Pyrrhus, seorang pahlwan agong purba [Greek 319 SM-272 SM] membuat
rancangan untuk menyerang Italy. Dia berbincang dengan seorang sahabat baiknya,
Cineas rancangannya itu. Lantas sahabat baiknya itu bertanya ingin tahu apakah
rancangannya setelah dia berjaya menawan Rum nanti?
Jangan hidup hari besok ketika di hari ini. Ketika di hari ini jangan hidup di hari kelmarin
Pyrrhus menjawab, selepas berjaya menawan Rum, mereka akan menawan Sicily
pula. Begitulah rancangannya.
Cineas, bertanya lagi adakah mereka akan berhenti menyerang sehingga di
situ?
Sebagai pahlawan yang agong Pyrrhus menjawab, “Oh! Tidak.Ia akan membawa kita ke penaklukan yang lebih
besar. Selepas itu kita akan menakluk Macedonia pula”.
Cineas masih tidak puas hati, lalu bertanya lagi, “Selepas itu apa lagi?”.
Kepada pertanyaan itu dijawab oleh Pyrrhus. “Selepas itu, kita akan duduk
dengan selesa, makan-makan dan minum dan gembirakan hati kita dengan
berbual-bual”.
Tapi apa kata Cineas, sahabatnya itu, “Tapi apakah halangan yang ada SEKARANG
yang menghalang kita daripada menikmati segala keistimewaan yang telah kita
miliki ini? Ia sudah berada dalam gengaman kita, tanpa pertumpahan darah tanpa
menyusahkan diri sendiri atau berjuang dan membahayakan orang lain?”.
Kisah di atas diungkapkan oleh seorang Ahli Ilmu Jiwa yang terkenal Phyllis
W. Yong.
Seterusnya Phyllis W. Yong menegaskan, sesungguhhnya demikianlah amalan sebahagian
besar dari kita. Mereka mencari, dan merindu kebahagian masa hadapan, dan
berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk meraihnya.
Tapi malangnya, kata beliau, kita terlepas pandangtentang kebahagian dan peluang-peluang yang
sudah ada dan sedang menunggu kita SEKARANG.
Kita semua nampaknya beranggapan bahawa dengan berjuang sesuatu untuk masa
hadapan, mengimpikan kemungkinan tahun-tahun akan datang, dan membimbangi
kemungkinan problam masa akan datang, kita akan menggondol kemenangan.
Sedangkan menurut beliau dengan berbuat demikian, kita kehilangan setiap
waktu. Dengan memberi tumpuan terlalu banyak kepada hari besok, kita gagal
untuk menyedari dan mempergunakan peluang-peluang yang ada pada hari ini.
Katanya, kita tidak mencela untuk meninjau ke masa hadapan. Tapi tinjauan
itu mestilah diletakkan di tempatnya yang wajar dan bernilai. Tujuan membuat
tinjauan ke masa hadapan ialah untuk memberi kita arah dan matlamat yang wajar
kita ambil. Ia untuk membolehkan kita berfikir ke hadapan-tapi bukannya untuk HIDUP
di masa hadapan yang masih belum wujud.
Tegas beliau, orang yang dapat meninjau ke masa hadapan, akan menjalani
hidupnya hari ini lebih penuh berisi daripada manusiaebrej. Dia menggunakan kuasa meninjau masa
hadapannya itu untuk memberi kepadanya hala dan arah tuju untuk berfikir dan
membuat persediaan dan bertindak, namun begitu dia menumpukan setiap tenaga dan
usahanya kepada problam dan aktiviti
hari ini dan membiarkan masalah hari besok sehingga ia tiba nanti.
Beliau seterus menceritakan kisah Sir William Osler, bapak perintissains perubatan yang pernah menceritakan
tentang kapten sebuah kapal besar boleh menekan sebuah butang menutup
pintu-pintu keluli untuk memisahkan dinding yang kedap antara sebuah bilik
dengan sebuah bilik. Justeru jika lambung kapal itu tembus dalam kemalangan,
kapal itu tetap akan terapung juga.
Seterusnya beliau memberi wejengan, dalam pelayaran hidup ini, kita metilah
menutup pintu hari-hari kelmarin dengan segala kelemahan dan kegagalannya. Juga
belajarlah untuk menutup pintu hari besok yang masih belum menetas, supaya
kita boleh hidup untuk hari ini sahaja.
Menurut beliau, dengan berbuat demikian, walau bagaimana pun besarnya
problam hidup yang anda hadapi, anda akan dapat mengatasinyadengan jaya dan dapat mencegah anda dari
tenggelam. Tapi jika anda menambah beban kelmarin dan beban besok kepada
problam-problam anda hari ini, nescaya anda akan tenggelam di bawah semuanya
itu.
Fikirkanlah hari ini dengan aneka peluang istimewa yang anda miliki yang
tidak akan muncul lagi, dan bertindaklah dengan sebaik-baiknya sambil
memberikan kebahagian kepada orang lain dan juga kepada diri anda sendiri
sepanjang hari.
Jika anda fikirkan tentang seseorang yang disukai oleh orang lain, nescaya anda
akan dapati sebahagian besar dari daya penarik yang mereka miliki, ialah terletak
pada hakikat dia memberikan sepenuh perhatiannya kepada saat ini. Dia tidak
membiarkan separuh atau sepertiga daripada mindanya bertabur kepada masa
hadapan, ataupun hidup separuh dalam dunia penyesalan dan ketakutan masa lepas.
Tumpuannya kepada waktu ini, menyebabkan dia dapat memberikan sebaik-baiknya
kepada mereka di sekitarnya.
Pyrrhus pahlawan purba Greek
Seterusnya beliau percaya, problam-problam yang kelihatan tidak mungkin
kita atasibila dipandang jauh di kaki
langit, tapi dapat kita hadapinya dengan gampang bila kita berhadapan dengannya
bila saatnya telah tiba. Justeru, tidaklah bijaksana untuk cuba hidup dalam
masa akan datang sebelum taat kematangannya tiba.
Setelah kebimbangan berlalu, masa lepas sudah pasti, anda akan sedar
sebaik-baik sahaja anda melatih diri anda untuk hidup pada hari ini sejak masa
lepas itu berlalu, maka adalah sia-sia
untuk menaruh kebimbangan terhadapnya. Anda akan melihatdengan jelas bahawa cara yang wajar untuk
hidup ialahmelupakan yang lepas dengan
menumpukan seluruh usaha anda kepada waktu ini.
Jika anda mencapai kejayaan pada waktu ini, maka anda tidak lagi perlu
menaruh kebimbangan tentang beberapa kesalahan atau kegagalan yang anda alami
kelmarin.
Anda hendaklah menutup pintu kesedihan dan kegagalan yang lalu. Dan tutup
juga tentang kebimbangan terhadap masa hadapan.
Beliau seterusnya mengingatkan, hari ini kepunyaan anda. Tapi hanya hari
ini milik anda. Pergunakanlah hari ini sepenuhnya.!
Memang benar apa yang dikatakan oleh Phyllis W. Young itu. Kebanyakan kita hidup dalam
masa akan datang, dan juga dalam masa hari lepas, dengan melupakan saat ini dan
hari ini yang amat berharga itu. Hiduplah dalam saat ini, masa ini dan hari ini
dengan sepenuhnya. Semoga kita berjaya meraih kejayaan.
Andainya setiap orang dari kita umat manusia ini, bersedia untuk mecintai
dan bermahabah dengan orang lain, nescaya suasana dunia ini akan berubah dengan
sekelip mata. Bertukar dari gelap menjadi terang. Bertukar dari muram menjadi
riang.
Tapi mampukah setiap manusia menebarkan jala cinta mereka melewatiistana rumahtangga mereka, sedang sebahagian
dari mereka, rumahtangga mereka sendiri pun telah kekeringan rahmat cinta dan
mahabah. Malah penuh dengan kebencian dan dendam kesumat. Kekeringan cinta.
Kehilangan mahabah dan kasih sayang.
Hormatilah Diri Sendiri. Hormatilah Orang lain. Dengan Sewajarnya Sedangkan cinta itu satu rahmat yang dihunjam ke dalam lubuk hati makhluk
manusia, untuk menjadikan dunia ini sebuah istana yang bahagia untuk dihuni.
Sebuah syurga dunia. Penuh keriangan dan kegembiraan.
Tapi malangnya tidak semua orang, malah sebahagian besarnya, tidak boleh
membuka dada dan melapangkan hatinya untuk mencintai dan bermahabah dengan
orang lain. Kata mereka persetankan orang lain. Aku dengan halku, dan mereka
dengan hal mereka. Masing-masing hal. Urusan yang berlainan.
Kenapa demikian? Kenapa kebanyakan manusia sukar untuk mencintai dan
bermahabah dengan orang lain? Malah sebaliknya membentangkan tikar kebecian untuk
mereka. Menolak mereka. Mengkesampingkan mereka tanpa sebab-sebab yang wajar.
Menurut ahli-ahli psikologi ada beberapa sebab kenapa seseorang tidak mampu
mencintai dan bermahabah dengan orang lain. Tidak mampu untuk mengasihi orang
selayaknya sebagai manusia
Cintakan Diri Sendiri
Kenapa demikian?
Pertama kerana mereka terikat atau terkunci dengan cinta kepada diri mereka
sendiri, menyebabkan mereka sukar untuk mencintai orang lain. Sukar untuk
berkasih sayang dengan oang lain. Mencintai diri sendiri memangwajar ketika seseorang masih dalam usia bayi
lagi. Tapi cinta ini seharusnya diperkembangkan sejajar dengan perkembangan
usia seseorang. Sekiranya cinta bayi ini tidak berkembang dengan sewajarnya, ia
akan menjadi problam. Ia bererti, orang dewasa hidup dengan emosi kanak-kanak,
yang dianggap satu penyakit oleh ahli-ahli jiwa dengan istillah Narcissism,
mencintai dan mengkagum diri sendiri.
Anda tentu pernah memerhati perangai kanak-kanak kecil. Ia nanusia yang maha
berkuasa dan seorang diktator. Dia terang-terangan menunjuk-nunjukkan
kekuasaannya kepada anda. Dia suka memerintah dan perintahnya pasti dipatuhi.
Seperti itu jugalah dengan kelakuan anda
di masa kecil dahulu. Jika dia menangis, dia minta dilayan. Dia melempar bolanya
berulang-ulang kali dari kereta sorongnya, kerana gembira melihat anda memungut
bola dan menyerahkan kepadanya setiap kali dia membalingnya. Demikianlah
seterusnya yang akan dilakukan berulang kali kepada setiap perkara yang dapat dicapainya.
Bayi kecil ini boleh leka dan gembira dalam masa yang lama untuk melihat
telatah anda seperti seorang hamba melayan segala kehendaknya. Dan jika anda
tiba-tiba berhenti melayan kehendaknya itu, dia akan melalak dan melolong
kemarahan.
Bayi ini terus membesar dari segi jasmani dan mentalitinya. Adalah wajar
emosinya terus berkembang sejajar dengan perkembangan fizikalnya itu. Tapi
malangnya ada sesetengah manusia, baik lelaki atau perempuan emosinya tidak
ikut membesar seiring dengan pembesarannya itu. Emosinya tidak matang dengan
sewajarnya. Malah terus hidup dengan emosi bayinya itu, walaupun dari segi usia
dia telah dewasa.
Manusia dewasa yang tidak matang emosinya inilah hidup kembali ke zaman
bayinya. Dia mengharap dunia berputar di sekitarnya. Dia secara membabibuta mengharapsemua orang menyambut dan menerimanya.
Melayannya sebagaimana dia dilayan semasa bayinya dulu. Sebaliknya dia tidak
besedia utuk melayan orang lain seperti si bayi yang suka memerintah.
Malah lebih jauh lagi dia menaruh penuh harapan orang-orang lain akan
mencintainya, menghargainya, memujanya. Sedangkan dia sendiri tidak membuka
ruang untuk menghulurkan cintanya kepada orang lain. Kepadanya erti cinta, dia
mestilah dicintai oleh orang lain, tidak sama sekali dia harus mencintai orang
lain. Tidak ada dalam kamus hatinya, untuk mendampingkan diri dengan orang
lain, dan menghormati orang lain dengan sewajarnya.
Orang seperti ini hendaklah berusaha mematangkan emosinya dengan
sewajarnya. Perasaannya mestilah dikembangkan selaras dengan perkembangan usia
yan. kian bertambah setiap tahun. Ibarat orang tua bangka, tentulah tidak wajar
untuk berlagak hidup seperti seorang pemuda belasan tahun. Janggal
kelihatannya.
Tidak Mencintai Diri Sendiri
Sebaliknya ada pula manusia yang tidak begitu mencintai dirinya sendiri. Mungkin
ada sedikit rasa cinta tapi tidak memadai. Terlalu kecil untuk hidup dengan
aman damai. Biasanya orang-orang seperti ini hidup dengan membenci diri mereka
sendiri. Tidak dapat menerima diri mereka seada-adanya. Di samping itu mereka
juga tidak dapat menerima orang lain. Malah membenci dan memusuhi mereka.
Orang-orang seperti ii biasanya berada dalam kesepian dan tidak ada kegembiraan
dalam hidup mereka. Malah lebih jauh, dia tidak mengetahui bagaimana untuk
menerima cinta. Tidak mengetahui bagaimana untuk dicintai. Jika cinta itu
tiba-tiba jatuh ke ribanya tanpa diharap-harapkan, dia hanya bersikap masa
bodoh, tidak mengindahkannya, dan menganggapnya satu kejadian tersasul, kerana
pada anggapannya dia tidak layak untuk menerima cinta atau dicintai.
Demikianlah apa yang dirasakan oleh orang-orang yang seperti ini, tidak
mengerti untuk menerima cinta, sedangkan setiap orang yang normal mengharap
dirinya dicintai oleh seseorang.
Ada di antara mereka mungkin cuba untuk jatuh cinta. Tapi biasanya
usaha-usaha mereka untuk mendapat cinta berakhir dengan kekecewaan dan
kepahitan. Sebabnya kerana mereka tidak mencintai, menghargai diri mereka
sendiri. Selagi mereka tidak berubah sikap, maka selama itulah, mereka tidak
dapat menerima cinta, menghargai dan menerima orang lain dengan hati yang
terbuka dan minda yang segar.
Inilah antara dua sebab penting kenapa orang tidak dapat mencintai orang
lain. Tidak dapat menyayangi orang lain. Kedua-dua faktor ini menjadi faktor
utama yang menghalangkan mereka daripada mecintai dan menyayangi orang lain,
sayang dalam skop yang luas daripada sayang yang berbaur dengan nafsu seksual.
Blajar Dicintai Dan Mencintai
Kedua-dua sifat yang buruk itu mestilah segera disentak dari diri kita.
Lempar jauh-jauh ke hujung langit supaya dia tidak lagi dapat mempengarui kita.
Merosakkan kita dengan hidup tanpa cinta dan kasih sayang. Orang-orang seperti
ini mesti belajar untuk menjadi dewasa dan matang,
belajar untuk mencintai dan dicintai, sebagai manusia yang mempunyai perasaan,
hati dan minda.
Mereka mestilah segera menukar tabiat buruk mereka suka mengharap, meminta
dan mendesak dari orang lain. Tapi belajarlah untuk memberi dan menghulur.
Tangan yang memberi itu di atas dari tangan yang menerima.
Dalam hal ini mereka mesti belajar untuk tersenyum. Mesti belajar untuk
gembira. Jangan cantumkan muka, dengan wajah yang kusam dan masam. Senyumlah,
kerana senyum itupun sedekah. Senyum itu penawar. Menyukakan hati orang itupun
sedekah. Mereka mestilah menilai yang terbaik yang ada pada diri mereka, dan
senafas itu juga mereka mestilah menilai apa yang terbaik pada diri orang lain.
Jangan merasa diri mereka sahaja yang baik, tapi orang lain tidak. Bahaya.
Tidak cukup dengan itu. Mereka mestilah mempunyai sikap yang positif dan
benar-benar mencintai dan menghormati hidup mengikut batas-batas agama.
Tendangkan jauh-jauh segala fikiran dan sikap yang negatif yang mesti akan
merugikan. Jangan pandang hidup dengan kaca mata sangkamara, tapi pandanglah
hidup dengan kacamata sangkaria. Besok masih ada dan harapan masih ada. Pagi
besok matahari naik waktu pagi dan tenggelam waktu petang. Allah bersama-sama
dengan orang yang beriman dan sabar.
Malangnya hari ini memanglah gampang kepada siapa sahaja secara automatik
untuk berfikir secara negatif. Sumber-sumber negatif itu ada di serata tempat.
Perkara-perkara iini boleh mendorongkan seseorang untuk berfikir secara sangkamara
yang kelam dan tidak berpengharapan. Secara mengecewakan. Pada umumnya
kebanyakan manusia memang mengharap yang buruk- sesuatu yang tidak baik.
Sesuatu yang negatif. Media-media masa, khususnya akhbar-akhbar setiap hari
penuh sarat dengan kisah-kisah jenayah. Bunuh di sana, bunuh di sini.
Berita-berita rogol, rompak, curi, samun, ragut, perbalahan, persengketaan dan
entah apa lagi. Semua ini boleh menganggu minda para pembaca. Menjadi modal
perbulan mereka, malah juga boleh mempengaruhi perasaan dan hati mereka.
Tidak cukup dengan itu. Mereka juga suka menonton filem-filem seram, filem-filem
thriller, cerita-cerita hantu, pembunuhan dan seumpamanya. Mereka sanggup
berjaga sampai larut malam untuk menonton itu semua. Untuk memuaskan selera dan
nafsu kita yang rakus.
Ini semua menunjukkan kebanykan manusia sukakan perkara negatif. Sukakan
perkara-prkara yang buruk-buruk. Perkara-perkara yang merosak binasakan.
Memusnahkan. Perkara-perkara yang boleh mempengaruhi mereka berfikir secara
tempang. Berfikir secara tidak wajar yang akan mengeheret mereka ke lubuk
kesangsaraan hidup.
Untuk belajar mencintai, mereka mesti menukar sikapasasi yang buruk dan membinasakan itu kepada sikap
jnyang baik. Sikap yang membina. Sikap yang menjadi batu asas yang padu kepada latar kehidupan itu. Segera membuat U Turn dalam hidup. Memilih cara hidup yang
wajar dan baik. Cara hidup yang membina, bukan sebaliknya penuh dengan sangkamara yang meruntuhkan.
Ingatlah hormatilah hidup. Hidup ini memang baik. Memang mulia. Hari ini
akan menjadi baik, jika kita mengharapnya baik. Malah setiap hari akan
menjadi baik jika mereka mengharapnya baik. Setiap suasana. Setiap saat akan
menjadi baik, andainya mereka berfikir dengan positif dan bersikap positif.
Sebaliknya setiap saat akan menjadi busuk dan buruk, jika mereka berfikir
secara negatifdan kelam.
Jika mereka mencintai hidup, mereka akan menerima cabaran harian dengan
hati yang lapang terbuka, dengan keyakianan yang positif, insyallah hari ini
akan menjadi hari yang baik. Hari yang mesra. Hari yang penuh pengharapan. Jika
hari ini mereka merasa hari yang baik dan berpengharapan, sudah tentu mereka
dapat menjalani hidup hari itu dengan lebih selesa dan kehidupan akan terasa
indah dan berharga.
Jika mereka merasa gembira dengan hidup, maka sudah tentu mereka akan
merasa dirinya gembira dan bahagia. Jika mereka merasa riang dan gembira, anak
mereka akan mrasa riang dan gembira. Mereka tidak lagi banyak berbalah atau
bertengkar sama sendiri. Mereka akan hidup lebih aman. Kerana aura kehidupan
positif bapanya, telah mempengaruhi anak-anak dan keluarga mereka.
Jika mereka telah berkahwin, mereka hendaklah menikmati cinta dalam
rumahtangga mereka. Jika mereka lelaki, bayang-bayangknlah bagimana gembiranya
hidup merekadi samping isterinya yang
dicintai. Fikirkanlah apa yang boleh menggembirakannya. Jika mereka mengetahui
isterinya bercadang untuk membeli sehelai tudung, maka tentulah isterinya akan
gembira nanti, andainya dalam perjalanan pulang, dia berhenti membeli tudung
yang memang diketahui menjadi impian isterinya itu. Sang isteri mungkin akan
mengalir air mata kegembiraan menerima tudung pemberian sang suami itu kerana merasa suaminyabegitu mengambil berat tentang dirinya.
Mereka hendaklah memberitahu isterinya bahawa isterinya itu seorang wanita yang comel.
Memikat hatinya. Sebab itulah dia memilihnya sebagai isteri walaupun masih
banyak wanita-wanita lain. Kadang-kadang sang isteri memerlukan dorongan, maka sang
suami hendaklah mendorongnya dengan pujian-pujian dan sanjungan yang wajar,
maka dengan itu akan menjadi pendorong kepada isterinya untuk berusaha supaya
sentiasa kelihatan lebih cantik dan menawan di mata suaminya. Sang suami hendaklah
sentiasa memberi semangat dan dorongan, kerana semangat dan dorongan itu adalah
sebahagian daripada tanggung jawab cinta dan kasih sayang. Di situlah letaknya sebahagian daripada rahsia kebahagian
rumahtangga.
Demikian juga sebaliknya, jika mereka seorang wanita. Seorang isteri.
Beritahu kepada sang suami, bahawa mereka lelaki yang hebat. Lelaki yang mejadi
pujaan dan sanjungannya. Sang suami mungkin bekerja bertungkus lumus di pejabat
atau di tempat kerja, tapi tidak mampu memiliki pendapatan besar seperti yang
dicita-citakannya untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada keluarga- isteri
dan anak-anaknya. Jika sang isteri memberitahu suaminya, bagaimana hebatnya
dia, bagaimana bertimbang rasanya dia terhadap keluarga, sebagai suami, sebagai
ayah, sebagai pekerja, sebagai penyara hidup keluarga dan juga sebagai seorang
kekasih yang dicintai, maka sudah tentu dapat memperkuat semangat,
menggembirakan hatinya, mententeramkan jiwa suamiya di luar dari dugaan.
Ingatlah, walau apa yang berlaku sekalipun, mereka mestilah mencintai diri
mereka sendiri, dan menghormati diri mereka sendiri. Mereka mesti yakin bahawai
mereka memang dicintai dan dan dikasaihi.
Cintailah diri sendiri. Hormati diri sendiri. Relakan diri kita untuk
dicintai. Rasakan diri kita wajar mencintai dan dicintai. Kembangkan cinta kita.
Daripada diri kita, kepada keluarga kita, dan seterusnya kepada masyarakat,
bangsa dan negqrq kita yang tercinta.
Jalanilah hidup dengan semangat cinta, kasih sayang dan mahabah. Dengan itu alam
sekitar kita, malah dunia seluruhnya akan berubah andainya semua orang hidup dengan
semangat cinta dan mahabah dengan menjauhi semangat benci membenci dan
mementingkan diri sendiri. Kedamaian akan wujud di seluruh dunia, jika hati
setiap orang penghuninya dipenuhi dengan rasa cinta yang terpancar indah dari
segala gerak dan gerinya yang melimpah-limpah ke segenap ruang di dunia ini
yang akan menelan segala titik kebencian dan dendam kesumat yang bertaburserata tempa sejak sekian lama oleh manusia
yang hatinya telah dijajahi nafsu yang rakus dan tamak haloba.
Cinta itu ada di hatimu. Mahabah itu ada dihatimu.
Adalah nama yang diberikan oleh ayahanda tersayang kepada rumah yang dibina.Ibunda yang dikasihi lagi dirindui menjadi inspirasi dalam pembinaan ini.Aku adalah tempat luahan qalbu, berharapan agar ia tersebar dikongsi bersama. Pondok yang dibina bermatlamat mampu merahmati penghuni yang bernaung di bawahnya.