>> Friday, October 29, 2021
RAHSIA
DARI SEKEPING
LABEL OBAT
Di Sebuah pondok pusat pengajian agama ramai pelajar yang mengikuti ilmu di situ daripada berbagai
peringkat usia, lelaki dan perempuan.
Seorang lelaki
bertugas sebagai pengetua di spondok itu. Usianya belum sampai lima puluh tahun dan beliau bertugas di situ sejak masih muda
lagi. Pondok itu diasaskan oleh keluarganya.
Palajar-pelajarnya
dan juga masyarakat umum memanggilnya Tok Guru dan mereka semua menghormati
beliau.
Namun begitu
sejak akhir-akhir ini beliau terdengar desas-desus beberapa pelajar baru terhadap
sikap beliau yang dituduh oleh mereka lebih menyayangi pelajar-pelajar tertentu.
Dan ini menyebabkan mereka rihati dan dengki terhadap pelajar-pelajar tersebut.
Perkara ini
disedari oleh Tok Guru, dan merasa perlu diselesaikan segera supaya tidak
merebak menjadi problem di kalangan para pelajar.
Pada suatu hari
Tok Guru menjemput lima orang pelajar yang tidak puasa hati itu ke rumahnya,
bersama dengan dua orang daripada pelajar yang mereka irihatikan itu.
Semua pelajar
itu diminta duduk bersama dalam sebuah bilik, sementara Tok Guru berada dalam
sebuah lain yang tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di bilik sebelah. Bilik
itu khas sebagai tempat menginap mereka yang datang dari jauh, seperti ibu bapa
pelajar dari luar negeri.
Setelah semua
berkumpul Tok Guru meminta seorang demi seorang masuk ke biliknya berada.
Mula-mula pelajar-pelajar yang tidak ipuas hati itu diminta masuk secara
bergilir-gilir seorang demi seorang berjumpa Tok Guru.
Mereka ditanya
soalan-soalan yang sama. Mula-mula mereka diminta mengambil sebuah botol obat
dari atas meja di sudut bilik itu dan diminta memerhati atau membaca label yang
tertampal pada botol obat itu, kemudian mereka ditanya oleh Tok Guru, obat itu
untuk siapa, untuk penyakit apa, berapa banyak yang perlu dimakan, bila waktu
memakannya, dan berapa kali sehari.
Pelajar pertama yang
dipanggil dapat menjawabnya dengan membaca setiap kali pertanyaan itu dikemukakan
oleh Tok Guru, kerana setiap kali sebelum menjawab mereka disuruh meletak
terlebih dulu botol obat itu di atas
meja. Justeru untuk menjawabnya mereka terpaksa mengambil kembali botol obat
itu untuk membaca kenyataannya sebelum Kmemberi jawapan. Kerana itu untuk menjawab
kelima-lima soalan To Guru itu mereka perlu mengulangi membaca sebanyak berkali-kali.
Selepas itu mereka semua diminta menunggu bersama Tok Guru di bilik tersebut.
Kemudian dua
orang pelajar yang mereka irihatikan itu diminta masuk seorang demi seorang,
dan diminta menjawab pertanyaan yang sama dikemukakan kepada mereka oleh Tok
Guru.
Bila disuruh
oleh Tok Guru membaca label obat itu mereka memerhatinya sekejap sebelum meletaknya
kembali di atas meja. Bila Tok Guru bertanya, mereka langsung dapat menjawabnya
tanpa perlu lagi mengambil botol itu
berulang-ulang kali mencari jawapannya pada label di botol tersebut. Kedua-duanya
juga dipanggil bergilir-gilir seorang demi seorang seperti yang lain juga.
Sesudah itu, Tok Guru menjemput mereka makan bersama di luar bilik. Katanya Mok mereka, panggilan pelajar kepada isteri Tok Guru telah menyiapkan makanan istimewa untuk mereka hari itu.
Selepas makan, sebelum beredar, kelima-lima orang pelajar itu memohon maaf kepada Tok Guru tentang kesilapan buruksangka mereka kepada Tok Guru dan berjanji tidak akan melakukannya lagi di masa-masa akan datang.
Allah melarang manusia bersasngka buruk terhadap orang lain. Dalam Surah Al-Hujuraat, [49], ayat 12 Allah berfirman, maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa".
Sekian.
Pondok Rahmat,
Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.
29 Oktober 2021/
22 Rabiulawal
1443.