>> Thursday, October 21, 2021
BETI-BILIONG
[PEPATONG]
BUAT OBAT
KENCING
BETI-BELIONG ialah sejenis serangga yang
bersayap dua dan boleh terbang untuk bergerak dari setempat ke setempat.
Pada masa dulu
beti-beliong ini mudah didapati hampir di semua tempat, asalkan ada tumbuh-tumbuhan
seperti rumpat rampai. Tapi hari ini tidaklah semudah itu lagi untuk menemui
beti-beliong.
Beti-beliong itu
sebenarnya nama yang diberikan oleh orang Kelantan, tapi di lain tempat
mempunyai nama yang lain pula seperti orang Pahang memanggilnya Sibu,
pelajar-pelajar sekolah memanggilnya Pepatong dan dalam bahasa Inggerisnya
dipanggil Dragonfly, secara bahasanya bererti Naga Terbang. Nama yang lagi
haibat.
Beti-beliong
mempunyai beberapa jenis dan mempunyai beberapa warna yang berbeza, seperti
merah, biru, berbintik-bintik, berwarna coklat dan sebagainya.
Ia mempunyai dua sayap yang disifatkan sebagai kuat oleh ahli-ahli sains dan keadaannya lut sinar.
Pernahkah anda melihat
beti-biliong terbang? Ia boleh banyak arah, ia boleh terbang naik ke atas,
turun ke bawah,dan boleh terbang arah ke kanan dan arah ke kiri mengikut
keperluannya.
Matanya luas
jika dibandingkan dengan tubuhnya, dan kelihatan menonjol keluar.
Setiap yang
hidup memerlukan makanan, dan di antara makanan beti-beliong ialah binatang-binatang
kecil, seperti lalat, semut dan labah-labah.
Saya sebenarnya masih
belum pernah melihat bagaimana beti-beliong meneyerang dan menanngkap mangsanya.
Sebaliknya pula beti-beliong adalah menjadi kegamaran ikan-ikan dan burung-burung yang selalu menghendap untuk menangkapnya.
Namun begitu
ikan-ikan peliharan yang kecil yang berada dalam tabung atau botol kaca,
seperti ikan sepilar didapati tidaklah berminat dengan beti-beliong sebagai
makanan, malah mereka lebih berminat untuk makan gotgat atau telur nyamuk
sebelum menetas untuk dimakan.
Demikian juga
petani tidak menggunakan beti-beliong untuk disangkut pada mata kail atau
pancaing mereka untuk menangkap ikan, tapi mereka lebih berminat mengguna
cacing-cacing tanah sebagai umpan tangkapan ikan.
Kepada
orang-orang kampung mereka menggunakan beti-beliong sebagai satu cara pengobatan
untuk kanak-kanak yang terkencing pada tempat tidur. Caranya ialah membiarkan
beti-beliong mengiggit pada pusat kanak-kanak itu.
Caranya seekor
beti-beliong ditangkap, biasanya yang berwarna gelap coklat dan dibiarkan
beti-beliong itu mengiggit pusat kanak-kanak itu, dengan meletakkan mulutnya
pada bahagian pusat itu. Selepas mengiggit sekali beti-belong akan dilepas
bebaskan. Gigitan itu tidaklah menyakitkan, hanya sekadar seperti digiggit
seekor semut yang kecil sahaja.
Untuk menangkap
beti-beliong tidaklah sukar. Ketika beti-beliong hinggap di atas daun, anda
hendaklah berada arah belakangnya, dan dengan menggunakan dua jari anda boleh
menangkapnya dengan memegang dua sayapnya yang terkatup ketika itu.
Atau satu teknik
lagi, ada hendaklah memutar laju sebelah tangan anda n di atas beti-beliong
yang sedang berihat, untuk memukaunya kemudian anda hendaklah menyambar beti-beliong
itu dengan hati-hati supaya tidak tercedera akibat sambaran tangan anda yang
kuat.
Sekian,
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.
21 Oktober 1021/
14 Raibulawal
1443.
0 comments:
Post a Comment