>> Saturday, October 2, 2021
ADOHAI
PUTERI
MALAM
Bila mata hari terbenam maka putera siang pun merebahkan kepala dan hatinyanya ke riba puteri malam yang menyambutnya dengan belaian dan penuh kasih sayang.
Maka keluarlah bintang-gumintang bertaburan persis permata berlian yang ditaburkan di persada puteri malam dengan kerlipan matanya yang ayu membelai sayang.
Tarasa bayu malam membelai-belai
mesra di sekujur alam yang bermandikan kemesraan di bawah alunan sinar kerlipan bintang-gumintang yang gemerlapan di dada langit yang tinggi di sebalik awan.
Puteri malam berbisik sayang
membelai kasih berpesta di pesisir pantai landai yang airnya dingin dan nyaman
membelai -belai jiwa yang rawan.
Maka mereka pun bersujud di atas sejadah
pesisir malam yang panjang memuja dan memuji Maha Pencpta Yang Esa mendamba
keredhaan Nya sepanjang zaman.
Bersama mereka turutlah bersujud
segala yang ada di persada alam, bulan bintang, angin dan awan, dan segala yang
ada di petala langit dan petala bumi untuk mendapat belaian kasih sayang Allah
Taala.
Alunan ombak di pantai, geseran
dedaun dipupuk bayu malam, dan dendangan unggas-unggas malam semua memuja
kebesaran Tuhan Semestsa Alam.
Salawat dan Salam bergema di
segenap penjuru alam memuja Putera Alam yang tidak ada duanya sepanjang zaman,
memancarkan sinar gemerlapannya menerangi jalan buana untuk setiap penggelana
yang mungkin kesesatan jalan pulangnya.
Mereka telah tersembam dalam
selut lumpur kotor sebagai pelalai waktu dan petualang malam yang curang sedangkan masa
sentiasa bergerak siang dan malam menuju pengkalan keabadian.
Para pelalai masa dan para petualang yang rambutnya telah bertukar warna dan bertaburan di sana sini mencari kerelaan bumi untuk bersemadi namun engkau masih juga lagi leka kelaparan menjilat manisnya maduis di jari-jemari syaitan, maka bertambah gelap pekatlah hatimu mencari jalan pulang menuju Tuhan Semesta Alam. Malam-malamnu berlalu diuluti oleh mimpi-mimpi indah sampai matahari terserlah di kaki langit pagi yang gemilang.
Sedangkan para kekasih mengekang mata, menegak kedua kakinya berdiri
dan bersujud di sepanjang malam,
membenamkan mukanya ke lantai dengan sedu-sedan meratapi diri mencari
jalan pulang yang sejahtera.
Demikinalah para petaubat menghbiskan
titipan waktunya di dalam arus derma
kala di sepanjang malam yang membersangkan mengharap limpahan titkan
keredhaan Allah Tuhan Semesta Alam dan akan terbina sebuah titian emas menuju jalan
keabadian.
Sungguh malang para pelalai dan
petualang tetap terpesona dalam
kelalaiannya yang sesat di persimpangan jalan memilih jalan menuju ke jambatan
lautan api yang sentiasa membakar hangus sampai ke tulang-temalang, bukannya
memilih jalan ke jambatan berlian yang
membawa ke istana seri cemerlang yang
gilang gemilang dengan kewangian semerbak sepanjang zaman.
Berhati-hatilah pelalai dan
petualang malam, penggemabran tidak diketahui di mana dan bila diakhirkan, ia
mungkin hari ini, besok, lusa, tulat dan tubin, maka sentiasalah bersiap sedia
untuk menyambutnya dengan senyum manis atau isak dan tangis yang tidak boleh
ditukar ganti.
Tiba-tiba perjalanan terhenti
dalam gelap pekat yang menyeramkan. Tiba-tiba suara yang kasar bergema
menakutkan, mengumunkan mereka telah sampai di perhentian, dan mereka perlu
sedia turun dengan membawa bekalan yang mereka galas dalam perjalanan.
Golongan pelalai dan petualang
malam merasa amat longlai kesedihan
kerana segala bekalan yang mereka kindung yang berat di atas belakang berupa
anak-anak batu yang tidak berharga sesenpun dalam perjalanan. Batu-batu dosa
menipu, memfitnah, dosa menghina, berzina dan seribu jenis dosa lagi kerana
melupa dan menghina perintah Allah. Pintu penyesalan sudah tertutup kemas dan
pintu taubat telah dikunci irat.
“Berambuslah!” kata suara itu
lebih menakutkan lagi, “Pergilah ikut jalan yang telah engkau pilih. Masuklah. Selamat
jalan”.
Maka berbondong-bondonglah mereka
dihalau masuk ke pintu yang ternganga luas, maka jatuhlah mereka bercelabak de
dalam kawah api yang bergeleggak kepanasan. Bergemalah jerit pekek kesakitan
yang menggoyak tangkal hati dan perasaan kengiluan.
Suasana menjadi bertambah kelam gelap,
dan kedengaran suara mengaum dan menjerit deras meremangkan segala bulu roma di
badan berseru, jengkel “Jemputlah masuk, ruang neraka masih banyak” dan diikuti
oleh hembusan wap nafas panas api yang membakar hangus seluruh kulit badan sampai ke tulang-temalang.
Demikianlah berakhirnya
perjalanan segala petualang dan pelalai dalam kegelapan dan kegelitaan.
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan, Darulnaim.
2 Oktober 2021/
25 Safar 1443.
0 comments:
Post a Comment