TERKENANG BONDA DI PAGI AIDILADHA

>> Friday, July 31, 2020



TERKENANG BONDA DI PAGI ADHA

 


                                                     Bonda Tercinta:Maimunah



Aidiladha berkunjung lagi.

 

 



10 Zulhijjh 1441.

 

 



31 Julai 2020.

 

 



Hari Jumaat yang dimuliakan.

 

 



Seperti biasa saban tahun,bila tiba 10 Zulhijjah, Aidiadha terhampar lagi dengan segala kemuliaannya.

 

 


Umat Islam di antero dunia menyambut kunjungannya dengan meriah, dan syukur, berkorban, bertakbir dan bersilaturahim.



 

                                                  Alfatihah Untuk Bonda  Yang Mulia



Lumrahnya bila tiba hari raya, kami adik beradik akan berkumpul di rumah ayah dan bonda di kampung yang permai. Tradisi ini berlaku bila kami anak-anak mereka bekerja dan tinggal berasingan di kediaman masing-masing.

 

 


Di nusim hari raya Adha seperti ini keadaan menjadi lebih meriah kerana dari kalangan kami ada yang berkorban.



Sebahagian daripada daging korban itu dimasak untuk dimakan bersama keluarga yang berkumpul itu.

 

 


Salah satu daripada masaskan yang populer ialah sup, iaitu sup tulang rusuk, dan tulang kaki yang dijerang dengan tulang-tulangnya sekali. Alangkah enaknya. Juga masakan daging goreng dan daging panggang tawar, cicah budu pedas.

 

 


Tradisi ini sudah pupus di kalangan keluarga kami setelah ayah dan bonda, khususnya ibu meninggal lebih dari sediket yang lalu. Dan ayahanda pula meninggal di tanah suci Mekah lebih awal lagi dari itu.

 

 

 


Apa yang ada ialah kenangan manis

 

 


Sedih diceritakan rumah yang kami tinggal bersama, yang terletak di Kampung Salor, tempat kami dibesar dan diremajakan dan didewasakan telah tidur sama rata dengan tanah di bumi.

 

 


Entah apalah silapnya demikian jadinya?




Apa yang kami bimbangkan ialah hubungan silaturahim kian menipis dari masa ke masa yang berlalu berpunca dari kesilapan dan kekurangan kami. Semoga kami dimaafkan dan Allah mengampunkan kami.




Setiap kali musim hari raya terhampar syahdu hati terasa sebak kehibaan, mendesak air mata untuk memabashi pipi.


 

 

                      Ayahanda Dan Bonda Kasih Tak Terrelai




Keharuan mengiggit tangkal hati bukan semata menginggat mereka yang telah berlalu pergi, dan pergi yang tak akan kembali lagi, khususnya ibuanda yang tercinta.

 

 


Kasih sayang ibu yang tidak ada bahasa untuk dimadahkan, masih terasa-rasa di celah-celah lubuk hati yang telah basah dan sebak untuk mengalir.....Sesungguhnya ibu tidak boleh dicari ganti, kasihnya sepanjang zaman.


 

 

                         Kekanda Kami Khadijah Yang Dimulai




Alangkah kerdilnya terasa diri jika dibandingkan kasih ibu  sayang ibu yang disiraminya ke atas kami

 

 


Kesibukan dengan kerja salah satu sebab menjadi kami rakus dengan masa yang harus kami curahkan kepada ibu tercinta.

 

 


Tapi malangnya kami terlupakan tanggungjawab kami persis ibu sudah tidak wujud di hadapan kami pada waktu itu. Sedangkan tidak ada apa kurangnya jika kami persembahkan kepada ibu segala hasrat yang berbunga di hati kami untuk pengetahuan beliau dan sudah tentu akan disusuli oleh doa ibu yang penuh dengan keberkataan.

 

 


Tapi kami kadang-kadang terlupakan semuanya itu. Hanya sesudah ibu berpergian jauh barulah kami terhimpit oleh kerinduan dan keinsafan

 

 


Kami harap sebelum ibu berlepas pergi dulu, ibu telah memaafkan kami, anak-anaknya ini yang sentiasa mencintainya.

 

 

Wahai Allah ampunilah kami yang hina dina ini.



Ya Allah!

 

 


“Robbirham huma kamaa rabbayaanil shaghiraa”.

 


-Wahai Tuhanku, kurniakanlah rahmat kepada keduanya

 


sebagaimana mereka telah mengasuh aku sejak kecil:,

 


Demikianlah ayahanda telah pergi, ibuanda telah pergi, dan beberapa orang dari kamipun telah pergi menyusului mereka berdua,

 

 


Didoakan semoga semua keluarga yang telah pergi dilindungi dari kemurkaan Allah, dan sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNya

 

 


Amin.

 

 


Pondok Rahmat

 



Jumaat: 10 Zulhijjah 1441/

 


31 Julai 2020

 


Read more...

WAHAI PUTERIKU

>> Wednesday, July 29, 2020



WAHAI PUTERIKU

 


Wahai puteriku yang rupawan



Jangan jadikan dirimu bunga keringan



Rupanya cantik



Tidak berbau,



Hanya sekadar penyedap mata



Penghias meja dan sudut dinding.



Wahai puterku



Yang cantik jelita



Jadikan kembang hidup



Sedap dipandang



Semerbak mewangi



Sejuk mata memandang



Mendamaikan hati.






Wahai puteriku



Yang indah menawan



Sekuntum mawar



Hanya kecil



Rupahnya cantik



Baunya wangi



Segarkan mata



Tenangkan hati



Penawar cinta



Pelepas rindu



Dari Taman Ilahi.



Wahai puterku



Emas tempauwan



Jiruslah hatimu sentiasa



Dengan air atma  jiwa



Iman dan taqwa



Supaya  semerbak mewangi



Dari taman firdaus.

 


Pondok Rahmat


29 Julai 2020/


8 Zulhijjah 1441


Read more...

UMMU JAMIL

>> Tuesday, July 28, 2020



UMMU JAMIL PENENTANG SENGIT RASULULLAH SAW

 

                                 Makam Ibrahim


NAMANYA ARWA isteri kepada Abu Lahab bapa saudara Rasulullah SAW yang amat sengit menentang Rasulullah SAW dalam penyebaran dakwah Islamiahnya ke seluruh alam. Arwa juga adik beradik Abu Sufyan bin Harb dan emaksaudara Mu’awayah.

 



Dia terkenal sebagai seorang wanita yang bongkak, sombong dan angkuh. Suka membangga-banggakan asal keturunannya.

 



Arwa diberi nama jolokan  Ummu Jamil yang bererti ibu dari kecantikan sementara  gelaran yang diberikan kepada suaminya Abdul Uzza ialah Abu Lahab yang bererti “pucuk api” kerana mukanya berseri-seri dan dia seorang yang tampan dan tegap.

 



Dia adalah salah seorang anak kepada Abdul Muthalib, seorang tokoh Quraisy yang terkenal dan disegani.

 



Ummu Jamil seperti juga suaminya Abu Lahab menentang keras dan memusuhi sengit Rasulullah SAW. Kedua-duanya adalah penentang keras Rasulullah SAW, serta sentiasa berusaha menyakiti dan menghalang usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW.

 



Ummu Jamil menabur fitnah memburuk-burukkan Rasulullah SAW kesana ke mari. Tapi semua usaha jahatnya dan suaminya Abu Laahab untuk membinasakan Rasulullah SAW itu tidak membuahkan hasil, bukan sahaja penat jerihnya tidak berkesan tapi juga harta bendanya telah terbang dengan sia-sia.

 



Ummu Jamil memaksa kedua-dua anak lelakinya menceraikan isterinya, kedua-duanya puteri Rasulullah SAW. Mereka berkahwin sebelum Islam. Anaknya Uthbah berkahwin dengan Ruqqayah dan seorang lagi anaknya Muktab  berkahwin dengan Ummu Kalthum. Tujuannya semata-mata untuk menjadikannya beban menyusahkan Rasulullah SAW.

 



Malah lebih jauh lagi dia sendiri imengumpulkan duri-duri dan meletakkannya di jalan yang biasa dilalui oleh Rasulullah SAW untuk mencederakan Rasukullah SAW.

 



Perbuatan jahat Ummu Jamil dan suaminya Abu Lahab itu telah dicela oleh Allah menerusi ayat al Quran. Dalam Surh Al-Lahab atau Masad Allah berfirman, maksudnya:

 



“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya


ia tetap binasa


Ia tidak dapat ditolong hartanya dan segala usahanya


Ia akan merasa api neraka yang mempunyai pucuk yang


marak bernyala


Dan juga isterinya,pemabawa kayu api


Di lehernya [terikat ] tali dari sabut yang terpintal kukuh”.


-Al-Masad [111]: 1-5.

 



Bila Ummu Jamil mendengar ayat-ayat tersebut sangatlah marah dia terhadap Rasulullah SAW., dia merasa Rasulullah telah mengejeknya dengan sajak terutama apabila surah ini tersiar dengan luas  membawa ancaman, kecaman dan gambaran yang khusus  menghina Ummu Jamil.

 



Demikian ulas Sayyid QutbRahimamullah ,dan seterusnya menambah, gambaran ini benar-benar menghinakan seorang wanita yang angkuh dan bongkak dengan asal usul keturunannya yang digambarkan dengan gambaran  “Perempuan yang membawa kayu api dengan seutas tali terikat di lehernya.

 



Pada suatu  hari Ummu Jamil membawa seketul batu sebesar gengamannya dan pergi mencari Rasulullah SAW yang pada waktu itu berada bersama-sama dengan sahabatnya Abu Bakar di masjid berhampiran Kaabah.

 



Bila melihat Abu Bakar Ummu Jamil pun bertanya, “Di mana kawanmu?”, kerana dia tidak nampak Rasulullah SAW yang duduk di sebeluh Abu Bakar pada waktu itu kerana pandangan matanya telah ditutup oleh Allah.

 



“Aku dengar dia mengejek aku dengan sajak, demi Allah jika aku temuinya aku akan hentam dengan batu ini. Demi Allah aku juga seorang penyajak, lalu dia pun bersajak menghina Rasulullah SAW,

 



Kata-kata yang dilafazkannya itu bermaksud dia tidak akan megngikut Rasulullah SAW dan begitu juga dia tidak menerima agama yang dibawanya dengan bahasa yang mengandungi penghinaan.kepada Rasulullah SAW.

 



Kemudian Ummu Jamil pun terus beredar dari situ dengan hati yang bengkak membara kembali ke rumahnya.

 



Walaupun ayat suci al Quran tersebut diturunkan khusus untuk mengutuknya dan suaminya Abu Lahab tapi Ummu Jamil tidak pernah insyaf dan bertaubat kepada Allah, malah berterusan melakukan kerja-kerja menghalang Rasulullah SAW berdakwah dan menyakitinya.

 



Tentang surah Masad itu, Sayyid Qutb Rahimamullah menegaskan, “Gambaran yang memberi sepenuh penghinaan itu telah dirakam dalam kitab suci dan dalam sejarah alam iaitu rakaman kemurkaan Allah dan peristiyaran perangNya terhadap Abu Lahab dan isterinya sebagai balasan atas tipu dayanya menentang dakwah dan RasulNya”.

 



Pada suatu hari Ummu Jamil seperti biasa banguan awal-awal pagi untuk memenuhi tugas biasanya memungut duri-duri untuk diletak di jalan yang biasa dilalui oleh Rasulullah SAW. Tapi hari itu dia merasa amat letih sekali dan tidak mampu untuk bangun. Namun begitu dikeraskan juga hatinya untuk bangkit walaupun dia sudah tidak berdaya lagi, kerana tugasnya meletak duri-duri di jalan yang sering dilalui oleh Rasulullah SAW belum terlaksana.




Akhirnya ketika menabur duri-duri di tengah jalan itu dia pun disambar maut akibat terlalu keletihan. Dia pergi dengan membawa dendam kesumat terhadap Rasulullah SAW.

 



Sejarah mencatatkan bahawa tidak pernah ada seorang wanita yang tidak beriman dari umat Nabi Muhammad SAW disebut dalam al Quran kecuali Ummu Jamil.

 



Dan tempatnya di akhirat juga telah ditentukan di neraka bersasma dengan suaminya Abu Lahab.

 



Sekian.

 



Pondok Rahmat

 


28 Julai 2020/

 


 Z ulhujah 1441



Read more...

YAKIN DAN TAWAKAL

>> Saturday, July 25, 2020



YAKIN DAN TAWAKAL RAHSIA KEJAYAAN

 


KISAH ini  tentang seorang guru, ahli sufi dan seorang muridnya..




Maaf saya dah lupa namanya. Pada suatu masa Syeikh dan seorang muridnya  dalam perjalanan untuk pergi ke suatu tempat.




Selepas solat di sebuah masjid di waktu Zohor mereka berdua pun meneruskan perjalanan. Pada waktu lewat senja mereka pun sampai di sebatang sungai.




Pada waktu itu kerana hari telah larut senja tidak ada lagi khidmat perahu penumpang untuk membawa mereka ke sebarang sana.




“Bagaimana guru kita hendak  ke seberang sana perahu dah tak ada lagi ni?”. Kata murid dengan nada yang risau.




Syeikh hanya diam tidak  berkata apa-apa, semacam memikirkan sesuatu. Bila muridnya mengulangi lagi pertanyaan yang sama,dia pun menjawab, “Jangan bimbang anakku, insya Allah kita akan sampai ke seberang sana”.




“Tapi bagamana?”. Tanya lagi murid.




“Sabarlah”, kata Syeikh. “nanti saya beritahu  kepadamu bagaimana kita hendak menyeberangi sungai ini”.




Setelah diam sejurus jenang, Syeikh pun berkata, “Kita berjalan ikut atas air. Bagaimana?”.




“Berjalan di atas air. Bolehkah?”.Tanya muridnya.




“Insya Allah”,Jawab Syeikh. “Dengar baik-baik apa yang guru hendak katakan ini”.




“Baik guru”.

“Begini,” kata Syeikh. “Bila kita sampai ke gigi air nanti, dan hendak memijak di atas air kaum hendaklah membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim”dan dengan yakin Insya Allah kamu akan dapat berjalan di atas air sampai ke seberang sana.Dan aku ikut berjalan di belakagnmu”.




“Tapi kau jangan berhenti membacanya sehingga engkau memijak kaki di atas daratan seberang sana”.Pesan Syeikh.




“Baik guru”,jawab muridnya.




Sebenarnya saya pun dah lupa apakah doa berjalan di atas air yang diajar oleh Syeikh kepada muridnya itu. Saya hanya mengatakan  Bismillahir Rahmanir Rahim  sekadar untuk memudahkan saya menulis kisah ini.




Kmudian mereka pun pergi ke gigi air, dan terus memijak di atas air itu dan kedua-duanya dapat berjalan dengan baik di atas air sungai itu seperti berjalan di atas daratan juga. 



Murid itu sebagaimana pesan gurunya tidak henti-henti membaca apa yang diajarkan kepadanya.




Muridnya berjalan di hadapan sebagaimana pesan guru, dan guru berjalan di belakangnya.




Bila sampai di tengah sungai  murid itu tiba-tiba “bloom” tenggelam ,tapi nasib baik Syeikh dapat menyambar sebelah tangannya dan menariknya ke atas, dan membawanya ke seberang sungai dengan selamat.




Bila naik ke darat, Syekh pun berkata, “Kenapa dengan engkau? Mula-mula kau dapat berjalan dengan baik, tapi sampai di tengah sungai kau tiba-tiba tenggelam begitu sahaja?”




“Begini guru. Mula-mula saya baca apa yang guru ajar  itu dengan tidak henti-henti, menyebabkan saya boleh berjalan di atas air, tapi bila sampai di tengah sungai, saya mendengar guru membaca doa lain daripada apa yang baca”.




“Habis tu”, tanya Syeikh.




“Saya pun terfikir, doa guru tentu lebih baik daripada doa yang guru ajarkan kepada saya, lalu sayapun  menukarnya dan mengikut bacaan guru. Sebaik-baik sahaja saya menukar bacaan itu, saya pun terus tenggelam”, terang murid.




“Oh begitu”,kata Syeikh.sambil tersenyum,”Ini satu pengajaran yang baik untukmu. Kalau kita melakukan sesuatu, hendaklah kita lakukan dengan yakin dan tawakal kepada Allah, dan jangan sama sekali suka meniru orang dengan tidak tentu fasal. Ingat tu”.Pesan Syeikh kepada anak muridnya.




Sang muridnya hanya tersenyum, dan mampu berkata, “Terima kasih guru”, katanya.




Kemudian kedengaran azan Maghrib daripada masjid berdekatan memecah kesepian petang yang permai itu. Mereka kedua pun bergeggas meninggalkan tempat itu.

 



Pondok Rahmat

25 Julai 2020/

11 Zulhijjah 1441


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP