Siapa Musuh Anda Dan Siapa Kawan Anda?
>> Sunday, March 29, 2015
SIAPA MUSUH, SIAPA KAWAN ANDA?
Sebagai manusia, kita tidak mampu
hidup sendirian. Kita mesti hidup bersama makhluk lain. Kita hidup di kalangan
manusia serupa kita juga. Itu yang membuat kita jadi manusia.
Kita tidak dapat membina segala keperluan kita dari A sampai Z sendirian. Hendak makan nasi, kita perlu bergantung kepada penanam padi. Untuk makan ikan, kita bergantung kepada nelayan. Untuk makan daging kita bergantung kepada penternak. Untuk makan sayur kita bergantung kepada penanam sayur. Untuk minum teh, atau kopi kita perlukan penanam dan pengusaha teh dan kopi. Untuk pakai pakaian, kita bergantung para pengusaha pembuat kain dan pereka pakaian. Demikianlah seterusnya keperluan-keperluan kita dipenuhi oleh orang lain, dengan cara membayar harganya.
Justeru kita hidup bermasyarakat.
Masyarakat kecil ialah sebuah rumahtangga, yang terdiri dari suami isteri dan
anak-anak. Yang lebih besar sedikit
jiran tetangga kita. Dan lebih besar lagi ialah masyarakat awam seluruhnya yang
berada di seluruh negeri dan negara kita.
Siapa Kawan Anda?
Dalam menjalin perhubugan dengan sesama manusia itulah terbinanya perkenalan, perkawanan dan persahabatan. Kawan di tempat kerja, kawan dalam satu komuniti, kawan dalam satu aliran cita-cita, kawan dalam satu perjuangan untuk mencapai sesuatu matalamat yang sama.
Namun begitu bukan semua mereka yang seperjuangan dan secita-cita itu merupakan sahabat atau kawan dalam erti kata yang sebenarnya. Mereka hanya mungkin bersatu dalam usaha untuk mecapai satu-satu matlamat, tapi tidak bersatu dalam ke-manusiaannya.
Sebab itu bukan semua mereka yang tidak secita-cita, dan tidak seperjuangan itu tidaklah boleh menjadi kawan, kawan dalam perbezaan pendapat. Islam boleh menerima perbezaan pendapat, itulah adanya beberapa mazhab dalam Islam yang hidup murni antara satu pihak dengan satu pihak yang lain.
Justeru apakah yang dikatakan kawan itu?
Pada umumnya kawan, atau sahabat, atau rakan ialah mereka yang boleh bersama dengan anda, mereka yang boleh berbaik-baik dengan anda, boleh berteman dengan anda. Mereka sukakan anda, menghormati anda dan berlaku setia dan jujur kepada anda.
Peribahasa Arab membahagikan kawan kita itu kepada tiga jenis yang wajar menjadi renunagan kita, iaitu :
Pertama,Kawan anda
Kedua, Kawan kepada kawan anda
Ketiga, Musuh kepada musuh anda.
Saya ketemu dalam simpanan saya, sebuah kad yang lembut warnanya serta cantik tentang persahabatan. Tidaklah tercatat siapa penghantarnya.
Saya salin kandungan kad itu sepenuhnya yang berbunyi:
Friendship Ia a Promise
Our friendship is a promise
To be there for each other-
no matter where,
no matter when,
no matter what changes
life bring our way.
Our friendship
Is a forever promise-
Becauses we are
Forever friend.
Jika diketahui pengirim dan alamatnya insya-Allah sudah tentu saya akan terus menghubunginya untuk bersilaturahim.
Siapa Musuh Anda
Sebagai suatu kelumrahan alam, setiap sesuatu itu ada perkara yang berlawanan, sebagaimana ada baik dan ada jahatnya. Demikian jugalah bersalahan dengan kawan itu adalah musuh. Musuh anda. Anda ada kawan dan anda ada musuh.
Yang dikatakan musuh itu ialah mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka yang menentang anda, mereka yang bersaing dengan anda, mereka yang menandingi anda, dan mereka yang mencabar anda.
Ada berbagai teknik yang dilakukan oleh musuh-musuh anda untuk merealisikan permusuhan mereka terhadap anda. Mungkin secara senyap-senyap, atau secara terang-terangan, mungkin secara kasar atau lembut dan sebagainya mengikut perkiraan yang boleh membuahkan hasil yang mereka kehendaki.
Musuh anda itu ada dua hal pula iaitu musuh biasa yang tidak merbahaya atau mengancam dan kedua musuh ketat yang boleh mengancam dan membahayakan. Musuh-musuh seperti ini perlu diawasi dan di hati-hatikan supaya tidak menimbulkan bencana yang serius.
Peribahasa Arab juga membahagikan musuh-musuh anda kepada tiga jenis, iaitu:
Pertama, Musuh anda
Kedua, Musuh kepada kawan anda
Ketiga, Kawan musuh anda.
Dalam menjalani hidup ini kita jangan sama sekali berusaha mencari musuh, baik musuh kecil atau besar, baik musuh yang membahayakan atau tidak membahayakan.
Ingatalah untuk mencari musuh itu amatlah mudah, hanya dalam sekelip mata sahaja, tapi untuk mencari seorang kawan atau sahabat itu akan memakan masa yang panjang, mungkin bertahun-tahun.
Maka berkatalah Oscar Wilde:
“Saya pilih kawan-kawan saya kerana rupa parasnya yang baik, saya pilih kenalan-kenalan saya kerana tingkah lakunya yang baik dan saya pilih musuh-musuh saya kerana mereka bagus inteleknya. Seseorang tidak boleh terlalu hati-hati dalam memilih musuh-musuhnya”. Oscar Wilde.
Demi kesejahteraan hidup anda, amatlah penting kepada anda mengetahui kawaan-kawan anda dan mengenali musuh-musuh anda.
Kg. Parit, Pasir Tumboh,