YAKIN DAN TAWAKAL

>> Saturday, July 25, 2020



YAKIN DAN TAWAKAL RAHSIA KEJAYAAN

 


KISAH ini  tentang seorang guru, ahli sufi dan seorang muridnya..




Maaf saya dah lupa namanya. Pada suatu masa Syeikh dan seorang muridnya  dalam perjalanan untuk pergi ke suatu tempat.




Selepas solat di sebuah masjid di waktu Zohor mereka berdua pun meneruskan perjalanan. Pada waktu lewat senja mereka pun sampai di sebatang sungai.




Pada waktu itu kerana hari telah larut senja tidak ada lagi khidmat perahu penumpang untuk membawa mereka ke sebarang sana.




“Bagaimana guru kita hendak  ke seberang sana perahu dah tak ada lagi ni?”. Kata murid dengan nada yang risau.




Syeikh hanya diam tidak  berkata apa-apa, semacam memikirkan sesuatu. Bila muridnya mengulangi lagi pertanyaan yang sama,dia pun menjawab, “Jangan bimbang anakku, insya Allah kita akan sampai ke seberang sana”.




“Tapi bagamana?”. Tanya lagi murid.




“Sabarlah”, kata Syeikh. “nanti saya beritahu  kepadamu bagaimana kita hendak menyeberangi sungai ini”.




Setelah diam sejurus jenang, Syeikh pun berkata, “Kita berjalan ikut atas air. Bagaimana?”.




“Berjalan di atas air. Bolehkah?”.Tanya muridnya.




“Insya Allah”,Jawab Syeikh. “Dengar baik-baik apa yang guru hendak katakan ini”.




“Baik guru”.

“Begini,” kata Syeikh. “Bila kita sampai ke gigi air nanti, dan hendak memijak di atas air kaum hendaklah membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim”dan dengan yakin Insya Allah kamu akan dapat berjalan di atas air sampai ke seberang sana.Dan aku ikut berjalan di belakagnmu”.




“Tapi kau jangan berhenti membacanya sehingga engkau memijak kaki di atas daratan seberang sana”.Pesan Syeikh.




“Baik guru”,jawab muridnya.




Sebenarnya saya pun dah lupa apakah doa berjalan di atas air yang diajar oleh Syeikh kepada muridnya itu. Saya hanya mengatakan  Bismillahir Rahmanir Rahim  sekadar untuk memudahkan saya menulis kisah ini.




Kmudian mereka pun pergi ke gigi air, dan terus memijak di atas air itu dan kedua-duanya dapat berjalan dengan baik di atas air sungai itu seperti berjalan di atas daratan juga. 



Murid itu sebagaimana pesan gurunya tidak henti-henti membaca apa yang diajarkan kepadanya.




Muridnya berjalan di hadapan sebagaimana pesan guru, dan guru berjalan di belakangnya.




Bila sampai di tengah sungai  murid itu tiba-tiba “bloom” tenggelam ,tapi nasib baik Syeikh dapat menyambar sebelah tangannya dan menariknya ke atas, dan membawanya ke seberang sungai dengan selamat.




Bila naik ke darat, Syekh pun berkata, “Kenapa dengan engkau? Mula-mula kau dapat berjalan dengan baik, tapi sampai di tengah sungai kau tiba-tiba tenggelam begitu sahaja?”




“Begini guru. Mula-mula saya baca apa yang guru ajar  itu dengan tidak henti-henti, menyebabkan saya boleh berjalan di atas air, tapi bila sampai di tengah sungai, saya mendengar guru membaca doa lain daripada apa yang baca”.




“Habis tu”, tanya Syeikh.




“Saya pun terfikir, doa guru tentu lebih baik daripada doa yang guru ajarkan kepada saya, lalu sayapun  menukarnya dan mengikut bacaan guru. Sebaik-baik sahaja saya menukar bacaan itu, saya pun terus tenggelam”, terang murid.




“Oh begitu”,kata Syeikh.sambil tersenyum,”Ini satu pengajaran yang baik untukmu. Kalau kita melakukan sesuatu, hendaklah kita lakukan dengan yakin dan tawakal kepada Allah, dan jangan sama sekali suka meniru orang dengan tidak tentu fasal. Ingat tu”.Pesan Syeikh kepada anak muridnya.




Sang muridnya hanya tersenyum, dan mampu berkata, “Terima kasih guru”, katanya.




Kemudian kedengaran azan Maghrib daripada masjid berdekatan memecah kesepian petang yang permai itu. Mereka kedua pun bergeggas meninggalkan tempat itu.

 



Pondok Rahmat

25 Julai 2020/

11 Zulhijjah 1441


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP