CERITA DI SEBALIK KARTUN

>> Saturday, January 23, 2016







CERITA DI SEBALIK KARTUN



Apa reaksi kita ketika melihat kartun di bawah?


Kita mungkin terseyum lebar melihat wanita itu memayungi anjing dan membiarkan dirinya basah bermandi hujan.


Kita mungkin ketawa  melihat wanita itu membiarkan dirinya basah ditimpa hujan, sebaliknya memayungi anjingnya dari ditimpa hujan.


Hati kita mungkin berkata, “Alangkah bodohnya wantia ini? Kartun sungguh!"


Tapi tidak mungkinkah dalam kehidupan seharian, ada orang yang rela berkorban demi kepentingan orang lain? Orang yang sanggup berkorban apa sahaja demi keselamatan dan kegembiraan orang yang dicintainya.


Tidakkah kita sering berdepan dengan kenyataan bahawa ada orang-orang yang sanggup mendedahkan dirinya pada bahaya dan merempuh api yang marak menyala untuk menyelamatkan orang-orang yang disayanginya daripada mati hangus dalam rumah yang sedang terbakar?


Bagi saya kartun ini membawa mesej yang besar dalam menggambarkan sifat-sifat cinta dan kasih sayang sesama makhluk, bukan sahaja kepada sesama manusia tapi juga kepada haiwan yang tidak berakal fikiran.


Saya teringat sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. mengenai seorang lelaki dan seekor anjing. Ringkasan ceritanya begini.


Pada suatu masa ada seorang penggembara yang kehausan. Dia berhenti di sebuah telaga dan turun untuk meminum airnya. Setelah dahaganya puas, dia pun naik untuk meninggalkan telaga itu.


Tiba-tiba, dia melihat ada seekor anjing yang menjelir-jelirkan lidahnya kedahagaan.


“Anjing ini tentu merasa haus sebagaimana aku merasanya tadi”, Bisik hatinya.


Kemudian dia turun semula ke dalam telaga dan mengisi air dalam kasutnya hingga penuh. Untuk membolehkan dia naik, dia mengiggit kasut itu dengan mulutnya.


Bila sampai di atas, dia pun memberikan air dalam kasutnya itu kepada anjing itu minum.


Rasulullah seterusnya berkata, "Allah pun berterima kasih kepadanya dan mengampunkan dosanya”.





Maka para sahabat pun bertanya, “Wahai Rasulullah s.a.w. apakah kami akan mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang?”.


Baginda menjawab, “Berbuat baik kepada setiap makhluk yang bernyawa adalah sedekah”. HR:Bukhari dan Muslim.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan Malaysia.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP