>> Tuesday, October 26, 2021
SUDAH
TAKDIRKU
Tapa seorang lelaki yang tampan, mempunyai pekerjaan yang istimewa, dengan sumber pendapatan yang lumayan. Isterinya bekerja sebegai seorang pegawai di sebuah syarikat dengan pendapatan yang juga lumayan.
Pendeknya mereka hidup istimewa
dengan rumah yang besar dan cantik, dua buat kereta yang haibat dan seorang
pemandu.
Namun begitu kehidupan mereka sebagai suami isteri tidak begitu bahagia walaupun dikelilingi oleh kemewahan
sekeliling pinggang.
Sebabnya kerana mereka tidak mempunyai
anak. Mereka tidak mempunyai bakal pewaris kepada turunan dan harta kekayaan mereka yang melimpah-ruah itu. Tidak ada siapa yang memanggil mereka papa dan mama,
panggilan yang amat mereka dahagakan sejak sekian lama.
Mereka suami isteri telah lebih sepuluh tahun mendirikan rumahtangga walaupun dalam usia yang agak lanjut, berkahwin di atas dasar cinta mencintai antara satu sama lain setelah menjalin perkenalan begitu lama sejak zaman persekolahan lagi.
Sememangnya mereka saling sayang
menyayangi dan mencintai antara satu sama lain sebagai suami isteri yang
harmoni dala jalinan hubungannya.
Kedua-duanya telah menjalani
pemeriksaan doktor pakar untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan isterinya
tidak mampu mengandung setelah begitu lama berumah tangga. Beberapa orang
doktor yang mereka temui memberi pendapat yang serupa. Perkara ini berlaku
kerana isteri Tapa tidak mampu mengandung akibat kecacatan alat kandungannya.
Buat masa ini kecacatan seperti itu masih tidak lagi dapat dirawati walaupun di
luar negara.
Setelah beberapa lama masa beralu, Tapa mengambil tindakan yang berani demi inginkan keturunan, berbincang dari hati dengan isterinya, iaitu meminta persetujuan untuk berkahwin seorang lagi demi kepentingan untuk mendapat anak.
Sebagai seorang wanita yang pengasih dan penyayang sudah tentu isterinya tidak bersetuju. Dia tidak rela dimadukan, dan bersedia menjadi janda lebih baik daripada dimadukan.
Dan akhirnya Tapa dengan hati
berat menggunung mengambil keputusan berpisah dengan isterinya itu dengan baik.
Demikianlah ditakdirkan berakhirnya rumahtangga mereka yang telah berusia
berpuluh-puluh tahun itu.
Selepas berpisah dengan isterinya
itu Tapa berusaha mencari ganti seorang wanita yang diharap dapat memberi
keturunan kepadanya. Akhirnya Tapa bertemu dengan seorang janda yang mempunyai
beberapa orang anak yang telah bekerja. Tapi wanita itu dalam lingkungan usia
yang boleh mengandung.
Mereka pun diijabkabulkan sebagai
suami isteri yang sah. Tapa berharap kali ini dia akan dikurniakan seorang anak
yang akan mewarisi turunannya di masa akan datang.
Tapi setelah beberapa bulan
berlalu Tapa tidak nampak sebarang tanda yang menunjukkan isterinya telah
mengandung. Ini menimbulan pertanyaan kepada Tapa tentang keadaan isteri baru
ini dalam kemampuan melahirkan anak.
Justeru pada suatu hari Tapa berbincang
perkara anak itu dengan isterinya yang amat diharap memberikan turunan
kepadanya.
Tapi apa yang didapatinya amatlah
mengejut dan mengecewakannya. Tapa diberitahu bahawa isteri barunya itu tidak
mampu lagi melahirkan anak. Doktor telah memandulkannya sebab wanita itu tidak
boleh mengandung lagi, kerana mengandung akan mengacam
keselamatan nyawanya.
Demikianlah nasib yang menimpa
Tapa. Takdir Allah tidak dapat mengatasi segala usaha manusia walau sebaik mana
sekalipun.
Tapa dapat menerima hakikat yang sebenar
yang harus dihadapinya sebagai seorang hamba Allah. Dia redha dengan ketentuan Ilahi.
Tambahan pula usianya kian
bertambah dari masa ke masa maka dengan itu terjejas juga kesihatannya dengan
peningkatan usia itu.
Lagipun isteri barunya itu
seorang isteri yang baik dan beragama, dan anak-anaknya pula,
sedia menerima Tapa sebagai bapaknya dan melayannya dengan saksama sebagai
seorang tua yang dikasihi dan dihormati dalam rumahtangga mereka.
Terlintas juga dalam benak Tapa untuk memujuk bekas isterinya hidup bersama dalam keluarga barunya itu, tapi
bekas isterinya itupun telah bertumahtangga dengan seorang duda yang kematian
isteri dan mempunyai beberapa orang anak.
“Inilah takdirku”, kata Tapa
dalam hati dengan senyum berkulum sendirian mengenang nasibnya itu.
Itulah takdir Tanpa yang ditentukan Ilahi.
Pondok Rahmat,
Kota Bharu
Kelantan Darulnain.
26 Oktober 2021/
19 Raibulawal
1443
0 comments:
Post a Comment