RAHSIA DI SEBALIK AWAN BERARAK

>> Thursday, April 16, 2020





Rahsia Di Sebalik Awan Berarak


Hampir setiap pagi aku berdiri di ambang pondok memandang keluar- ke alam luas yang telah  terkuak lebar di waktu pagi.. Melihat kaki langit sebelah Barat, memerhati warna-warni bertebaran sebelum matahari muncul membasahi alam raya dengan kelembutan cahayanya.

 


Demikian juga pagi tadi. Aku berada di ambang pintu pondok seperti lumrah hampir setiap hari.


Bila aku alih pandangan mendongak, kelihatan langit kosong, sejauh mata memandang diselurbungi oleh awan warna kelabu asap. Tidak ada apa-apa yang menarik di langit saat itu  kecuali warna kaki langit yang cepat berubah-ubah menungggu fajar terserlah.


Tidak lama kemudian aku lihat ada gumpulan-gumpulan awan seperti asap muncul bergumpal-gumpal terapung-apung di langit dalam erti langit menujukkan sesuatu yang terletak di atas, juteru tepatnya dikatakan diatmosfera , Keadaan kelihatan hampir tidak bergerak dari dada langit.


Selain  awan-awan itu kelihatan  berwarna putih iada  juga yang  berwarna  kelabu, dan awan yang berwarna kelabu inilah yang biasanya kelihatan menutup seluruh permukaan langit.


Apakah sebenarnya awan itu?


Nampaknya awan itu  tidak berat, wlaun keadaanya kelihatan sebesar bukit atau gunung, ia tetap boleh  bergerak dengan mudah dan ringan sahaja di angkasa. Dan tidak pula ada berita tentang awan dari langit pernah jatuh ke bumi menimpa sesuatu tempat atau seseorang.


Mengikut kajian sains bahawa awan itu mengandungi titik-titik air yang berasal  dari bumi. Dalam proses tersebut, air laut, air sungai, air tasik dan sebagainya bila terkena panas matahari lalu bertukar menjadi wap dan kenudian wap itu naik ke atas.


Di samping itu pokok-pokok yang begitu banyak terdapat di permukaan bumi ini juga melepaskan wap air naik ke atmosfera seperti itu.


Dalam proses naik ke atas itu, wap itu  bertukar pula menjadi awan yang mengandungi ribuan titik-titik air. Awan-awan itu yang besar dan  berat, lalu ditarik ke bawah oleh daya tarik bumi, maka  awan itu guggur semula ke bumi sebagai air hujan,


Air hujan itu jatuh ke sungai, ke laut, ke tasik dan ke daratan yang akhirn’ya mengalir semula ke laut kemudian menjadi wap dan naik semula ke atmosfera..


Mengenai pergerakan awan di angkasa itu Allah menggambarkannya sebagai brikut dalam Kitab Suci al-Quran:


“Allah lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikan bergumpal-gumpal , lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia  menurunkannya kepada hamba-hamba Nya yang Dia kehendaki, tiba-tiba mereka bergembira”.ar-Rum: [30]:48.


Dan:


“Dan Allah lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami arahkan awan ke satu negeri yang mati [tandus] lalu dengan hujan itu Kami hidupkan  bumi setelah mati [kering].Seperti itulah kebangkitan itu”. Fathir [35]: 9.


Proses rangkaian yang sama, akan berulangi lagi dalam pusingan yang tidak terputus, dari bumi  naik ke langit [atomsfera] dan dari langit turun ke bumi. Dan ini menunjukkan air yang berada di bumi ini tidak pernah kering sepanjang zaman.


Awan-awan yang naik ke langit itu tidaklah berada dalam ketinggian yang sama, ada yang tinggi, ada yang sederhana dan ada yang rendah mengikut sukatan yang dibuat pakar-pakar.
Mengikut pakar-pakar, awan yang yang berada di kawasan yang tinggi itu biasanya mengandungi titik-titik air batu, tapi awan-awan yang berada di tahap yang rendah mengandungi titik air hujan yang  biasa sahaja.


Awan-awan itu dikatakan berada tinggi bila letakknyat tidak kurang dari 6,000 meter dari  bumi, dan diktakan berada dalam kedudukan pertengahan tinggi bila terletak dalam kawasan tidak kurang dari  2000 hingga 5000 meter dari bumi, dan seterusnya dikatakan berada ditahap yang rendah bila berada setinggi 2000 meter dan  ke bawah dari bumi.


Dengan itu jelaslah bahawa hujan itu berasal dari awan yang berada di atmosfera. Bila hujan turun dan menimpa bumi ada dua kemungkinan yang boleh berlaku, pertama ia boleh menyuburkan tanam-tanaman dan tanah gersang jika turun dengan jumlah yang wajar, tapi air hujan itu jika  turun dengan amat lebat, menyebabkan bumi ditimpa banjir yang akan merrosakkan pokok-pokok dan membinasakan harta benda milik manusia.


Walaupun awan-awan itu tidak pernah gugur ke bumi membawa kemusnahan, tapi awan-awan yang cukup tebal yang berada diangkasa itu boleh membawa bencana sekirannya diredah oleh kapalterbang-kapalterbang yang sedang terbang sebagaimana pernah berlaku di masa-masa yang lalu, antaranya boleh menyebakan enjin kapaltrbang  yangrosak yang boleh membawa nahas.


Tentang awan hitam  yang begumpal-gumpal di langit yang  menimpakan bencana itu telah diberitakan oleh Allah Taala dalam Kitab Suci al-Quran. Kaum yang ditimpa bencana itu adalah kaum yang zalim atau pendosa besar telah dibinasakan oleh Allah SWT akibat daripada awan tebal itu memuntahkan air hujan yang tidak terhitung banyaknya ke bumi mereka.


Kaum yang Allah binasakan itu ialah Kaum ‘Aad, iaitu kaum Nabi Hud as yang telah  menyeru mereka mentauhidkan Allah SWT dan meninggalkan perbuatan-perbuatan munkar mereka yang dilarang sama sekali oleh Allah. Tapi mereka ingkar, malah menghina dan memperolok-olokkan Nabi Hud sebagai manusia yang tidak waras.


Mereka juga mencabar Nabi Hud supaya bersegera menimpakan bala ke atas mereka jika ancaman Nabi Hud benar bahawamereka akan dihukum oleh Allah jika mereka terus ingkar. Maka tibalah bencana yang mre minta itu berupa air hujan yang turun dari awan dari langit. Akibatnya mereka semua mati berkaparan di tempat-tempat kediaman mereka.


Yang turun mncurah itu bukannya hujan rahmat tapi hujan laknat yang berlangsung tidak putus-putus selama 8 hari 7 malam yang menusnahkan  mereka dan segala harta benda mereka.
Allah berfirman:


“Maka ketika mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka berkata , “inilah awan yang akan menurunkan hujan  kepada kita”. [bukan!]. Tetapi itulah azab yang kamu minta  agar disegerakan datangnya, iaitu angin yang mengandungi azab yang pedih.


Yang menghancurkan segala sesuatu  dengan perintah Tuhannya , sehingga mereka [kaum ‘Ad] menjadi tidak tampak lagi  di bumi kecuali hanya bekas-bekas tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa”. Al-Ahqaf [46]: 24-25.


Tanda Di Awan

Orang-orang tua kita dulu mengambil beberapa kejadian yang berlaku pada awan sebagai tanda sesuatu akan berlaku, antaranya:


-Bila awan di langit gelap perkat mereka meramalkan hujan lebat akan segera turun mencurah.


-Jika pada malam bulan terang, awan-awan kelihatan dalam bentuk bersisik kulit ikan mereka percaya bahawa para nelayan di laut dapat menangkap yang banyak, kerana itu harga ikan di pasaran murah.


-Kalau waktu pagi, awan-awan berwarna merah kelihatan menutupi langit adalah dipercayai perkara yang tidak baik akan berlaku seperti pertumpahan darah.


Demikianlah dalam proses pembentukan awan-awan di langit dengan hujan turun ke bumi dan kebinasan kaum yang zalim itu sudah cukup kepada orang yang waras untuk menyedari dan mengkui akan adanya Allaj Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana yang mengatur alam buana ini.




Pondok Rahmat
16 April 2020/
22 Syaaban 1441

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP