HARTA;BELANJA SECARA HALAL
>> Sunday, April 3, 2016
HARTA: BELANJA SECARA HALAL
Pergi Buat Selama-lamanya
KITA dituntut mencari harta secara halal, secara bersih dan mulia, dan tidak bercanggah dengan undang-undang dan hukum-hakam.
Sebaliknya
kita dilarang mencari rezeki secara tidak halal, tegasnya secara haram, yakni cara
yang bercanggah dengan peraturan, udang-undang dan syara’ atau ketetapan agama.
Seperti mencuri, merompak, menyamun, menipu, maksiat, dan korupsi.
Para
pelanggar ketetapan tersebut, akan menerima pembalasan yang setempal, mungkin
semasa di dunia, dan yang pastinya di Akhirat nanti.
Orang-orang
Islam bukan sahaja diperintah mencari harta kekayaan secara halal, tapi juga
mereka diperintah supaya membelanjakan harta yang mereka perolehi secara halal
itu secara berhemat dan halal, sebagaimana mereka dituntut semasa
mencari rezeki.
Harta
yang diperolehi secara halal itupun hendaklah dibelanjakan secara halal pula,
iaitu mengikut jalan yang diredai oleh Allah. Dengan berbuat demikian, maka barulah
pemilik harta akan mendapat ganjaran yang berkekalan dari dunia hingga Akhirat.
Walaupun jasadnya telah hancur di tanah perkuburan,tapi namanya yang baik
sentiasa mengharum dan menjdai ingatan sepanjang zaman.
Dengan
cara itu harta-harta yang dimiliki oleh seseorang itu akan sentiasa memberi
manfaat kepadanya dari hidup sampai ke mati. Antara amal-amal yang baik itu
ialah membelanjakan harta dengan cara
yang wajar untuk anak dan isteri, bersedekah, membantu fakir miskin yang amat
berhajat kepadanya, memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan sebagainya
dari usaha-usha kebajikan yang mulia dan
terpuji.
Justeru
dalam membelanjakan harta itu jangan terlalu kurang, sehingga mencapai darjah
kikir atau kedekut, dan sebaliknya jangan pula bersifat berlebihan hingga
menjadi pemboros. Kedua-duanya merugikan diri sendiri.
Ada
orang berbelanja terlalu boros, melebihi daripada perolehan, sehingga berkawan
dengan syaitan, menyebabkan kehidupan mereka menjadi purak-peranda dan menderita
kesusahan. Sebaliknya si bakhil pula menjadi susah kerana enggan membelanjakan
harta mereka untuk kepentingan diri sendiri sekalipun kerana mabuk dengan harta
kekayaan. Akibatnya Zakat yang wajib dikeluarkan itupun mereka enggan
mengeluarkannya.
Oleh
itu sebaik-baik sikap yang perlu diambil ialah berada di jalan tengah. Tidak
boros dan tidak bakhil. Bersedarhana adalah tuntutan agama. Ibarat sebatang galah, di sebelah hujung terletak
boros dan sebelah hujung lagi terletak bakhil, maka sederhana adalah terletak
di tengah-tengah galah itu, di mana ianya tidak berat ke kanan dan tidak juga
condong ke kiri. Seimbang. Tidak berat sebelah. Itulah sederhana.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Dan orang-orang yang apabila
membelanjakan [harta], mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak [pula] kikir,
dan adalah [perbelanjaan itu] di tengah-tengah antara yang demikian”. Al-Furqan
[25]:67.
Dan:
“Dan janganlah engkau jadikan
tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan [pula] engkau terlalu
menghulurkannya [sangat pemurah] nanti kamu menjadi tercela dan menyesal”.
Al-Isra’ [17]: 29.
Sebaliknya
Allah juga mencela orang-orang yang boros, membazir, menghamburkan harta di
jalan yang tidak diredai Allah, berbuat maksiat kepada-Nya kerana menurut
tuntutan gejolak hawa nafsu yang tidak terbatas. Pemboros adalah manusia yang
tidak bersyukur dengan pengurniaan Allah kepadanya. Allah menyamakan pemboros seperti syaitan yang
sangat kafir dengan-Nya.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang
pemboros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada
Tuhannya”. Al-Isra’ [17]- 27.
Justeru
gunalah harta dengan sebaik-baiknya. Semasa hidup di dunia jangan terpedaya
dengan harta dunia. Jangan jadi hamba harta. Celakalah orang-orang yang jadi
hamba harta.
Harta
yang banyak tidak mejamin kebahagian seseorang. Harta bukannya faktor tunggal
sumber kebahagian. Demikian juga bukan kerana harta yang sedikit yang
menyusahkan orang. Kerana kebahagian itu terletak pada hati yang tenang dan
tenteram, penuh bersalut dengan cahaya keimanan dan ketakwaan.
Harta
kekayaan tidak dapat membeli kebahagiaan. Kebahagian tidak dapat dibeli dengan
wang ringgit. Kebahagian bukan barang lelongan. Ia sesuatu yang murni dan
luhur. Kebahagian bukan bersifat kebendaan. Kalau tidak semua orang kaya, para
hartawan hidup bahagia. Mereka sudah tentun bersedia untuk membelinya walaupun
dengan harga yang mahal.
Justeru
bukan sedikit orang yang kaya raya, para jutawan, mempunyai kehidupan yang
tidak bahagia, hidup mereka tidak tenteram, keluarga kucar-kacir, di antara
mereka ada yang menderita penyakit yang kronis, setiap hari hidup berteman
ubat, kerana itu tidak bebas menikmati makanan, mempunyai gaya hidup yang
terlalu sibuk siang dan malam, kerana wang dan wang. Akibatnya hati tidak
tenteram, jauh daripada merasa bahagia.
Setiap hari masa berlalu. Usia terus larut. Hati gelisah tetap juga resah. Kebahagian yang
diharap tidak pernah kunjung tiba. Jiwa makin sangsara. Dan akhirnya tiba-tiba
ajal diambil Allah. Maka tinggallah harta dan kekayaan yang menimbun. Dan yang
dibawa hanya kain pembungkus jasad yang kaku.
Sesungguhnya
dunia ini hanya sementara. Dunia ini bukan tempat yang kaya, kerana ada lagi
tempat yang jauh lebih kaya dari dunia ini. Dunia ini bukan tempat yang mewah,
kerana ada lagi tempat yang lebih mewah. Dunia ini bukanlah tempat yang indah,
kerana ada lagi tempat yang jauh lebih indah. Dunia ini bukan tempat yang
sedap, kerana ada lagi tempat yang jauh lebih lazat.
Tapi
oleh sebab manusia jenis makhluk yang suka mencari kebajikan daripada sesuatu yang
boleh dilihat dengan mata kasar, mencari sesuatu yang dapat dirasa oleh naluri
pancaindera kita, maka kita pun menjadi makhluk yang tersesat. Maka kita pun
terikat dengan dunia ini, mata kita menjadi buta, dan telinga menjadi pekak
untuk melihat dan mendengar sesuatu di sebalik dunia yang nyata ini. Kita
jadi lupakan Akhirat yang lebih baik daripada segala-galanya itu.
Akibatnya
kita ditimpa kesusahan dan kepayahan dalam hidup. Waktu miskin kita susah
kerana kita miskin. Waktu kaya kita susah kerana kekayaan kita. Sebab kerana
ruhani kita, batin kita miskin dan papa kedana, dan kalau kita kaya pun kita
hanya kaya badani kita sahaja.
Cubalah
rasa-rasakan. Bukankah tidak ada perbedaan perasaan lapar yang dirasa oleh
orang kaya dengan orang miskin? Tidak ada beza rasa sakit yang ditanggung oleh
orang kaya dengan rasa sakit yang ditanggung oleh orang miskin? Tidak ada beza
demam orang kaya dengan demam orang miskin? Dan akhirnya kedua-dua, si kaya dan
si miskin akan berkahir dengan kematian. Baik yang tinggal di istana emas, atau
yang tinggal di gobak usang, ditepi desa yang gersang, yang tidur di tilam yang
empuk dengan yang tidur di kakilima-kakilima, semuanya akan berakhir dengan
kematian. Sesudah bersemadi beberapa waktu, kedua-dua mayat, si kaya dan si
miskin akan berulat dan akhirnya hancur lebur, kecuali anggota yang tertentu.
Semuanya sama sahaja kaya atau miskin.
Ingatlah
sebaik-baik sahaja seseorang melangkah pintu dan di Padang Masyhar, dia akan
ditanya dan diminta pertanggungjawab tentang beberapa perkara, termasuk harta
bendanya.
Baginda
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak akan bergerak kedua kaki Anak Adam di hari Kiamat, melainkan sesudah ditanya tentang empat perkara:
“Tidak akan bergerak kedua kaki Anak Adam di hari Kiamat, melainkan sesudah ditanya tentang empat perkara:
Tentang
umurnya di mana dihabiskan.
Tentang
masa mudanya apa yang sudah ia lakukan.
Tentang
hartanya di mana didapati dan ke manakah dicurahkan
Dan
tentang ilmunya apa yang sudah dilakukan dengan ilmunya”.
HR:Bukhari.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu,
Kelantan.
0 comments:
Post a Comment