Rahsia Di Sebalik Kampung Kuala Balah

>> Friday, March 27, 2015




RAHSIA DI SEBALIK KAMPUNG KUALA BALAH



                                         Jalan Masuk Ke Kuala Balah Lama


Ksmpung Kuala Balah adalah sebuah kampung dalam Jajahan Jeli Kelantan. Dari segi pentadbiran, Jeli adalah sebuah kawasan Parlimen, sementara Kuala Balah adalah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang terkandung dalam Parlimen Jeli.


Kebanyakan kita mungkin menyangka, Kuala Balah ialah sebuah kampung yang sebahagiannya terletak di kiri kanan jalan bawah yang membelah kampung itu dari Jeli menuju ke Gua Musang.


Tapi sangkaan itu sebenarnya telah tersasul. Mengikut Penghulu Kg. Kuala Balah sekarang, Muhammad Shamsuddin, apa yang dikatakan kampung Kuala Balah hari ini sebenarnya Kampung Tunku Abdul Rahman. Kampung Kuala Balah sebenarnya terletak arah ke dalam di sebalik kampung ini.





Kampung  Tunku Abd. Rahman sekarang adalah kampung perpindahan banjir. Dinamakan Kg. Tunku Abdul Rahaman, pada masa itu Perdana Menteri Pertama Malaysia, bersama Tunku Razaleigh Hamzah telah memain peranan utama untuk mendapatkan tanah di situ untuk penduduk Kg. Kuala Balah yang sentiasa dilanda banjir.


Kami dimaklumkan tanah-tanah di situ asalnya ladang kelapa sawit dan dibeli oleh kerajaan untuk memindahkan penduduk Kampung Kuala Balah.


                                     Airnya amat cetek

 
Menurut Encik Muhammad Shamsuddin, Penghulu Kg. Kuala Balah {Kg.T. A.R} Tunku Abdul Rahman sendiri yang datang membahagi-bahagikan lot-lot tanah itu kepada penduduk. Dan katanya upacara pembahagian lot-lot itu bertempat di tapak rumah beliau sekarang yang terletak di pinggir jalan Jeli Gua Musang.


Justeru kampung baru ini dinamakan Kg. Tunku Abdul Rahman. Papan kenyataan dapat dilihat terpampang nama Kampung Tunku Abdul Rahamn yang boleh kelihatan kepada pelalu-pelalu jalan itu ketika sampai di pebatasan kampung.


Tapi entah kenapa nama Kampung Tunku Abdul Rahman itu tidak melekat di bibir orang ramai, dan mreka masih kekal memanggilnya Kg. Kuala Balah yang telah berpuluh-puluh tahun ditinggalkan oleh penduduknya untuk melarikan diri dari banjir yang melanda setiap tahun.


Namun  begitu, sebahagian daripada kampung baru tersebut, masih juga ditenggelam banjir selama beberapa kaki dalam masa banjir yang lepas.


Kami rasa surat menyurat pun masih tetap menggunakan nama Kampung Kuala Balah bukannya Kampung Tunku Abdul Rahman. Sekolah-sekolah pun dinamakan sekolah Kuala Balah. Hanya masjid dinamakan nama Masjid Rahmaniah.


Kampung Kuala Balah Yang Ditinggalkan


Petang itut saya kembara  ke Kampung Kuala Balah yang sebenarnya. Saya dibawa dan dipandu oleh anak saya, Ahamd Faris Zaini dengan bermotokar.



                                     Pasar Tani Kuala Balah  

Kami berkeliling kampung yang telah lama ditinggalkan itu. Kampung banjir. Jalan-jalan dalam kampung itu yang bertar masih baik keadaannya walaupun telah lama terbiar dan sering ditenggelami air. Mungkin kerana tidak dipergunakan, terutama oleh kenderaan berat, seperti lori.


Kami menyusuri jalan-jalan itu. Kampungnya telah berhutan. Aneka jenis pokok tumbuh meliar, terutama pokok-pokok muda yang berebut-rebut untuk naik meninggi mencapai awan. Kampung itu telah terbiar. Ia ditinggalkan sepi begitu sahaja sejak semua penduduknya telah berpindah berpuluh-puluh tahun yang lalu.


Kebanyakan mereka berpindah ke kampung baru yang kini terletak di tepi jalan yang dinamakan sebagai nama Perdana Menteri Pertama Malaysia, Kampung Tunku Abdul Rahman.

                                     Membeli Belah Di Pasar Tani


Alangkah sayangnya, tanah-tanah yang begitu luas itu dibiarkan begitu sahaja tanpa memberi sebarang hasil. Tidak adakah mereka yang mampu berusaha untuk menimba hasil dari tanah itu dengan melakukan usaha-usaha yang boleh  disesuaikan dengan musim banjir yang melanda kawasasn itu? Alangkah membazirnya tanah-tanah yang begitu luas terbiar begitu sahaja.


Umpamanya bercucuk tanam yang hasilnya boleh dipungut sebelum banjir menceroboh? Lepas banjir tanah itu mungkin menjadi subur kembali.


Tidak adakah pihak yang boleh memikirkan untuk menukarkan kampung terbiar itu dengan projek-projek yang boleh memberi manfaat?


Dalam menyusuri jalan-jalan kami lihat tapak-tapak bangunan yang telah roboh. Ada yang tinggal tangga batu masih terpacak, sedangkan rumahnya sudah tidak ada lagi.


Enc.Muhammad Shukri [kiri] bersama Mohd Zain Saleh



Kami melihat sebahagian dari bagunan panjang, sebuah sekolah yang masih belum roboh sepenuhnya yang sedang menunggu masa untuk menyembah bumi.


Di suatu tempat ada reban ayam yang nampak masih belum begitu lama ditinggalkan, dan menunggu masa untuk roboh jika terus dibiarkan.


Ada bangunan dua tingkat yang telah roboh sebahagian darinya, yang kami diberitahu itulah sisa-sisa bangunan sebuah pejabat yang beroperasi di situ dulu.


Di suatu selekoh ada sebuah bangunan batu yang nampak dari jauh masih utuh, berwarna putih. Kami diberitahu itulah masjid Kampung Kuala Balah. Ia terletak di tempat yangt strategik. Sungguh sayang!


Kami juga melihat seekor kambing yang besar yang sedang merayau di suatu kawasan yang dengan pentas masuk ke dalam semak bila kenderaan kami mendekatinya di tepi jalan.



                                     Ikut Serta Kembara  

Kami diberiahu ada beberapa orang yang memelihara kambing di kampung lama itu. Tiga orang penunggang motosikal bertemu dengan kami itu mungkin pemelihara kambing yang datang untuk mempastikan kambing-kambing mereka masuk reban kerana hari telah berangsur petang.


Akhirnya kami sampai ke tebing Sungai Balah. Ada beberapa kumpulan, terutama kanak-kanak sedang mandi-manda dalam sungai yang airnya jernih dan sungguh cetek. Ia boleh diseberangi dengan berjalan kaki sahaja.



                                     Tepi Sungai Kuala Balah


Di atas kepala kami terletak jambatan yang tinggi menyeberangi Sungai Balah, menghubungkan Jeli dengan Gua Musang. Di bawah jambatan itu ramai kanak-kanak sedang mandi dan bermain-main air dengan riang gembira.


Kalau diusahakan sedikit untuk kemudahan para pengunjung, sepanjang sungai itu mungkin mempunyai potensi untuk menarik orang ramai berkunjung, berihat-rihat dan bersantai, sambil mandi manda di musim panas.


Tapi apa boleh buat, seperti pernah saya katakan, rakyat Kelantan ini tidak ada cerdik pandai yang mampu berfikir untuk memajukan segala kemudahan yang Allah kurniakan kepada mereka di bumi bertuah ini. Andainya kawasan-kawasan seperti ini terdapat di negeri-begeri lain, khususnya di luar negara mereka mungkin mencorakkannya menjadi tempat-tempat persinggahan yang menarik untuk orang ramai bersantai, khususnya para pelancung, terutama di hari-hari cuti.


                                         Dalaman Masjid Rahmaniah


Kami juga dimaklumkan di Sungai  Balah ini banyak terdapat logam-logan yang berharga, terutama biji besi. Kami dimaklumkan, entah benar, entah tidak sudah ada syarikat yang dikatakan telah diberikan keizinan untuk meneroka bijih-bijih besi di dasar Sungai Balah itu.


Iklim


Buat masa mutakhir ini iklim di Kuala Balah cukup panas. Sewaktu kami berada di Kuala Balah minggu lepas,cuacanya cukup panas hinggalah ke hari ini. 36 darjah.


Namun begitu, kami dimaklumkan cuaca panas ini boleh berubah secara mendadak menjadi  cuaca sejuk, di mana pendatang-pendatang yang belum biasa, terpaksa memakai baju sejuk, di sepanjang hari.


Kg. Kuala Balah Sepi Ditinggalkan









“Perubahan cuaca itu mungkin berlaku selama kira-kira seminggu atau lebih sebelum berubah panas. Pada masa itu kalau mandi di waktu petang, airnya boleh membuat kita menggelatok kesejukan. Oleh itu untuk keselesaan mereka kena mandi petang jauh lebih awal, iaitu sebelum pukul lima”. Demikian dijelaskan oleh Penghulu Kg, Kuala Balah, Muhamad Shamsuddin dalam satu temu bual yang singkat pada suatu petang.


Katanya perubahan cuaca ini boleh berlaku dengan pentas. Menurut beliau pada suatu ketika kerugian besar telah menimpa seorang penternak ayam bila banyak ayam-ayam ternakannya tiba-tiba mati kesejukan tanpa dapat diselamatkan, kerana cuaca yang sejuk itu.


“Oleh itu jika kita hendak pergi ke bahagian ulunya untuk menangkap ikan dan bermalam di situ kita terpaksa membawa kelengkapan yang cukup. Baju sejuk dan unggun api sahaja tidak mampu memanaskan badan kita pada waktu malam yang sejuk itu”. Jelasnya.


“Habis apa kita pasti buat?”. Tanya saya.


“Kesejukan yang melampau itu dapat di atasi dengan menggunakan plastik yang digunakan oleh penanam-penanam tembaku untuk menutup batas-batas tanaman tembakau mereka. Plastik itulah digunakan untuk membungkus badan untuk menahannya dari sejuk, dan berada dalam keadaan selesa”.

Itulah rahsia yang dibuka oleh Ecik Muhammad  Shamsuddin, Penghulu   Kampung . Kuala Balah [Kg. Tunku Abdul Rahman].


Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP