PANTAI SEMUT API DI SUATU PAGI
>> Thursday, August 14, 2014
Dua tiga
hari lepas, di luar perancangan, saya tiba-tiba muncul di Pantai Semut Api,
kerana urusan sampingan. Dua tiga bulan lalu, saya juga telah sampai ke situ,
dan pernah membuat sedikit catatan berjodol PANTAI CINTA BERAHI dalam
blog Pondokrahmat.
Menara Pengawal Pantai
Generasi baru mungkin tidak mengetahui Pantai Semut Api, kecuali mungkin mereka yang lahir dan dibesar dan dituakan di kawasan tersebut. Nama Semut Api masih hidup di kalangan mereka. Ianya suatu tempat percutian dan perkelahan yang menarik suatu ketika dulu, yang letaknya kira-kira 10 km sahaja dari bandar Kota Bharu. Sehingga sekitar tahun tujuh puluhan setiap hujung minggu dan hari cuti ia ramai dikunjungi oleh rakyat Kelantan dan juga orang luar dari segala tempat untuk berkelah, makan-makan, mandi-mandi dan bersantai bersama keluarga. Malah kursus-kursus pernah diadakan di situ.
Pantainya
lapang, berpasir putih melebar dan memanjang hingga ke gigi laut, memberi
keselesaan untuk para pengunjung menikmatinya, duduk-duduk memerhati laut China
Selatan dengan ombaknya yang menderu, angin sepoi-sepoi bahasa, bermain bola,
dan untuk kanak-kanak bermain pasir-pasiran dan memungut kulit-kulit kerang
yang mati yang aneka bentuk dan warnanya. Ia dibayangi oleh banjaran pepohon
kelapa yang daun-daunnya sentiasa melambai-lambai dibelai angin laut yang
nyaman dan segar.
Tapi kemudiannya Pantai Semut Api bertukar namanya kepada nama Pantai Cinta Berahi. Siapa menukar nama itu kurang pasti. Kononnya berasal dari kisah seorang tentera asing yang amat merindukan kekasih pujaan hatinya yang tinggal di tanah air mereka. Maka mengambil sempena peristiwa itu lalu ditukar namanya dari Pantai Semut Api ke Pantai Chinta Berahi.
Namun
begitu, kepada jenerai masa itu, nama Semu Api masih juga di hati mereka. Nama Semut Api
tidak juga padam-padam. Selalu berada di bibir mereka. Kalau sebahagian dari mereka yang muda-muda kalau menukar
panggilannya kepada Pantai Chinta Berahi pun, mereka tidak menyebutnya Pantai
Chinta Berahi, tapi disingkatkan PCB sahaja. Bila ditanya awak dari mana atau
hendak ke mana, jawapannyalah kalau tidak ke Pantai Semut Api ialah ke PCB atau
dari PCB sahaja, dan bukannya Pantai Chinta Berahi secara langsung.
Nama Pantai Semut Api masih kekal. Masih ada lagi Sekolah Kebangaan Semut Api, masih ada kampung Semut Api sampai ke hari ini. Justeru masih ada penduduk Semut Api. Nama Pantai Chinta Berahi. Dari segi pentadbiran agama yang terletak di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan [MAIK], masih terdapat sebuah Mukim yang bernama Mukim Semut Api, di mana terletaknya Masjid As-Syikirin dalam mukim tersebut.
Hanya di sini tempat berpasir
Kemudian sekitar tahun 2000-an nama Pantai Chinta Berahi ditukar lagi kepada nama baru Pantai Cahaya Bulan dan bila disebut secara singkat PCB juga. Kenapa Pantai Cahaya Bulan? Masa nama Pantai China Berahi ditukar itu Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Lambang parti itu adalah BULAN. Justeru maksud yang tersirat dari nama Pantai Cahaya Bulan ialah Pantai Cahaya PAS. Bukan begitu?
Kemudian sekitar tahun 2000-an nama Pantai Chinta Berahi ditukar lagi kepada nama baru Pantai Cahaya Bulan dan bila disebut secara singkat PCB juga. Kenapa Pantai Cahaya Bulan? Masa nama Pantai China Berahi ditukar itu Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Lambang parti itu adalah BULAN. Justeru maksud yang tersirat dari nama Pantai Cahaya Bulan ialah Pantai Cahaya PAS. Bukan begitu?
Penukaran
nama sesebuah tempat mempunyai banyak signifikannya, lebih baynak daripada penukaran
nama seseorang individu yang mempunyai signifikannya yang tersendiri. Dalam
kes Pantai Cahaya Bulan, nama tempat lahir seseorang yang tercatat dalam sijil
kelahirannya dulu, alamatnya di dalam kad pengenalan, alamat rumah kediamannya,
alamat dalam grant tanah dan sebagainya, semuanya turut terlibat, kalau nama
baru itu hendak dirasmikan pemakaiannya? Kalau ada penduduk yang hidup dalam
tiga jenerasi penukaran nama-nama itu, maka bererti sudah dua kali dia terpaksa
menukar dokumennya untuk disesuaikan dengan nama baru tempat itu.
Saya
kenal dengan seorang pemaju perumahan, pada suatu masa dia memberitahu saya dia ingin menukar
nama kawasan perumahannya itu yang telah berusia berbelas-belas tahun pada
waktu itu, di mana anak-anak yang dilahirkan di situ, sudah pun berada di pusat
pengajian tinggi, dan bila dimaklumkan impliksi-implikasi tersebut, dia membatalkan
maksudnya itu, dan sampai sekarang nama asal kawasan perumahannya itu masih kekal dipakai untuk
urusan rasmi dan tidak rasmi sampai sekarang.
Jalan besar ke Kota Bharu juga lengang
Pantai Semut Api ini sebuah kampung dalam Jajahan Kota Bharu, dia bukan sahaja nama sebuah pantai peranginan atau pantai perkelahan. Kalau saya penduduk asal Pantai Semut Api saya merasa a bangga dengan nama itu yang mempunyai pertalian sejarah dengan kewujudan kampung itu sendiri.
Pantai Semut Api ini sebuah kampung dalam Jajahan Kota Bharu, dia bukan sahaja nama sebuah pantai peranginan atau pantai perkelahan. Kalau saya penduduk asal Pantai Semut Api saya merasa a bangga dengan nama itu yang mempunyai pertalian sejarah dengan kewujudan kampung itu sendiri.
Nasib
baik juga, kerajaan yang memerintah sebelum PAS itu, tidak menukar nama Pantai
Semut Api, kepada nama Pantai Cahaya Biru, kerana waktu itu Negeri Kelantan
diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional?
Sedang saya sebatang kara di tepi pantai memandang ke laut lepas, tiba-tiba
sampai sebuah kereta dan berhernti, dan dari dalamnya keluar seorang lelaki
bersama seorang kanak-kanak, sahaja-sahaja hendak melihat panaroma pantai.
Daripada perbualan singkat kami, ternyata dia penduduk tempatan, Pantai Semut
Api.
Dalam persiapan
Katanya di waktu pagi pantai itu akan sepi, seperti yang saya lihat waktu itu, kedai-kedai jualan makanan tertutup rapat, entah ada orang atau tidak ada orang, tidaklah diketahui. Jalan antara barisan kedai dengan laut Semut Api kosong dan lenggang. Hanya pada waktu petang baru dikunjungi.
Beliau menambah, kalau dulu, pantai Semut Api ini ramai dikunjungi orang setiap hari Jummat, tapi hari ini tidak ada lagi, sebab kawasan pesisir pantai yang landai sudah tidak ada lagi, demikian juga tempat untuk mandi-manda, semuanya telah ditelan laut. Yang adalah batu-batu pejal pencegah hakisan. Katanya sejak ke belakangan ini mereka telah bertumpu ke Pantai Mek Mas yang letaknya tidak jauh dari itu, yang mempunyai kawasan yang cantik dan lapang di mana para pengunjung boleh bermain-main, terutama kanak-kanak dan pantainya pula selamat untuk mandi manda.
“Pergilah hari Jumaat untuk melihat sendiri. Tapi di situ masih belum ada
kedai-kedai menjual makanan, yang ada hanya orang-orang menjual “main-main
sahaja”. Pelawanya kepada saya sebelum berlalu.
Dulunya di situ ada sebuah resort yang letaknya memanjang di pesisir
pantai. Kami kerap juga menyewa dan bermalam di situ. Kali terakhir saya berada
di resort itu ialah ketika MAIK mengadakan kursus agama untuk sekumpulan
Orang-orang Asli, dan makan tengah hari di situ.
Ianya berasal dari sebuah kampung nelayan yang kecil, seramai beberapa
keluarga sahaja, yang membina rumah-rumah mereka di celah-celah pohon kelapa
yang memang hidup subur di situ. Mereka dikatakan menghidupkan unggun api di
tepi pantai untuk dijadikan pendoman kepada nelayan-nelayan yang ada di tengah-tengah
laut untuk kembali ke pantai. Dari unggun api itu lahirlah nama Pantai Sumbat
Api nama asal kampung tersebut. Kemudian bila kawasan unggun api mereka
tinggalkan, maka kawasan itu bertukar menjadi sarang kepada semut api, sejenis
semut berwarna merah seperti cahaya api dan sakit bila terkena gigitannya, maka
mengambil semepena binatang semut api itulah kawasan itu dinamakan semula
sebagai Pantai Semut Api. Pada masa itu penduduknya pun telah bertambah ramai.
Kalau
saya datang beberapa bulan yang lalu, hanya batu-batu besar bertimbun-timbun
untuk menjadi benteng dilonggok di gigi pantai, tapi hari itu telah siap dibina
tembok dari simen di sisi timbunan batu-batu ini di mana pengunjung-pengunjung
boleh berjalan-jalan, berdiri memandang laut dan sebagainya dengan lebih selesa. Waktu itu tembok simen itu masih belum siap sepenuhnya.
Walau bagaiaman pun ianya tidak dapat mengembalikan keindahan pantai itu yang penuh dengan tarikan semulajadinya yang mempesonakan. Semuanya berlalu akibat perbuatan tangan manusia sendiri, yang menggali dan mengorek pasir di pantai itu untuk tujuan pembangunan di tempat lain. Ini difahamkan penggorekan pasir mulai berlaku di sekitar tahun 2000-an menyebabkan pantai menjadi terdedah kepada hakisan bila dihempas oleh ombak dan gelumbang yang melanda pantai terutama di musim tengkujuh, dan akhirnya jadilah ia seperti sekarang..
Allah berfirman, “Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada [akibat] perbuatan mereka, agar mereka kembali [ke jalan yang benar]”. Al-Rum:41.
Ambillah
pengajaranya!
0 comments:
Post a Comment