CORAT-CORET BANJIR 2014-2015
>> Tuesday, January 6, 2015
CORAT-CORET
BANJIR 2014-2015
Kemarau, hujan, taufan dan banjir adalah di antara fenomena-fenomena alam
yang berlaku dan sering menguggat manusia di seluruh dunia.
[Catatan: Sebahagian daripada foto-foto dirakam oleh Keluarga Zaini, dan sebahagian tidak diketahui siapa perakamnya, kerana ianya terdapat dalam WhatApp kami yang tidak dinyatakan perakamnya. Harap maaf dan terima kasih jua].
Beberapa hari yang lalu pula, negara kita sekali lagi dilanda banjir yang melibatkan seramai lebih dari 208,314 mangsa, di mana lima buah negeri telah terseret. Daripada itu Negeri Kelantan merupakan negeri yang paling teruk dilanda banjir dengan mangsa seramaai 134,139 mangsa, dan selebihnya ialah Terengganu seramai 35,096 mangsa, Pahang 31,095 mangsa, Perak 7, 652 mangsa dan Johor 332 mangsa.
Beberapa hari yang lalu pula, negara kita sekali lagi dilanda banjir yang melibatkan seramai lebih dari 208,314 mangsa, di mana lima buah negeri telah terseret. Daripada itu Negeri Kelantan merupakan negeri yang paling teruk dilanda banjir dengan mangsa seramaai 134,139 mangsa, dan selebihnya ialah Terengganu seramai 35,096 mangsa, Pahang 31,095 mangsa, Perak 7, 652 mangsa dan Johor 332 mangsa.
Peristiwa berlaku pada penghujung bulan Disember 2014 dan berlanjutan hingga awal bulan Januari 2015.
Kenapa banjir berlaku? Jawapan yang paling simpel ialah kerana air berlebihan. Tapi persoalannya air itu datang dari mana dan kenapa menjadi berlebihan hingga tidak mampu ditelan bumi?
Dalam keadaan biasanya air-air dari sungai yang berpunca dari ulu-ulu negeri akan mengalir ke hilir dan nemasuki tempat-tempat lembah, anak-anak sungai, tasik-tasik, paya-paya dan yang selebihnya terus sampai ke laut. Tapi bila hujan terlalu lebat turun mencurah-curah dari langit dalam jangka masa yang lebih panjang dari biasa, air-air itu tidak mampu ditampung oleh tempat-tempat yang lembah tadi, maka lalu melimpah ke tempat-tempat yang selama tidak pernah dijangkaunya, maka berlakulah apa yang dikatakan banjir.
Di samping itu faktor-faktor manusia yang menimbus kawasan-kawasan yang lembah untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan, tanpa pembinaan parit-parit dan longkang yang mencukupi untuk mengalirkan air-air mempercepakatkan lagi banjir itu berlaku. Demikian juga penggondolaan tanah-tanah tinggi, bukit dan gunung untuk projek kayu balak dan penanamam semula tanpa mengambil kira dengan cermat akibat-akibatnya juga boleh menjadi punca kebanjiran bila hujan lebat turun mencurah-curah.
Banjir juga berlaku, bila empanagan-empangan yang menakung air untuk tujuan-tujuan tertentu meledak pecah atau sengaja dilepaskan yang menyebabkan air memenuhi ruangan-ruangan yang sempat dimasukinya sebelum sampai ke tempat-tempat lembah yang menjadi sasarannya.
Walau apapun, air adalah faktor utama kepada bencana banjir. Tanpa air banjir tidak akan berlaku, dan kalau berlaku juga bencana, ia bukan lagi banjir, tapi berupa ribut taudan, kebakaran dan sebagainya, yang juga menimpakan kemusnahan kepada alam dan manusia.
Namun begitu, manusia sebagai makhluk yang dikurniakan akal dan fikiran, hendaklah cermat dalam usaha-usahanya mengejar kemajuan. Janganlah dalam memburu sumber-sumber kekayaan itu mereka mengkesampingkan faktor-faktor keselamatan dan keselesaan manusia yang menjadi pewaris muka bumi ini. Janganlah mereka menjadi mangsa kecaman dan kutukan kerana tindakan mereka yang tidak cermat dan gegabas yang menimpakan kemusnahan kepada alam yang sepatutnya boleh dielakkan dengan tindakan mereka yang saksama.
Bila berlaku sesuatu bencana alam, banyak perkara yang tidak diharap-harapkan akan berlaku menimpa mangsa-mangsanya dan sekaligus melibatkan juga bukan mangsa secara langsung.
Umpamanya bencana banjir yang sedang berlaku sekarang, antara beberapa
perkara yang diharap tidak berlaku, tapi berlaku juga ialah tidak ada bekalan elektrik.
Bekalan elektrik itu mungkin terputud dengan sendirinya kerana alat-alatnya
telah terganggu atau rosak akibat dibasahi atau ditenggelami banjir.
Ataupun mungkin juga sengaja diputuskan oleh pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan orang awam jika ia dibiarkan terus beroperasi seperti biasa.
Oleh itu jika berlaku bencana banjir, kita mestilah sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan bekalan elektrik terputus.
Sekurang-kurangnya menyedikan alat-alat penerang yang menggunakan tenaga batri, seperti aneka jenis lampu yang perlu. Dan jika ada kemampuan genrator yang biasa juga boleh disediakan.
Lilin-lilin juga patut disediakan untuk digunakan pada waktu malam untuk
menerangi rumah dari kegelapan.
Saya dimaklumkan pada malam pertama banjir melanda, harga sebungkus lilin
yang biasanya berhagra dua tiga ringggit sahaja,telah dinaikan sampai lima
belas atau dua puluh ringgit. Itupan mangsa-mangsa banjir yang terdesak dan
mampu sanggup membelinya juga.
Mereka yang enggan membelinya kerana merasa tertipu atau kerana memikirkan
banyak lagi keperluan-keperluan lain yang wajar diberikan kutamaan, akan beralih
menggunakan cara tradisional untuk membuat “lampu tidur”, iaitu dengan
menggunakan minyak masak sabagai bahan bakar dan kain buruk sebagai sumbu
pelita.
Menggunakan kain sebagai sumbu pelita boleh menyebabkab banyak gegala warna
hitam yang mengotori rumah dan juga akan menyumbat lubang hidung penghuni
dengan bintik-bintik hitam.
Untuk mengatasi hal itu mereka tidak lagi menggunakan kain buruk, tapi
kertas tisu yang digentel sebagai sumbunya.
Lebih-lebih lagi yang perlu diberi perhatian ialah makanan-makanan dan air-air
yang amat penting, terutama makanan bayi dan kanak-kanak. Terutama bagi mereka
yang tinggal agak jauh dari bandar yang membekalkan makanan-makanan untuk para
pembeli.
Bila lampu padam, tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan selain dari tidur-tidur
baring. Kalau biasanya boleh keluar rumah atau menonton tv tapi kerana banjir
dan bergelap, mereka duduk sahaja berlengkar di rumah bersama, keluarga,
isteri dan anak-anak.
Untuk tidak membosankan mereka tidur awal. Anak-anak tidur awal dan ibu bapa pun tidak awal. Untuk meredakan keresahan banjir, kegelisahan perasaan, maka naluri semula jadi seperti biasa mencari jalan keluar sebagai pasangan suami isteri.
Pada masa-masa yang lalu, bila black out banjir berlaku, maka peratus kelahiran
bayi ekoran banjir akan meningkat di tempat-tempat yang terlibat. Banjir
meningkatkan bilangan kelahiran penduduk.
Berbagai-bagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku mungkin terjadi
sepanjang bergelap banjir.
BARANG-BARANG KEPERLUAN
Bila bencana menimpa, seperti banjir besar, barang-barang keperluan harian
akan menjadi sukar untuk diperolehi, kerana barang-barang itu rosak ditelan
banjir atau bekalan barangan tidak diperolehi kerana beberapa sebab pula,
antaranya rosaknya jalan-jalan perhubungan atau habis bekalan untuk diedarkan
di pasaran.
Kekurangan bekalan bahan-bahan keperluan, khususnya makanan, sedangkan keperluan orang ramai terhadapnya kian meningkat, menyebabkan harganya melambung tinggi. Biasalah kepada para peniaga menaikkan harga barang, dalam masa seperti banjir ini.
Dalam musim banjir kali ini, perkara yang sama juga berlaku. Walaupun bukan semua barang keperluan asas yang dinaikkan, tapi ada satu dua barang, yang dinaikkan harganya, dalam musim banjir sedang memuncak.
Umpamanya harga sekotak air minuman yang biasanya berharga kira-kira lapan ringgit sahaja, tapi dalam musim banjir harganya telah dinaikkan sampai sepuluh hingga lima belas ringgit sekotak.
Tidaklah dapat dipastikan adakah harga-harga yang naik dalam musim banjir ini akan susut kembali kepada harga yang normal selepas banjir nanti, atau akan terus kekal dengan harga musim banjir ataupun terus meningkat lagi? Biasanya barang-barang yang dinaikkan harga sukar untuk diturunkan kembali.
Namun begitu, ada juga diberitakan pekedai-pekedai dan penguasaha-pengusaha bukan sahaja tidak menaikkan harga-harga barang atau khidmat-khidmat yang mereka berikan, malah memberikannya dengan percuma kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukannya.
SEJUK SAMPAI KE TULANG HITAM
Salah satu fenomena alam yang ketara di musim banjir ialah cuaca yang sejuk, terutama pada waktu malam. Kesejukan ini akan meningkat bila angin yang berhembus membawa kesejukan bersama-samanya, meninggalkan kesan yang aneka ragam kepada manusia.
Cuaca sejuk ini boleh menjadi ancaman kepada bayi dan kanak-kanak, serta orang-orang tua yang mengidap penyakit-penyakit tertentu, seperti batuk, selsema, lelah dan sebagainya. Justeru itu mereka yang berada dalam golongan ini perlu berhati-hati tidak mendedahkan diri mereka kepada kesejukan cuaca musim banjir.
Ubat-ubatan yang
perlu juga patut disediakan, supaya penyakit-penyakit biasa yang tidak
merbahaya akibat banjir tidak berlarutan dan dapat dicegah lebih awal.
Jangan keluar
rumah, waktu angin sejuk berhembus, jika tidak terlalu mendesak.
Cuaca sejuk ini begitu tersasa pada waktu malam khsususnya menjelang tengah malam, terutama waktu pukul dua belas ke atas.
BILA BAH SURUT
Walau bah telah
berlalu, banjir telah surut, tapi kisah-kisah banjir masih terus berlegar-legar
di kalangan masyarakat, dan kesan-kesannya akan terus berpanjangan. .
Sebenarnya niat
saya untuk menyiapkan coretan ini lebih lengkap, setiap hari sepanjang masa
banjir, tidak kesampaian, terutama kerana bekalan elektrik terputus, hubungan
telekomunikasi tidak ada, maka niat itu telah tergendala. [Sebenarnya bekalan
internet di tempat saya ini memang tergendala setiap hari, minggu, bulan dan
tahun, walaupun tidak ada banjir]. Hanya, pada hari ini Selasa 6 Januari, saya cuba menyiapkn
corat-coret ini ala kadar dan cuba mengposkanya hari ini juga,kiranya keadaan
mengizinkan.
Ada
berbagai-bagai cerita yang kita dengar mengenai banjir, cerita-cerita sedih,
gembira, menyenang dan tidak menyenangkan, cerita-cerita lucu dan mencetuskan
rasa bongkam dalam hati, terutama sekali berkait dengan mangsa-mangsa banjir.
Sepanjang masa
bannjir itu, ramai orang telah di tempatkan di tempat-tempat perpindahan, antaranya sekolah-sekolah, atau dewan-dewan orang ramai yang terlepas dari
banjir. Kebanyakan cerita yang kita dengar ialah berhubung dengan makanan yang tidak
mencukupi, malah tidak ada makanan pun, dan panyampaian bantuan yang tidak memuskan hati.
.
.
Sebaliknya ada
pula cerita-cerita tentang makanan yang dihantar di pusat-pusat penerimaan
bantuan tidak sempat diedarkan kepada
mangsa-mangsa banjir yang mermerlukannya, atau digunakan oleh mereka yang
berada di sekitar itu sahaja.
Orang-orang yang diberi amanah, tapi tidak menjalankan amanahnya akan menerma akibatnya nanti.
Sebaliknya ada mangsa-mangsa yang berhati mulia pula menyembelih binatang-binatang ternakan mereka dan daging-dagingnya dibahagi-bahagikan kepada mangsa-mangsa yang terperangkap dalam banjir.
Ada cerita tentang orang-orang bukan Islam yang barang-barang dagangannya, termasuk kasut-kasut yang tenggelam banjir tapi masih baik keadaannya memberikan barang-barang tersebut kepada sesiapa yang memerlukannya.
Ada pula
pekedai-pekedai yang kedai mereka dipecah masuk oleh orang-orang yang kelaparan
dalam musim banjir, bukan sahaja mengutuk mereka yang mengambil makanan-maknannya
itu tapi mencanangkan dia tidak akan memaafkan mereka yang mengambilnya itu.
Pendeknya ada
berbagai-bagai cerita mengenai banjir sampai hari ini kalau kita berjumpa
dengan orang-orang yang terlibat dalam banjir atau melibatkan dirinya dalam
banjir untuk menghulurkan bantuan. Terlalu panjang untuk menceritakannya.
Walau apapun yang perlu sekarang ialah semua pihak, dari setiap kalangan tanpa mengira bangsa, agama dan politik bersatu padu untuk memulihkan segala kerosakan yang telah berlaku, dan membina kembali kehidupan yang dirosak oleh banjir. Ketepikan rasa politik dan perkauman.
Ya Allah
redakan kami, hamba-hamba-Mu yang maha lemah dan maha tidak berdaya.
Ampunkanlah kami.
Andainya selepas
ini berlaku kemarau, kurniakan kepada kami kemarau yang selesa bersama dengan
reda-Mu Demikian juga jika hujan lagi, kurniakan kami hujan yang selesa bersama
dengan reda-Mu ya Allah.
Demikianlah
diakhiri kalam. Ya Allah ampunkan kami.
Pasir Tumboh,
Kota Bharu.
0 comments:
Post a Comment