PIIRAS MEMBAWA BAHANA

>> Thursday, January 28, 2016








PIRAS MEMBAWA BAHANA


Baru-baru ini beberapa orang cucu saya menjadi mangsa gigitan piras. Umur mereka antara satu tahun dan enam tahun.


Gejala-gejalanya demam, moyok, tidak tenteram, dan mudah tersentuh.


Piras adalah sejenis kutu binatang yang  kecil,  terdapat pada lembu, dan kuda. Ia berbeza dari kutu atas kepala dan kutu ayam yang dipanggil tuma atau tungai.


Mula-mula kena giggit itu tidak terasa sakit, walaupun terasa macam demam. Kerjanya menghisap darah. Sukar untuk jatuh sendiri walaupun perutnya membuntal berisi dengan darah mangsa. Waktu hendak menanggalnya itu terpaksa ditarik, dan terasa sedikit sakit.


Kawasan-kawasan badan yang sering dihinggapiNya ialah di tepi-tepi kepala, di lipatan telinga, dan di pusat, iaitu di bahagian kulit yang berlipat atau berbulu.


Piras yang telah diceraikan dari badan itu, biasanya diletak di atas ibu kuku dan ditindas dengan kuku yang sebelah lagi yang menyebabkan darah mercik, kalau sudah kenyang dan banyak darah yang dihisapnya.


Tidaklah mudah untuk menceraikannya dari kulit yang dicengkamnya, kerana cengkaman kuku-kukunya cukup kuat dan pula tubuhnya kecil. Ia boleh menyebabkan luka dan berdarah sedikit.


Saya sudah beberapa kali digigit piras sepAnjang hidup saya. Dan kali terakhir ialah beberapa hari yang lalu, yang menyebabkan bahagian kepala saya bengkak kecil dan masih lagi terasa sakit bekas cengkaman gigitan dan kuku-kukunya selepas ia dibuang.


Sudah beberapa tahun kami tinggal di sini tidak pernah ada piras, tidak ada siapa yang kena gigit piras. Hanya baru sehari dua ini piras menjadi ancaman.

Justeru itu prasangka  kami piras-piras ini berasal daripada beberapa ekor kuda. Justeru sekarang muim berangin, maka piras-piras itu mungkin diterbangkan oleh angin dan jatuh atas badan kami atau pakaian kami yang sedang jemur di luar rumah.


Pada suatu masa di sebuah kampung ada seorang wanita dalam usia tiga puluhan tahun. Dia seorang wanita yang sihat dan rajin. Pada suatu hari, tiba-tiba dia merasa payu daranya sakit, dan kemudian berangsur-angsur membengkak. Dia juga merasa seram sejuk, dan demam secara tiba-tiba.

 
Setelah dua hari demamnya tidak baik-baik dan payu daranya tidak berhenti sakit, seorang bomoh telah dipanggil. Tapi tok bomoh hanya boleh merawat tanpa melihat atau melakukan apa-apa pemeriksaan terhadap payu daranya kerana dia seorang lelaki. Namun begitu dia mencari akar-akar  kayu tertentu dan memberi kepada suami wanita itu supaya mengasahnya dengan sedikit air dan menyapunya kepada tetek yang bengkak itu.


Tapi setelah dua hari berlalu, tidak adaapa-apa kesan yang positif berlaku, sakitnya masih belum berkurangan dan bengkaknya masih belum surut-surut juga. Akhirnya timbul lintasan fikiran kepada mertuanya bahawa menantu kesayangannya itu mungkin telah terkena buatan orang yang dengki kepada mereka.


Perkara ini tdak boleh dibiarkan, katanya sendirian. Sesuatu mesti segera dilakaukan. Fikir punya fikir, maka dia pun meberitahu menantunya apa yang dia fikirkan dan cara-cara yang baik  untuk mengatasinya.


Dia memberithau dia hendak memanggil main petri untuk menghalau jin-jin buatan orang yang jahat itu. Mula-mulanya wanita  itu membantah, demikian juga suaminya, tapi oleh desakan ibu terlalu kuat, maka dia terpaksa akur juga untuk mengambil hati ibunya.


Pada masa itu khurafat sangat meluas dalam masyarakat.


Petri ialah sejenis permainan untuk tujuan rawatan yang melibatkan makhluk-makhluk halus, jin, hantu dan syaitan. Pada masa itu untuk main petri seperti itu terpaksa menghabiskan perbelanjaan ratusan ringgit juga sekali bermain.


Ringkasnya kata Tok Petri wanita itu memang terkena buatan orang. Dia menjadi mangsa hasad dan dengki orang. Ada orang meletak sesuatu benda di bawah rumahnya yang menyebabkan dia sakit, dan benda itu telah diambil dan dibuang ke sungai secara ghaib oleh khadamnya.


Tapi  beberapa hari telah berlalu keadaan masih juga belum berubah. Bengak payu daranya tidak surut-surut, dan dia masih demam-demam.


Petang itu, kerana tidak tertahan, dia menghilangkan rasa malu, memanggil anak daranya masuk ke bilik. Setelah pintu bili diselak, dia membuka bajunya dan meminta anakna itu memeriksa teteknya takut-takut ada bermata untuk menanah. Setelah diperiksa anaknya itu menemui sesuatu di bawah tetek ibunya. Dua ekor piras yang telah kekenyangan. Dia menarik piras-piras itu dari tetek ibunya dan menindas dengan kedua-kedua kuku ibu jarinya. Darah mercik keluar setelah perutnya pecah.


“Oh piras rupanya”, kata wanita itu kepada anaknya. Dia melarang anaknya memberitahu kepada sesiapa pun tentang hal itu kerana boleh memalukan. Beberapa jam selepas itu demamnya segera berangsur hilang, dan teteknya mulai berkurangan sakit dan bengkaknya mulai surut.


Bila ditanya oleh mertuanya adakah dia telah baik, dia mengangguk kepala sambil tersenyum-senyum. Sementara anaknya pula yang berada berhampiran ketawa bekekeh-kekeh.


Demikian peranan piras yang menimpakan bahana.


Ibunya memadang dengan kehairanan?



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh,Koa Bharu Kelantan, Malaysia





N

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP