PERANG UHUD YANG MEMILUKAN

>> Thursday, July 23, 2020

PERANG UHUD YANG MEMILUKAN

 

                              Di kawasan inilah terletak makam Hamzah



Mengikut  catatan sejarah di sepanajang hayat Baginda Rasulullah SAW telah berlaku tidak kurang daripada 27 peperangan agama  antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir  yang memusuhi agama Islam. 



Seperti biasa dalam peperangan ada menang dan ada kalah, tapi dalam kebanyakan peperangan  tersebut kemenangan berada di pihak orang Islam.



Daripada peperangan tersebut sebahagian daripadanya disertai oleh Rasulullah sendiri yang ikut serta ke medan perang, malah menjadi kommander perangnya. Perang Uhud adalah salah satu daripada peperangan yang disertai oleh Baginda SAW dan menjadi  pemerintah tenteranya.


Perang Uhud


Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban  3 Hijrah [[625 M]. Ia dipanggil Perang Uhud kerana tempat berlakunya di sekitar Bukit Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah.



Peperangaan ini berlaku kerana kaum Musyirikn Mekah ingin menuntut bela di atas ketewasannya  pada Perang Badar yang lalu.  Perang Badar telah berlaku kira-kira setahun  sebelum itu iaitu pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijrah.



Kekakalahan di Badar itu telah menimbulkan kesan yang buruk kepada kekuataan tenteranya, dan juga menyebabkan  Musyirikin Qurasy  berada dalam kucar-kacir dan keresahan.




Mereka bimbang dengan kemenangan orang-orang Islam Madinah dalam Perang Badar itu membuat orang-orang Islam  berani bertindak untuk  menyekat perjalanan  mereka untuk berniaga di Syam, iaitu dengan menghadang perjalanan niaga  mereka di tengah perjalanan. Dengan itu bererti sumber pendapatan Mekah dan penduduknya akan terjejas teruk.




Untuk mengatasi problem tersebut, mereka mengambil keputusan nekad untuk menyerang ornag-orang Islam di Madinah. Kira-kira setahun lamanya mereka menyiapkan kelengkapan ketenteraan untuk tujuan tersebut.




Untuk tujuan tersebut, mereka rela tidak berkongsi segala hasil  perdagangan yang mereka perolehi di Syam, tapi menggunakannya untuk memperisapkan segala kelengkapan perang yang diperlukan.




Pada hari yang ditetapkan itu, Musyirikin Mekah telah mengumpul seramai 3,000 orang pasukan tenteranya untuk menyerang Madinah. Tentera itu dipimpin oleh Abu Sufian sebagai panglima perangnya.



Tentera-tentera itu lengkap besenjata, mempunyai 200 tentera   berkuda yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid di sayap kanannya, dan Ikramah bin Abu Jahal di sayap kirinya. Mereka juga dilengkapkan dengan 300 ekor unta bersama dengan muatannya.




Dalam perjalanan menuju ke Madinah tentera-tentera Musyirikin Quraisy itu berhenti di kaki Bukit Uhud yang letaknya kira-kira 3 batu dari Madinah.




Mereka juga membawa kaum wanita mengiringi pasukan pejuang mereka yang dipimpin oleh Hidun bin Utbah, isteri Abu Sufyan. Tujuannya ialah untuk menghibur para tentera dan memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang. Di samping itu untuk mencegah mana-mana pejuang  Musyirikin daripada melarikan diri dari medan pertempuran.




Berita kemaraan Musyirikin Mekah untuk menyerang Madnah itu telah sampai kepada Rasulullah SAW. Berita itu disampaikan oleh bapa saudara Nabi SAW, Abbas bin Abu Thalib yang mulai tertarik hati dengan agama Islam yang dibawa oleh anak saudaranya itu. Dalam surat sulit itu Abbas menceritakan secara terperinci tentang pasukan kaum Musyrikin Mekah untuk menyerang Mdinah itu yang diamanahkan kepada seorang lelaki kepercayaannya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW.




Rasulullah SAW menghantar beberapa orang perisik untuk mengintip pasukan Musyirikin itu. Laporan terakhir yang Rasulullah SAW perolehi pasukan tentera Musyirikin itu sedang berhenti dan membiarkan kuda-kuda dan unta-unta mereka meragut rumput-rumput di ladang-ladang di situ yang terletak tidak begitu jauh dari kota Madinah.




Baginda SAW segera memanggil penduduk-penduduk Madinah bermesyuarat untuk bersama-ama mencari jalan  menentang musuh yang mendatang itu dan apakah strategi yang patut mereka ambil. Adalah menjadi kelumrahan kepapda Baginda SAW mengadakan mesyurat bila whyu tidak diturunkan mengenai perkara yang berbangkit itu.




Persoalan utama apakah mereka patut bertahan dalam kota Madinah atau di luar kota Madinah.




Ada dua pendapat yang diutarakan oleh penduduk Madinah. Golongan pertama, iaitu golongan muda mencadangkan supaya mereka bertahan di luar kota Madinah.




Sebaliknya satu golongan lagi, iaitu golongan tua mencadangkan mereka bertahan dalam kota Madinah.




Pada peringkat awalnya Baginda SAW bersetuju dengan pendapat golongan tua iaitu peperangan diadakan dalam kota Madinah. Pendapat ini dipersetujui oleh Abdullah bin Ubbay bin Salul ketua kum munafiqin Madinah.




Tapi kemudiannya Rasulullah SAW mengubah pendiriannya untuk bertarung di luar Kota Madinah.Pendapat ini disokong oleh Bapa Saudara Nabi SAW, seorang pahlawan yang unggul Hamzah bin Abu Thalib, serta Saad bin Abbas dan lain-lain lagi.




Selesai solat Jumaat har itu, Rasulullah SAW memberi nasihat kepada para pejuang yang akan berangkat berperang supaya sabar, berani, teguhkan hati dan berjuang dengan sepenuh tenaga memperjuangkan barisan msing-masing.




Seramai 1,000 orang pejuang telah berkumpul untuk bergerak ke medan perang di luar Kota Madinah sebagaimana diputuskan oleh Baginda SAW. Mereka bertolak ke medan tempur selepas  tengah malam pada malam Sabtu.




Sebelum bertolak meninggalkan Madinah Rasulullah SAW telah melantik Um Maktoun sebagai gabenor Madinah sepeninggalan mereka pergi berperang.




Rasulullah SAW telah menyusun barisan pejuangnya dengan membahagikan angkatan perangnya itu kepada tiga sayap, di mana saya pertama diperintah oleh Asid bin Hudair, sayap kedua diperintah oleh Al Hubab bin Al Mundhir dan sayap ketiga diperintah oleh Ali bin Abi Thalib.




Tapi bila sampai ke suatu tempat di luar Kota Madinah, pemimpin kaum munafiqin, Abdullah bin Ubbay enggan meneruskan perjuangan dan telah menarik keluar seramai 300 orang pengikutnya dan kembali ke Kota Madinah.




Kata Abdullah bin Ubbay mereka tidak puas hati kerana Rasulullah SAW tidak mengikut pendapat mereka tapi mengikut pendapat budak-budak yang masih mentah, kerana itu tidak ada sebab untuk mereka mati di situ.




Walau bagaimanapun tentera-tentera Islam seramai 700 orang itu terus juga mara ke garis depan untuk menentang seramai 3,000 orang tentera Musyirikin Mekah. Mereka sampai di Bukit Uhud pada waktu pagi, dan berhenti berkhemah di atas bukit pasir membelakangi Bukit Uhud.




Rasulullah SAW  sebagai panglima perang telah memilih tempat yang strategik sebagai benting perang iaitu di kaki Bukit Uhud dan menghala ke Kota Madinah, kedudukannya juga berhampiran dengan tentera musyirikin  yang mengambil tempat di sebuah lembah di situ.




Rasulullah SAW telah meletakkan seramai 50 orang pasukan pemanah di atas sebuah anak bukit yang berhadapan dengan Bukit Uhud. Pasukan pemanah itu diletak di bawah pimpinan Abdullah bin Jabir.  Tugas penting pasukan pemanah itu ialah menghadang kemaraan tentera musuh untuk menyerang.




Rasulullah SAW memerintah pasukan pemanah ini tidak boleh sama sekali  meninggalkan tempat masing-masing walaupun apa yang berlaku- baik menang ataupun kalah.




“Bertahanlah kamu di situ dan jangan sama sekali ditinggalkan”, pesan Rasulullah kepada mereka.




Seperti biasa  peperangan bermula dengan perlawanan tanding atau secara perseorangan antara kedua-dua belah pasukan. Mendului perlawanan mara pahlawan musyrikin, Thalhah bin Abu Thalhah meminta lawan dan disambut oleh pahlawan Islam, Ali bin Abi Thalib.




Berlakulah pertarungan yang sengit antara keduanya, tapi Ali bin Abu Thalib dalam masa yang singkat sahaja dapat menumpaskan lawannya pahlawan musyrikin itu dengan pukulan maut yang membelah dua kepalanya.




Selepas itu pecahlah perang sebenarnya.




Setelah perang pecah, Abu Juhana telah meminta pedang Rasulullah SAW kemudian terus maju ke tengah-tengah musuh yang ramai itu dan bermatian-matian berjuang kerana Allah. Demikian juga dengan bapa suadara Rasulullah SAW, Hamzah bin Abu Thalib terus mara ke tengah-tengah musuh, dan berjuang dengan bermati-matian sehingga berjaya mengkucar-kacir musuh yang ramai itu. Ramai pemimpin-pemimpin mereka telah terkorban.



Akibatnya pada peringkat awal peperangan, iaitu di sebelah paginya tentera-tentera musyirikin itu telah tewas  dan terpaksa berudur melarikan diri. Mereka dikejar oleh tentera-tentera Islam




Tentera-tentera Islam memburu musuh yang lari itu hingga melewati garis pertempuran, tapi mana-mana tentera Islam yang tidak terlibat dalam pemburuan musuh itu, mereka sibuk mengutip harta-harta peninggalan tentera-tentera musyirikin yang melarikan diri itu. Ini membuat mereka leka kerana tamakkan harta dunia.




Tentera-tentera pemanah yang berkawal di atas bukit yang dilarang meninggalkan posisi mereka masing-masing juga turun untuk memburu musuh dengan harapan untuk mendapat harta yang ditinggalkan oleh musuh-musuh yang melarikan diri itu. Hanya beberapa sahaja yang tidak meninggalkan kedudukan masing-masing-kerana mematuhi perintah Rasulullah SAW. Laungan Ibnu Zubair yang meminta mereka kembali ke posisi masing-masing tidak lagi dipedulikan.




Bila tentera musyrikin melihat tentera-tentera Islam mninggalkan barisan pertahanan mereka yang penting menjadi lompang, maka mereka pun melancarkan serangan balas yang sengit dari arah belakang oleh pasukan berkuda yang dipimpn oleh Khalid bin Al Walid. Akibatnya ramai tentera-tentera Islam tercedera dan terkorban syahid dalam Perang Uhud.




Di antara pahlawan-pahlawan Islam yang guggur itu termasuklah Hamzah bin Abu Thalib bapa suadara Rasulullah SAW itu juga telah kecundang terkena lancaraan lembing Washsyi  seorang hamba kepada Jubayr bin Mul’am yang berbangsa Habsyi.




Sebelum itu Hindun isteri Abu Sufian telah berjanji akan memberi hadiah harta yang mewah jika dia berjaya membunuh pahlawan Hamzah bin Abu Thalib. Di samping itu tuanya Jubbayr pula telah berjanji akan memerdekakanya jika dia berjaya membunuh Hamzah. Justeru itu selepas berjaya menumpaskan Hamzah katanya dia tidak lagi berjuang menentang  pasukan Islam tapi kembali ke khemahnya kerana maksudnyas telah tercapai.




Hindun memang menaruh dendam yang besar terhadap Hamzah kerana beliau telah membunuh ayahnya Utbah dalam Perang Badar.




Sebelum tumbang sebagai syuhada, pahlawan Hamzh telah berjuang dengan gigihnya dan berjaya menumpaskan beberapa orang pahlawan-pahlawan musyirikin, seperti Artat bin Shurahbil, Siba bin Abdul Al-Uzza Al-Ghusbani dan ramai lagi yang telah terkorban di tangan beliau.



Tidak cukup dengan ketewasan Hamzah itu, Hindun dan sekumpulan wanita-wanita musyirikin telah melancar pencarian mayat-mayat pasukan Islam terutama Hamzah untuk merosakkan mayat-mayat itu. Mereka telah memotong hidung dan telinga mayat-mayat itu untuk dibuat kalung dan anting-anting, sementara mayat Hamzah telah dibedah dan diambil jantungnya untuk dikunyah dan dimakan oleh Hindun.




Rasulullah SAW amat sedih dan terharu bila melihat jenazah Hamzah yang telah dizalimi  begitu rupa.




Di samping itu nyawa Rasuullah SAW juga terancam dalam bahaya serangan musuh yang kencang itu. Tapi para sahabat yang setia dan beriman tetap bermati-matian mempertahankan Rasulullah SAW. Mereka membuat benteng bulatan mengelilingi Baginda SAW yang berada di tengahnya untuk melindungi Baginda SAW daripada terkena serangan musuh itu.



Abu Juana telah menyediakan belakang beliau untuk melindungi Rasulullah SAW daripada dicederakan  oleh musuh. Belakangnya telah menjadi mangsa serangan anak-anak panah musuh yang bertalu-talu untuk membunuh Baginda SAW. Walau bagaimanapun sakitnya Abu Juana tetap tidak begerak menyediakan belakangnya daripada posisisnya sebagai benting itu sehinggalah dia gugur syahid.



Sementara itu Rasulullah SAW tetap menyeru pejuang-pejuang Islam supaya terus bertahan dan tetap bersabar dalam menghadapi musuh.




Namun begitu, beliau tetap tercedera juga, mukanya berlumuran dengan darah dan kepalanya terkena balingan sebuah batu besar, dan sebatang giginya telah tanggal. Baginda terjatuh dan berusaha untuk bangkit tapi tidak berjaya lalu terjatuh lagi ke dalam lubang yang digali sebagai perangkap oleh kaum musyirikn. Ali bin Abi Thalib dengan bantuan Tahlah bin Ubadydillah berjaya menarik  beliau untuk berdiri  semula di atas kakinya.




Seorang musyirikin yang melihat Rasulullah SAW terjatuh itu dengan suara yang lantang segera melaungkan Rasulullah SAW telah terbunuh, dan berita tersebut tersebar dengan pentas di kalangan orang-orang Islam dan kaum musyirikin.




Namun begitu semangat juang mereka tidak luntur malah bertambah tinggi untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam.




Anas bin Nadr bila mendengar berita kewafatan Nabi SAW itu beliau merasa tidak berguna lagi untuk hidup tanpa Rasululllah SAW lalu menyerbu ke tengah-tengah musuh dan melancarkan serangan ke atas mereka tanpa takut dan gentar, hinggakan tubuh beliau penuh dengan luka-luka menyebabkan beliau terjatuh dan terkorban syahid. Kerana tubuhnya telalu banyak mengalami cedera parah, mayatnya tidak lagi dikenali kecuali oleh adik perempuannya sendiri menerusi jari jemarinya.




Orang-orang Musyirikin merasa amat gembira mendengar berita kewafatan Baginda SAW, dan Abu Sufyan lalu melancarkan gerakan mencari mayat Rasulullah SAW di medan perang.




Orang-orang Islam  dengan perkenan Rasulullah SAW tidak menafikan berita palsu itu dengan tujuan untuk mencegah orang-orang musyirikan daripada terus mencari untuk menyerang dan membunuh Rasulullah SAW  yang akan menyebabkan lebih ramai lagi pejuang-pejuang Islam akan guggur.




Tapi Kaab bin Malik bila melihat Rasulullah SAW masih hidup dalam lingkungan para sahabat  lalu melaungkan mengatakan, “Wahai saudara saudaraku! Selamat! Khabar gembira! Rasulullah masih hidup! Baginda ada di sini”.




Rasulullah SAW segera memberi isyarat kepada Kaab supaya menutup mulutnya.




Walau bagaimanapun dalam perang ini pihak Islam mengalami kerugian yang amat besar di mana seramai 75 orang pejuang Islam telah guggur syahid. Sementara di pihak musyirikin seramai 25 orang pejuang mereka telah terbunuh.




Walaupun bagaiaman orang-orang musyirikin merasa amat bangga dengan kemenangan itu kerana mereka telah berjaya menebus kekalahan mereka di Perang Badar yang lalu.




Kemudian Rasulullah SAW dan para sahabat berundur ke arah Bukit Uhud sambil berperang dengan musuh-musuh yang memburu mereka.




Mayat para syuhada itu telah dikebumikan di Bukit Uhud di mana mereka gugur, sementara mayat syuhada Hamzah telah dikebumikan di tempat  beliau gugur sebagai seorang pahlawan Islam yang gagah dan berani.




Kemudiannya pejuang-pejuang Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW kembali ke Madinah, sementara pejuang-pejuang musyrikin kembali ke Mekah.




Walaupun umat Islam telah tewas dalam Perang Uhud itu tapi kaum musyirkin tidaklah boleh mendakwa telah mencapai kemenangan secara mutlak kerana hasrat dan rancangan awal mereka untuk menyerang Madinah tidak tercapai.

 



Pondok Rahmat

23 Julai 2020/

2 Zulhijah 1441 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP