Rahsia kucing dan guru
>> Sunday, July 12, 2020
RAHSIA KUCING
KISAH ini berlaku di sebuah pondok, antara beberapa murid
Guru ini seorang yang populer di pondok tersebut.Untuk
memudahkan perjalanan cerita, kita namakan dia Daud, ya Ustaz Daud.
Ustza Daud ini amat sayangkan murid-muridnya, namun
beigtu ada seorang daripadanya lebih diberi perhatian dari yang lain. Kita
namakan dia Hasan, untuk memudahkan pengurusan perjalanan kisah ini.
Sikap Ustaz Daud ini disedari oleh murid-muridnya yang
lain, dan beberapa orang daripadanya merasa tidak puas hati dan memberitahu
kawan-kawannya lain bahawa Ustaz Daud tidak adil kerana memberi layanan lebih baik
kepada Hasan daripada mereka semua.
Mereka sering bercakap-cakap memberitahu kawan-kawannya
perkara yang mereka tidak puas hati.
Perkara ini akhirnya telah disedari oleh Ustaz Daud.
Setelah mempastikan pelajar-pelajar membawa
cerita tersebut, maka pada suatu hari beliau menjempu pelajar-pelajar berkenaan
datang ke pondoknya.
Mereka semuanya lima orang, dan kesemuanya diundang ke
rumahnya pada hari itu, termasuk juga Hasan tanpa memberitahu mereka semua sebab-sebabbnya.
Setelah semua keenam-enam pelajar itu berada di rumahnya,
maka mereka terlebih dahulu dihidangkan dengan minuman dan sedikit kueh-kueh
sebagai pembasuh mulut.
Setelah selesai makan, maka merekapun seorang demi
seorang diminta masuk ke dalam sebuah bilik di pondoknya itu, dan meminta memerhatikan
apa yang ada di dalam bilik itu.
“Cuba perhatikan baik-baik apakah yang ada dalam bilik
tu, “Beritahu Ustaz Daud kepada murid-muridnya. Sebelum itu beliau telah
mengosongkan bilik tersebut.
Mula-mula seorang daripadanya dipersilakan masuk, dan
setelah berada beberapa minit di dalamnya dia pun keluar.
Bila dia duduk, Ustaz Daud pun menanya muridnya itu apa
yang dia nampak di dalam bilik.
“Berapa ekor?”, Tanya Ustaz Daud.
“Tiga ekor”, Jawab pelajar tersebut.
“Apa warnanya”.Tanya Ustaz Daud.
“Tidak pasti”.
Kemudian empat orang pelajar lagi diminta seorang demi
seorangmasuk ke bilik yang sama, dan bila keluar mengemuka pertanyaan yang
serupa, dan keempatnya pun memberi jawapan yang sama.
Kemudian murid yang dinamakan Hasan itu disuruh masuk,
dan sebenatar kemudian dia pun keluar dan duduk di hadapan Ustaz Daud.
“Apa yang ada dalam bilik itu’, Tanya Ustaz Daud.
“Kucing” Jawab
Hasan.
“Berapa ekor?”
“Tiga ekor”, Jawab Hasan.
“Apa warnanya”, Tanya Ustaz Daud.
“Putih, hitam dan bertompok’, Jawab Hasan.
“Lagi apa yang kamu tahu tentang kucing-kucing itu?”.
“Dua ekor jantan dan seekor betina” Jawab Hasan.
“Cukuplah tu”, kata Ustaz Daud. “Ustaz harap kamu semua
faham apa tujuan Ustaz panggil kamu ke pondok Ustaz ini”. Kata-katanya lebih
ditujukan kepada kelima-lima pelajarnya itu.
Mereka semua mengiakan
dan mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
0 comments:
Post a Comment