LALAT SEJAUH MANA BAHAYANYA KEPADA MANUSIA?
>> Sunday, March 15, 2015
LALAT, SEJAUH MANA BAHAYANYA?
Lalat ialah
sejenis serangga yang menjijikkan, malah juga menakutkan. Tidak ada siapa yang
waras bersedia untuk makan makanan yang dihurung lalat.
Lalat dipandang jijik kerana ianya sejenis serangga yang pengotor, yang suka berada dalam kekotoran dan makan bahan-bahan yang kotor.
Lalat ditakuti
kerana ia boleh membawa beberapa jenis penyakit akibat tabiatnya yang pengotor
itu.
Bila lalat mendapat makanan dan hinggap di atasnya untuk makan, ia terlebih dahulu akan mengeluar air liur dari mulutnya ke atas makanan tersebut untuk melembutkannya, kemudian menyerapkannya masuk ke dalam perutnya.
Lalat
dilengkapkan dengan sejenis anggota “perasa” atau sesunggut yang merupakan
sejenis penghidu bau yang amat sensitif.
Sesungut ini dapat mengesan bau busuk yang berada dalam jarak yang jauh
sekalipun.
LALAT PENYEBAR PENYAKIT
Lalat mampu menyebarkan beberapa jenis penyakit. Ini berlaku kerana beberapa faktor, seperti cara lalat mengambil makanan, lalat suka terbang dan hinggap di tempat-tempat yang kotor, seperti di atas bangkai-bangkai, sampah, tahi dan suka berada dalam tandas yang kotor.
Bila lalat hinggap pada sesuatu benda yang kotor, maka kuman-kuman pada benda-benda itu akan melekat pada kaki, mulut dan juga bulu-bulu halus yang menutupi badannya. Dan bila lalat-lalat yang membawa kuman itu hinggap pula pada makanan-makanan, maka kuman-kuman itupun akan melekat kepada makanan-makanan tersebut, dan menyebarkannya kepada mereka yang memakannya.
Hanya dalam
masa yang amat pantas, iaitu dalam masa beberapa detik sahaja, kuman-kuman
yang ada pada jasadnya itu akan berpindah melekat kepada apa-apa makanan atau
benda-benda yang dihinggapinya itu.
Penyakit-penyakit
yang sering dibawa oleh ialah tifoid atau demam kepialu, kolera atau taun,
antrak dan penyakit batuk kering. tipus, berak darah, salmonella atau keracunan
makanan.
Di samping ia
juga boleh membawa cacing yang membawa peyakit.
Justeru itu ia
dijeniskan sebagai makhluk perosak, dan ianya mudah ditemui di merata tempat.
Hampir tidak ada tempat di muka bumi ini yang lalat tidak boleh ditemui.
Justeru, kita
hendaklah sentiasa awas dan waspada dengan makanan-makanan yang kita makan
supaya tidak terdedah kepada lalat dan langau untuk menikmatinya bersama-sama
dengan kita atau mendului daripada kita memakannya.
Lalat mempunyai dua sayap dan boleh terbang. Kepalanya boleh bergerak ke kanan dan ke kiri. Kebanyakannya mempunyai mata yang luas, tapi mulutnya tidak mempunyai gigi, kerana itu ia tidak makan makanan yang keras sebelum dilembutkan terlebih dahulu dengan air liurnya, kecuali debunga.
LALAT DAN BUDAYA
Lalat mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam budaya manusia.. Ada cerita tentang lalat dalam dongeng, khususnya Dongeng Greek, ada juga puisi tentang lalat, dan dalam zaman moden ini ada pula filem tentang lalat.
Dalam bahasa kita
juga lalat digunakan sebagai bahan untuk menggambarkan keadaan sesuatu yang
tidak baik, antaranya:
-Seperti lalat langau mengerumuni bangkai.
Ia bermaksud
ramainya orang lelaki berkumpul di rumah wanita yang tidak bermoral.
-Seperti lalat mencari puru
Ia bermkasud,
lelaki yang jahat pasti mencari wanita yang jahat juga.
Dan juga
bermaksud, orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat dan tergesa-gesa,
-Lalat pun belum terbang
Ia bererti
waktu yang sangat pagi.
-Seperti lalat buta
Ia bermaksud,
berpusing-pusing tidak keruanh dan hala tujunya.
-Lalat langau pun tidak ada.
Ia bermaksud,
tidak ada seorang manusia pun di situ.
Sejauh yang diketahui
lalat ini ada mempunyai beberapa jenis, iaitu lalat rumah dan lalat hijau yang
menyebarkan penyakit di kalangan manusia. Selain itu ada lagi beberapa jenis
lalat, dan dua jenis lalat lagi dipercayai tidak membawa penyakit, iaitu lalat
yang dikenali dengan nama lalat buah dan lalat askar hitam.
Lalat hijau
atau langau hijau, memang badannya berwarna hijau, dan berkilat, serta keadaannya
lebih besar daripada lalat-lalat lain. Dan ia selalunya mengeluarkan bunyi
berdengung.
BERGUNA
Lalat yang
pengotor, menjijik dan menakutkan ini pun boleh memberi kebajikan kepada alam,
khususnya manusia. Lalat hijau mempunyai cara yang tersendiri untuk berbuat
demikian.
Untuk
menjelaskan proses tersebut, maka saya petik dengan sedikit penyesuaian daripada
sebuah rencana yang pernah disiarkan dalam estidotmy, 28 April 2004, Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia [MOSTI].
“Dengan memakan
dan memecahkan semula najis dan bangkai, lalat hijau membawa kembali nuterin
penting seperti nitrogen dan karbon kepada tanah semula.
“Selepas lalat
hijau bertelur di atas bangkai haiwan, larva yang menetas akan masuk ke dalam
bangkai melalui lubang hidung atau biji mata.
“Ia akan
membebaskan jus penghadaman dari mulut untuk memecah bangkai ke dalam bentuk
cecair.
“Larva ini akan makan semua bangkai dan meninggalkan
tulang dan bulu.
“Lalat hijau
ini hanya melakukan kerja membersihkan alam sekitar.
“Dengan
memakan, menghadamkan dan mengeluarkan semula, larva mengkitar semula najis dan
bangkai ke dalam bentuk yang lebih mudah seperti humus.
“Humus adalah
bahan berwarna gelap, lembap, kerkhasiat dalam tanah yang berguna untuk
menjadikan pokok tumbuh lebih sihat”.
Demikian estidotomy.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada di antara keduanya dengan main-main”.A;-Anbia[21]-16.
Kg.Parit, Pasir Tumboh,
KB, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment