MENCARI KETENANGAN DI PUTERA VALLEY

>> Saturday, October 31, 2015







MENCARI KETENANGAN DI PUTERA VALLEY



Saya berada di Putera Valley satu petang, satu malam dan satu pagi menikmati persekitaran yang aman damai. Kami berada di situ pada hari Rabu pukul dua petang dan keluar dari situ pada pagi Khamis, pukul dua belas tengah hari.




                                      Barisan perahu kayak di Tasik Cik Siti Wan Kembang



                                          Tasik Cik Siti Wan Kembang Tenang Dan Damai




                                         Kedamaian Terdapat Di sini


Putera Valley adalah sebuah projek yang dibina dalam hutan yang tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonnyq diselia dengan baik untuk memberi suasana keselesaan kepada pengunjungnya. Ianya sebuah lembah yang di sebelah hadapannya dijajari oleh Lebuh Raha Tanah Merah-Jeli.




                                         Mandi-manda Di Kolam Putera Valley




          Dua Beradik, NN Safia Zaini & NM Syamil Zaini Gembira Bermain Air Di Kolam



N.N. Safia Zaini beraksi selepas mandi




Pada sebelah malamnya saya berhasrat untuk merayap menikmati suasana malam yang damai, tapi terpaksa mengurungkannya kerana bumi disirami oleh hujan. Justeru saya hanya berperap dalam bilik menghabiskan masa dengan menghadap buku dan komputer riba.



Tapi pada petangnya saya telah mengikuti dua orang cucu  pergi mandi kolam. Kolam itu luas, terletak di tanah lapang terbuka bercerminkan langit. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk orang-orang dewasa dan untuk kanak-kanak. Ramai orang mandi-manda dan bercanda dalam kolam petang itu. Tapi seluruhnya terdiri dari anak-anak muda remaja dan kanak-kanak, tidak ada orang dewasa atau kaum hawa yang mandi. Kolam mandi itu terletak kira-kira setengah kilometer daripada tempat penginapan kami.

                                          Sedia Menyambut Para Tamu



                    Mohd Zain Saleh Sedang Berihat Di  sebuah Bangsa di Putera Valley



Petang itu cuaca redup, mata hari mungkin telah tenggelam di sebalik pokok-pokok yang tumbuh segar di Lembah Putera itu, mencetuskan suasana aman, damai dan selesa untuk berada di situ. Seperti biasa saya hanya jadi penonton, saya tidak suka mandi di kolam, sungai lebih menjadi pilihan saya untuk mandi dan berenang.


Putera Valley Resort itu ia telah dibuka pada tahun 2012 dan masih dalam proses pembangunan. Bangunan-bangunan baru sedang dalam pembinaan, jalan-jalannya masih belum ditar sepenuhnya. Namun, setakat ini itulah satu-satunya resort yang ada dan yang terbesar di Jajahan Tanah Merah, Kelantan.



                                    Kota Harmoni di waktu pagi, berhampiran Putera Valley


Selain daripada tempat untuk mencari ketenangan dan kesepian, Putera Valley Resort juga menyediakan berbagai-bagai kemudahan lain, seperti pusat-pusat latihan dan camping, terutama untuk para pelajar.

                                         Tasik Yang Mengamit Pengujung




                                         Jalan Susur Keluar & Menuju Ke Penginapan



                          Pelajar SK Kedai Buloh, Kota Bharu bersiap sedia untuk ambil   bahagian   


Selain dari kolam renang, ada juga tasik semula jadi untuk berkayak dan melakukan berbagai-bagai aktiviti kesukanan sungai yang menarik.


Di seberang Lebuh Raya Tanah Merah-Jeli itu terdapat sebuah bandar baru yang masih dalam pembinaan, Kota Harmoni. Di situ ada gudang-gudang perdagangan yang menjual berbagai-bagai barangan, termasuk alat-alat rumah, makanan-makanan dan sebagainya. Terdapat juga gerai-gerai tepi jalan yang menjual kueh-mueh,  dan nasi berlauk.


Selain daripada sebuah musala yang selesa disediakan di Putera Valley, tidak berapa jauh dari situ terdapat pula sebuah masjid mukim, Majlis Agama Islam Kelantan, di tepi jalan menghala ke Bandar Tanah Merah..



                                         Menunggu giliran untuk masuk ke tasik




                                         Hati-hati nanti terjatuh


Jika anda ingin menikmati kedamaian, ketenangan dan kesuyian dalam alam semula jadi yang damai, mungkin di sinilah salah satu tempatnya, walaupun dalam keadaan kemudahan asas yang belum sampai ke peringkat sepenuhnya.




                                         Mwnunggu keibaan kawan masih di air


Setidak-tidaknya ketika bersunyi di Putera Valley ini mengingatkan anda kepada Kata-kata  Allah yang bermaksud:


“Tidakkah engkau tahu bahawa siapa yang ada dilangit dan siapa yang ada di bumi bersujud kepada Allah, juga matahari, bulan, bintang, gunung-gunung, pohon-pohon, hewan-hewan yang melata dan banyak  di antara manusia? Tapi banyak [manusia] yang pantas mendapatkan azab. Barangsiapa dihinakan Allah, tidak seorang pun yang akan memuliakannya. Sungguh, Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki”.Al-Haj [22]- 18.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan, Darulnaim.








Read more...

SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH ANJUR KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR

>> Thursday, October 29, 2015





SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2 BERKEM DI PUTERA VALLEY



SEKOLAH Kebangsaan Kedai Buloh , Kota Bharu 2, telah meganjurkan kem kepimpinan untuk pelajar-pelajar sekolahnya di Putera Valley Resort & Camp; Training Center, Tanah Merah, Kelantan.




                                                                  Noor Baiti Zaini



Kem ini yang dinamakan “Kem Kempimpinan Pemimpin Kecil 2015” berlangsung selama dua hari satu malam pada 28 Oktober hingga 29 Oktober 2015.



                                         Halangan dalam air



Tujuan kem ini diadakan ialah untuk melatih pelajar-pelajar sekolah menjadi pemimpin yang berkaliber dan berdedikasi yang akan mewarisi kepimpinan negara  di masa akan datang.


                                           Bersenamrobik



“Semoga dengan berlangsungnya Kem Kepimpinan ini maka akan lahirlah pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan berdedikasi dari kalangan pelajar Sekolah Kebangssaan Kedai Buloh Kota Bharu 2”. Demikian diberitahu oleh Puan Noor Baiti Zaini, Setiausaha  kem tersebut.


"Kursus amali seperti ini memberi kesan yang positif terhadap para pelajar untuk membentuk keperibadian mereka untuk menjadi manusia yang berwibawa yang sesuai dengan masa dan zaman". Tegas beliau dengan yakin.


Seramai enam puluh orang pelajar mengikut program itu, dan mereka terdiri dari darjah empat dan lima. 




                                          Pelajar-pelajar bersenamrobik



Untuk disesuaikan dengan masa yang singkat itu program terpaksa diaturkan dengan begitu padat untuk diikuti oleh para pelajar di Putera Valley Resort & Camp; Training Center.


Antara program yang wajib yang disediakan untuk para pelajar ialah program khusus untuk UPSR, aktiviti obstacle course and water confident, senamrobik, an aktiviti water crossing.


                                         Bersiapsedia menunggu giliran


Antara acara kerohanian pula selain daripada para pelajar diwajibkan sembahayang berjemaah, juga diwajibkan menghadiri ceramah kepimpinan dan Qiamullai yang diikuti dengan Solat Subuh.



                                         Pelajar-pelajar berihat selepas selesai


Kem ini dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa induk di samping jawatan-jawatan kuasa kecil yang terdiri dari Enc.Husin b Deraman, Guru Besar sebagai Penasihat, Puan Hajar Bt Abd, Shukor, PK HEM, sebagai Pengerusi, Puan Salmah Bt Shahruddin, PKP sebagai Timbalan Pengerusi, Puan Nik Rohana Binti Zulkepli PP KO, sebagai Naib Pengerusi, Puan Noor Baiti Zaini Binti Mohamed Zain, sebagai Setiausaha dan Puan Rosni Binti Abd. Ghani sebagai Bendahari.



Putera Valley Resort,
Tanah Merah,
Kelantan, Darunaim.



Read more...

INSOMNIA: PANTANG-PANTANG BILA SAKIT

>> Monday, October 26, 2015








INSOMNIA:PANTANG-PANTANG BILA SAKIT




Tidur adalah sebahagian daripada amalan pentng dalam hidup manusia. Walaupun tidur itu merupakan sesuatu kebiasaan diamalkan sebaik-baik sahaja seseorang keluar dari perut ibunya, tapi bukan semua manusiaa dapat tidur dengan selesa dan nyanyak, malah ada juga yang mengalami kesukaran untuk tidur, atau tidak dapat tidur. Ia merupakan penyakit yang dikenali dengan nama Insomnia atau penyakit sukar tidur.








TIDAK cukup tidur boleh menyebabkan seseorang ditimpa berbagai-bagai kesulitan untuk menjalani hidupnya. Tidak cukup tidur boleh menyebabkan seseorang letih atau letih lesu. Justeru boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah dan kekurangan daya tenaga fizikalnya. Tidak cukup tidur boleh menyebabkan seseorang mengantuk, justeru tidak dapat menguruskan hidup sehariannya dengan wajar.


MALAH  tidak cukup  tidur boleh menyebabkan seseorang ditimpa penyakit dan fikirannya terganggu.


SEBALIKNYA tidur dapat memulihkan kembali seluruh badan kita, dan menyegarkan kembali fizikal dan mental kita. Justeru kita dapat menghadapi kehidupan dengan lebih wajar dan sempunrna sepanjang masa.


Jika Sukar Tidur


Ini ada beberapa petua orang yang sukar tidur:


~ Hendaklah membiasakan diri tidur dalam bilik yang gelap, suasana bilik yang dingin, dan tenteram.


~ Hendaklah amalkan makan sayur kangkong.


~Hendaklah mengelak makan lewat malam makanan-makanan yang berminyak, berat dan kaya dengan zat.


~Kurangkan mengambil  kafenia [caffeine] dalam minuman kopi, minuman kola atau soda, coklat dan sebagainya.


~ Hendaklah  menjauhi minuman-minuman yang mengandungi  kafeina beberapa jam sebelum tidur.


~Sebelum tidur minumlah minuman panas bermadu.


~Untuk makan petang hendaklah terdiri dari makanan yang  keras, seperti pasta, nasi dan ubi kentang.


Petua Khusus Untuk orang Islam


Kepada individu Islam yang sukar untuk tidur  selain daripada petua-petua di atas mereka juga dianjurkan sebelum tidur supaya:


~Mengambil wudhuk


~Solat Tahajjud


~Berdoa


~Berzikir


~Membaca Ayat-ayat Suci al-Quran.


Allah berfirman:

“Dan Kami menjadikan tidurmu untuk istirahat”. An-Naba’ [78]-9’.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumbuh, Kota Bharu Kelantan Darulnaim.




Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP