SIAPA TAKUTKAN ALLAH, MARI IKUT SAYA?
>> Monday, April 11, 2016
“SIAPA TAKUTKAN
ALLAH? MARI IKUT SAYA”
Masjid ialah rumah
suci bagi umat Islam, Ia bukan sahaja riumah untuk bersolat dan mengaji al-Quran,
tapi merangkumi seluruh budaya hidup umat Islam terpancar dari masjid.
Antara dua
personaliti penting sesebuah masjid ialah Imam dan Bilal. Imam tugas utamanya
mengimankan solat lima waktu, sementara Bilal mengazankan bang untuk memanggil
orang-orang Islam datang bersolat di masjid setiap lima waktu sehari semalam.
Kedua-dua
personaliti ini seharusnya bekerjasama dengan erat antara satu sama lain demi
untuk menjaga kesejahteraan masjid dan segala aktiviti yang ingin dijalankan
dapat berjalan lancar.
Namun begitu, tidak
jarang pula, antara dua tokoh penting masjid itu tidak berjalan seiring. Pak
Imam hala ke kiri, sementara Tok Bilal miring ke kanan. Kadang-kadang perseteruan ini
boleh mengundang kecelaruan dalam aktiviti-aktiviti masjid.
Di puncak
perselisihan ini tercetus tuduhan-tuduhan antara satu sama lain. Pak Imam
menuduh, hanya dia sahaja yang takutkan Allah, tapi Tok Bilal tidak takutkan
Allah. Sebaliknya Tok Bilal juga menuduh perkara yang sama pada Tok Imam dan
kuncu-kuncunya.
Erkara ini berlaku di sebuah masjid, di mana Pak Iman dan Tok Bila tidak seiring jalan. Di kemuncak
persengketaan itu, pada suatu hari selepas Solat Asar seorang lelaki
berlari-lari naik ke atas masjid dengan sebilah pisau di tangan yang berlumuran
dengan darah. Dia pergi ke hadapan masjid dan berseru, “Wahai saudara-saudaraku
sekalian, siapakah di antara kamu yang takutkan Allah, marilah ikut saya”.
Para jemaah terdiam. Mereka
melihat lelaki itu dengan pakaian yang tidak cermat, tangan yang berlumuran
darah, sambil mengenggam sebilah pisai, merasa gentar dan kebingongan. Lelaki
itu mengulang lagi kata-kata yang sama untuk beberapa kali.
Lelaki itu seorang
penduduk tempatan yang rumahnya kejauhan sedikit dari masjid kerana itu dia
tidak begitu dikenali. Tadi dia tidak sempat solat Asar berjmaah, kerana
terlewat sampai.
Para jemaah yang
merasa kegentaran, seorng semi seorang terus bangkit dan segera meninggalkan masjid untuk mengelak
daripada perkara yang tidak diingin akan berlaku menimpa mereka.
Akhirnya bila semua
jemaah telah melarikan diri, maka yang tinggal hanya Pak Imam dan Pak Bilal
yang duduk berdekatan.
Lelaki itu berseru
lagi, “Siapakah antara tuan-tuan kedua yang takutkan Allah?”.
Tok Imam secara
sepontan menjawab, “Dialah orang yang takutkan Allah”, sambil tangannya
menuding ke arah Tok Bilal yang di hadapannya.
Tok Bilal amat
terkejut dengan kata-kata Tok Imam itu, lalu segera menjawab, “Tidak. Itu
tidak betul. Itu fitnah”.
Beliau lalu bangun
berdiri, sambil berkata, “Itu fitnah. Yang sebenarnya Pak Imamlah yang takutkan
Allah”. Beliau lalu bergegas menuju ke pintu masjid dan langsung menghilangkan
diri.
Pak Imam pula bila
mendengar kata-kata Bilal itu terus bingkas bangun dan berkata, “Siapa kata?
Itu tuduhan yang tidak betul. Fitnah belaka”. Beliau pun terus menuju ke pintu
menghilangkan diri.
Bila semua orang
telah meninggalkan masjid, lelaki itu kedengaran ketawa sinis, “Saya hanya
ingin mengajak beberapa orang untuk menolong saya melapah dan memasak dua ekor
kambing yang saya semblih untuk diberi makan kepada para jemaah malam nanti.
Tapi malangnya tidak ada siapa pun yang sudi".
Dengan ketawa, dia
terus turun dari masjid, dan pergi mencari orang-orang yang berhampiran untuk
membantunya memasak kambing-kambing tersebut.
Lagu mana ni?
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment