MARI BERTEWAS, TAPI JANGAN ILAT
>> Thursday, April 7, 2016
Hidup ini memang penuh dengan perjuangan. Bertewas atau berlawan adalah
perkara biasa. Siapa yang menang dia berjaya.
Anak-anak atau cuc-cucu kita sekarang, yang melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi pun terpakasa bertewas dengan pelajar-pelajar lain yang
mungkin berebut-rebut untuk memasuki tempat yang serupa. Kalau tempatnya
sedikit pertandingannya tentu sengit. Kalau cukup syarat dan bernasib baik mereka menang dan berjaya.
Namun begitu ada orang yang tidak bersedia menerima kekalahan, lalu mereka
laku berbagai-bagai untuk memenangkannya, walaupun di luar kewajaran. Mereka
mencipta pertandingan yang tidak sihat. Biasanya mengikut jalan haram.
Cara Bertewas
Ada beberapa cara bertewas itu berlangsung. Pertama berupa anjuran pihak
lain, dan kedua bertewas tanpa penganjur, dan berlangsung secara senyap-senyap.
Bertewas berpenganjur ini biasanya pertandingan dalam bidang seni budaya dan
sukan, malah dalam bidang keagamaan juga dimasukkan unsur-unsur brtewas.
Bertewas dalam bidang seni, antaranya dalam bidang karang mengarang,
seperti mencipta puisi, cerpen, novel, drama dan essei.
Dan pertandingan yang sentiasa popular ialah pertandingan lagu, iaitu untuk
memilih penyanyi-penyanyi yang mempunyai suara yang menarik dan merdu. Kalau
kita lihat pertandingan ini yang berlangsung diTV amatlah mersiahnya.
Dan akhir-akhir ini menjadi popular pula pertandingan membuat orang ketawa,
pertandingan melawak. Mereka yang terpilih sebgai juara, tidak dipanggil juara
lawak, tapi lebih tinggi diangkat darjahnya, iaitu sebagai raja lawak. Woo hebatnya!
Bertewas dalam bidang budaya seperti pertandingan tari menari, pertandingan
silat, iaitu silat cantik tarinya dan silat jatuh.
Pertandingan dalam bidang masak memasak untuk lama mencapai peringkat
intrnasional. Dalam hal ini makanan yang ditnani itu mestilah cepat disiapkan, kelihatan
indah dan lain-lain serta sedap rasannya kepada selera pengadil. Baru boleh diangkat
sebagai wira masak.
Memelihara burung adalah sejenis kegemaran yang telah lama di kalangan
orang-orang Melayu. Justeru tidaklah hairan kalau burung-burun pun dimasukkan
ke dalam kategori pertandingan.Biasanya burung yang dipertandingkan ialah burung
ketitir atau merbuk, burung candik, burung tekukur. Yang dipertandingkan ialah
suara-suara burung-burung tersebut.
Ikan adalah sejenis makanan yang digemari oleh manusia di seluruh dunia.
Daripada ikan-ikan itu ada jenis-jenis ikan tertentu tidak dijadikan makanan,
tapi dipelihara untuk suka-suka kerana rupanya yang cantik dan sebagainya.
Justeru ikan-ikan itu juga dijadikan bahan pertandingan. Antaranya memilih
juara menangkap ikan dan juga pertandingan belaga ikan, yang pada masa dulu
pertandingan berlaga ikan ini melibatkan perjudian, sebagaimana pertandingan larian
kuda lumba hari ini. Yang berbeza pertandingan ikan, dan pelaga ayam dilakukan
secara haram, tapi pertandingan kuda lumba dilakukan secara halal di sisi
undang-undang, walaupun kedua-duanya sama-sama berjudi.
Pada suatu ketika suara belalang pun dipertandingkan untuk diperdengarkan
di khalayak ramai. Sehingga timbul kisah-kisah yang seram, tentang kemunculan “belalang
pelesit”.
Dalam bidang alat permainan, seperti pertandingan rebana, khususnya rebana
ubi, pertandingan memalu kertok, pertandingan meniup flute, memain viola dan
sebagainya.
Wau atau layang-layang adalah sejenis permainan tradisi orang-orang Melayu
yang diangkat ke peringkat antara bangsa. Ada dua jenis bentuk pertandingan wau,
iaitu pertandingan wau cantik dan pertandingan wau naik.
Di samping itu ada pula pertandingan memilih ratu cantik ayam, umpamanya
ayam serama yang indah rupa parasnya, sebagaimana dilakukan dalam pemilihan
ratu cantik di kalangan manusia.
Dan yang paling popular dan hidup sampai sekarang ialah bertewas berdikir,
iaitu berdikir barat.
Sejauh yang ketahui bertewas dalam bidang sukan amatlah banyak. Macam-macam
jenis, dan kebanyakan berada di peringkat antara bangsa. Antara yang digemari
ramai ialah bola sepak dan badminton.
Bertewas dalam bidang agama pula, seperti pertandingan membaca al-Quran,
untuk memilih qari dan qariah yang berwibawa pembacaannya, pertandingan bezanji,
bersalawat dan sebagainya.
Para pemenang pertandingan itu dikenali dengan nama juara, seperti juara
badminton, juarabola sepak dan sebagainya.
Biasanya jika pemenang-pemenang itu menyertai pertandingan tersebut yang
dianjurkan oleh sesuatu pihak, mereka akan diberikan hadiah-hadiah tertentu
oleh pihak penganjur. Hadiah-hadiah itu ada berupa wang atau barang-barang.
Pertandingan Tanpa Penganjur
Pertandingan tanpa penganjur adalah pertandingan sendiri-sendirian. Orang
yang dijadikan lawan bertewas pun mugkin tidak menyedarinya, atau baru
menyedarinya lama kemudian, setelah merasa kesan-kesan pertandingan yang amat
dirahsiakan itu.
Pertandingan seperti ini biasanya berlaku kerana berebutkan sesuatu, biasanya
melibatkan perniagaan atau melibatkan manusia yang menjadi perebutan, iaitu
lelaki merebut wanita dan wanita merebut lelaki.
Bila perniagaan seseorang maju, peniaga lain biasanya akan cemburu dan
marah, kerana perniagaan makanananya tidak semaju rakan niaganya itu yang telah
dianggap lawan. Lalu diapun berusaha untuk menumpaskan rakan niaganya itu
dengan apa cara sekali pun.
Kalau dia berusaha menambahbaikkan lagi pernaigaannya tidaklah mengapa.
Tapi malangnya mereka tidak berbuat demikian. Mereka lakukan jalan pintas
memusnahkan perniagaan dan juga pengusahanya yang dianggap musuh dengan secara
ghaib menggunakan ilmu hitam. Tegasnya mereka mengguna sihir.
Demikian juga dengan bisness yang lebih tinggi, untuk memperolehi sesuatu
projek besar, mereka tidak takut-takut menggunakan ilmu sihir untuk menumpaskan
lawannya dan dia yang berjaya mendapat projek tersebut.
Hari ini, perkara-perkara seperti ini kian banyak yang berlaku di seluruh
negara. Berapa ramai orang ramai orang yang telah menjadi korban sihir, baik
mereka sedari ataupun tidak sedari. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa.
Pengguna-pengguna sihir akan dilaknat.
Sepatutnya mereka bertewas untuk melakukan kebaikan. Bertewas untuk berbuat
kebajikan. Bertewas untuk bersedekah. Bertewas menolong orang-orang susah,
anak-anak yatim dan sebagainya dari kerja-kerja kebajikan, bukannya bertewas
untuk memusnahkan orang lain yang tidak berdosa.
Marilah kita kembali ke jalan yang benar, jalan yang diredai Allah. Jangan
main ilat. Nanti berdosa. Bertanding dengan bersih sebagai hamba Allah yang
ikhlas dan jujur untuk mendapat keredaan-Nya. Semoga kita berbahagia di dunia
dan di Akhirat.
Jalan Teratai,
Soujana Utama 3,
0 comments:
Post a Comment