MEMBERI MAAF DAN MEMOHON MAAF

>> Tuesday, August 19, 2014







MEMBERI MAAF DAN MEMOHON MAAF. 



Maaf dari segi bahasa maknanya ampun. Diberi maaf ertinya diberi ampun. Maksudnya  dibebas atau dilepas dari kesalahan dan seumpamanya. Daripada perkataan maaf ini terbit beberapa perkataan, seperti bermaaf-maafan, yang bererti saling memberi kemaafan atau keampunan, memaafi bererti memberi keampunan sama ertinya dengan perkataam memaafkan, minta maaf ertinya memohon maaf dan perkataan memberi maaf bererti memberi keampunan atau kemaafan, sementara perkataan  pemaaf pula bererti orang yang suka atau sentiasa rela memberi maaf.

                                            Bermaaf-maafan hidup senang dan gembiran


Memohon maaf ertinya orang yang melakukan kesilapan atau kesalahan atau merasa bersaslah memohon keampunaan atau kemaafan daripada orang yang dia telah melakukan kesalahan atau kesilapann ke atasnya, sementara memberi maaf bererti memberi kemaafan atau keampuan kepada orang yang melakukan keslahan atau kesilapan ke atasnya.


Dalam kehidupan seharian, kebanyakan manusia mungkin lebih mudah memohon maaf daripada memberi kemaafan. Kita mungkin memohon maaf kepada seseorang kerana telah melakukan kesalahan ke atasnya. Kita mungkin memohon kemaafan secara ikhlas ataupun sebaliknya mungkin juga secara terdesak, kerana sesuatu sebab, mungkin kerana takut diambil tindakan yang sewajarnya. Sementara memberi maaf, kita tidak berada dalam stiwasi yang perlukan pilihan seperti itu, tapi kita berada dalam keadaan yang selesa, kerana kita mangsa, kita boleh memberi maaf atau miungkin juga tidak memberi maaf kepada orang yang melakukannya itu, kerana itu kita tidak terikat kepada apa-apa kemustahakan, tapi semata-mata bergantung di atas sikap yang kita ambil untuk memberi kemaafan atau tidak.


Baginda Rasulullah SAW adalah manusia yang penyabar dan pemaaf. Memberi maaf adalah salah satu sifat yang terpuji dan mulia menghiasai peribadi beliau yang unggul yang tidak ada tolak bandingnya lagi buat selama-lamanya. Ada berbagai-bagai peristiwa yang menggambarkan bagaimana beliau seorang penyabar dan suka memberi maaf yang telah menjadi pakaian yang sebati dengan peribadi beliau.

Pada suatu ketika, Baginda sedang berjalan-jalan dengan memakai serban yang kasar. Tiba-tiba datang seorang Arabi  menarik serban Baginda itu dengan kasar menimbulkan bekas yang jelas pada leher baginda, sambil berkata, “Wahai Muhammad berikan aku harta Allah yang ada pada engkau”.


Baginda bukan sahaja tidak bertindak balas, malah Baginda tersenyum dan ketawa, bahkan menyuruh supaya permintaan orang Arabi itu ditunaikan.


Itu hanya sebuah contoh kecil daripada aneka peristiwa yang berlaku di sekitar Rasulullah SAW yang menunjukkan Baginda seorang yang amat penyabar dan pemaaf.


Kerana enggan memberi kemaafan, kita dapat melihat dan mendengar berbagai-bagai perkara buruk telah berlaku di seluruh dunia, termasuk tindakan mencedera malah juga bertindak nekad  membunuh orang yang mereka rasa telah menzalami mereka. Tindakan bahaya yang boleh membawa mereka ke penjara atau ke tali gantung.


Ketika berada dalam penerbangan baru-baru ini, saya terbaca sebuh artikel yang berjodol “Sorry isn’t the hardest word; forgiving is” di muka hadapan "The Jakarta Post”, oleh Endy Bayuni. Artikel itu sebuah rencana pendek dan simpel sahaja. Dari hasil penulisannya itu saya percaya dia seorang Islam.

Dalam artikel itu katanya untuk memberi kemaafaan lebih sukar daripada memohon kemaafan daripada seseorang. Jika ucapaan maafkan saya boleh membawa anda jauh, maka memberi maaf membawa anda lebih jauh lagi.


Nelson Mandela, bekas pemimpin Afrika Selatan dan salah seorang negarwan ulung yang pernah hidup, katanya  mengetahu kuasa memberi kemaafan.


Menurut beliau dalam sebuah filem yang dialkonkan oleh aktor Amerika yang terkenal Morgan Freeman sebagai Nelson Mandela menunjukkan bagaimana memberi kemaafan dapat membantu menyatukan sebuah negara yang pernah dicaing-caing kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan warna kulit mereka, dan juga mengikut jenis sukan yang mereka bermain.


Dalam filem itu, Mandela dengan pantas memberi kemaafan kepada musuh-musuh yang telah mengurungnya selama 27 tahun, selepas dia dipilih menjadi presiden  Afrika Selatan pada tahun 1994.

Aktor Morgan Freeman 
Menghidupkan watak Nelson Mandela







Mandela mengkrut sekumpulan kakitangan perkhidmatan rahsia kulit putih yang bercanggah dengan nasihat pengawal-pengawal peribadi kulit hitamnya dan mengundang mereka yang telah berkhidmat dengan bekas presiden kulit putih dulu untuk terus berkhidmat dengannya.


Kemudian Mandela menggerakkan seluruh negara untuk menyokong Springboks, pasukan rugbi negara, ketika majoriti orang-orang kulit hitam Afrika Selatan memandang jijik kepada pasukan itu kerana mereka adalah simbol kepada sukan aparthid kulit putih. Akhirnya Springbok berjaya merangkul juara rugbi dunia pada tahun 1995 di Afrika Selatan, dengan seluruh negara gembira dengan mereka.


"Memberi maaf membebaskan jiwa. Itulah sebabnya ianya senjata yang sangat ampuh".Kata Mandela ketika membuat penjelasan kenapa beliau memberi sokongan kepada orang-orang kulit putih.




Nelson Mandela 
dikagumi sebagai seorang pemaaf




Ketika kita memhon kemaafan daripada orang lain, senafas itu juga kita hendakkah memaafkan orang lain, walau pun mereka tidak memintanya.


Penulis artikel tersebut menceritakan kekagumannya terhadap seorang wanita bernama Elizabeth Diana yang langsung memberi maaf kepada pembunuh-pembunuh anak perempuannya Ade Sara, berusia 19 tahun pada hari pengebumian anaknya itu juga.


Ketika itu dua orang sahabat Ade yang keluar bersamanya telah ditahan polis kerana membunuh. Ibu kepada kedua-dua orang pembunuh itu secara senyap-senyap telah datang menemui Elizabeth, dan ketiga-tiga mereka menangis bersama-sama.


Sudah tentu sukar untuk menunjukkan cinta dan sayang kepada musu-musuh kita, tapi kata beliau Nelson dan Elizabeth membukitkan ia dapat dilaksanakan.


Katanya jika memberi maaf untuk dijadikan kebiasaan, maka menurut dugaannya ianya memerlukan latihan.


Katanya dia mempunyai peluang untuk membuat latihan ketika dia pergi umrah. Sepanjang perjalanan itu, pemimpin kerohaniannya selalu memuji-muji nilai kesabaran, kemanusiaan dan memberi keampunan.


Katanya dia mendapat ujian pertama bila dia pergi untuk membeli di sebuah kedai pakaian Islam di sebuah pasar beberapa ratus meter sahaja daripada Masjid Nabawi Madinah. Ringkaskan cerita dia telah ditipu oleh penjual kedai itu. Bila sampai ke bilik hotel dan menyedari apa yang berlaku, dia segera membuat kepetusan untuk memberi maaf kepada lelaki itu, dan bukannya kembali semula ke kedai untuk berdepan dengannya.. Katanya dia merasa bangga dengan kejayannya. Dia telah lulus ujian.


Tapi selepas itu katanya dia mengalami beberapa kegagalan dalam ujian, termasuklah ketika dia hilang kesabaran bila sekumpulan jemaah haji Iran cuba memotong barisan di jabatan Immigration  di Lapangan Terbang Antara Bangsa King Abdulaziz. Katanya pada masa itu, dia masih belum lagi keluar dari Tanah Suci.


Bila tiba di Jakarta, dan ketika memandu, kesabaran, kemanusiaan dan memberi kemaafan semuanya keluar menerusi tingkap. Setiap kali ada orang yang memotong barisan, dia akan mengutuk mereka habis-habisan.


Sesungguhnya untuk memberi maaf kepada orang lain itu lebih sukar daripada memohon maaaf, namun dia berjanji, dia tidak akan menyerah kalah untuk mencubanya, walaupun ketika memandu.


Kita berharap dan berdoa semoga beliau berjaya dalam menempuh gelumbang ujian-ujiannya itu untuk menjadi manusia yang pemaaf.


Saya percaya jika memohon maaf itu sukar, maka memberi maaf itu jauh lebih sukar lagi.. Namun ia boleh diusahakan, semoga kita semua menjadi manusia yang penyabar dan pemaaf.


Di tempat kerja, di rumahtangga, di atas jalan raya dan di mana-mana tempat manusia berkumpul semuanya merupakan institusi yang berharga untuk melatihkan kita menjadi manusia yang penyabar dan pemaaf. Di tempat seperti itulah mungkin banyak berlaku perkara-perkara yang mencarik perasaan dan hati. Semuanya merupakan pentas tempat menguji kesabaran dan sikap kemaafan kita.


Alangkah indahnya kalau tokoh-tokoh politik tanah air yang bersengketa antara satu sama lain masing-masing menghulurkan tangan untuk berdamai, dengan saling maaf memaafkan. Berhentilah mengecam, mengutuk, mengkeritk, mencaci dan memburuk-burukkan orang yang dianggap musuh, kerana dengan berbuat demikian bererti melebarkan jurang persengketaan, dan boleh menutup pintu kemaafan. Berhentilah daripada menganiya, mengkhianati dan menzalami orang lain yang akan menutup pintu kemaafan itu.


Kalau seluruh umat manusia saling maaf memaafkan antara sama lain,  maka sudah tentu dunia akan berubah dengan sekelip mata menjadi sebuah tempat yang aman dan damai untuk dihuni dalam suasana kasih mesra.


Allah SWT sendiri Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemaaf. Allah berfirman: “Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang pernah kamu musuhi antara mereka. Allah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”.-Al-Mumtahanah: 7

 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP