SEK KEB.KUALA BALAH MENYAKSIKAN PERTEMUAN MUSA AHMAD
>> Sunday, March 22, 2015
SEK. KEB. KUALA
BALAH MENYAKSIKAN PERTEMUAN MUSA AHMAD
Bila berada di
Masjid Kuala Balah, iaitu Masjid Rahmaniah, di suatu petang tiba-tiba ingatan
saya melayang kepada suatu peristiwa yang berlaku kira-kira tiga dekad lebih
yang lalu.
Hj.Musa Ahmad
Pada suatu petang, saya berada di masjid tersebut yang seingat-ingat saya masa itu masih belum siap sepenuh pembinaannya. Pada masa itu sebahagian besar daripada halaman luar masjid itu masih belum diturap, tapi ditabur dengan dengan bertongkol-tongkol batu.
Saya berada di
masjid tersebut petang itu kerana bertugas mengikuti suatu majlis, di mana Haji
Musa Ahmad berucap, di Sekolah
Kebangsaan Kuala Balah yang tidak berapa jauh dari masjid tersebut. Saya berada
di masjid itu selepas Hj. Musa memberi ucapanya kepada penduduk-penduduk
tempatan di sekolah tersebut.
Tarikh tepatnya
saya tidak ingat, tapi tahunnya 1984.
Haji Musa Ahmad
adalah bekas salah seorang anggota komunis yang penting dan beliau adalah bekas
Pengerusi Parti Komunis Malaya sejak tahun 1955 lagi. Tapi akhirnya beliau
telah kembali ke pangkal jalan meninggalkan perjuangannya yang salah itu.
Dalam ucapannya
hari itu beliau antara lain meyeru bekas rakan-rakan seperjuangannya yang masih
ada pada waktu itu di dalam hutan supaya kembali ke pangkuan masyarakat. Mereka dipercayai
pada waktu masih berada dalam hutan di Thailand Selatan.
Katanya sehingga
hari itu sudah lebih daripada 35 tahun lamanya mereka meneruskan perjuangan
yang sia-sia, oleh itu sudah sampai masanya kepada mereka untuk meninggalkan perjuangan itu dan kembali
ke pangkal jalan.
Pada masa itu
katanya Regimen ke-10 Parti Komunis Malaya beribu pejabat di Betong, Thailand
Selatan.
Musa berkata demikian dalam Majlis Dialog Keselamatan, di Sekolah.Kebangsaan Kuala Balah, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Kelantan [JKKKN] dengan kerjasama pihak polis.
Kira-kira
seramai 2,000 orang penduduk hadir di majlis tersebut yang dikawal ketat oleh
Pasukan Keselamatan dan juga pihak polis.
Ini adalah julung-julung kalinya, Haji Musa bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya itu mengadakan pertemuan dengan orang ramai selepas beliau meninggalkan perjuangannya pada tahun 1981. Sebelum itu beliau pernah menetap di Peking selama 25 tahun.
Masjid Rhamaniah, Kuala Balah
Sebelum saya menamatkan tulisan singkat ini yang sengaja saya rakamkan sebagai secebis dari bahan sejarah tanah air yang dikasihi. Saya teringat utuk menulis peristiwa ini ketika malam saya bermalan di di Bukit Seraya, Kuala Balah.
Ketika mengulas perjuangan lalunya yang sia-sia itu Hj. Musa Ahmad pernah menegaskan, “Saya telah sedar dan insaf bahawa perjuangan komunis adalah sia-sia, kerana mereka berjuang dengan jiwa yang kosong, dan tidak akan mencapai kemenangan di negara ini”.
Sekian
Bukit Seraya,
Kuala Balah, Jeli Kelantan.
0 comments:
Post a Comment