BEERSEDERHANA UNTUK SIHAT
>> Tuesday, January 19, 2016
BERSEDERHANA UNTUK SIHAT
Setiap orang yang waras ingin hidup sihat. Kesihatan itu penting sekali. Hanya dengan memiliki kesihatan sahaja kita dapat berfikir, bekerja dan melakukan apa yang kita kehendaki dengan sebaik-baiknya termasuk usaha-usaha ibadat.
Kerja boleh menyihatkan badan
Sebaliknya orang-orang yang sakit, khususnya sakit kronik, pergerakannya terbatas, mereka tidak dapat bekerja dengan sewajarnya, malah mungkin terlentang di pembaringan di mana hidupnya dikendalikan oleh orang lain.
Jangan kita lupa, selain makan minum dan pergerakan badan, banyak lagi perkara-perkara yang sentiasa memberi sumbangan kepada kesihatan kita, baik kita sedari atau tidak sedari. Faktor-faktor ini penting dalam menentukn kesihatan kita.
Keseluruhan hidup kita setiap hari, makan minum kita, tidur bangun kita, gerk-geri kita semuanya mempunyai pengaruh yang penting terhadap kesihatan kita.
Demikian juga dengan cara kita berfikir, cara kita membuat keputusan,
menentukan sikap, bertindak dan sebagainya sudah tentu mempunyai pengaruh yang besar
terhdap taraf kesihatan kita.
Fikiran-fikiran yang positif, yang membina, fikiran-fikiran yang mulia, sabar, tenang, bertolak angsur, pemurah, lapang dada, sederhana, semuanya akan memabantu kita untuk mencpai kesihatan yang baik.
Tapi fikiran-fikiran negatif akan menimpakan kebinasan kepada diri kita,
kerana ia akan merosakkan bahan-bahan binaan yang ada dalam badan kita. Justeru itu
jangan biarkan ketakutan, kebimbangan, keraguan, kebencian, permusuhan,
kedengkian, rakus, sombong dan sebagainya bermaharajalela menguasai diri kita
dan daya berfikir kita, kerana semunya akan berakhir dengan kebinasaan.
Hati-hatilah, lambat atau bangat, cepat atau lama, kesan-kesan fikiran
yang negatif itu akan merosakkan mana-mana bahagian anggota badan seseorang,
walapun sekuat mana atau sesasa mana pun bentuk badan seseorang itu, ahli bina
badan sekalipun.
Keadaan menjadi tambah buruk, jika seseorang itu terlibat dalam penggunaan
dadah, arak, rokok, berzina dan seumpamanya. Lebih cepat kemusnahan akan menimpa
jika dilakukan secara yang berlebihan atau melampau.
Satu perkara yang patut kita sentiasa ingat kunci kesihatan yang baik ialah bersikap sederhana. Bersederhana dalam semua perkara. Sikap sederhana akan menjadi kayu ukur untuk menentukan keseluruhan kesihatan kita untuk masa kini dan akan datang. Jika kita bertindak melampaui batas ancaman bahaya akan sentiasa menunggu kita dengan sengatnya yang berbisa. Jangan biarkan sikap melampau merosakkan diri kita.
Kesihataan itu adalah segala-galanya untuk kita untuk hidup dengan normal dan sejahtera lahir dan batin.
Jangan jadi seperti lelaki ini yang saya kutip daripada buku. karya Harold Sherman, katanya: Beliau telah bertemu dengan seorang lelaki di suatu mjlis ramai yang telah pun mati kerana penyakit bengkak paru-paru [emphysema]. Lelaki itu bercakap dengannya sambil mengunyah cerut yang berukuran besar.
Lelaki itu berkata kepadanya, “Doktor memberi tempoh enam bulan kepada saya untuk hidup”
Bertanya Harlod Sherman, “Adakah doktor tidak memberi nasihat kepada anda supaya berhenti merokok?”.
“Setan. Memang ada”. Jawab lelaki itu.
Bertanya lagi penulis itu, “Berapa banyak anda menghisap rokok setiap hari?”.
Lelaki itu menjawab, “Antara dua hingga tiga kotak rokok sehari, dan
mungkin pula beberapa batang cerut lagi”.
Penulis buku berkata lagi, “ Anda nampaknya tidak peduli anda hidup atau
mati”.
Lelaki itu menghisap cerutnya dan menghembuskannya ke dalam udara, sambil
mengangkat kedua bahunya, dan berkata, “Merokok adalah salah satu daripada
sedikit keseronakan yang masih tinggal kepada saya. Oleh itu jika saya mati sebulan atau dua bulan lebih cepat, ada
apakah bezanya?”.
Seterusnya Harlod Sherman membuat kesimpulan bahawa berusaha untuk menyembuhkan
orang seperti itu adalah sia-sia belaka. Sesiapa yang bertindak melulu seperti itu terhadap ciptaan Allah akan
mengalami nasib yang sama.
Saya juga pernah bertemu dengan seorang lelaki yang meghidap penyakit
jantung. Doktor menasihati supaya berpantang daripada memakan makanan-makanan
tertentu. Tapi dia tidak senang dengan larangan doktor itu. Dia tidak
berpantang, dia lantak apa sahaja yang hendak dimakannya, termasuk makanan
berlemak, masin dan terus juga merokok. Akibatnya daripada penyakit jantung,
dia mendapat beberapa jenis penyakit lagi. Tapi dia masih juga belum bersedia
untuk berpantang. Katanya hidup ini mesti dinikmati, maka kenikmatan itulah
yang dicarinya. Apa pendapat anda tentang orang ini? Adakah tindakannya itu
wajar?
Tapi jangan pula lupa, untuk hidup sihat, kita hendaklah hidup bersederhana
dalam semua perkara. Termasuk makan minum. Juga kita mesti berfikir positif dan
hidup dengan positif, Jangan dibiarkan fikiran negatif, perasaan negatif dan
tindakan negatif mewarnai hidup kita, kerana semuanya akan meracuni hidup kita.
Kedua-duanya saling kait mengait antara satu sama lain. Sederhana dan positif.
Namun begitu Allah Maha Berkuasa. Dialah penentu segala-galanya. Berserahlah
kepada Allah dalam semua perkara, dan redalah di atas takdir yang
ditentukan-Nya.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment