UMMU JAMIL
>> Tuesday, July 28, 2020
UMMU JAMIL PENENTANG SENGIT
RASULULLAH SAW
NAMANYA ARWA
isteri kepada Abu Lahab bapa saudara Rasulullah SAW yang amat sengit menentang
Rasulullah SAW dalam penyebaran dakwah Islamiahnya ke seluruh alam. Arwa juga
adik beradik Abu Sufyan bin Harb dan emaksaudara Mu’awayah.
Dia terkenal
sebagai seorang wanita yang bongkak, sombong dan angkuh. Suka
membangga-banggakan asal keturunannya.
Arwa diberi
nama jolokan Ummu Jamil yang bererti ibu
dari kecantikan sementara gelaran yang
diberikan kepada suaminya Abdul Uzza ialah Abu Lahab yang bererti “pucuk api”
kerana mukanya berseri-seri dan dia seorang yang tampan dan tegap.
Dia adalah salah
seorang anak kepada Abdul Muthalib, seorang tokoh Quraisy yang terkenal dan
disegani.
Ummu Jamil
seperti juga suaminya Abu Lahab menentang keras dan memusuhi sengit Rasulullah
SAW. Kedua-duanya adalah penentang keras Rasulullah SAW, serta sentiasa
berusaha menyakiti dan menghalang usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW.
Ummu Jamil
menabur fitnah memburuk-burukkan Rasulullah SAW kesana ke mari. Tapi semua
usaha jahatnya dan suaminya Abu Laahab untuk membinasakan Rasulullah SAW itu
tidak membuahkan hasil, bukan sahaja penat jerihnya tidak berkesan tapi juga
harta bendanya telah terbang dengan sia-sia.
Ummu Jamil
memaksa kedua-dua anak lelakinya menceraikan isterinya, kedua-duanya puteri
Rasulullah SAW. Mereka berkahwin sebelum Islam. Anaknya Uthbah berkahwin dengan
Ruqqayah dan seorang lagi anaknya Muktab
berkahwin dengan Ummu Kalthum. Tujuannya semata-mata untuk menjadikannya
beban menyusahkan Rasulullah SAW.
Malah lebih
jauh lagi dia sendiri imengumpulkan duri-duri dan meletakkannya di jalan yang
biasa dilalui oleh Rasulullah SAW untuk mencederakan Rasukullah SAW.
Perbuatan jahat
Ummu Jamil dan suaminya Abu Lahab itu telah dicela oleh Allah menerusi ayat al
Quran. Dalam Surh Al-Lahab atau Masad Allah berfirman, maksudnya:
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya
ia tetap binasa
Ia tidak dapat ditolong hartanya dan segala usahanya
Ia akan merasa api neraka yang mempunyai pucuk
yang
marak bernyala
Dan juga isterinya,pemabawa kayu api
Di lehernya [terikat ] tali dari sabut yang
terpintal kukuh”.
-Al-Masad [111]: 1-5.
Bila Ummu Jamil
mendengar ayat-ayat tersebut sangatlah marah dia terhadap Rasulullah SAW., dia
merasa Rasulullah telah mengejeknya dengan sajak terutama apabila surah ini
tersiar dengan luas membawa ancaman,
kecaman dan gambaran yang khusus
menghina Ummu Jamil.
Demikian ulas
Sayyid QutbRahimamullah ,dan seterusnya menambah, gambaran ini benar-benar
menghinakan seorang wanita yang angkuh dan bongkak dengan asal usul keturunannya
yang digambarkan dengan gambaran
“Perempuan yang membawa kayu api dengan seutas tali terikat di lehernya.
Pada suatu hari Ummu Jamil membawa seketul batu sebesar
gengamannya dan pergi mencari Rasulullah SAW yang pada waktu itu berada
bersama-sama dengan sahabatnya Abu Bakar di masjid berhampiran Kaabah.
Bila melihat
Abu Bakar Ummu Jamil pun bertanya, “Di mana kawanmu?”, kerana dia tidak nampak
Rasulullah SAW yang duduk di sebeluh Abu Bakar pada waktu itu kerana pandangan
matanya telah ditutup oleh Allah.
“Aku dengar dia
mengejek aku dengan sajak, demi Allah jika aku temuinya aku akan hentam dengan
batu ini. Demi Allah aku juga seorang penyajak, lalu dia pun bersajak menghina
Rasulullah SAW,
Kata-kata yang dilafazkannya
itu bermaksud dia tidak akan megngikut Rasulullah SAW dan begitu juga dia tidak
menerima agama yang dibawanya dengan bahasa yang mengandungi penghinaan.kepada
Rasulullah SAW.
Kemudian Ummu
Jamil pun terus beredar dari situ dengan hati yang bengkak membara kembali ke
rumahnya.
Walaupun ayat
suci al Quran tersebut diturunkan khusus untuk mengutuknya dan suaminya Abu
Lahab tapi Ummu Jamil tidak pernah insyaf dan bertaubat kepada Allah, malah
berterusan melakukan kerja-kerja menghalang Rasulullah SAW berdakwah dan
menyakitinya.
Tentang surah
Masad itu, Sayyid Qutb Rahimamullah menegaskan, “Gambaran yang memberi sepenuh
penghinaan itu telah dirakam dalam kitab suci dan dalam sejarah alam iaitu
rakaman kemurkaan Allah dan peristiyaran perangNya terhadap Abu Lahab dan
isterinya sebagai balasan atas tipu dayanya menentang dakwah dan RasulNya”.
Pada suatu hari
Ummu Jamil seperti biasa banguan awal-awal pagi untuk memenuhi tugas biasanya
memungut duri-duri untuk diletak di jalan yang biasa dilalui oleh Rasulullah
SAW. Tapi hari itu dia merasa amat letih sekali dan tidak mampu untuk bangun. Namun
begitu dikeraskan juga hatinya untuk bangkit walaupun dia sudah tidak berdaya
lagi, kerana tugasnya meletak duri-duri di jalan yang sering dilalui oleh
Rasulullah SAW belum terlaksana.
Akhirnya ketika
menabur duri-duri di tengah jalan itu dia pun disambar maut akibat terlalu
keletihan. Dia pergi dengan membawa dendam kesumat terhadap Rasulullah SAW.
Sejarah
mencatatkan bahawa tidak pernah ada seorang wanita yang tidak beriman dari umat
Nabi Muhammad SAW disebut dalam al Quran kecuali Ummu Jamil.
Dan tempatnya
di akhirat juga telah ditentukan di neraka bersasma dengan suaminya Abu Lahab.
Sekian.
Pondok Rahmat
28 Julai 2020/
Z ulhujah 1441
0 comments:
Post a Comment