JAKARTA MANISNYA PERSIS KELANTAN
>> Thursday, August 7, 2014
JAKARTA MANISNYA
PERSIS KELANTAN
Air kelapa
Kembara Aidilftri 2014 yang baru lalu telah membawa kami melewati sempadan dan melintasi samudera. Di penghujung kembara, kami memijak bumi Jakarta, ibu negara Republik Indonesia yang dihuni oleh begitu ramai mansuia.
Kembara Aidilftri 2014 yang baru lalu telah membawa kami melewati sempadan dan melintasi samudera. Di penghujung kembara, kami memijak bumi Jakarta, ibu negara Republik Indonesia yang dihuni oleh begitu ramai mansuia.
Kini kami sudah sampai di kampung laman sendiri. Menikmati udarnya yang segar dan nyaman. Kehangtan suasana Aidilfitri telah hampir mendingin dalam kelaluan masa selama beberapa hari yang lalu. Namun begitu masih ada yang menganjur majlis-majlis sambutan Aidilfitri yang hanya setahun sekali.
Badan
masih terasa lemal-lemal dan pelupuk mata masih digayuti kantuk yang boleh
mentupinya tanpa diundang. Dalam keadaan begitulah saya membuat catatan singkat
ini.
Selepas makan
Junjung kasih kepada teman-teman yang berada di Jakarta yang datang sejauh Surabaya dan Toban yang menyambut ketibaan kami dan melayan kami dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. Kami tinggal di sebuah hotel di Jalan Tebet, sebuah wilayah bandaran Jakarta yang sedang pesat membangun.
Resturan Padang tempat menjamu selera
Selama beberapa hari di Jakarta, kami menyahuti selera makan kami di beberapa buah tempat, termasuk beberapa buah hotel dan resturan-resturan yang sohor dan juga di rumah seorang sahabat. Sarapan pagi, siang dan makan malam.
Apa yang kami terasa sangat ketika menikmati hidangan-hidangan tersebut, ialah satu ciri yang tersembunyi yang serupa dengan makanan tradisi kami di Kelantan, iaitu rasanya agak kemanisan. Bukan sahaja kueh-mueh, tapi juga hidangan untuk sarapan.
Nasinya,
ayam gorengnya, nasi gorengnya, masakan sayur-sayurnya, sambalnya,
minum-minumannya, semuanya terasa manis. Namun begitu tidak ada siapa yang merungut,
malah memuji keenakan rasanya yang dapat memenuhi citarasa selera kami orang
Malaysia.
Ada tak adanya, hanya ada di antara kami yang berkata, “Kalau macam ni, orang Kelantan pun kalah”. Maksudnya tentang rasa manisnya masakan itu, di mana masakan orang Kelantan dikatakan manis-manis.
Di salah sebuah resturan yang kami makan itu ada membuat tawaran percuma untuk para pelanggan. Ia mungkin lanjutan tawaran pada bulan Ramadan sebelumnya. Iaitu setiap pembelian minu sate, pembelinya akan diberi gratis nasi goreng kambing, dan hanya untuk pembeli-pembeli bermula dari jam sembilan malam sahaja.
Sepanjang Rmadan, mereka yang terasa lapar, boleh berkumpul di resturan tersebut, sambil mengembrol dan makan-makan sate dan diberi gratis nasi gorengn.
Di sebuah pasar raya
Kami pun mendapat gratis nasi goreng itu kerana makan sate. Tapi kepada saya yang tekaknya anti pedas ini, tidak mampu menelannya, walaupun ianya tidaklah begitu pedas sebenarnya. Ia menyenangkan kepada mereka yang mempunyai selera makan yang biasa.
Selain
daripada minuman yang biasa, termasuk jus buah-buahan, ia juga menyediakan minuman
air kelapa. Air kelapa itu masih dalam buahnya yang muda, di mana sabutnya
telah habis dibuang, dan yang tinggal ialah tempurung kelapa muda yang dibentuk
seakan-akan sebuah gelas besar yang diangkat kepada pelanggan untuk
menikmatinya.
Sahabat dari Tasik Malaya
Kalau di Malaysia air kelapa itu diangkat dengan sabut-sabutnya sekali setelah bahagian atasnya diparas untu dijadikan mulut tempat untuk menyedut air dan mengambil isinya untuk dimakan.
Kalau di Malaysia air kelapa itu diangkat dengan sabut-sabutnya sekali setelah bahagian atasnya diparas untu dijadikan mulut tempat untuk menyedut air dan mengambil isinya untuk dimakan.
Saya juga menemui sejenis pembasuh mulut yang memang terdapat khusus di Kelantan sejak turun temurun, iaitu “biji delima”. Ia diperbuat dari sagu di mana bentuk dan warnanhya seperti biji-biji buah delima yang masak. Ia dimakan dengan santan yang dimaniskn dengan gula. Kami di Kelantan sering memakannya dengan “air gula” atau air sirap manis.
Di Indonesia juga ada nasi lemak di samping nasi uduk yang termasyur itu. Selain dimakan dengan sambal ikan bilisnya yang khas, ia juga ada lauk-lauk tambahan sebagaimana di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa rata-rata beras di Indonesia berlainan rasanya dengan beras kita di Malaysia, selain putih bersih, beras Indonesia rasanya manis dan lemak.
Di hadapan hotel penginapan
Dalam perjalanan pulang, ketika berada di airport Jakarta saya sempat membeli beberapa naskah akhbar, termasuk Jakarta Post, di mana di salah sebuah sudut akhbar itu terdapat resipi membuat sambal nasi lemak ikan bilis. Sambal ini kata penulisnya bukan sahaja untuk nasi lemak, tapi sedap juga dimakan dengan roti sandwich, pengganti telur atau ikan sardin.
Dalam perjalanan pulang, ketika berada di airport Jakarta saya sempat membeli beberapa naskah akhbar, termasuk Jakarta Post, di mana di salah sebuah sudut akhbar itu terdapat resipi membuat sambal nasi lemak ikan bilis. Sambal ini kata penulisnya bukan sahaja untuk nasi lemak, tapi sedap juga dimakan dengan roti sandwich, pengganti telur atau ikan sardin.
Sebaik
tiba di airport Subang dari Jakarta, saya terpakasa menunggu beberpa jam lagi
untuk menyambung perjalanan saya ke Kota Bharu pada malam itu juga. Dan
akhirnya saya selamat sampai ke rumah. Syukur Alhamdulillah.
2 comments:
Tak silap saya..di sana ada nama kg. Salor...
Memang benar nama Salor terdapat di Jawa. Saya pernah menulis secara ringkas mengenai ini dalam blog saya yang lalu. Tapi ia bukan di Jakarta
Post a Comment