, Pejabat Daerah Penggawa Salor.

Setiap hari penjual-penjual, terutama para petani yang begitu ramai jumlahnya akan melimpah keluar bangunan pasar, memenuhi satu kawasan lapang yang terletak di bahagian hadapan pasar di mana di kiri kanannya dibina dua buah bangunan persendirian yang memanjang, dan di sebelah hadapan terbentang jalan utama Kota Bharu ke Pasir Mas. Dan di bahagian belakang pasar pula terdapat sederet bangunan lagi yang memanjang. Ketiga-tiga deretan bangunan lama itu masih terdapt hingga sekarang, dan dijadikan tempat kediaman oleh penghuni-penghuninya.

Tapi pasar Kg. Salor ini menjadi sunyi dan sepi bila Jambatan Sultan Yahya Petra yang merentangi Sungai Kelantan yang menghubungi Kota Bharu dengan Jajahan Tumpat dan Pasir Mas siap dibina. Para peniaga tidak lagi memilih Kedai Salor untuk berniaga, tapi lebih suka terus membawa dagangan mereka ke bandar Kota Bharu atau Pasir Mas menerusi jalan darat. Peniaga-peniaganya makin lama makin kurang dan akhirnya tak ada langsung peniaga, dan pekan itu terus ditinggalkan sepi, menjadi pasar mati. Walaupun ada usaha-usaha untuk menghidupkanya yang telah dilakukan tapi tidak berjaya.

Kg. Salor terletak dalam Daerah Salor, iaitu sebuah daerah yang terletak dalam Jajahan Kota Bharu, dibahagikan pula kepada beberapa buah mukim, iaitu Mukim Seberang Pasir Mas, Mukim Padang Tengah Salor, Mukim Aur Duri, Mukim Salor, Mukim Padang Sakar, Mukim Pasir Mas Timor dan Mukim Padang Tengah Barat.

Pada tahun 1980 keramaian penduduk Daerah Salor ialah 8,665 orang, di mana seramai 4,044 orang lelaki dan 4,621 orang wanita. Ia merupakan sebahagian daripada penduduk negeri Kelantan yang pada masa itu berjumlah seramai 888,831 orang yang terdapat dalam sepuluh jajahan. di mana seramai 439,001 orang lelaki dan 449,830 orang wanita.

Sejarah Berdarah

Kisah sejarah yang berlaku di Kg. Salor ini saya perolehi daripada beberapa orang tua di kampung yang sekarang sudah tidak ada lagi, termasuk Allahyarham ayahanda saya yang dikasihi, Saleh bin Hj, Muhammad yang cukup terekenal dengan panggilan “Pak Cu Leh Tok Bomoh”, seorang lelaki yang ‘humble”. [Ya Alah cucurilah rahmat ke atasnya].

Ia merupakan satu peristiwa hitam yang menyedihkan bagi kami penduduk-penduduk di Kg. Salor. Saya juga pernah menulis secara ringkas mengenai peristiwa tersebut dan disiarkan dalam Berita Harian sekitar tahun 1970an. Tapi keratan akhbarnya yang saya simpan masih belum dapat dikesan hingga sekarang.

Menurut ceritanya di Kampung Salor itu telah agak lama mempunyai seorang raja. Menurut cerita tersebut Raja Salor yang pertama berasal dari Selatan Thailand yang berhijrah ke Kelantan dan meminta izin kepada Sultan Kelantan untuk berajakan baginda. Permohonan itu telah diperkenankan dan menganugerahkan Kg. Salor sebagai tempat persemayaman.

Raja Salor telah memilih satu kawasan berhampiran Sungai Kelantan sebagai tempat bersemayam. Pemerintahan Raja Salor terus bersambung-sambung hingga ke zaman pemerintahan Sultan Muhammad 11 yang memerintah Kelantan dari tahun 1837 hingga tahun 1886, barulah pemerintahan itu berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai keluarga diraja Long Muda atas perintah Sultan Muhhammad 11.

Peristiwa itu berpunca daripada satu temasya perlagaan kerbau yang dihadiri oleh putera Sultan Muhammad II dari Kota Bharu, iaitu Long Sulung, bersama-sama dengan hulubalang-hulubalang dan pengiring-pengiringnya.

Rombongan diraja itu berangkat mengikut sungai dan kesampaian mereka telah disambut dengan begitu meriah oleh keluarga Raja Salor. Di samping itu orang-orang ramai dari seluruh negeri juga berpusu-pusu datang untuk melihat temasya tersebut.

Ketika perlagaan kerbau sedang rancak berlangsung entah bagaimana mata keris putera raja Salor terkena pada badan Long Sulung yang duduk di sebelahnya.

Menurut ceritanya, Long Sulung tidak pun luka apa lagi berdarah, ia hanya sekadar tergoris kulit sedikit sahaja, kerana itu tidak membahayakan.

Di samping itu putera Raja Salor itu juga dikatakan kurang siuman, dan suka bermain-main dengan senjata keris.

Ada pula cerita lisan mengatakan temasya itu bukan berlaga kerbau, tapi temasya menyabung ayam. Dalam perlagaan itu dikatakan pehak Raja Kota Bharu telah membuat penipuan supaya ayamnya menang sabung. Penipuan itu telah disedari oleh Raja Salor yang naik berang lalu mencabut kerisnya untuk menikam Raja Kota Bharu yang juga segera mencabut kerisnya untuk bertarung.

Tapi pertarungan tidak sempat berlaku, kerana Raja Salor dapat menenangkan dirinya dan memohon maaf kepada Raja Kota Bharu. Raja Kota Bharu terlalu marah dengan pristiwa itu dan terus berangkat meninggalkan gelanggang sabungan langsung balik ke Kota Bharu.

Tapi perkara itu tidak berakhir di situ. Ia berkesudahan dengan episod yang amat malang.

Rombongan Long Sulung yang merasa tidak puas hati dengan peristiwa itu bila sampai ke Kota Bharu terus memaklum sembah kepada Baginda Sultan Muhammad 11 bahawa anak Raja Salor cuba membunuhnya.

Mendengar cerita itu Sultan Muhammad 11 amat murka, dan tanpa usul periksa mengeluarkan perintah supaya semua keluarga Raja Salor dihukum bunuh kerana dituduh menderhaka kepada Sultan.

Maka dengan perintah itu hulubalang-hulubalang Sultan Muhammad 11 terus datang ke Kg. Salor dan menjalankan perintah tersebut.

Akibatnya semua keluarga Raja Salor, lelaki dan perempuan, termasuk kanak-kanak telah dibunuh. Darah mereka membanjiri seluruh istana dan kawasan sekitarnya.

Jenazah Raja Salor dimakamkan di kawasan tersebut. Di samping itu terdapat beberapa buah pusara lain lagi yang dipercayai kubur pangalima dan hulubalang baginda yang telah dibunuh itu.

Walau bagaimanapun menurut cerita Allahyarham ayah saya, ada seorang wanita kerabat di raja Salor itu entah bagaimana telah terselamat dari pembunuhan beramai-ramai tersebut dan katanya pada akhirnya berjaya melarikan diri ke Selatan Thailand.

Tapi kisahnya tidak dapat dijejak hingga ke hari ini.

Mengikut cerita Allahyarham ayah saya juga, sebahagian daripada harta-harta Raja Salor sempat disembunyikan dengan menimbusnya dalam tanah atau memasukkannya ke dalam telaga dan hingga kini tidak ada siapa yang dapat menemuinya walaupun diberitakan ada beberapa pihak sejak kebeakangan ini pernah berusaha untuk mencarinya secara bersunguh-sungguh.

Adalah dikhabarkan di sekitar tahun 1980an ada keluarga Raja Salor dari Selatan Thailand telah datang ke Kg. Salor dan menzirahi makam tersebut.

Alangkah baiknya demi kepentingan sejarah, kalau warisan keluarga Raja Salor itu memang masih terdapat di Selatan Thailand sekarang dapat dihubungi.

Pusara Raja Salor itu pernah dibaikpulih oleh pihak berkuasa sebagai lambang sejarah dan kami pernah beberapa kali mengunjungi beberapa tahun yang lampau untuk menjejaki kesan sejarah.

Namun begitu saya percaya masih ramai penduduk Salor, khususnya generasi muda yang tidak menyedari peristiwa berdarah tersebut, dan saya juga tidak pasti adakah sebarang kajian yang lebih lanjut telah dilakukan mengenai peristiwa tersebut untuk paparan sejarah.

Alangkah baiknya kalau kajian itu dapat dilakukan oleh mana-mana pihak dengan segera demi kepentingan sejarah.

Sekian, sampai ke temu lagi.

Xxxxxxxx
Renungilah:

-“Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala akan berfirman pada hari kiamat, “Di manakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu, pada hari ini Aku melindungi mereka di dalam naunganKu, hari yang tidak ada perlindungan melainkan naunganKu”.HR;Muslim.

Xxxxxxxxx

Bisik Pondok Rahmat:
Pautlah Iman. Hulurkan Sejambak Mahabbah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

12 comments:

lloni September 19, 2010 at 5:41 PM  

namo kg. salor tu berasal dari sebatang salur aliran untuk pertanian terutamanya padi...iaitu yang dipanggil salor...iaitu di Gertok Lembu. Maso kecik2 kito selalu duk ggagga dan ngail ikae..malah semaso taing 50an-pertengahan 80an ia menjadi tempat mandi manda para penduduk selain di sungai.

Kg. Salor merupakan salah satu kawasan penanaman padi utama di Kelantan satu ketika dulu. Panjangnya salor itu ialah bermula dari perairan kemubu lagi sehingga sampai ke Sungai Kelantan. Tapi bermula di kg. Gertok Lembu hingga ke sungai ia berbentuk besar seperti sungai kecil.

Jika tengok kepada struktur salor ini hingga ke sungai ia ujud sudah lama malah di makam Raja salor itu terdapat kubu di sebelah tapak istana. (Setelah baginda dan para pembesar serta dayang2 dibunuh oleh pihak sultan mulut merah maka mereka disemadikan di dalam istana).
Tapi lloni salor itu sudah dicemari dan tidak dihiraukan. Malah tumbuh ghok berdaung.

Kedudukan bekas istana itu dengan rumah tok nyae ambo berhampiran ialah kira2 3 pelaung.
ada pun Kedai Salor itu ialah tempat baru bagi pasar yang dipindahkan dari tempat lama kedai iaitu di gertok lembu itulah. Malah dari dulu sehingga kini..para to' iman, penggawa, penghulu dan balai raya Kg. Salor masih orang Gertok Lembu dan bertempat di Gertok Lembu. Jadi secara asalnya puak tok syeikh lah memainkan peranan utama dalam mentakbir kawasan Kg. Salor. Kesinambungan ini merupakan satu amanah.

M. Ibrahim February 17, 2011 at 4:14 PM  

SALOR, akan tetap diingatan, tempat kelahiranku...Sebelah rumah penulis. Pondok Rahmat

Anak beringin March 20, 2012 at 5:34 PM  

Assalamualaikum...

Jumpo molek cito pasal kg salor ni.. kg atuk sebelah emak ambo...skrg ni mek bonda ambo tinggal di kg betong salor.. Jauh ko dgn kws makam raja2 tu ?

Mengikut cerita mek bonda ambo, tok imam yahya adalah sedara mara jugak.. bila ada kenduri kendara, mereka akan dijemput.

hrp2 buleh ziarah bila balik kg nanti..

Anonymous,  December 28, 2012 at 7:49 PM  

anak beringin,

arwah tok iman yahya tu pok spupu ambo, agok2 kita ni worih kalih..hehe

tok iman yusop pun takdok doh, meninggal dlm 3,4 bulan lepas kalu tok silap kawe

suhaimi yaacob May 17, 2014 at 4:50 PM  

Sayo pon ore salor... gok.. kdai salor tmpt msinan sayo sekitar thn 70 an - 80 an.. smua tinggal kenangan... sayo cucu tok munoh jua kuie...tapi loni dok kl...hp sayo 0193531659... sg salotrtmpt mandi mando .. hok lahir 60 an dan 70 an...smuanyo doh bhijrah....sayo blk salor loni pon doh takdok ore loni..dulu memae merioh... ado ore jua voh drian depae tango cik tok chik senik... sayo anok yoh...sblh rumoh mo yoh tepi sg. Salor.

Pondok Rahmat May 19, 2014 at 10:14 PM  

Salam,
saya pohon maaf kerana masih belum "menangkap" anak siapa sebenrnya dan rumah kak mana? Nama pejual kueh atas kedai tu yg saya ingat sangat ialah cik bidah dan wak mek.Bolehkah tolong jelaskan sikit lagi tentang diri saudara. Ada sebahagian komen-komen yg lalu, tidak berjawab, bukan kerana tidak ingin jawab, tapi kerana gangguan internet yg amat teruk.Hari ini hanya malam ini baru boleh.Itupun tidak stabel.Kejap ada kejap gtak ada, Harap maaf.

lloni June 8, 2014 at 10:45 PM  

salam..saudara suhaimi yaakob..nama tok munoh jua kueh ambo bbeso dengar...namo mok yoh pun bbesso dengar jugok..namun umoh demo tepi sg. salor tu..keliru sikit samada tepi sg.klate ko atau tepi salor...sebab para penduduk salor tok panggil sg. salor kpd 'salor' tu..mereka panggil Salor jah...p/s: salor tu tempat ambo duk mandi manda dulu2..

Pondok Rahmat June 16, 2014 at 10:38 AM  

Salam
Dulu orang panggil "Kalang Batu". Satu ketika dipanggil "Kalang Penambang". Atas tebing tu rumah kita. Dari jalan kedai Salor, terus sampai ke rumah kita. Ayah kita Saleh.Orang panggil Pak Chu Leh Tok Bomoh. Mak kita orang panggil Mak Su Munah. Sehari dua ni rumah tu dah runtuh. Adik beradik kita, Cik Gu Shafie, Cik Gu Ariffin, Cik Gu Bidah dsb.

Unknown October 1, 2021 at 9:48 AM  

Assalamualaikum..buleh sayo tahu namo gapo raja tan kuning hok keno bunuh tu

khusyairi January 4, 2022 at 8:24 PM  

lebih kure 4km jah, makam raja salor masuk kot masjid hamzi sebelah gertak lembu,masuk rapat kensungai

izzad,  December 12, 2022 at 12:20 PM  

asslamualaikum, tue ado dop salasilah keluarga? kalu ada bleh dop saya nk? ni no phone saya, 01125476899.

Anonymous,  August 24, 2023 at 9:41 PM  

Salam. Ada lg ke keturunan tok hitam..

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP