saidatina aisyah
>> Thursday, July 9, 2020
UMMUL MUKMININ SAIDATINA AISYAH RA
Sebuah Masjid di Madinah |
SAIDATINA Aisyah
radhiallahu ‘anha, isteri Rasulullah SAW adalah seorang rupawan dan juga
seorang ilmuan yang sukar ditadingi keilmuannya sejak dahulu hingga sekarang.
Beliau adalah puteri kepada Abu Bakar As-Siddiq yang kemudiannya menjadi Khalifah umat Islam yang pertama, berketurunan daripada kaum Bangsawan Quraisy di Mekah. Nama sebenar Abu Bakar As=Siddiq ialah Abdullah bin Usman yang bergelar Abu Quhafah bin Amir bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Luai.
Abu Bakar As-Siddiq juga seorang
yang mulia budi pekertinya dan dihormati oleh masyarakat. Beliau adalah seorang ilmuan yang disegani, dan seorang
yang rapat dengan Rasulullah SAW sebagai sahabat yang akrab dan juga sebagai menantu,
iaitu suami kepada puterinya Aisyah.
Sementara bonda Aisyah, isteri Abu Bakar As-Siddiq bernama Ummu Rumman
al-Kinaniyah, Sebelum berkahwin dengan Abu Bakar Ummu Rumman adalah seorang
janda bekas isteri kepada salah seorang sahabat Abu Bakar As-Siddiq bernama
Abdullah bin al-Harris yang telah meninggal dunia.
Ummu Rumman adalah seorang wanita yang pintar. Beliau memeluk Islam dan
berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan umat Islam dari Mekah. Beliau adalah
wanita yang dimaksud oleh Nabi SAW bila beliau bersabda, “Sesiapa yang ingin
melihat anak biaddari maka lihatlah kepada Ummu Rumman”.
Hasil perkahwinan beliau dengan Abu Bakar As-Siddiq telah melahirkan
seorang puteri yang dinamakan Aisyah, sebagai seorang puteri bangsawan Quraisy.
Aisyah dilahirkan kira-kira 12 tahun Hijrah, iaitu setahun selepas Nabi
Muhammad dilantik menjadi Rasulullah SAW. Waktu itu kedua orang tuanya sedang
bertungkus lumus berdakwah mengembangkan agama Islam bersama-sama dengan
Baginda Rasulullah SAW. Namun begitu kedua-dua orang tuanya itu tidaklah
mengabaikan pendidikan terhadap puteri yang menjadi kesayangan mereka itu.
Aisyah seorang gadis yang jelitawan,
lincah, simpatik dan pandai bergaul mesra dengan rakan=rakan sebaya dengannya.
Bila usianya meningkat, beliau menjadi seorang wanita yang pintar, pemurah,
berani dan jujur serta kuat ingatannya hingga ke akhir hayatnya sebagai seorang
insan yang berjasa.
Segala sifat-sifat mulia yang menghiasi Aisyah itu adalah merupakan warisan
daripada kedua orang tuanya, Abu Bakar As-Siddiq dan Ummu Rumman.
Aisyah pada mulanya mempunyai rambut yang cantik dan panjang sampai ke
belakangnya, tapi kemudian rambutnya itu menjadi rusak kerana beliau ditimpa
penyakit.
Aisyah memeluk agama Islam sejak masih kecil benar lagi, dan pada masa itu
agama Islam baru sahaja dikembangkan setelah Nabi Muhammad dilantik menjadi
Rasulullah oleh Allah. Pada masa itu pemeluk-pemluk agama Islam hanya baru
berjumlah seramai lapan belas orang
sahaja di Madinah.
Semasa Aisyah masih kecil, Rasulullah sering melihatnya ketika beliau
berkunjung ke rumah Abu Bakar As-Siddiq, sahabat baiknya itu, iaitu ayahanda
kepada Aisyah. Pada masa itu Aisyah telah menjadi seorang gadis comel dan
lincah, suka bermain-main dengan kawan-kawan sebaya dengannya.
Rasulullah SAW merasa tidak senang hati bila melihat Aisyah berada dalam
keadaan sedih atau menangis.
Masa terus berjalan, tidak mengenal pemberhentian walaupun sedetik. Dan
manusia terus mengukir masa itu untuk menjadi sejarah yang abadi.
AISYAH DIPINANG
Pada suatu hari Rasulullah SAW mengutus seorang Mukminat, Khaulah namanya
untuk menemui keluarga Aisyah untuk melamarnya untuk dijadikan isteri Baginda SAW. Abu Bakar As-Siddiq sahabat baik beliau
amat senang hati dan gembira menerima lamaran daripada sahabat karibnya yang
mulia, Rasulullah SAW.itu.
Namun begitu lamaran Rasulullah SAW itu meletakkan beliau dalam keresahan,
kerana sebelum itu beliau telah pun menerima pinangan daripada seorang pemuda
bernama Zubir bin Mat’im bin Adiy, salah seorang pemuda yang mengambil bahagian
mengoyak notis pemulauan terhadap kaum Muslimin yang digantungkan di Kaabah.
Walau bagaimanapun beliau lebih cenderung untuk mengambil Rasulullah SAW
sebagai menantunya sedangkan beliau
adalah seorang yang amanah kepada janjinya.
Untuk menyelesaikan perkara tersebut, Abu Bakar As-Siddiq pun segera pergi
menemui orang tua Zubir untuk berbincang tentang pertunangan antara Aisyah dan
Zubir itu. Keputusannya amat mengembirakan Abu Bakar As-Siddiq, kerana kedua
orang tua Zubir tidak bersedia untuk mengawinkan anaknya Zubir dengan Aisyah
kerana khuatir bila keduanya berkahwin nanti anaknya Zubir akan terpengaruh dengan agama
Abu Bakar As-Siddiq dan memeluk agama Islam, sedangkan mereka enggan
meninggalkan agama lama nenek moyang mereka dan memeluk agama Islam, Maka
mereka dengan sukarela membatalkan pertunangan anaknya Zubir dengan Aisyah itu.
Seterusnya maka berlangsunglah perkahwinan antara Aisyah dengan Rasulullah
SAW dengan mahkawin atau maher sebanyak 400 dirham, dua tahun sebelum Hijrah.
Perkahwinan berlangsung selepas Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul dan Aisyah waktu itu berusia 9 tahun.
Tapi Aisyah tidak terus tinggal bersama Rasulullah SAW sebagai suami
isteri. Malah beliau tetap tinggal bersama dengan ayahanda dan bondanya. Perkahwinan
berlangsung di Mekah sebelum Hijrah.
Perkahwinan itu berlangsung sebulan selepas Rasulullah berkahwin dengan Saudah
binti Jam’ah. Baginda berkahwin dengan
Saudah atas dasar tanggungjawab seorang
pemimpin dan kemanusiaan, kerana pada waktu itu Saudah adalah seorang janda
kematian suami.
Kemudian Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq dan umat Islam
telah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Tidak lama kemudian keluarga mereka,
iaitu isteri Abu Bakar As-Siddiq iaitu Ummu Rumman dan puterinya Aisyah yang
pada ketika itu telah meningkat usia 13 tahun ikut berhijrah ke Madinah untuk
menyertai mereka.
Di Madinah barulah Aisyah dan Rasulullah SAW hidup sebagai suami isteri.
Aisyah telah berpindah ke rumah Rasulullah SAW yang dibina oleh Rasulullah SAW
di samping Masjid Nabawi Madinah, terletak berhampiran dengan rumah isteri Nabi
SAW Saudah binti Zmi’ah.
Rumah itu kecil sahaja, berupa sebuah bilik diperbuat daripada batang,
pelepah dan daun kurma serta batu bata.
Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit binatang yang telah disamak dan
dihamparkan di atas lantai.
Ketika Aisyah berpindah ke rumah suaminya Rasulullah SAW itu beliau membawa
bersama-samanya alat-alat permainannya, kerana waktu itu beliau masih belum
merasa kemuliaan menjadi isteri seorang Nabi Allah dan masih menunjukkan
keceriaannya sebagai seorang gadis kecil
yang gemar menghabiskan masa bermain-main sebagai seorang kanak-kanak
biasa. Rasulullah SAW tidak pula melarang Aisyah membawa permainan-permainannya
itu, malah kadang-kadang Baginda SAW turut bermain-main dengan Aisyah sambil
bergurau senda.
KEMULIAAN SAIDATINA AISYAH RA
Ssidatina Aisyah adalah seorang wanita yang cantik rupawan, dan mempunyai akal
fikiran yang cerdas. Beliau juga seorang yang jujur
Beliau seorang yang fasih berbicara, tangkas bertindak dan juga seorang
yang berani, sehingga mendapat pujian daripada Rasulullah SAW.
Keberanian Aisyah ini jarang dimiliki oleh isteri-isteri Nabi SAW yang
lain, terutama dalam berhujah mengemukakan pendapatnya,
Beliau berani mengemukakan bantahan-bantahan yang difikirkannya tidak wajar
walaupun kepada Rasulullah SAW sendiri.
Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat, dan mudah memahami sesuatu yang
diajarkan kepadanya oleh Rasulullah SAW. terutama mengenai hukum-hukum Islam
berdasarkan wahyu yang diterima oleh
Baginda SAW.
Aisyah adalah merupakan salah seorang yang banyak meriwatkan Hadis-hadis
Nabi SAW.
Aisyah dalam kehidupan sehariannya bersungguh-sungguh mempelajari ayat-ayat
suci al Quran, sabda-sabda Rasulullah SAW dan segala sesuatu yang didengar
daripada sahabat-sahabat yang lebih tua darinya.
Beliau juga sentiasa memberi pimpinan dan tauladan yang baik kepada kaum
sejenis dengannya mengenai cara-cara mengurus rumahtangga sejajar dengan hukum
Islam.
Beliau adalah seorang yang pemurah. Pada suatu hari Aisyah telah
dihadiahkan oleh seorang sahabat Abdullah bin Zubir dua uncang emas yang
bernailai 100,000 dirham. Beliau segera mengsedekah kesemua wang tersebut kepada fakir
miskin. Pada waktu itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kesempitan,
Pada sebelah petangnya, Aisyah memanggil hambanya meminta mambawa makanan
untuk beliau berbuka.
Maka berkatalah hambanya itu, Jariah kepadanya, “Apakah puan tidak dapat
membeli sedikit daging juadah untuk berbuka puasa”.
Maka jawab Aisyah, “Janganlah engkau menyakitiku, kerana jika aku dibertahu
awal-awal, tentulah aku dapat melakukannya”.
CEMBURUNYA AISYAH
Saidatina Aisyah amat menyintai suaminya Rasulullah SAW, kerana itu dia menaruh
cemburu yang besar terhadap Rasulullah SAW.
Aisyah menaruh cemburu terhadap madu-madunya, termasuklah Saidatina
Khadijah isteri Nabi SAW yang telah wafat sekalipun. Perkara ini
berlaku kerana Rasulullah SAW sering menyebut-nyebut nama Saidatina Khadijah yang amat
besar jasanya kepada beliau dan agama Islam itu.
Ummul Mukminin Aisyah marah bila Rasulullah SAW menyebut nama Khadijah, seperti kata
Baginda , Khadijah dulu mengatakan begini dan begitu.
Mendengar kata-kata Rasulullah SAW seperti itu, Ummul Mukminin Aisyah dengan marah
berkata, “Khadijah –Khadijah ! Seolah-olah tidak ada perempuan lain lagi selain
dari Khadijah”.
Kata-kata emosi Saidatina Aisyah itu dibalas oleh Nabi SAW dengan katanya,
“Demi Allah, Allah tidak menjadikan kepadaku seseoraang yang lebih baik
daripadanya. Dia beriman denganku ketika semua orang kufur, dia membantuku
dengan hartanya, ketika semua manusia memulauku, dan dengannya aku dikurniakan
anak, tapi tidak dengan isteri yang lain”.
Di samping cemburukan kepada Khadijah yang telah wafat itu, Ssidatina Aisyah juga menaruh cemburu terhadap isteri-isteri Nabi SAW yang hidup semasa
dengannya. Cemburu Aisyah itu antaranya terhadap isteri-isteri Nabi SAW yang gemar menyediakan makanan-makanan yang bersih dan disusun rapi,
yang menjadi kesukaan Baginda SAW.
Antara isteri-isteri Rasulullah SAW yang dicemburui oleh Aisyah ialah
Zainab binti Jahsy, isteri Baginda SAW yang paling jelita. Pada suatu hari
Aisyah mengetahui Rasulullah SAW amat gemar meminum madu yang dihidangkan oleh
Zainab, dan menyebabkan Aisyah mencemburuinya.
Untuk melepaskan sakit hatinya kepada Zainab, Saidatina Aisyah pun berpakat dengan
isteri Nabi SAW yang bernama Hafshah binti Umar untuk mengenakan Baginda SAW dengan melekehkan madu yang
dihidangkan oleh Zainab kepada Baginda SAW itu.
Kata Saidatina Aisyah, beliau berpakat dengan Hafshah bila Rasulullah SAW datang
menemui mereka, masing-masing mereka akan bertanya adakah Baginda SAW makan
maghafir, iaitu sejenis makanan manis dan sedap dimakan tapi baunya tidak enak,
sedangkan Nabi SAW amat benci makanan yang berbau busuk.
Akibat daripada tindakan Aisyah dan Hafshah itu Nabi SAW tidak lagi meminum madu walau pun Zainab tetap
menghidangkanya.
Mengikut Saidatina Aisyah, beliau juga cemburukan terhadap isteri Baginda SAW yang
bernama Ummu Salamah atau Hindun binti Abi Ummayah, kerana melihat keharmonian
dan kemesraan kehidupan kedua suami isteri itu.
Aisyah juga cemburukan isteri Nabi SAW bernama Shafiyah. Satu peristiwa telah berlaku di rumah Aisyah. Pada waktu itu Nabi SAW didatangi oleh
sahabat-sahabatnya. Kemudian sahabat lain datang membawa sebuah dulang berisi
makanan yang dihantar oleh madu Aisyah bernama Shafiyah.
Bila Ummul Mukminin Aisyah mengetahui hidangan makanan itu dihantar oleh
Shafiyah, maka beliau dengan tiba-tiba merampasnya dari tangan sahabat tersebut
ketika para sahabat sedang menghulur tangan untuk mengambil makanan di dalamnya
dan membalingkan dulang itu ke suatu arah.
Apa reaksi Baginda SAW? Baginda Rasulullah SAW hanya tersenyum dan
berkata kepada para sahabat, “Maafkan,
Ummul Mukminin sedang cemburu”.
SAIDATINA AISYAH DITIMPA FITNAH
Selepas enam tahun Saidatina Aisyah hidup dengan aman damai dengan
Rasulullah SAW maka satu fitnah yang begitu besar telah melanda beliau. Sebenarnya
ramai orang menaruh cemburu kepada Saidatina Aisyah, kerana beliau menjadi isteri yang
disayangi oleh Rasulullah SAW. Akibat fitnah itu rumah tangga mereka yang aman tenteam
itu bergolak.g. Fitnah itu menuduh Saidatina Aisyah telah berbuat sumbang dengan seorang
pejuang Islam, Shafwan bin Mu’atah. Cerita yang keji ini telah disebarluaskan
oleh Abdullah bin Ubai, seorang ketua kaum munafik keturunan Yahudi.
Fitnah ini timbul ketika Saidatina Aisyah mengikut Nabi SAW menyertai suatu
peperangan. Sudah menjadi kebiasaan kepada Baginda SAW membawa mana-mana isteri
yang berjaya dalam undian khas untuk menentukan siapa yang terpilih untuk
menyertainya. Kali ini Saidatina Aisyah telah berjaya dalam undian tersebut.
Dalam perjalanan pulang dari peperangan itu Saidatina Aisyah telah tecicir
kerana kelewtan membuang air dalam perjalanan. Beliau telah ketinggalan bila
unta yang dinaikinya itu berlepas terlebih dahulu kerana menyangka beliau telah
berada di atasnya.
Nasib baik seorang pejuang Islam, Shafwan melalui jalan itu dan melihat Saidatina
Aisyah dan lalu dengan hormatnya mempersilakan Saidatina Aisyah menaiki untanya sementara
beliau berjalan kaki menuntun unta itu pulang ke Madinah.
Daripada peristiwa inilah para pengkhianat yang diketuai oleh kaum munafiq Abdullah
bin Ubaiy telah mereka dan menyebar cerita fitnah bahawa Aisyah telah berlaku
sumbang dengan Shafwan.
Walau bagaimanapun, kerana Saidatina Aisyah berada di pihak yang benar, Allah SWT
telah menurunkan ayat suci al-Quran kepada Baginda Rasulullah SAW untuk
membersih dan menyelamatkan Aisyah dari
fitnah yang amat keji tersebut.
Ayat Suci al Quran itu terdapat dalam Surah An-Nur sebanyak 10 ayat,
bermula dari ayat 11 hingga ayat 20. Dengan turunnya ayat-ayat itu Ummul
Mukminin dilepas dan dibebaskan dari fitnah yang jahat itu. Di samping itu
Allah juga mencela orang-orang yang membuat dan menyebar fitnah tersebut.
Dengan penurunan ayat suci al Quran tesebut duduk perkara menjadi jelas,
dan rumahtangga Baginda SAW kembali
tenang. Ummul Mukminin Aisyah kembali semula ke pangkuan Baginda SAW dan terus memain peranan penting dalam
mambantu Baginda SAW menyebarkan
risalahnya kepada seluruh umat manusia.
Para pemfitnah pula telah dihukum menurut hukuman Syariat iaitu disebat
sebanyak 80 kali setiap seorang. Bilangannya ramai; dua orang daripadanya ialah
Hamnah Jahsy, adik kepada isteri Baginda SAW, Zainab bin Jahsy dan seorang penyair
Islam Hassan bin Thabit.
UMMUL MUKMININ AISYAH DI HATI RASULULLAH SAW
Aisyah amat mencintai suaminya Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pula mencintai isterinya Aisyah. Keduanya
saling cinta mencintai. Kerana itulah rumahtangga mereka sentiasa aman dan
damai.
Ummul Mukminin Aisyah selalu berusaha untuk menyenangkan hati Nabi SAW dengan perbuatan-perbuatan yang boleh menggembirakan
hati Baginda SAW. Setiap kali tiba giliran Nabi SAW bersama Ummul Mukminin Aisyah, beliau akan
menghiaskan dirinya dengan sebaik-baiknya, memakai pakaian yang cantik dan
mengenakan wangi-wangian yang disukai oleh suaminya itu. Di samping itu beliau
juga menghidangkan makanan yang gemar dimakan oleh Nabi SAW.
Malah Saidatina Aisyah adalah isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah
SAW.
Ummul Mukminin Aisyah adalah seorang yang alim dalam hukum syariah,
terutama dari kalangan Muslimah.
Justeru Rasulullah SAW menyuruh para sahabat dan umat Islam mempelajari
agama dari Aisyah, sebagaimana terdapat dalam sabda Baginda SAW, “Ambilah
sebahagian dari agamamu dari Humaira ini...........”.
Saidatina Aisyah juga seorang isteri yang pandai menjaga hubungan
silaturahim dengan keluarga suaminya, Rasulullah SAW, seperti mempunyai
hubungan yang baik dengan puteri Baginda SAW, Fatimah al-Zahara dan
keluarganya.
Beliau banyak membantu Rasulullah SAW dalam menyebarkan risalah Allah
kepada umat manusia.
Kecintaan Rasulullah SAW terhadap Aisyah itu memang diketahui oleh umat
Islam pada masa itu. Kerana itu jika mereka hendak menyampaikan apa-apa hadiah
kepada Rasulullah SAW mereka menunggu giliran Baginda SAW berada di rumah Aisyah.
Ini tidak disenangi oleh isteri-isteri Baginda SAW yang lain. Isteri-isteri
Nabi SAW itu mempunyai dua kumpulan,
Kumpulan pertama teridiri dari Saidatina Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah
binti Umar, Safiyah [Sofea] binti Huyai, dan Saudah binti Zam’ah.
Sementara kumpulan kedua terdiri dari Ummu Salamah [Hindun binti Ummayah],
Zainab binti Khuzaimah, Zainab binti Jahsy, Juwairiyah binti Harith, dan Ramlah
binti Abu Sufiyan.
Justeru itu kumpulan kedua berpakat sesama
mereka untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka kepada Rasulullah SAW.
Ummu Salamah bertindak menyampaikan perkara tersebut kepada Baginda SAW.
Setelah berulang kali memberitahu kepada Baginda SAW, tapi tidak mendapat
sebarang riaksi daripada Baginda SAW, dan hanya pada kali ketiga baru Baginda SAW memberi reaksi dengan jawapannya, “Janganlah kamu menyakiti hatiku kerana Aisyah. Demi Allah! Tidak pernah aku menerima wahyu ketika
aku berada dalam selimut seorang wanita, kecuali ketika aku bersama
Aisyah........”.
Mendengar jawapan Rasulullah SAW itu Ummu Salamah terkejut kemudian berkata,”Aku bersumpah kepada Allah ......!
Aku tidak akan menyakiti hatimu lagi, Ya Rasulullah.....”.
Tapi isteri-isteri Baginda yang lain merasa tidak puas hati mendengar
cerita Ummu Salamah itu maka mereka meminta bantuan puteri Rasulullah SAW
Fatimah al-Zaharah untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka itu kepada
Baginda Rasulullah SAW.
Selepas mendengar puterinya Fatimah memberitahu apa yang dikatakan oleh
para isteri Baginda SAW, maka berkatalah Rasulullah SAW kepada anaknya itu,
“Apakah engkau mencintai ap yang aku cintai?”.
“Ya”, Jawab Fatimah sambil menganggukkan kepalanya.
“Kalau begitu .......Cintailah ini.........”, Jawab Rasulullah SAW sambil
menunjukkan kepada Sadatina Aisyah.
Isteri-iateri Nabi SAW itu merasa tidak puas hati mendengar ceirta Fatimah
al—Zahara tersebut, lalu meminta sekali lagi puteri Nabi SAW itu menyampaikan
hasrat mereka tersebut, tapi permintaan itu ditolak oleh Fatimah al-Zahrah
dengan tegas berkata, “Demi Allah....! Aku tidak akan membincangkan perkara ini lagi dengan beliau buat
selama-lamanya”.
Pada suatu ketika, Amru bin Ash bertanya Rasulullah SAW , Siapakah orang
yang paling dicintai oleh Baginda SAW, Baginda SAW menjawab bahawa orang paling
Baginda SAW cintai ialah Aisyah jika dari kaum wanita, dan ayah Aisyah, Abu
Bakar As-Siddiq jika dari kalangan lelaki.
Rasulullah juga berdoa khusus untuk isterinya Aisyah yang membuktikan
bagaimana cintanya Baginda SAW terhadap isterinya itu.
“Allahuma...........Ampuni Aisyah atas dosa-dosa terdahulu, yang menyusul
atau yang disembunyikan mahupun yang diperlihatkan”.
Demikianlah kedudukan Ummul Mukminin Aisyah di hati Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW wafat bukan sahaja di rumah malah di pangkuan Aisyah. Baginda
SAW wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah dalam usia 63 tahun,
selepas beberapa hari menanggung sakit demam. Baginda SAW berada di hari-hari terakhirnya
di rumah Saidatina Aisyah dengan persetujuan semua isteri-isterinya bila menyedari
begitulah hasrat Baginda SAW.
Ummul Mukminin Aisyah selepas kewafatan Baginda SAW di atas pangakuuannya
itu lalu bertindak meletak kepala Bagunda SAW di atas bantal untuk pergi
menangis bersama-sama dengan orang ramai.
Walau bagaimanapun Aisyah merasa kesal dengan tindakannya itu, dan ini
terbukti bila beliau kedengaran berkata, “Rasululah mangkat di pangkuanku .
Maka di antara kebodohanku ialah Baginda wafat di atas ribaku kemudian aku
meletakkan kepalanya di atas bantal dan aku terus pergi menangis bersama-sama
wanita lain serta memukul-mukul mukaku”.
Jenazah Rasulullah SAW dikebumikan di dalam rumah Ummul Mukminin Aisyah.
PERANG JAMAL
Selepas kemangkatan Rasulullah SAW satu peristiwa besar telah meletus
melibatkan Saidatina Aisyah, iaitu Perang Jamal atau Perang Unta.
Perang Jamal adalah perang saudara, berlaku kerana silap faham berpunca
daripada pembunuhan ke atas Khalifah Saidina Uthman bin Affan RA.
Ketika pembunuhan itu berlaku, pada hari
Jumaat 18 Zulhijjah 35 Hijrah, Ummul
Mukminin, Saidatina Aisyah berada di Mekah, sementara pembunuhan berlaku di
Madinah.
Berikut dengan kematian Saidina Uthman itu, Saidina Ali bin Abi Thalib
telah dilantik menjadi khalifah menggantinya.
Setelah berita pembunuhan itu sampai kepada Saidatina Aisyah, beliau telah
berangkat ke Madinah. Di Mdinah beliau telah bertemu dengan kumpulan yang tidak
bersetuju dan menentang perlantikan Saidina Ali KRW sebagai khalifah, di antara
mereka termasuk dari golongan Bani Umiyyah.
Kumpulan yang menentang Saidina Ali KRW itu telah sepakat untuk menuntut bela
di atas kematian Saidina Uthman bin Affan, demi menegakkan keadilan.
Saidatina Aisyah balik semula ke Mekah, dan dari Mekah dengan penyokongnya
seramai 30,000 orang bertolak ke Basrah, Irak untuk mencari pembunuh Khalifah
Saidina Uthman bin Affan.
Saidina Ali KRW yang sedang menyiapkan angkatan perang untuk menyerang musuh
umat Islam mendengar berita ada kumpulan
pemberontak berkumpul di Basrah. Beliau pun terus bertrindak membatalkan tujuan
asalnya itu, dan bertolak ke Basrah untuk menentang kumpulan pemberontak itu
yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah. Saidina Ali membawa bala tentera seramai 20,000 orang.
Saidatina Aisyah menunggang seekor unta yang dinamakan “Asykar”, yang amat perkasa
berharga 80 dinar hadiah daripada seorang lelaki yang bernama Yu’la bin
Ummayah. Kerana itu Perang tersebut dipanggil Perang Jamal atau Prang Unta.
Saidina Ali yang memimpin tentera yang ramai itu pada peringkat awalnya
berusaha supaya tidak berlaku pertumpahan darah. Beberapa siri rundingan telah
diadakan dengan pehak Saidatina Aisyah dan hampir mencapai kejayaan. Tapi pehak-pehak
yang berniat jahat dan berkepentingan telah berhasil melakukan
tindakan-tindakan agresif dan probokasi yang menyebabkan pertempuran tidak
dapat dielakkan. Di samping itu golongan ketiga, iaitu kumpulan munafik telah
mengapi-ngapikan kedua-dua belah pehak menyebabkan peperangan itu tidak dapat
dielakkkan lagi.
Perang saudara itu berlangsung pada 11 Jamadiakhir 36 Hijrah [Disember 657
M] di Basrah Irak. Walaupun peperangan itu mengambil masa yang singkat, tidak
sampai sehari pun, tapi ianya menelan korban uma Islam yang amat besar di mana hampir
20,000 orang telah terkorban, iaitu 5,000 orang di pihak Saidina Ali dan 13,000
orang dipehak Saidatina Aisyah, termasuk dua orang sahabat besar Rasulullah
SAW Talhah dan Zubair Al-Awaam,
Peperangan itu berpihak kepada Saidatina Ali KRW yang telah berjaya menumpaskan
pasukan Saidatina Asiyah. Unta Aisyah telah gugur dan terbunuh dalam peperangan
itu. Tapi Saidina Ali tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Saidtina
Aisyah, malah menghantarnya pulang ke Madinah dengan kawalan keselamatan yang
rapi dan ketat.
Saidatina Aisyah dilapurkan menyesali pengelibaannya dalam Perang Jamal
itu.
UMMUL MUKMININ SAIDATINA AISYAH
WAFAT
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah terus berdakwah menyebar
dan mengembangkan syiar Islam dengan ilmu yang ada padanya. Dalam usia tuanya
itu beliau dipandang hormat sebagai seorang guru yang mulia dan dihormati serta
menjadi tempat para sahabat dan umat Islam bertanya sesuatu yang mereka ingin
tahu atau musykilkan.
Tapi pada bulan Ramadhan 58 Hijrah Ummul Mukminin Aisyah jatuh sakit yang
membawa kepada kewafatannya di Madinah. Beliau wafat pada hari Isnin, malam
Selasa 17 Ramadhan 58 Hijrah dalam usia 65 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di
Kubur Baqi, menurut wasiat beliau, bersama-sama dengan isteri-isteri Rasulullah
SAW yang lain. Begitu ramai orang yang hadir bila mendengar berita sedih kewafatan
Ummul Mukminin Saidatina Aisyh.
Mereka yang hadir semasa jenazah dikebumikan ialah Abdullah bin Zubair,
Urwah bin Zubair, Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, Abdullah bin Muhammad bin
Abu Bakar dan Abdullah bin Abdu Rahman bin Abu Bakar, iaitu dari anggota
keluarga Ummul Mukminin Aisyah sendiri.
Walaupun Ummul Mukminin Saidatina Aisyah radhiallahu ‘anha telah lama pergi
buat selama-lamanya tapi segala sumbangan dan jasa bakti beliau amat besar
gunanya dan menjadi kenangan buat selama-lamanya. Beliau menjadi sumber kajian
kaum cerdik pandai yang berpanjangan hingga ke hari ini.
Ummul Mukminin Aisyah adalah salah seorang perawi Hadis yang tersohor yang telah meriwayatkan sebanyak 2,210 buah
Hadis. Hadis-hadis itu kebanyakannyas berkenaan amalan-amalan peribadi
Rasulullah SAW yang di ketahui oleh beliau sebagai seorang isteri dan
pendamping yang dikasihi oleh Baginda SAW.
Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang ilmu
pengetahuan, dalam ilmu feqah, Hadis, bidang kemasyarakatan, politik, perubatan
dan peperangan.
Ummul Mukminin Aisyah adalah seorang wanita yang dihormati dan paling mulia
dalam Islam, selepas Khadijah al-Kubra dan Fatimah al-Zahra
Justeru Ummul Mukminin Aisyah memang amat wajar dijadikan salah seorang idola
kepada seluruh umat Islam buat sepanjang zaman, terutama kepada kaum wanita.
Sehinnga ke hari ini selepas 1,000 tahun lebih telah berlalu, belum ada seorang
wanita pun yang mampu meandingi keunggulan beliau dalam kemuliaan dan keilmuan
dalam berbagai-bagai bidang.
Sekian.
Pondok Rahmat
9.7.2020/
17 Zulkedah 1441
0 comments:
Post a Comment