IKAN BANYAK TULANG BAGAIMANA HENDAK MAKAN?
>> Friday, March 20, 2015
IKAN BANYAK TULANG BAGAIMANA HENDAK MAKAN?
Penghulu Kuala Balah
Ikan ialah jenis makanan yang popular, di samping daging haiwan. Sebagaimana daging haiwan mempunyai aneka jenis, demikian juga dengan ikan ada aneka jenisnya.
Daging ikan ada berbagai-bagai jenis, sebagaimana banyak jenisnya ikan-ikan itu yang diberikan berbagai nama yang khusus.
Antaranya ikan kembung, tenggiri, kikik, selayang, selar,
selar kuning, ikan aya atau ikan tonggkol, ikan ayam, cermin, merah, kaloi atau kelah,
telepiar, belukur, keli, haruan, juara, patin, bawal,tempuyu, kerai, belida dan mungkin ratusan jenis
ikan lagi.
Demikian juga rupa dan besar kecil ikan-ikan itu
berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang amat besar seperti ikan paus, tapi
ada pula yang kecil seperti ikan sepilar.
Demikian juga dengan rasanya. Ada berbagai-bagai jenis
rasa sebagaimana berlainannya jenis ikan itu. Rasa ikan tongkol tidak sama
dengan rasa ikan tenggiri, rasa ikan keli tidak sama dengan rasanya ikan patin,
rasa ikan kikik tidak sama rasanya dengan ikan bawal.
Kesan memakan ikan tertentu terhadap seseorang mungkin
berbeza-beza pula. Ada orang yang alahan dengan ikan-ikan tertentu, tapi ada
pula orang yang dapat memakannya tanpa mendapat apa=apa kesan sampingannya yang
merimaskan. Umpamanya ada orang naik gatal-gatal, jika makan ikan tongkol, tapi
orang lain pula biasa sahaja.
Ada sesetengah ikan mempunyai banyak tulang hampir memenuhi seluruh badannya, dengan tulang-tulang yang halus dalam berbagai-bagai bentuknya. Sebaliknya, ada pula ikan yang tidak mempunyai banyak tulang, dan tulang-tulangnya tidak halus, kerana itu senang untuk dimakan.
Cara memasak ikan-ikan itu pula berbeza-beza antara
sejenis ikan dengan sejenis ikan. Bukan semua jenis ikan sesuai untuk dimasak
dengan jenis masakan yang sama. Kalau ikan kembung sedap dimasak percik, tapi
orang tidak masak percik ikan kerongeng atau ikan kerisi. Ikan tambang sisik
biasanya dimasak goreng, atau dibakar, tapi jarang orang memasak gulai.
IKAN BANYAK TULANG
Ada berbagai-bagi jenis ikan yang diketahui mempunyai banyak tulang, terutama ikan-ikan sungai yang menyebabkan ianya tidak mudah untuk menikmatinya dengan selesa ketika makan.
Ikan kelah yang termasyur itupun,.yang harganya mencecah
ratusan ringgit sekilo mempunyai banyak tulang-tulang berselarak pada tubuhnya.
Peminat-peminat ikan kelah dan juga ikan lain yang banyak tulang terpaksa
berhati-hati ketika memakannya, supaya tidak tersangkut tulang-tulang yang
halus itu pada lehernya. Ini menyebab mereka mengambil masa yang agak lama untuk
selesai memakannya, kerana terpakasa membuang tulang-tulangnya terlebih dahulu
sebelum menyuapkannya ke mulut, dan sekali gus menyebabkan banyak isi-isi ikan
itu yang terbuang melekat pada tulang-tulang yang dibuang itu, sedangkan
harganya tidak pula murah.
Oleh sebab itu, orang-orang yang penakut rela tidak menjamah
ikan yang bertulang seperti itu walaupun sedap, kerana takut tulang-tulangnya
melekat pada batang leher yang boleh mambawa bencana..
Tapi kelmarin, dalan kembara singkat kami ke Kuala Balah yang nama sebenarnya Kg. Tengku Abdul Rahman, Jeli, Kelantan kami, bersama Ahmad Faris Zaini, telah bertemu dengan seorang penduduk di situ yang mempunyai petua cara-cara untuk makan ikan-ikan yang bertulang, khususnya ikan kelah.
Kami bertemu dengan beliau di rumahnya di pinggir jalan
Kuala Balah ke Gua Musang. Beliau adalah Penghulu Kuala Balah,.Mohd Shamsudin yang mempunyai
banyak pengalaman tentang tata cara untuk menangkap ikan-ikan sungai, terutama
di kawasan pendalman..
Katanya beliau sering dari masa ke masa, diajak orang
yang ingin mencari ikan di Sungai Kelantan, seperti ikan kelah yang istimewa rasa dan harganya itu.
Beliau mempunyai cara yang mudah untuk memakan ikan-ikan
yang banyak mengandungi tulang itu supaya tidak tersangkut pada batang tgengkok
ketika menelannya.
Katanya, “Caranya mudah sahaja. Ikan itu hendaklah
ditelan bersama dengan tulang-tulangnya. Setelah dimamah, ikan itu hendaklah
terus ditelan dengan tengok atau leher yang cukup mantap, tidak bergerak sedikit pun
baik ke kanan atau ke kiri. Itu sahaja petuanya yang menyebabkan saya dapat
memakan ikan bertulang dengan mudah”.
“Cubalah, “ katanya dengan penuh keyakinan.”Tulang-tulang itu tidak akan melekat pada leher”.
Sesiapa yang suka makan ikan bertulang, khususnya ikan-ikan sungai, seperti ikan kelah, bolehlah mencuba petua ini untuk memboleh mereka menikmatinya dengan selesa dan menjimatkan masa dan harganya yang tidak murah pula.
Bagaimana dengan saya, yang selalu takut dengan ikan-ikan
bertulang ini? Saya sejak tahun-tahun kebelakangan inii rela tak makan ikan-ikan yang banyak tulang,
terutama tulang-tulang yang kecil, walaupun saya menggemarinya?
Sekian.
Bukit Seraya,
1 comments:
Kepala toya hang
Post a Comment